Jul 22, 2011

Home » , , » Attitude

Attitude

Dalam apa pun perkara yang kita lakukan, sikap atau orang putih kata 'attitude' adalah penentu kepada keberhasilan apa yang kita buat. Bila kita hidup dalam dunia materialistik global masa kini, orang banyak melihat kepada hasil dan bukan usaha. Mungkin ini satu perkara yang agak bercanggah apabila kita sebagai orang Islam berpegang dengan konsep Allah melihat usaha kita bukan hasil. Cuma walaubagaimana sekalipun percanggahan yang berlaku itu, konsep sikap tetap memainkan peranan yang penting kerana sikap memacu usaha yang gigih dan usaha tersebut menjadi batu asas keberhasilan atas usaha yang dilakukan.

Apa yang cuba nak disampaikan adalah dalam organisasi apa sekalipun, kita tidak boleh lari dengan konsep kerja sepasukan. Dalam pasukan, tidak ada konsep aku buat kerja aku, kau buat kerja kau. Sepatutnya tidak ada tapi hakikatnya, inilah virus yang melanda mana-mana organisasi yang mana sepatutnya setiap bahagian berfungsi untuk menampung bahagian-bahagian yang lain. Bila tampung-menampung sudah tidak ada, maka sebuah organisasi itu gagal berfungsi dengan baik.


Ketika inilah kepimpinan perlu memainkan peranan. John C. Maxwell berkata kebijaksanaan itu adalah gabungan diantara pengetahuan dan gerak hati. Pengetahuan adalah sesuatu yang kita peroleh melalui pengajian, pemerhatian, pendengaran dan sebagainya. Setiap pancaindera kita berfungsi sebagai peransang yang membawa kepada kita mengetahui sesuatu yang baru. Gerak hati pula adalah satu lintasan perasaan ataupun pemikiran yang hadir dalam diri kita untuk melaksanakan sesuatu. Maka kata John C. Maxwell, bila kita menggabungkan kedua-dua elemen tersebut terbentuklah wisdom atau hikmah.

Pemimpin perlu memainkan peranan sebagai neutralizer kepada anak buah. Kita perlu menerima hakikat dalam satu kumpulan, ada macam-macam ragam. Semua orang ada kerenah masing-masing. Pertembungan idea dan pendapat juga merupakan lumrah. Bila wujud watak neutral dalam organisasi tersebut itulah yang dapat memastikan kelangsungan kesatuan pemikiran yang cuba dilaksanakan. Kalau pemimpin itu sendiri memihak kepada satu pihak dan menyalahkan pihak yang lain, itu bukanlah satu perkara yang meningkatkan perpaduan malah menambah perpecahan. Perkara ini valid pada perselisihan yang tidak melibatkan hukum. Namun bila perselisihan itu melibatkan perkara hukum atau dasar, perlulah dirujuk kepada orang yang lebih mengetahui akan hal tersebut untuk mendapatkan pencerahan.

Sikap juga merupakan perkara yang perlu dibentuk dalam gerak kerja berorganisasi. Al-Imam Dr Yusuf Al-Qardhawi juga menyebut dalam kitab Fiqh Al-Awlawiyat dalam bab 9 supaya kita membina individu dahulu sebelum organisasi. Dalam erti kata lain, nak perkasakan sesebuah organisasi, orang dalam organisasi itu perlu diperkasakan dahulu. Jadi perubahan sikap itulah suatu perkara yang dirasakan penting ke arah matlamat tersebut. 

Dalam permainan bola sepak kita akan melihat tiga watak iaitu watak jurulatih, kapten pasukan dan pemain. Di mana sebenarnya kecenderungan kita? Adakah kita sebagai jurulatih yang menunjuk cara kepada pasukan dan memimpin ke arah kemenangan? Ataupun kita adalah kapten pasukan yang menjadi pembantu jurulatih dalam mengendalikan pasukan. Kapten pasukan jugalah yang perlu melihat dan menjaga pasukan tersebut. Atau mungkin juga kita adalah pemain yang menurut apa yang dilakukan oleh jurulatih dan kapten dengan satu kefahaman. Kita mungkin merasakan kita berada pada salah satu watak yang disebut. Semua watak itu memerlukan kepada sikap untuk menjadikan pasukan itu kuat.


Sekiranya jurulatih tidak memahami kelebihan dan kelemahan pasukan, mana mungkin dia boleh generate strategi untuk membuahkan kemenangan. Kalau kapten pasukan tidak memahami anak buahnya, mana mungkin dia akan dihormati dan menjadi ikutan kepada anak buahnya. Dan sekiranya sebagai pemain, kita gagal untuk mengikut rentak jurulatih dan kapten, mana mungkin kita boleh memberi sepenuh komitmen dalam permainan. Maka perkara ini berbalik kepada sikap. Konsep yang sama juga digunapakai dalam kita berorganisasi.

Contoh paling baik yang boleh kita lihat adalah pada Rasulullah dengan sikap yang baik dan cara Rasulullah berhadapan dengan para sahabat dalam membentuk dan mentarbiayah para sahabat. Sama juga keadaannya yang mana Rasulullah berhadapan dengan berbagai watak. Namun, Rasulullah mampu untuk membimbing para sahabat walau berbeza mana sekalipun watak mereka dengan kesatuan pemikiran dan amal.

Wallahua'lam

4 comments:

SLeM said... [Reply to comment]

kalau attitude ske lari dari tanggungjawab bagaimana pula?

al-bagani said... [Reply to comment]

common jugak tue..

kalau belum diberi tanggungjawab, boleh accept or tolak. tapi kalau dah terima tak ada alasan nak lari. tak amanah kalau lari.

RuMaH TuA said... [Reply to comment]

Yang penting sabar....

(^-^)

al-bagani said... [Reply to comment]

yup, good point..100 markah

kesabaran tue sangat penting.

sebab nak mengubah sikap bukan ambil masa satu jam. prosesnya berterusan.