Al-kisah hari nie ana mendengar kuliah di masjid. Kuliah syarah kitab Bulughul Maram oleh Ustaz Dawi Cahyono bin Nurdin, Imam Masjid An-Nur UTP merangkap Senior Executive Unit Pentadbiran Masjid UTP. Hadis yang disyarahkan berkenaan dengan hukuman kepada orang yang mencuri. Dalam ustaz syarahkan hadis tersebut, ustaz membuka cerita yang mana menunjukkan kebijaksanaan seorang hakim dan pengajaran bagi orang yang panjang tangan. Bila mendengar cerita tue wujud unsur-unsur sarkastik juga sebenarnya.
Ceritanya begini :-
Ada satu tempat nie berlaku kecurian. Pesalah ditangkap dan kesalahan telah berjaya dibuktikan. Tempat tersebut melaksanakan hukum Allah yakni hukuman hudud. Maka pesalah tersebut dipotong tangan kanannya. Maka selesailah kes kecurian tersebut. Seterusnya, berlaku sekali lagi kecurian dan orang yang didapati bersalah adalah orang yang sama yang telah dipotong tangan kanannya itu. Bila disiasat, ternyata dia bersalah juga. Maka dijatuhkan hukuman potong kaki kirinya. Maka selesailah kes kecurian kedua itu.
Nak dijadikan cerita, kali ketiga berlaku kecurian dan orang yang sama juga dihadapkan ke perbicaraan. Tak serik-serik nampak gayanya pencuri nie. Bila disoal dan diambil keterangan, ternyata orang itu juga yang bersalah. Maka hakim menjatuhkan hukuman potong tangan kirinya pula. Sudah tiga anggotanya yang dipotong akibat kesalahan yang sama yang sering diulang-ulang. Maka selesailah kes ke-3 pencuri tersebut.
Betapa persistentnya sang pencuri itu bila dia dituduh sekali lagi apabila berlaku kes ke-4 kecurian. Soal punya soal, memang ternyata sang pencuri itu bersalah. Bak kata pemain game, memang IMBA sungguh pencuri nie. Maka sang hakim pun menjatuhkan hukuman supaya dipotong kaki kanannya. Kali nie betul-betul jadi Orang Kurang Upaya bila keempat-empat anggota telah dipotong. Maka selesailah kes ke-4 ini dan tempat tersebut kembali aman.
Suatu perkara yang menarik adalah bila berlaku kecurian kali ke-5. Barang yang hilang adalah kuali. Kali nie memang orang setempat sudah tak ada muka lain nak tuduh melainkan pemuda yang mencuri dengan 4 kes berturut-turut itu. Maka dihadapkanlah pemuda itu dihadapan hakim. Sang hakim bertanya samada benar atau tidak dia mencuri kuali tersebut. Pemuda itu pun menjawab dengan mengatakan mana mungkin orang yang sudah tidak ada tangan dan kaki boleh mencuri lagi.
Bila terdengar keterangannya, orang ramai dan hakim bersimpati pula dengan pemuda tersebut. Sang hakim kemudiannya membuat keputusan menjadikan kuali tersebut sebagai hadiah kepada pemuda itu. Orang ramai juga bersetuju atas dasar simpati kepadanya. Maka si pemuda itu dengan merasa suka mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan hakim kerana memberikan hadiah itu kepadanya. Pemuda itu kemudiannya, menyelukkan tangannya ke telinga kuali tersebut dan mengangkat kuali tersebut ke atas kepalanya dan mula bergerak keluar dari tempat perbicaraan.
Sang hakim melihat gelagat pemuda tersebut dan menyuruhnya berhenti lalu mengatakan bahawa dialah pencuri kuali tersebut. Pemuda itu terkejut dengan kenyataan mengejut hakim dan meminta bukti apa yang menyebabkannya mengatakan dia bersalah. Lalu sang hakim pun menyebut buktinya adalah pemuda itu mampu mengangkat kuali tersebut walaupun berada dalam keadaan tiada tangan dan kaki. Maka pemuda yang mencuri itu terdiam seribu bahasa kerana dia sudah tertangkap buat kali ke-5. Pandangan simpati orang ramai berubah menjadi pandangan marah dan hilang percaya.
Ana tak pasti apa ending yang berlaku kepada pemuda tersebut sebab lepas tue ana berangkat ke tempat wudhu' untuk menyucikan diri.
Namun dalam hadis yang disyarahkan itu ada menyebut berkenaan perkara yang sama dan kali ke-5 kecurian hukumannya adalah hukuman bunuh. Tapi dalam penerangan hadis itu, Imam Syafie menyatakan hadis itu telah mansukh. Jadi ana tak pasti apa hukuman yang diterima pemuda itu akhirnya.
Begitulah persistentnya seorang pencuri yang tak pernah berputus asa dalam mencuri walaupun gagal banyak kali. Oleh itu, elakkanlah melakukan perkara buruk sebelum ia menjadi tabiat dalam hidup kita yang sukar untuk diubah. Sentiasa mujahadah diri kita daripada melakukan perkara tersebut. Perkuatkan tarbiyah ruhiyyah dengan memperbanyakkan tazkiyatun nafs (penyucian hati) dan banyakkanlah menangis untuk Allah agar kita mampu merasa dekat pada-Nya. Insya-Allah.
Wallahua'lam
3 comments:
datang baca entry kamu yang gempaq dan follow blog kamu..hope u can folow me back.tq
jom baca
Nak siapkan tugasan : pasangan kekasih ditahan khalwat
syukran atas ziarah dan komen :D
Borgata Hotel Casino & Spa - DrmCD
Located in Atlantic City, Borgata 제주 출장샵 Hotel Casino & Spa 하남 출장안마 has 제주 출장마사지 a number of 제주 출장샵 amenities including a casino, a seasonal outdoor 당진 출장샵 swimming pool, and a seasonal
Post a Comment