Dec 27, 2011

Home » , , , » Untuk Apa Kita Hidup

Untuk Apa Kita Hidup

Pernah atau tidak kita berada dalam situasi kita terfikir kenapa kita hidup di dunia nie? Mesti pernah kan. Boleh dikatakan setiap orang pernah memikirkannya. Tapi apa pula jawapan yang sering timbul dalam benak fikiran kita? Sebagai Muslim, apa tujuan sebenar kita dihidupkan di muka bumi ini?

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang maksudnya :-
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"

Daripada ayat tersebut, Allah telah menjelaskan kepada kita secara nyata bahawa penciptaan Nabi Adam a.s. itu sebagai khalifah di muka bumi. Nabi Adam a.s. adalah manusia, kita pula adalah cucu cicit Nabi Adam. Maka kita juga adalah manusia. Ada juga manusia yang sifatnya sudah tak seakan-akan manusia kerana nikmat yang ada sebagai manusia itu tidak digunakan sebaiknya. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka.


Apa yang dimaksudkan dengan khalifah?

Khalifah didefinisikan dengan definisi penguasa, pengelola. Dalam pengertian lain merujuk kepada pemimpin agama dan raja dalam negara Islam. Dalam suatu pengertian yang lain pula disebut sebagai pengganti Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w. dalam pentadbiran setelah baginda wafat dan menjalankan hukum syariah Allah di muka bumi.

Khalifah ini merujuk kepada mufrad yang dengan kata lainnya adalah 'singular' merujuk kepada seorang. Jamak atau 'plural'nya disebut sebagai Khulafa' seperti yang kita biasa dengar Khulafa' Ar-Rasyidin yang merujuk kepada empat khalifah yang telah menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. selepas kewafatan baginda iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali.

Menurut Dr Abdul Aziz Salim dalam Tarikh Ad-daulah Al-Arabiyyah, jawatan khalifah ini terbahagi kepada dua tugas utama iaitu khalifah berkuasa penuh dalam urusan agama Islam dan keduanya khalifah berkuasa penuh dalam urusan dunia dengan melihat kepada maslahah (kepentingan) umum.


Penerangan berikut menunjukkan betapa penting bagi manusia untuk mempersiapkan diri menjadi seorang pemimpin. Sekecil-kecil pemimpin adalah memimpin diri sendiri ke arah kebaikan. Maka sebagai orang Islam, kita patut memimpin dan bukan dipimpin. Kita menjadi pencipta bukan sekadar pengguna. 

Lemahnya orang Islam hari ini menjadi kegembiraan bagi musuh-musuh Islam. Kuatnya Islam pada hari ini menjadi ketakutan bagi musuh-musuh Islam kerana mereka juga meyakini Islam itu benar, Allah itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, hari kiamat itu benar tapi mereka tidak mengakui Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul.

Insya-Allah janji Allah pasti berlaku.

0 comments: