Showing posts with label Hidup. Show all posts
Showing posts with label Hidup. Show all posts

Jan 30, 2012

Satu Minggu Penuh Aktiviti

Liqa' Al-Mulk




Intro to Rakan Masjid UTP 2.0
27 Januari 2012





Rehabiliation Day MTME Rakan Masjid UTP
28 Januari 2012








Kem Penghayatan Islam Sesi Januari 2012
28 - 29 Januari 2012






p/s: letih tapi best dan puas beraktiviti bersama-sama sahabat ^_^

Jan 13, 2012

Datang Masjid hari Jumaat tapi Tak Solat

"Shhh....senyap, pak siak datang!"

Suasana bising di bahagian belakang masjid reda sebentar. Pak siak masjid datang dengan rotan nak rotan orang yang bising ketika khutbah. Dia berlalu, suasana kembali meriah di belakang itu. Meriahnya bukan sekadar dengan kanak-kanak, abang-abang besar, pak cik - pak cik turut sama mengambil bahagian menyumbang kepada kemeriahan kawasan belakang masjid. Bila iqamah semua sama-sama bersolat.

Ini suasana yang ana alami suatu ketika dulu yang mana ana sendiri antara penyumbang kemeriahan tersebut. Tapi semakin masa berlalu, ana mengerti bahawa berkata-kata ketika khatib menyampaikan khutbah itu menjadikan pahala jumaat kita sia-sia saja. Atas sebab kefahaman, ana mula tidak bercakap, masih lagi di saff belakang. Tapi kerana bisingnya tempat tersebut, ana mengubah posisi. Mula ke saff depan kerana di depan itu terasa lebih tenang untuk menumpukan perhatian mendengar khutbah. Tapi di depan, tak kurang juga keadaannya bila melihat ketenangan yang amat sangat sampai tersengguk-sengguk jatuh. Ana juga sering mengalaminya. Letih mungkin (alasan).


Pernah sekali ana tunaikan Solat Jumaat di sebuah masjid di Gopeng. Ana datang agak lambat, muazzin dah iqamah. Ana cepat-cepat ambil wudhu' dan masuk untuk solat. Masa ambil wudhu' perasan juga ada beberapa orang belia remaja harapan negara masih duduk lepak-lepak dan bersembang di kawasan parking motor. Hairan juga, tak solat ke? Dah keluar rumah datang masjid untuk solat Jumaat tapi time solat tak masuk solat sekali. Musafir agaknya, kalaupun musafir, apa salahnya masuk dan solat?

Masuk dalam dewan utama masjid, suasana lain pula. Di luar, sekumpulan manusia sedang berborak kosong. Di dalam tengok kanak-kanak masih bermain-main. Yang tengah solat pun solat main-main. Tak kurang yang ganggu orang solat. Ada juga adik-adik nie yang solat tapi kesian bila solat mereka diganggu kawan sendiri. Ana mula solat Imam sudah hampir ruku', beberapa orang yang bermain tadi laju-laju masuk dalam saff dan solat. Yang lain masih terus buat bising dan bermain.


Selesai solat, yang main dan borak nie laa yang paling awal keluar dari masjid. Ana sekadar mampu gelengkan kepala melihat telatah remaja dan kanak-kanak sekarang. Apa agaknya yang berada dalam fikiran mereka sampai tak solat. Adakah terlalu alah masuk ke masjid. Belum pernah dengar berita orang masuk masjid badan jadi kudis. Yang kanak-kanak ana boleh faham mereka masih kecil, cuma dalam mendidik, bab solat perlu ditekankan dan menjadi antara priority utama. Untuk yang remaja, rasa kecewa berbaur simpati pada mereka. Bagi ana, mereka sudah pun dewasa, dah baligh. Dalam keadaan itu pun masih mengabaikan tanggungjawab pada Allah. Telatah mereka seolah-olah memperlecehkan Allah. Mereka datang ke masjid tapi tak masuk dan tak solat sedangkan itu yang patut dilaksanakan.

Inikah belia remaja yang sedang dihasilkan Malaysia sekarang? Renung-renungkan dan fikir.

Jan 6, 2012

Menangislah di Bahuku

Hari nie surf internet seperti biasa. Tengok-tengok video di YouTube. Tiba-tiba terjumpa satu video nasyid nie dari kumpulan Firdaus yang tajuknya Menangislah di Bahuku. Liriknya menarik, terkesan sedikit diri bila dengar lagu nie. Mungkin ana ada sahabat ana yang sedang dalam keadaan begini tapi dia tak kongsikan. Apa-apapun, ana dan sahabat-sahabat yang lain ada untuk berkongsi segala masalah itu. Mungkin sebab itu ana rasa lirik lagu nie sangat-sangat menarik.


Menangislah Dibahuku
Artist : Firdaus
Title : Menangislah Dibahuku

kau datang pada ku seperti biasa
ku sambut bahagia dgn tgn terbuka
kau balas dgn senyum seadanya
ku tahu ada sesuatu yg berbeza

oh..oh...oh..oh...

kau hanya diam seribu bahasa
hanya matamu yang cuba berbicara
bahawa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

korus:
cuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
derailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...kadang manusia terlalu sombong untuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia ada di dunia

menangislah di bahuku
kau berikan kukepercayaan
bahawa laramu adalah haru biru ku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah..menangislah...

lirik diambil di http://2siqa.blogsome.com/2006/12/20/menangislah-dibahuku/

Sahabat-sahabatku



Dec 27, 2011

Untuk Apa Kita Hidup

Pernah atau tidak kita berada dalam situasi kita terfikir kenapa kita hidup di dunia nie? Mesti pernah kan. Boleh dikatakan setiap orang pernah memikirkannya. Tapi apa pula jawapan yang sering timbul dalam benak fikiran kita? Sebagai Muslim, apa tujuan sebenar kita dihidupkan di muka bumi ini?

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang maksudnya :-
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"

Daripada ayat tersebut, Allah telah menjelaskan kepada kita secara nyata bahawa penciptaan Nabi Adam a.s. itu sebagai khalifah di muka bumi. Nabi Adam a.s. adalah manusia, kita pula adalah cucu cicit Nabi Adam. Maka kita juga adalah manusia. Ada juga manusia yang sifatnya sudah tak seakan-akan manusia kerana nikmat yang ada sebagai manusia itu tidak digunakan sebaiknya. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka.


Apa yang dimaksudkan dengan khalifah?

Khalifah didefinisikan dengan definisi penguasa, pengelola. Dalam pengertian lain merujuk kepada pemimpin agama dan raja dalam negara Islam. Dalam suatu pengertian yang lain pula disebut sebagai pengganti Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w. dalam pentadbiran setelah baginda wafat dan menjalankan hukum syariah Allah di muka bumi.

Khalifah ini merujuk kepada mufrad yang dengan kata lainnya adalah 'singular' merujuk kepada seorang. Jamak atau 'plural'nya disebut sebagai Khulafa' seperti yang kita biasa dengar Khulafa' Ar-Rasyidin yang merujuk kepada empat khalifah yang telah menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. selepas kewafatan baginda iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali.

Menurut Dr Abdul Aziz Salim dalam Tarikh Ad-daulah Al-Arabiyyah, jawatan khalifah ini terbahagi kepada dua tugas utama iaitu khalifah berkuasa penuh dalam urusan agama Islam dan keduanya khalifah berkuasa penuh dalam urusan dunia dengan melihat kepada maslahah (kepentingan) umum.


Penerangan berikut menunjukkan betapa penting bagi manusia untuk mempersiapkan diri menjadi seorang pemimpin. Sekecil-kecil pemimpin adalah memimpin diri sendiri ke arah kebaikan. Maka sebagai orang Islam, kita patut memimpin dan bukan dipimpin. Kita menjadi pencipta bukan sekadar pengguna. 

Lemahnya orang Islam hari ini menjadi kegembiraan bagi musuh-musuh Islam. Kuatnya Islam pada hari ini menjadi ketakutan bagi musuh-musuh Islam kerana mereka juga meyakini Islam itu benar, Allah itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, hari kiamat itu benar tapi mereka tidak mengakui Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul.

Insya-Allah janji Allah pasti berlaku.

Aug 25, 2011

Jemputan Rasmi Ke Walimah Mohd Azrul


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengaturkan hidup hambaNya. Saya dengan hormatnya menjemput kepada semua sanak saudara, guru-guru, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang mengenali saya ke majlis perkahwinan saya, Mohd Azrul Azuan bin Idris dengan jodoh saya yang telah ditakdirkan oleh Allah, Noor Fareeza binti Azhar pada hari Jumaat, 16 September 2011 di teratak saya J8461, KM 14, Kampung Berangan Enam, 77300 Merlimau, Melaka.

Mungkin ada yang tertanya, mengapa diadakan pada hari Jumaat. Pertamanya, untuk mengambil keberkatan hari Jumaat di bulan Syawal yang mulia. Keduanya, walaupun hari Jumaat, namun hari tersebut merupakan cuti umum seluruh Malaysia sempena Hari Malaysia yang telah diupgradekan menjadi cuti umum '1Malaysia' mulai tahun lepas.

Maka, dijemput sekali lagi sanak saudara, guru-guru, rakan-rakan yang pernah mengenali saya tidak kiralah baik di sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, di pondok atau madrasah, universiti Al Azhar, di program-program luar, kursus-kursus, mahupun di laman sosial dan di alam maya.

Jika mampu, rasanya ingin saya mencari alamat setiap daripada kalian dan menghantar kad jemputan, namun apakan terdaya. Kekangan masa dan urusan yang perlu dibuat di masa yang teramat singkat ini menyebabkan saya hanya mampu berbuat demikian kepada mereka yang saya sudah sedia menyimpan alamat rumahnya.

Diharap dapat menghubungi saya di talian 013 6754965 untuk memberikan alamat anda dan saya akan cuba untuk menghantar kad jemputan melalui pos. Jika tidak berkesempatan, saya memohon seribu kemaafan dan diharapkan post ini boleh menjadi penganti diri saya sebagai jemputan rasmi kepada anda semua.

Segala maklumat majlis dan lokasi majlis terdapat di dalam kad jemputan di atas. Jika terdapat masalah untuk menghadirkan diri, boleh terus menghubungi saya. InsyaAllah saya akan sedia membantu selagi termampu. Amat dialu-alukan untuk menyebarkan jemputan ini di blog-blog atau di laman-laman sosial kepada sesiapa saja yang mengenali saya.

Kehadiran anda semua amat kami alu-alukan dan semoga menambah keberkatan majlis walimah kami. Mohon didoakan majlis ini berjalan lancar dan baitul muslim yang akan dibina diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh hidayah Allah sentiasa. Jazakumullah.


Mohd Azrul Azuan bin Idris
Kampung Umbai, Melaka.
22 Ogos 2011, 5.10 am.

p/s: ini post yang di'repost' oleh ana dari blog akh Azrul. Pada sahabat-sahabat batch 53 KISAS, dijemput hadir sama-sama ke majlis walimah ajg Azrul, sifu kita masa kuliah Maghrib di Musolla Saidina Ali dulu.

Aug 3, 2011

Sahur yang Berkhasiat

Fast Update.

Al-kisah semalam pergi berbuka puasa di surau kawasan kampung sahabat lama ana di Kampung Tengah, Parit. Sedap lauknya, ada gulai tempoyak..nyam2.


Lepas solat maghrib sembang-sembang lepas tue baliklah ana dan sahabat yang lain ke kampus sebab ada urusan lain lepas solat tarawih. Jadi dapatlah bekalan sepanjang perjalanan yang sangat bermanfaat untuk perut dan masa lapang iaitu kami dibekalkan dengan nasi dan lauk untuk bersahur ditambah dengan pisang yang penuh dengan potassium serta sang raja kepada buah yakni durian.

Dengan bekalan tersebut, pulanglah kami ke kampus dan sebelum tiba tue kami singgah di Masjid Seri Iskandar untuk solat Isya' dan solat Tarawih di sana. Selesai solat, baliklah kami ke kampus. Pak Guard siap tanya kami balik dari mana sebab katanya bau durian dah sampai sebelum kereta masuk pagar lagi.

Tapi tue bukanlah cerita yang nak diceritakan. Kisahnya adalah malam sebelum tidur kami berkira-kira nak makan sebelum tidur atau nak tidur dulu dan bangun sahur kemudian. Tiba-tiba datang satu persoalan dalam kepala, boleh tahan ke semua lauk nie sampai pagi?


Jawapan kepada persoalan itu terjawab pagi nie bila ana nak sahur dengan gulai tempoyak, pecal, ulam dan ikan masin tak kesampaian. Sebabnya gulai tempoyak dan pecal dah basi. Yang tinggal cuma ulam dan ikan masin saja ditambah dengan durian yang tinggal lagi 2 biji sebab 4 biji dah dimakan sebelum tidur. Nak makan nasi dengan ulam tak ada sambal pula, budu pun tak ada.

Maka menggunakan skill survival orang kampung, ana dan sahabat ana ambil kicap taruk atas nasi makan ngan ikan masin. Sedap juga, siap tambah lagi. Rasanya pagi nie laa sahur paling berkhasiat ana makan sebab kurang minyak. Selalunya makanan penuh dengan minyak. Hari nie paling kurang minyak. Jimat pun jimat, sedap pun sedap. Boleh buat selalu kot macam nie.

 +
  +


Okay, jom Subuh.

Jul 22, 2011

Attitude

Dalam apa pun perkara yang kita lakukan, sikap atau orang putih kata 'attitude' adalah penentu kepada keberhasilan apa yang kita buat. Bila kita hidup dalam dunia materialistik global masa kini, orang banyak melihat kepada hasil dan bukan usaha. Mungkin ini satu perkara yang agak bercanggah apabila kita sebagai orang Islam berpegang dengan konsep Allah melihat usaha kita bukan hasil. Cuma walaubagaimana sekalipun percanggahan yang berlaku itu, konsep sikap tetap memainkan peranan yang penting kerana sikap memacu usaha yang gigih dan usaha tersebut menjadi batu asas keberhasilan atas usaha yang dilakukan.

Apa yang cuba nak disampaikan adalah dalam organisasi apa sekalipun, kita tidak boleh lari dengan konsep kerja sepasukan. Dalam pasukan, tidak ada konsep aku buat kerja aku, kau buat kerja kau. Sepatutnya tidak ada tapi hakikatnya, inilah virus yang melanda mana-mana organisasi yang mana sepatutnya setiap bahagian berfungsi untuk menampung bahagian-bahagian yang lain. Bila tampung-menampung sudah tidak ada, maka sebuah organisasi itu gagal berfungsi dengan baik.


Ketika inilah kepimpinan perlu memainkan peranan. John C. Maxwell berkata kebijaksanaan itu adalah gabungan diantara pengetahuan dan gerak hati. Pengetahuan adalah sesuatu yang kita peroleh melalui pengajian, pemerhatian, pendengaran dan sebagainya. Setiap pancaindera kita berfungsi sebagai peransang yang membawa kepada kita mengetahui sesuatu yang baru. Gerak hati pula adalah satu lintasan perasaan ataupun pemikiran yang hadir dalam diri kita untuk melaksanakan sesuatu. Maka kata John C. Maxwell, bila kita menggabungkan kedua-dua elemen tersebut terbentuklah wisdom atau hikmah.

Pemimpin perlu memainkan peranan sebagai neutralizer kepada anak buah. Kita perlu menerima hakikat dalam satu kumpulan, ada macam-macam ragam. Semua orang ada kerenah masing-masing. Pertembungan idea dan pendapat juga merupakan lumrah. Bila wujud watak neutral dalam organisasi tersebut itulah yang dapat memastikan kelangsungan kesatuan pemikiran yang cuba dilaksanakan. Kalau pemimpin itu sendiri memihak kepada satu pihak dan menyalahkan pihak yang lain, itu bukanlah satu perkara yang meningkatkan perpaduan malah menambah perpecahan. Perkara ini valid pada perselisihan yang tidak melibatkan hukum. Namun bila perselisihan itu melibatkan perkara hukum atau dasar, perlulah dirujuk kepada orang yang lebih mengetahui akan hal tersebut untuk mendapatkan pencerahan.

Sikap juga merupakan perkara yang perlu dibentuk dalam gerak kerja berorganisasi. Al-Imam Dr Yusuf Al-Qardhawi juga menyebut dalam kitab Fiqh Al-Awlawiyat dalam bab 9 supaya kita membina individu dahulu sebelum organisasi. Dalam erti kata lain, nak perkasakan sesebuah organisasi, orang dalam organisasi itu perlu diperkasakan dahulu. Jadi perubahan sikap itulah suatu perkara yang dirasakan penting ke arah matlamat tersebut. 

Dalam permainan bola sepak kita akan melihat tiga watak iaitu watak jurulatih, kapten pasukan dan pemain. Di mana sebenarnya kecenderungan kita? Adakah kita sebagai jurulatih yang menunjuk cara kepada pasukan dan memimpin ke arah kemenangan? Ataupun kita adalah kapten pasukan yang menjadi pembantu jurulatih dalam mengendalikan pasukan. Kapten pasukan jugalah yang perlu melihat dan menjaga pasukan tersebut. Atau mungkin juga kita adalah pemain yang menurut apa yang dilakukan oleh jurulatih dan kapten dengan satu kefahaman. Kita mungkin merasakan kita berada pada salah satu watak yang disebut. Semua watak itu memerlukan kepada sikap untuk menjadikan pasukan itu kuat.


Sekiranya jurulatih tidak memahami kelebihan dan kelemahan pasukan, mana mungkin dia boleh generate strategi untuk membuahkan kemenangan. Kalau kapten pasukan tidak memahami anak buahnya, mana mungkin dia akan dihormati dan menjadi ikutan kepada anak buahnya. Dan sekiranya sebagai pemain, kita gagal untuk mengikut rentak jurulatih dan kapten, mana mungkin kita boleh memberi sepenuh komitmen dalam permainan. Maka perkara ini berbalik kepada sikap. Konsep yang sama juga digunapakai dalam kita berorganisasi.

Contoh paling baik yang boleh kita lihat adalah pada Rasulullah dengan sikap yang baik dan cara Rasulullah berhadapan dengan para sahabat dalam membentuk dan mentarbiayah para sahabat. Sama juga keadaannya yang mana Rasulullah berhadapan dengan berbagai watak. Namun, Rasulullah mampu untuk membimbing para sahabat walau berbeza mana sekalipun watak mereka dengan kesatuan pemikiran dan amal.

Wallahua'lam

Jul 19, 2011

Kantoi Mencuri Kali ke-5

Al-kisah hari nie ana mendengar kuliah di masjid. Kuliah syarah kitab Bulughul Maram oleh Ustaz Dawi Cahyono bin Nurdin, Imam Masjid An-Nur UTP merangkap Senior Executive Unit Pentadbiran Masjid UTP. Hadis yang disyarahkan berkenaan dengan hukuman kepada orang yang mencuri. Dalam ustaz syarahkan hadis tersebut, ustaz membuka cerita yang mana menunjukkan kebijaksanaan seorang hakim dan pengajaran bagi orang yang panjang tangan. Bila mendengar cerita tue wujud unsur-unsur sarkastik juga sebenarnya.


Ceritanya begini :-

Ada satu tempat nie berlaku kecurian. Pesalah ditangkap dan kesalahan telah berjaya dibuktikan. Tempat tersebut melaksanakan hukum Allah yakni hukuman hudud. Maka pesalah tersebut dipotong tangan kanannya. Maka selesailah kes kecurian tersebut. Seterusnya, berlaku sekali lagi kecurian dan orang yang didapati bersalah adalah orang yang sama yang telah dipotong tangan kanannya itu. Bila disiasat, ternyata dia bersalah juga. Maka dijatuhkan hukuman potong kaki kirinya. Maka selesailah kes kecurian kedua itu.

Nak dijadikan cerita, kali ketiga berlaku kecurian dan orang yang sama juga dihadapkan ke perbicaraan. Tak serik-serik nampak gayanya pencuri nie. Bila disoal dan diambil keterangan, ternyata orang itu juga yang bersalah. Maka hakim menjatuhkan hukuman potong tangan kirinya pula. Sudah tiga anggotanya yang dipotong akibat kesalahan yang sama yang sering diulang-ulang. Maka selesailah kes ke-3 pencuri tersebut.
Betapa persistentnya sang pencuri itu bila dia dituduh sekali lagi apabila berlaku kes ke-4 kecurian. Soal punya soal, memang ternyata sang pencuri itu bersalah. Bak kata pemain game, memang IMBA sungguh pencuri nie. Maka sang hakim pun menjatuhkan hukuman supaya dipotong kaki kanannya. Kali nie betul-betul jadi Orang Kurang Upaya bila keempat-empat anggota telah dipotong. Maka selesailah kes ke-4 ini dan tempat tersebut kembali aman.


Suatu perkara yang menarik adalah bila berlaku kecurian kali ke-5. Barang yang hilang adalah kuali. Kali nie memang orang setempat sudah tak ada muka lain nak tuduh melainkan pemuda yang mencuri dengan 4 kes berturut-turut itu. Maka dihadapkanlah pemuda itu dihadapan hakim. Sang hakim bertanya samada benar atau tidak dia mencuri kuali tersebut. Pemuda itu pun menjawab dengan mengatakan mana mungkin orang yang sudah tidak ada tangan dan kaki boleh mencuri lagi.

Bila terdengar keterangannya, orang ramai dan hakim bersimpati pula dengan pemuda tersebut. Sang hakim kemudiannya membuat keputusan menjadikan kuali tersebut sebagai hadiah kepada pemuda itu. Orang ramai juga bersetuju atas dasar simpati kepadanya. Maka si pemuda itu dengan merasa suka mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan hakim kerana memberikan hadiah itu kepadanya. Pemuda itu kemudiannya, menyelukkan tangannya ke telinga kuali tersebut dan mengangkat kuali tersebut ke atas kepalanya dan mula bergerak keluar dari tempat perbicaraan.


Sang hakim melihat gelagat pemuda tersebut dan menyuruhnya berhenti lalu mengatakan bahawa dialah pencuri kuali tersebut. Pemuda itu terkejut dengan kenyataan mengejut hakim dan meminta bukti apa yang menyebabkannya mengatakan dia bersalah. Lalu sang hakim pun menyebut buktinya adalah pemuda itu mampu mengangkat kuali tersebut walaupun berada dalam keadaan tiada tangan dan kaki. Maka pemuda yang mencuri itu terdiam seribu bahasa kerana dia sudah tertangkap buat kali ke-5. Pandangan simpati orang ramai berubah menjadi pandangan marah dan hilang percaya.

Ana tak pasti apa ending yang berlaku kepada pemuda tersebut sebab lepas tue ana berangkat ke tempat wudhu' untuk menyucikan diri.

Namun dalam hadis yang disyarahkan itu ada menyebut berkenaan perkara yang sama dan kali ke-5 kecurian hukumannya adalah hukuman bunuh. Tapi dalam penerangan hadis itu, Imam Syafie menyatakan hadis itu telah mansukh. Jadi ana tak pasti apa hukuman yang diterima pemuda itu akhirnya.

Begitulah persistentnya seorang pencuri yang tak pernah berputus asa dalam mencuri walaupun gagal banyak kali. Oleh itu, elakkanlah melakukan perkara buruk sebelum ia menjadi tabiat dalam hidup kita yang sukar untuk diubah. Sentiasa mujahadah diri kita daripada melakukan perkara tersebut. Perkuatkan tarbiyah ruhiyyah dengan memperbanyakkan tazkiyatun nafs (penyucian hati) dan banyakkanlah menangis untuk Allah agar kita mampu merasa dekat pada-Nya. Insya-Allah.

Wallahua'lam

Jul 14, 2011

Etika Memilih Sahabat

Sebulan sudah blog tidak dikemaskini. Bersawang jadinya, bersepah pun ye jugak. Hari nie laa nak update sket blog yang dah bersawang nie supaya hilang sawang-sawangnya.

Sekarang dah masuk minggu 8 pengajian dalam Semester 2 nie. Tak lama lagi habis laa dan akan bercuti panjang 4 bulan sampai bulan 1 tahun depan. Insya-Allah kalau tak ada aral melintang nak try Industrial Attachment masa cuti nie that is buat praktikal 2 bulan lebih kurang. Cari pengalaman sikit before Industrial Internship tahun depan. Baru laa ada feel masa kerja nanti. Mungkin kot. Tengok senior-senior yang pergi Intern cam letih gila-gila je. Sampai ada yang jadi kurus. hehe.


Pejam celik sekarang dah bulan Syaaban dan bulan depan semua umat Islam dah nak berpuasa dalam bulan Ramadhan. Nampaknya Ramadhan datang lagi pada tahun nie. Alhamdulillah, dapat bertemu lagi dengan Syaaban dan harapnya dapat bertemu dengan Ramadhan kali ini, Insya-Allah. Bulan Ramadhan nie bulan yang terkandung padanya banyak kelebihan, maka tingkatkanlah amal kita untuk bulan Ramadhan nie. Bulan Ramadhan juga merupakan satu bulan yang Allah mudah memakbulkan doa hambaNya, maka perbanyakkanlah doa kita di bulan Ramadhan nie. Dalam keadaan negara kita sekarang, molek kiranya kita mendoakan kesejahteraan dan kukuhnya Islam di negara kita.

Kita dalam hidup nie perlunya kepada orang yang berada di sekeliling kita. Kalau kita jadi orang yang pasif, biasanya kita akan selalu rasa sunyi. Maka fitrah manusia itu memerlukan kepada teman. Teman itu secara umumnya adalah circle of network kita yakni capaian atau kenalan kita. Lebih khusus merujuk kepada sahabat atau kawan kita sendiri. Maka dalam bersahabat pun perlu ada tatacara dan adab-adabnya.

Hadis Rasulullah ada menyebut sekiranya kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima tempias bau minyak wangi tersebut andai tetapi sekiranya kita berkawan dengan tukang besi, tempias bau tukang besi itu juga akan melekat kepada kita.


Pengajaran mudah daripada hadis Rasulullah s.a.w. itu jelas mengkhabarkan kepada kita bahawa kita perlu mencari sahabat yang boleh membawa kita ke arah kebenaran dan kebaikan. Maka Hujjatul Islam Imam al-Ghazali telah menyenaraikan beberapa cara memilih sahabat iaitu
  • Memilih orang yang berakal
  • Orang yang baik akhlaknya
  • Orang yang soleh
  • Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia
  • Orang yang benar
Setelah berjaya memilih sahabat menurut kriteria-kriteria tersebut maka kita perlu menunaikan hak-hak persahabatan yang mana antaranya ialah dengan mengenali hak persahabatan dan menjaga adab-adab dalam bersahabat. Imam al-Ghazali telah meletakkan sebanyak 23 adab-adab bersahabat yang boleh untuk kita amalkan dan telah dirangkumkan di dalam kitab beliau iaitu Bidayatul Hidayah. Sebab itulah, kawan-kawan mampu reflect semula sikap kita. Maka pilihlah sebaik-baiknya kawan kita. Cuma janganlah terlalu mendiskriminasi sehingga mengkelaskan orang pada kelas-kelas tertentu mengikut sifat mereka. Apa yang penting adalah kita saling membantu dan menampung antara satu sama lain.


Wallahua'lam

May 27, 2011

Jangan dilayan Perangai Budak-Budak

Posting ini sebagai respond kepada post yang ana baca di blog senior ana merangkap sahabat seperjuangan ana yang kini menuntut di Mesir, Akh Azrul Azuan. Posting tersebut berkisarkan blog yang hangat dihebahkan baru-baru ini dengan tindakannya menghina Islam. Tak perlu ana nyatakan blog apa, nanti pakat pi klik, naik pulak trafik blog tue.

Sumber blog sahabat ana nie boleh dibaca melalui SINI.

Sebenarnya banyak lagi figure-figure yang kita dapati menghina Islam melalui blog, facebook dan juga twitter serta di lain-lain sumber. Namun apa respond kita sebagai umat Islam tentang tindakat tersebut?

Kebiasaannya, kita akan melatah tak tentu pasal bila perkara begini berlaku. Secara jujurnya, ana sendiri rasa marah kalau ana baca. Cumanya, di mana kita mengarahkan rasa marah itu. Saidina Ali sendiri kerana marah tidak jadi membunuh musuh di medan perang kerana bimbangkan dia membunuh bukan kerana nak menegakkan kalimah Lailaahaillallah tapi kerana dia rasa marah.

Ana petik sedikit daripada artikel sahabat ana

Petikan kata-kata :

Islam diakui melalui kajian sebagai agama yang paling cepat berkembang di dunia. Situasi ini menjadikan agama Islam wujud di mana-mana negara di dalam dunia, tidak kira samada negara itu majoriti penduduknya beragama Islam atau sebaliknya. Semua ini adalah kurniaan Allah ke atas usaha yang dijalankan oleh pendakwah Islam di seluruh dunia. Semoga Allah merahmati kita semua.

Dengan perkembangan terkini ini, pihak yang iri hati dan terancam dengan kemajuan yang dicapai oleh agama Islam menjadi hilang punca dan blur dalam mencari jalan untuk menyaingi agama Islam. Setelah hampir semua jalan 'profesional' yang mereka cuba, Islam tetap berkembang seolah-olah tiada kesan akan semua tindakan mereka.

Maka, kita tidak perlu hairan dengan tindakan golongan terdesak ini yang menggunakan cara kebudak-budakkan dalam menyaingi Islam. Ibarat budak-budak yang bermain bola, apabila team yang kuat menang dengan gol yang banyak, maka team yang lemah ini merasa malu dan terdesak, lalu bermulalah acara ejek mengejek. Ini bertujuan untuk membakar kemarahan team yang menang tadi dan mengheret mereka ke kancah perkelahian. Situasi ini selalunya diakhiri dengan pergaduhan ala budak-budak...biasalah tu, budak-budak.....
Golongan-golongan seperti inilah yang benci melihat cahaya Allah itu meluas tersebar ke seluruh dunia. Mereka akan guna apa cara sekalipun asalkan mereka menang. Namun Allah tetap juga akan melengkapkan cahaya-Nya walaupun perkara itu dibenci golongan tersebut.

Firman Allah dalam surah As-Saff ayat 8

يُرِيدُونَ لِيُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

Maksudnya: "Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)."

Disebabkan rasa tidak suka itulah bermacam-macam cara digunakan untuk menjatuhkan moral umat Islam. Tindakan kita respond kepada posting mereka juga tidak begitu bijak kerana dengan itu mereka akan terus juga menyebarkan fitnah-fitnah terhadap Islam. Kononnya kita nak sampaikan kebenaran, tapi kita tersilap langkah kerana terburu-buru mengambil tindakan. Samalah juga bila dilayan budak-budak, even orang dewasa pun sama juga rasanya. Benda yang dilarang itulah juga yang nak dibuat. Kita marah-marah tindakan orang menghina Islam itulah juga menjadikan mereka lebih bersemangat menghina Islam kerana mereka nampak apa yang mereka buat tue ada kesan terhadap moral umat Islam. Inilah peperangan psikologi.

Maka tindakan yang patut kita lakukan sebagai orang awam adalah biarkan saja tanpa respond terhadap blog-blog begitu. Tak ada significant pun kalau kita respond. Serahkan kepada pihak berautoriti untuk menyelesaikan perkara ini. Perlu juga disekat, kalau biar dia berjangkit nanti merebak jadi virus pulak. Lagi susah kalau macam tue. Maka mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Fenomena ini juga bagi ana merupakan satu mesej kuat untuk kita persiapkan diri kita bagi menghadapi fitnah yang lebih besar iaitu fitnah Dajjal. Kalau fitnah sedia ada sekarang ini kita mampu elak, dibimbangi kita tak mampu mengelak dari fitnah Dajjal pula nanti. Maka siap siaga dengan segala keperluan untuk mengelak dari fitnah besar itu.

Wallahua'lam

May 14, 2011

Blogger dan Hakikat Kehidupan

Semalam Blogger cuba bermain api dengan bloggers-bloggers seluruh dunia. Sebab tiba-tiba je website down. Tak silap ada maintenance issue daripada widget service yang ada. Ntah laa apa masalah sebenarnya. Mujur blog nie tak terkesan sangat dengan masalah yang berlaku. Ada blogger yang meradang sebab posting baru diorang hilang & ada yang katanya komen dari blog pun hilang juga. Blog ana mungkin tak terkesan sebab last posting 6 hari lepas. Jauh daripada tarikh berlaku isu.

So semalam ramai laa yang tak dapat update blog sebab tak boleh nak masuk ke dashboard. Sampaikan ada yang dah pasang niat nak tukar ke wordpress & ada juga yang terus nak beli domain sendiri untuk buat blog. Wallahua'lam masalah yang berlaku nie memberi keuntungan atau kerugian pada Blogger. Ana sendiri pun semalam ada something yang nak dikongsikan tapi terbantut idea sebab tak boleh masuk dashboard. Dalam tweet ada sahabat yang sarankan ana tukar pd private domain saja. Tukar domain sendiri nie ok juga tapi rasanya macam tak sedia lagi nak tukar pada domain sendiri. Ataupun perlu untuk ana tukar sebenarnya? Ada pendapat lain?


Tutupnya Blogger pada seketika waktu atas sebab masalah tue secara pastinya menyebabkan kerugian besar buat mereka. Pernah tak kita sangka dengan posting yang kita buat nie saja dah menambahkan jumlah keuntungan mereka. Tapi bila masalah berlaku sama juga laa macam kilang beras. Lambat keluar berasnya untuk dipasarkan, maka rugilah mereka hari tue. Hakikatnya juga kalau nak bandingkan dengan kehidupan kita sebagai manusia tak jauh beza sangat sebenarnya.

Manusia juga perlu sentiasa mengerjakan amal dengan kefahaman setiap perbuatan itu adalah ibadah maka pastikan apa yang kita buat itu benar-benar memberi manfaat kepada kita. Sebab itu jugalah perlu bagi kita menyahut seruan Allah agar berlumba-lumba berbuat kebaikan. Maka hidup kita nie pun ibarat kita sedang berlumba-lumba mengejar kebaikan dan kelebihan di akhirat dengan gesaan fastabiqul khairat.

Namun tetap juga iman manusia tue naik dan turun. Ada masa kita akan slow seketika dan berlaku penurunan amal ketika itu. Maka ketika itu keuntungan kita akan merosot. Hakikat business kalau kita terus dalam keadaan rugi, kita akan bankrupt dan syarikat ditutup. Jadi kalau kita biarkan diri kita pada tahap iman yang lemah, silap hari bulan kita akan futur dari jalan yang lurus.

Jadi dalam setiap kejatuhan itu, perlu ada waktu dan ketikanya kita akan bangkit semula. Dan dalam kebangkitan itu sepatutnya kita capai semula apa yang telah kita rugi sebelum ini. Macam itu jugalah kitaran hidup manusia yang bagaikan  roda ini. Ini jugalah hakikat tarbiyah. Kadang-kadang kita di bawah dan kadang-kadang kita di atas. Apa yang paling petnting adalah untuk kita tetap istiqamah dengan kebaikan yang kita lakukan.

Wallahua'lam

p/s: patutnya dah dipost tengah hari tadi tapi akibat terlentok dan ada hal sket post nie jadi malam...agak lapuk jadinya,

May 4, 2011

Jangan Menilai Buku pada Kulitnya

Don't judge a book by its cover. Simple phrase yang mudah difahami dan mudah ditangkap maksudnya. Tak kira siapa atau tahap mana pemikirannya, mudah untuk memproses dan memahami apa yang dimaksudkan daripada kata-kata tersebut. Kita sentiasa disarankan untuk tidak menilai sesuatu perkara itu daripada sudut pandang luaran namun hakikat sebenarnya itulah yang sering kita lakukan. Boleh buat sendiri reality check betul ataupun tak statement ana nie.
Don't Judge a Book by Its Cover (sumber: SINI)

Nahnu Nahkum bilzawahir

Memang fitrah manusia akan menghukum pada perkara yang zahir. Sebagai contoh rumah yang dari jauh dilihat buruk akan terus dikatakan buruk walaupun interior design di dalamnya mampu menambat hati manusia yang ada di kawasan itu.

Contoh lain yang dapat difikirkan pula kita akan menilai seseorang itu sebagai jahat andai dia sering menunjukkan kejahatannya walaupun sebenarnya dia adalah seorang yang baik. Robin Hood memperjuangkan kebajikan manusia tapi dengan mencuri. Perbuatan mencuri itu sudah sedia maklum menyalahi undang-undang dan tak dibenarkan oleh syara' tapi tetap dibuat juga. Namun, bagi pihak yang menyelia tetap akan melihat Robin Hood sebagai penjenayah kerana mencuri perbendaharaan negara. 

Soalnya, adakah sifat ataupun kaedah menghukum pada perkara yang zahir ini valid kepada setiap masa dan keadaan? Kerana mungkin Robin Hood mencuri disebabkan dia tak tahu mencuri itu menyalahi undang-undang dan berdosa. Perkara itu boleh jadi berlaku dan tidak mustahil sebenarnya.

Kenalpasti Usulnya bukan berlegar di bahagian Cabang
Mungkin kita mempunyai persepsi yang kurang baik apabila melihat perbuatan tersebut namun jika kita mengenalpasti akar masalah barulah kita dapat melihat punca sebenar masalah. Sesuatu masalah itu sukar diselesaikan sekiranya kita tidak mengenalpasti apakah akar masalah tersebut kerana akar itulah yang akan menambahkan batang dan cabang masalah itu.

Seringkali kita tersilap langkah apabila kita terus menilai sesuatu perkara itu tanpa mengenalpasti punca sebenar perkara tersebut Dalam konteks ini apabila kita mengambil keterangan, adalah sangat tidak beretika apabila kita mengambil keterangan daripada satu pihak dan terus membuat andaian serta spekulasi. Keadaan tersebut akan menyebabkan kita menilai secara berat sebelah. Keterangan dari pihak yang lain juga perlu untuk kita menilai di mana masalah yang sebenarnya. Namun, begitu jugalah permainan dunia sekarang.

Kita melihat betapa dunia Islam ditindas dengan berbagai propaganda jahat tanpa diberi sedikitpun ruang untuk kita menerangkan hal yang sebenar. Kita ada kemampuan untuk mengubah persepsi itu namun tetap wujud juga Islamofobia itu sehinggakan melarat pada umat Islam sendiri yang menjadi inferior dengan Islam.

Apakah maksud gambar ini?
Jawapannya :

Domino (Dom in O)

Mudahkan, jangan disulitkan

Islam itu agama yang mudah, namun adakalanya kita menjadikan ia sangat susah kerana tidak memenuhi kepentingan peribadi kita. Setiap perkara/masalah itu ada penyelesaiannya dan adakalanya penyelesaian itu sudah ada di depan mata, menunggu untuk dilihat dan digenggam saja. Dalam beberapa hal, boleh saja kita berlapang dada dan bersangka baik daripada kita membuat tindakan terburu-buru. Takut-takut dengan tindakan itu kesannya akan terkena semula pada diri kita.

Wallahua'lam

Sumber : http://www.almuntalaq.com/2011/02/04/isi-einstein-betul-tapi-einstein-tidak-betul/


P/S: Ada satu website yang agak best untuk menguji ketajaman IQ kita dengan meneka gambar, boleh menguji bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu dan apa pula pandangan sebenarnya. Boleh lihat di http://floorsix.blogspot.com/

Apr 28, 2011

Jiwa Kosong

Dah agak lama tak update blog. Sedikit hilang fokus dengan blog sekarang. Nak kata sibuk, sebenarnya tak adalah sibuk mana. Buat-buat sibuk saja kot. Mungkin kerana dosa yang berulang-kali dibuat, sedikit sebanyak  menjadi asbab untuk ana hilang fokus dalam hampir semua perkara. Hasilnya, lebih banyak tidur dari bekerja, rasa malas meningkat 1000 kali ganda daripada biasa, hidup tidak teratur, terasa banyak masalah tapi tak nampak sebarang penyelesaian, depressed, stress, cepat bengang, selalu termenung as if memikirkan sesuatu, etc. Paling teruk, ibadah pun terjejas. Posting nie pun bukanlah menandakan sudah recover sepenuhnya, masih lagi cuba untuk mujahadah melawan nafsu diri sendiri yang sedikit rebel sekarang nie. Senang kata jiwa kosong sekarang. Ada benda nak disampaikan tapi tak ada kekuatan nak menaip dan sebagainya.

Anyway, sekarang menaip pun tak ada idea sangat sebenarnya. Mungkin dah makin kurang membaca menyebabkan kurang bercambah idea yang nak diketengahkan. Yes, adalah lebih hati ke hati kalau kita ceritakan apa yang berlaku pada diri kita dan kita ambil ibrah serta relate dengan Islam. Namun, kalau kurang pembacaan dan ilmu tak mampu juga nak menggoreng sampai ke situ. Takut terlebih berani menggoreng jadinya ajaran sesat pula yang dibuat. Naudzubillahiminzaalik.

Minggu depan dah start exam. First paper hari Jumaat 6 Mei, paper Islamic Studies. Surprisingly, due to some irrelevant reason, next week ada test Object Oriented Programming (OOP) yang patutnya test tue Selasa baru-baru nie. Sebabnya, ada orang e-mel pada lecturer persoalkan kenapa nak buat test 2 sedangkan syllabus tak habis belajar lagi. E-mel tue diambil dan diconsider oleh lecturer dan keputusannya test postpone ke minggu depan. Sedangkan, si penghantar e-mel tak consult pun dengan orang lain yang mana  1st paper hari Jumaat dalam minggu yang sama. Soal syllabus tak habis tak sepatutnya wujud sebab syllabus sepatutnya habis sebelum final exam. So kalau test 2 tak cover semua topik tak patutnya menjadi isu. Tapi kerana tak consideratenya si penghantar e-mel buatkan test terpaksa postpone minggu depan sedangkan minggu depan dah study week.

Jujurnya, ana agak bengang dengan situasi tersebut tapi apakan daya. Ana pun tak pergi ke kelas dan tak dapat nak luahkan pendapat sendiri. Redha sajalah jawabnya untuk ambil test 2 minggu depan walaupun sepatutnya itulah masa yang berharga untuk study before final exam. Tak apalah, benda nak jadi. Just keep moving forward then.

Satu lagi cerita yang mungkin susah nak lupa dan perlu dijadikan pengajaran adalah bila ana terlepas test baru-baru nie. Terlepas ke? Tak sangat kot sebab dapat buat jugak test tue. Nasib tak jadi masa exam, kalau tak memanglah sangat-sangat merugikan diri sendiri dan menggelapkan masa depan. Kisahnya begini, ana tido lewat sebelum hari test tue sebab nak cover balik banyak benda yang tak berapa nak catch-up lagi. So dengan lewatnya tido lepas solat Subuh terus tido balik padahal test pukul 8.30. Bangun-bangun dah pukul 8.35 pagi. Apalagi, kelam-kabut bersiap & terus pecut ke Blok 1. Sekali sampai je tak tahu kat mana test. Melilau cari kat area blok 1 & blok 2 tak jumpa classmate yang tengah sit for the test. Ada hantar SMS tapi obviously tak ada orang balas. Contact number lecturer pula tak ada. Test akan habis kul 10 pagi. So sebab dah cari tak jumpa-jumpa & sedikit give up hope, ana just tunggu lecturer di office.

Alhamdulillah, mujur sempat jumpa dengan lecturer. Terus bagi sebab then dia bagi buat test on the spot. Mujur dapat juga ambil test & mujur juga lecturer boleh berbudi bicara sampai begitu lagi. Kalaulah lecturernya strict, rasanya dah tak ada harapan kot. Jadi ana buatlah test tue dan jawab dengan sesungguh-sungguhnya setakat yang ana dapat catch-up. Wallahua'lam macam mana keputusannya ana pun tak tahu. Yang penting, ana dah bagi all i can do dalam test tue walaupun buat seorang diri di office. Buat cepat-cepat jugak sebab lepas tue nak present OOP punya project depan tutor. Alhamdulillah, lepas siap test pergi ke lab then tunggu giliran present dan Alhamdulillah presentation went well & tutor pun puas hati dengan hasil kerja. Tak macam certain group yang kena soal bertubi-tubi.

Jadi pengajarannya, jangan tidur lepas Subuh secara khususnya dan lebih khusus lagi kalau ada test. Keduanya, study awal & jangan last minute. Kalau tak, jadi macam apa yang berlaku pada ana. Yang ketiga, be aware of what is gonna happen, don't be such an ignorance. Kalau kat sekolah, kita ada cikgu yang ingatkan, kat kampus nie kalau tak concern memang padan muka pada diri sendiri laa jawabnya. Hope that benda nie tak berulang masa final exam nanti.



Apr 11, 2011

Jangan dinilai Keikhlasan Manusia

Bila disebut tentang ikhlas, banyak perkara yang boleh kita gambarkan. Namun segala-galanya kembali kepada niat masing-masing sepertimana disabdakan daripada Nabi Muhammad saw:-

"Sesungguhnya apa amalan yang dilakukan itu adalah dengan niat"

Ikhlas itu sendiri sukar untuk kita ukur. Tidak ada lagi manusia yang mampu mencipta mesin mengukur ikhlas setakat apa yang ana tahu. Oleh sebab itulah kita tidak perlu mengukur keikhlasan manusia kerana memang sudah jelas ia bersifat subjektif dan tak perlu diukur. Tuan punya badan lebih tahu dia ikhlas ataupun tidak kerana ia bersangkut-paut dengan niatnya melakukan sesuatu perkara. Sama juga, kita tak mampu membaca apa yang terkandung di dalam hati manusia.

Ikhlas juga mampu dibentuk. Ramai orang yang mengelat nak solat bila disuruh solat keluarlah jangan dipaksa dalam Islam, jangan paksa solat, nanti tak ikhlas. Jadi nak tunggu ikhlas tue rasanya sampai ke sudah tak ikhlas-ikhlas lagi. Oleh yang demikian, perlunya paksaan dalam mentarbiyah seseorang di samping memberi kefahaman yang jelas agar apa yang dibuat itu sedikit demi sedikit membuahkan keikhlasan di hati. Kalau dulu kita malas solat, bila kita faham kepentingan solat dan cuba mujahadah diri untuk terus istiqamah bersolat, maka keikhlasan kita bersolat itu akan datang secara automatik. Contoh mudah orang yang ikhlas mengerjakan solat ialah dia akan rasa tak senang duduk kalau terlepas mahupun terlewat melaksanakan solat.

Jadi soal keikhlasan itu bukanlah pada kita untuk menjadi pengukur mahupun penilainya. Ini kerana ikhlas itu bersifat subjektif serta ia mampu dibentuk dari awal. Dari perspektif kepimpinan dan kuasa. Kita menyedari, Islam tertegak secara meluas melalui kuasa. Hijrah Nabi Muhammad saw daripada Mekah ke Madinah bukan sekadar hijrah tanpa asas dan tujuan tapi wujud strategi jangka panjang untuk kebangkitan Islam. Nabi menyedari Mekah ketika itu sukar ditembusi kekebalan jahiliyahnya, maka apabila datang kaum Aus dan Khazraj memberi jaminan dan kekuasaan kepada Nabi untuk memimpin mereka, maka inilah peluang untuk melebarluaskan dakwah Islam ke seluruh pelosok tanah Arab. Hasilnya, berlaku juga Fathu Mekah yang membebaskan Mekah daripada amalan jahiliyah.

Maka apakah yang menjadi kayu ukur keikhlasan dalam kepimpinan? Kita sedia maklum, tugasan memimpin dan menjadi ketua bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya merupakan satu tugas berat yang perlu dipikul oleh seseorang itu sebaik mungkin. Secara logik akalnya, tak ada siapa pun yang mahu menerima amanah berat itu. Namun kalau disandarkan kepada kefahaman untuk kita menggunakan peluang menyebarkan Islam, kita perlu menerima amanah kepimpinan tersebut agar Islam itu bangkit semula.

Teringat kata-kata seorang panel forum ketika Simposium Kecemerlangan Belia baru-baru ini iaitu "Kita perlu menjadi gila kuasa supaya kita mampu mengambil kuasa daripada orang gila." Statement yang bagi ana menarik dan menjadi sebab kenapa perlunya orang yang ada kefahaman Islam memegang kekuasaan dan memimpin. Kerana itulah sandaran kita untuk terus memelihara kesucian dan ketinggian agama. Jadi di sini, keikhlasan itu timbul atas dasar kefahaman untuk terus memelihara ketinggian agama.

Secara khulasahnya, tak perlu menilai keikhlasan orang lain tanpa kita merenung diri kita sendiri. Apa yang penting itu adalah kita menyumbang untuk Islam. Jangan bergantung pada hasil kerana tugas dakwah ini bukanlah tugas yang mudah dan singkat tapi memerlukan proses berterusan dan berpanjangan.

Wallahua'lam


Mar 19, 2011

Menerangkan apa yang perlu Diterang supaya menjadi lebih Terang

Terang..terang dan terang

Semua perkara perlu ada penerangannya tapi tak semua penerangan itu difahami. Sebab itu kerja sebagai Ketua Penerangan ini tak mudah sebenarnya. Bila nak keluarkan keterangan pun kena fikir dan Consider All Factors (CAF) juga. Banyak keterangan yang dikeluarkan, ada sahabat-sahabat yang bagi komen itu dan ini. Semua diserap dengan baik. Bila part implementing the idea and suggestion, fail. Nie yang selalu berlaku. The workload seems to be easy tapi bila nak buat tue banyak perkara yang perlu difikirkan. Lumrah juga seorang Ketua Penerangan perlu sentiasa update dengan isu semasa.


Inilah taklifan berat yang ana pegang untuk semester ini iaitu Ketua Penerangan dan Perhubungan Awam (KPnPA). Nampak macam pegang satu post, rupa-rupanya ada dua. Satu sebagai Ketua Penerangan dan satu lagi sebagai Ketua Perhubungan Awam (PR). Inilah juga kerjanya, terang, terang dan terang, Bukan sekadar terang, tanbah pula dengan proses public relationnya maknanya kena cari network kesana kemari.

Taklifan kadang-kadang mematangkan kita. Bukan mudah memegang taklifan tapi bukan semua juga yang boleh memegang sesuatu taklifan itu. Banyak perkara yang perlu diterang. Yang nak diterang bukanlah yang kulit. Kalau setakat terang yang kulit, baik tak payah ada Ketua Penerangan. Yang nak diterang itu ialah perkara-perkara yang isi dan sebagainya. Jadi pentingnya ketua penerangan ini ialah untuk menerangkan perkara isi yang perlu orang lain tahu dan faham. Ditambah pula post yang ana pegang nie merupakan post Majlis Tertinggi dan bukan Majlis Eksekutif Rakan Masjid, ana perlu cakna dengan keadaan Persatuan juga.


Jadi taklifan yang ada ini sebenarnya berkait rapat sebab kalau ana kena kenal Rakan Masjid baru boleh terangkan apa itu Rakan Masjid. Ana kena tahu dan cakna isu semasa supaya boleh menerangkan sesuatu mengikut keadaan yang berlaku dengan penerangan yang sesuai dan sebagainya. Jadi perlunya kepada skill penerangan berkesan serta komunikasi yang baik.

Jadi setakat inilah daripada ana, sekadar mengisi sedikit masa ketika berada di program Potential Leaders nie. Ada di Bukit Meraj lagi. Insya-Allah akan update lagi kalau ada apa-apa yang segar dan boleh diupdate.

Mar 9, 2011

Kehilangan : Al-Fatihah untuk Akh Khairul Hakimi

Tengah hari tadi ana terbaca status yang dikeluarkan abang Hakim ex-Presiden Rakan Masjid suatu ketika dahulu:

alfatihah kepada allahyarham khairul hakimi yang baru sahaja meninggal dunia accident kereta di gua musang semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di terengganu dari utp...

Awal-awal ana ingat orang lain. Memang ana cuba elak dari fikir yang bukan-bukan. Tapi akhirnya ana dapat call dari sahabat yang mengesahkan memang orang tersebut adalah sahabat dan senior ana yang begitu komit dengan dakwah dan gerak kerja Islam di UTP. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.


Ana mengenali abang Khairul Hakimi atau ana panggil beliau abang Kero sejak dari Foundation lagi. Selalu ana berjumpa dengan beliau di surau masa Liqa' Al-Mulk, jumpa di masjid dan sebagainya. Bakal merindui beliau.

Ya Allah,

Kau tempatkanlah beliau bersama golongan yang memperjuangkan agamaMu. Sesungguhnya beliau adalah seorang Jundi yang hebat gerak kerjanya memberi sumbangan untuk meninggikan agamaMu. Kau tempatkanlah dia ke Syurga Adn Ya Allah.

Amin.

Mar 6, 2011

Be a Legend!

Seminggu ana tinggalkan blog ana tanpa sebarang update. Sedikit lari momentum ana untuk update blog sekarang ini. Nak kata tak ada idea, ada je topik yang nak dibawa. Namun sedikit sebanyak kemalasan yang melanda diri kebelakangan nie menghalang ana untuk menaip di keyboard ana. Tengok beberapa blog yang aktif dan sentiasa update kadang-kadang rasa nak lawan juga momentum diorang tapi melihat kepada sesetengah blog yang dimiliki orang yang sangat-sangat sibuk (lebih sibuk dari ana) tapi masih constant menaip di blog membuatkan ana rasa malu dengan diri sendiri. Hebat sungguh time management mereka.

Semester nie menjadi semester yang tiada weekend bagi ana kerana setiap weekend ana akan dihidangkan dengan kursus, program dan sebagainya. Boleh ana katakan setiap minggu ana ada program. Bagi sesetengah orang ini adalah perkara biasa tapi bagi ana nie adalah satu benda baru yang perlu ana biasakan. Selalu ana meletakkan concern akademik ana bila disibukkan dengan bermacam-macam tugasan. Alhamdulillah, berkat sahabat-sahabat yang banyak membantu, ana masih lagi inline dengan akademik ana dan masih lagi mampu meneruskan risalah perjuangan ini.

Mungkin inilah perancangan yang Allah berikan kepada ana. Disibukkan dengan kerja-kerja meninggikan agama Allah dan pada masa yang sama berjihad di medan akademik yang wajib ana tempuhi. Fitnah besar kalau ana menggagalkan diri ana dalam akademik sebagai seorang yang membawa imej Islam dan Dai'e itu sendiri. Satu perkara yang kita perlu jelas adalah ia adalah sesuatu yang sangat normal apabila tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada.


Baru-baru ini ana menghadiri satu program kepimpinan yang dianjurkan UTP. Program tersebut diadakan di Bukit Merah Laketown Resort. Satu perkara yang menjadi keyword atau favourite word dalam program tersebut ialah 'Legend'. Untuk menjadi pemimpin yang hebat, kita perlu menjadi legend dalam kepimpinan kita. Itulah satu input yang ana dapat daripada program tersebut.

Kenapa perlu jadi Legend? Penting sangat ke?

Kadang-kadang kita melihat sesuatu perkara itu hanya pada sudut pandangan negatif sahaja. Namun bila kita melihat istilah tersebut. Cara kita nak mendapatkan title itu adalah dengan melakukan sesuatu yang lain dari yang lain dan perkara yang besar. Inilah kuasa inovasi dan kreativiti. Seorang pemimpin yang tak melaksanakan pembaharuan, meneruskan perkara yang lama tanpa sebarang perubahan, tidak menjadi inspirasi kepada anak buah tapi sekadar memberi arahan. Orang macam nie tak layak digelar pemimpin. Mereka hanyalah pengurus yang menguruskan organisasi semata-mata.

Banyak contoh kepimpinan Legend yang dapat kita ambil daripada sirah perjuangan Islam itu sendiri. Contoh terbaik adalah daripada Rasulullah saw itu sendiri. Bagaimana strategi Rasulullah ketika berhijrah dan sebagainya. Bagaimana Rasulullah menjadi inspirasi kepada para sahabat dan terus sehingga kini Rasulullah merupakan ikon role model terbaik buat manusia tak kira Muslim ataupun tidak. Inilah Legend yang dicipta oleh Rasulullah. Sebagaimana para sahabat juga ada mencipta kehebatan mereka sendiri, tokoh-tokoh Islam juga tak ketinggalan dalam membawa agenda-agenda besar dalam sejarah kepimpinan Islam.

Maka tak hairan kalau kita mampu mengagumi mereka kerana mereka memanfaatkan sepenuhnya kurniaan akal dan fikiran yang diberi Allah untuk kebaikan dan jihad fisabilillah. Maka itulah kepentingan kita menjadi seorang yang namanya pemimpin dan bukan pengurus.

Be a leader, not a manager.

Kehebatan yang ada pada seorang pemimpin ini adalah pengikutnya mengikut atas dasar wala' dan bukan terpaksa. Pemimpin juga dijadikan inspirasi untuk ikutan pengikutnya. Inilah satu faktor penarik yang kuat membezakan Pemimpin dan Pengurus. Sedangkan pengurus itu sekadar mengurus, pemimpin memimpin anak buahnya. Urus dan Pimpin itu sendiri sudah merujuk kepada makna yang berbeza. Boleh refer kepada Kamus Dewan untuk mendapatkan maknanya.


Kesimpulannya, sediakanlah diri kita menjadi pemimpin di masa hadapan. Jangan tunggu taklifan baru nak develop diri. Ketika itu, kita sudah buat kerja last minute yang melambatkan hasil kerja buat kita. Jadi sentiasa bersedia menerima tanggungjawab sebagai seorang ketua dan pemimpin.