Tengah hari tadi ana terbaca status yang dikeluarkan abang Hakim ex-Presiden Rakan Masjid suatu ketika dahulu:
alfatihah kepada allahyarham khairul hakimi yang baru sahaja meninggal dunia accident kereta di gua musang semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di terengganu dari utp...
Awal-awal ana ingat orang lain. Memang ana cuba elak dari fikir yang bukan-bukan. Tapi akhirnya ana dapat call dari sahabat yang mengesahkan memang orang tersebut adalah sahabat dan senior ana yang begitu komit dengan dakwah dan gerak kerja Islam di UTP. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.
Ana mengenali abang Khairul Hakimi atau ana panggil beliau abang Kero sejak dari Foundation lagi. Selalu ana berjumpa dengan beliau di surau masa Liqa' Al-Mulk, jumpa di masjid dan sebagainya. Bakal merindui beliau.
Ya Allah,
Kau tempatkanlah beliau bersama golongan yang memperjuangkan agamaMu. Sesungguhnya beliau adalah seorang Jundi yang hebat gerak kerjanya memberi sumbangan untuk meninggikan agamaMu. Kau tempatkanlah dia ke Syurga Adn Ya Allah.
Amin.
2 comments:
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
semoga rohnya tergolong dalam golongan muttaqin.
kita yang masih hidup ni ambillah pengajaran bahawa mati itu boleh menjemput pada bila-bila masa.
tingkatkan ilmu, iman dan amal.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun,
dariNya kita dtg dan kepadaNya kita kembali.
allahyarham ni student UTP juga ke?
moga Allah merahmatinya.
Post a Comment