Mar 6, 2011

Home » , » Be a Legend!

Be a Legend!

Seminggu ana tinggalkan blog ana tanpa sebarang update. Sedikit lari momentum ana untuk update blog sekarang ini. Nak kata tak ada idea, ada je topik yang nak dibawa. Namun sedikit sebanyak kemalasan yang melanda diri kebelakangan nie menghalang ana untuk menaip di keyboard ana. Tengok beberapa blog yang aktif dan sentiasa update kadang-kadang rasa nak lawan juga momentum diorang tapi melihat kepada sesetengah blog yang dimiliki orang yang sangat-sangat sibuk (lebih sibuk dari ana) tapi masih constant menaip di blog membuatkan ana rasa malu dengan diri sendiri. Hebat sungguh time management mereka.

Semester nie menjadi semester yang tiada weekend bagi ana kerana setiap weekend ana akan dihidangkan dengan kursus, program dan sebagainya. Boleh ana katakan setiap minggu ana ada program. Bagi sesetengah orang ini adalah perkara biasa tapi bagi ana nie adalah satu benda baru yang perlu ana biasakan. Selalu ana meletakkan concern akademik ana bila disibukkan dengan bermacam-macam tugasan. Alhamdulillah, berkat sahabat-sahabat yang banyak membantu, ana masih lagi inline dengan akademik ana dan masih lagi mampu meneruskan risalah perjuangan ini.

Mungkin inilah perancangan yang Allah berikan kepada ana. Disibukkan dengan kerja-kerja meninggikan agama Allah dan pada masa yang sama berjihad di medan akademik yang wajib ana tempuhi. Fitnah besar kalau ana menggagalkan diri ana dalam akademik sebagai seorang yang membawa imej Islam dan Dai'e itu sendiri. Satu perkara yang kita perlu jelas adalah ia adalah sesuatu yang sangat normal apabila tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada.


Baru-baru ini ana menghadiri satu program kepimpinan yang dianjurkan UTP. Program tersebut diadakan di Bukit Merah Laketown Resort. Satu perkara yang menjadi keyword atau favourite word dalam program tersebut ialah 'Legend'. Untuk menjadi pemimpin yang hebat, kita perlu menjadi legend dalam kepimpinan kita. Itulah satu input yang ana dapat daripada program tersebut.

Kenapa perlu jadi Legend? Penting sangat ke?

Kadang-kadang kita melihat sesuatu perkara itu hanya pada sudut pandangan negatif sahaja. Namun bila kita melihat istilah tersebut. Cara kita nak mendapatkan title itu adalah dengan melakukan sesuatu yang lain dari yang lain dan perkara yang besar. Inilah kuasa inovasi dan kreativiti. Seorang pemimpin yang tak melaksanakan pembaharuan, meneruskan perkara yang lama tanpa sebarang perubahan, tidak menjadi inspirasi kepada anak buah tapi sekadar memberi arahan. Orang macam nie tak layak digelar pemimpin. Mereka hanyalah pengurus yang menguruskan organisasi semata-mata.

Banyak contoh kepimpinan Legend yang dapat kita ambil daripada sirah perjuangan Islam itu sendiri. Contoh terbaik adalah daripada Rasulullah saw itu sendiri. Bagaimana strategi Rasulullah ketika berhijrah dan sebagainya. Bagaimana Rasulullah menjadi inspirasi kepada para sahabat dan terus sehingga kini Rasulullah merupakan ikon role model terbaik buat manusia tak kira Muslim ataupun tidak. Inilah Legend yang dicipta oleh Rasulullah. Sebagaimana para sahabat juga ada mencipta kehebatan mereka sendiri, tokoh-tokoh Islam juga tak ketinggalan dalam membawa agenda-agenda besar dalam sejarah kepimpinan Islam.

Maka tak hairan kalau kita mampu mengagumi mereka kerana mereka memanfaatkan sepenuhnya kurniaan akal dan fikiran yang diberi Allah untuk kebaikan dan jihad fisabilillah. Maka itulah kepentingan kita menjadi seorang yang namanya pemimpin dan bukan pengurus.

Be a leader, not a manager.

Kehebatan yang ada pada seorang pemimpin ini adalah pengikutnya mengikut atas dasar wala' dan bukan terpaksa. Pemimpin juga dijadikan inspirasi untuk ikutan pengikutnya. Inilah satu faktor penarik yang kuat membezakan Pemimpin dan Pengurus. Sedangkan pengurus itu sekadar mengurus, pemimpin memimpin anak buahnya. Urus dan Pimpin itu sendiri sudah merujuk kepada makna yang berbeza. Boleh refer kepada Kamus Dewan untuk mendapatkan maknanya.


Kesimpulannya, sediakanlah diri kita menjadi pemimpin di masa hadapan. Jangan tunggu taklifan baru nak develop diri. Ketika itu, kita sudah buat kerja last minute yang melambatkan hasil kerja buat kita. Jadi sentiasa bersedia menerima tanggungjawab sebagai seorang ketua dan pemimpin.

0 comments: