May 4, 2011

Home » , , » Jangan Menilai Buku pada Kulitnya

Jangan Menilai Buku pada Kulitnya

Don't judge a book by its cover. Simple phrase yang mudah difahami dan mudah ditangkap maksudnya. Tak kira siapa atau tahap mana pemikirannya, mudah untuk memproses dan memahami apa yang dimaksudkan daripada kata-kata tersebut. Kita sentiasa disarankan untuk tidak menilai sesuatu perkara itu daripada sudut pandang luaran namun hakikat sebenarnya itulah yang sering kita lakukan. Boleh buat sendiri reality check betul ataupun tak statement ana nie.
Don't Judge a Book by Its Cover (sumber: SINI)

Nahnu Nahkum bilzawahir

Memang fitrah manusia akan menghukum pada perkara yang zahir. Sebagai contoh rumah yang dari jauh dilihat buruk akan terus dikatakan buruk walaupun interior design di dalamnya mampu menambat hati manusia yang ada di kawasan itu.

Contoh lain yang dapat difikirkan pula kita akan menilai seseorang itu sebagai jahat andai dia sering menunjukkan kejahatannya walaupun sebenarnya dia adalah seorang yang baik. Robin Hood memperjuangkan kebajikan manusia tapi dengan mencuri. Perbuatan mencuri itu sudah sedia maklum menyalahi undang-undang dan tak dibenarkan oleh syara' tapi tetap dibuat juga. Namun, bagi pihak yang menyelia tetap akan melihat Robin Hood sebagai penjenayah kerana mencuri perbendaharaan negara. 

Soalnya, adakah sifat ataupun kaedah menghukum pada perkara yang zahir ini valid kepada setiap masa dan keadaan? Kerana mungkin Robin Hood mencuri disebabkan dia tak tahu mencuri itu menyalahi undang-undang dan berdosa. Perkara itu boleh jadi berlaku dan tidak mustahil sebenarnya.

Kenalpasti Usulnya bukan berlegar di bahagian Cabang
Mungkin kita mempunyai persepsi yang kurang baik apabila melihat perbuatan tersebut namun jika kita mengenalpasti akar masalah barulah kita dapat melihat punca sebenar masalah. Sesuatu masalah itu sukar diselesaikan sekiranya kita tidak mengenalpasti apakah akar masalah tersebut kerana akar itulah yang akan menambahkan batang dan cabang masalah itu.

Seringkali kita tersilap langkah apabila kita terus menilai sesuatu perkara itu tanpa mengenalpasti punca sebenar perkara tersebut Dalam konteks ini apabila kita mengambil keterangan, adalah sangat tidak beretika apabila kita mengambil keterangan daripada satu pihak dan terus membuat andaian serta spekulasi. Keadaan tersebut akan menyebabkan kita menilai secara berat sebelah. Keterangan dari pihak yang lain juga perlu untuk kita menilai di mana masalah yang sebenarnya. Namun, begitu jugalah permainan dunia sekarang.

Kita melihat betapa dunia Islam ditindas dengan berbagai propaganda jahat tanpa diberi sedikitpun ruang untuk kita menerangkan hal yang sebenar. Kita ada kemampuan untuk mengubah persepsi itu namun tetap wujud juga Islamofobia itu sehinggakan melarat pada umat Islam sendiri yang menjadi inferior dengan Islam.

Apakah maksud gambar ini?
Jawapannya :

Domino (Dom in O)

Mudahkan, jangan disulitkan

Islam itu agama yang mudah, namun adakalanya kita menjadikan ia sangat susah kerana tidak memenuhi kepentingan peribadi kita. Setiap perkara/masalah itu ada penyelesaiannya dan adakalanya penyelesaian itu sudah ada di depan mata, menunggu untuk dilihat dan digenggam saja. Dalam beberapa hal, boleh saja kita berlapang dada dan bersangka baik daripada kita membuat tindakan terburu-buru. Takut-takut dengan tindakan itu kesannya akan terkena semula pada diri kita.

Wallahua'lam

Sumber : http://www.almuntalaq.com/2011/02/04/isi-einstein-betul-tapi-einstein-tidak-betul/


P/S: Ada satu website yang agak best untuk menguji ketajaman IQ kita dengan meneka gambar, boleh menguji bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu dan apa pula pandangan sebenarnya. Boleh lihat di http://floorsix.blogspot.com/

4 comments:

mykhalis said... [Reply to comment]

meamng betul..tapi kalau isi buku dah betul2 cantik kan lagi best kalau covernya menggoda pembaca..

al-bagani said... [Reply to comment]

@mykhalis
yep...agree dgn statement tue..
dua2 penting sebenarnya..
impression bermula dgn kulit..
expectation adalah pada isi...

lizz said... [Reply to comment]

Islam memang yang sangat indah. Allah dah aturkan semuanya dengan cukup sempurna. Masalahnya mulut manusia yang selalu merasa dia lebih sempurna daripada Allah ni menyusahkan orang lain lah.

Sebelum mengecop orang itu ini, kenali orang tu dulu lah...

al-bagani said... [Reply to comment]

@lizz

sebab tue lidah tue macam pedang. Boleh tikam depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah. Jadi kena jaga mulut masing-masing juga.

Nabi pun dah sebut siapa orang yang beriman pada Allah dan RasulNya, maka berkata baik ataupun diam.