Showing posts with label Dilema. Show all posts
Showing posts with label Dilema. Show all posts

Nov 2, 2011

Say No to LGBTIQ!!

Dipetik dari Cina Islam :-
5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 2 Nov — Dewan Pemuda PAS mahu penganjur dan penyokong program Seksualiti Merdeka 2011 — acara tahunan diadakan sejak 2008 — agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen mereka ke arah menuntut kebebasan gaya dan cara hidup barat yang salah dengan norma, tatasusila, budaya dan agama. 
Justeru Ketuanya Nasrudin Hassan (gambar) berkata, sayap parti Islam itu juga sedia berdialog ke arah itu bagi menangani perkara ini yang menjadi polemik sekarang. 
“Usah lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masalah,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar pertubuhan bukan kerajaan, artis, aktivis dan individu sejak 2008. 
Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan berlangsung mulai semalam hingga 13 November di The Annexe Gallery di sini. Ia dijadualkan akan dirasmikan oleh bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan pada 9 November. 
malaysian insider/-

Seksualiti Merdeka nie dah lama wujud. Tapi sekarang mereka dah mula agresif nak memperjuangkan perkara yang kononnya menjadi hak mereka untuk mempunyai orientasi seks yang lain selain dari lelaki dan perempuan. Mereka menuntut supaya dibenarkan orientasi gay, lesbian, transseksual dsb di Malaysia.

Benda nie jelas bertentangan dengan syarak yang tak membenarkan hubungan sejenis dan jelas haram perbuatan menukar jantina. Kita telah dijadikan Allah sebagai lelaki dan perempuan, mengapa mesti diubah kejadian tersebut? Allah juga telah menjadikan satu fitrah lelaki pasangannya adalah wanita dan wania pula pasangannya adalah lelaki. Maka mengapa perlu dipesongkan fahaman tersebut?

Firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 119

وَلَأُضِلَّنَّهُمۡ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمۡ وَلَأَمُرَنَّهُمۡ فَلَيُبَتِّڪُنَّ ءَاذَانَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَلَأَمُرَنَّہُمۡ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلۡقَ ٱللَّهِ‌ۚ وَمَن يَتَّخِذِ ٱلشَّيۡطَـٰنَ وَلِيًّ۬ا مِّن دُونِ ٱللَّهِ فَقَدۡ خَسِرَ خُسۡرَانً۬ا مُّبِينً۬ا

Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata."

Apa yang menjadi punca wujud golongan-golongan nie? Mungkinkah dari sudut pemakanannya ataupun suasana kehidupan mereka? Nampak gaya ini lebih kepada masalah kecelaruan identiti. Kasihan pada mereka yang diuji sedemikian rupa. Namun dengan iman dan taqwa perkara seperti ini boleh dielakkan. Keadaan dunia sekarang yang mana ada negara yang membenarkan kebebasan orientasi seks telah menyebabkan bahangnya sampai ke Malaysia juga. Tak kira apa berlaku, ana antara orang yang menolak keras perlaksanaan program ini. Jangan sampai Allah murka dengan sikap kita menyebabkan Allah turunkan balaNya kepada kita.

Ambil iktibar kaum Nabi Luth yang juga melakukan onar yang sama dan dibinasakan kaum tersebut oleh Allah s.w.t. akibat keengganan mereka menurut fitrah Islam yang sebenar. Maka ana boleh katakan disini mereka yang memperjuangkan kebebasan orientasi seks ini hanyalah orang yang buta sejarah dan mencari kemurkaan Allah di sisi mereka. Mungkin suara kecil ana nie tak didengari kerajaan namun tindakan wajib diambil oleh kerajaan untuk membatalkan program seumpama ini dan menghalang datangnya ikon gay dari Barat, Elton John ke Malaysia untuk konsert sekiranya kerajaan betul-betul ingin memelihara kesucian agama Islam di Malaysia.


Firman Allah dalam surah Al-A'raaf ayat 80-81 yang bermaksud:-

"Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? (80) Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. (81)"

Tidak rela diri ini melihat sebuah negara Islam yang ada kebebasan orientasi seks. Jangan seru murka Allah pada kita!!

Oct 5, 2011

Bila Artis jadi Rujukan Agama

Terkejut dengan paparan gambar di Facebook yang diambil dari sebuah akhbar tempatan hari ni. Jelas menunjukkan betapa manusia kini semakin jauh dengan Allah, semakin jauh dari merujuk ulama' yang sebenar-benarnya patut diikut. 

Dalam kes nie melibatkan hukum hudud yang ana kira menjadi topik hangat juga sekarang. Nak laksanakan hukum hudud di Malaysia ana rasa tue bergantung pada kerajaan sekarang. Kalau mereka nak buat, mereka buat. Kalau tak nak buat maka tak buatlah. Cuma ana kata yang paling elok kita buat. Tapi ada kebodohan pula daripada media untuk membesar-besarkan isu seperti ini dengan cara yang begitu bodoh dan tak kena langsung pada tempat dan masanya.

Wajarkah mengambil pendapat berkenaan hudud daripada artis?

Ana tak tahulah pula kalau artis yang dirujuk tue ada kelulusan pengajian syariah di UM, UIA, Al-Azhar atau institusi lain. Dari gaya penampilan dah jelas nampak rasanya tak ada kelulusan tue. Bila pula mereka ada kelulusan mengeluarkan fatwa. Pening sungguh media sekarang. Kalau ye pun nak menggunakan media arus perdana untuk mempengaruhi orang supaya menolak hukum, tak perlu dengan kerja bodoh seperti itu. Anda sedang menyesatkan manusia.

Nabi pernah bersabda:-
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan.
(Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Kepada editor akhbar yang menulis artikel berkenaan, artis-artis yang mengeluarkan pendapat tersebut. Ana harap mereka dapat memohon maaf dan bertaubat kepada Allah. Kena faham kalau kita tak laksanakan apa yang diperintah Allah, kita jadi fasiq. Tapi kalau kita menolak apa yang Allah suruh buat boleh membatalkan syahadah yang kita sebut selama ini. Harapnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat. Ini bukan soal politik tapi soal aqidah umat yang makin parah sekarang.

May 27, 2011

Jangan dilayan Perangai Budak-Budak

Posting ini sebagai respond kepada post yang ana baca di blog senior ana merangkap sahabat seperjuangan ana yang kini menuntut di Mesir, Akh Azrul Azuan. Posting tersebut berkisarkan blog yang hangat dihebahkan baru-baru ini dengan tindakannya menghina Islam. Tak perlu ana nyatakan blog apa, nanti pakat pi klik, naik pulak trafik blog tue.

Sumber blog sahabat ana nie boleh dibaca melalui SINI.

Sebenarnya banyak lagi figure-figure yang kita dapati menghina Islam melalui blog, facebook dan juga twitter serta di lain-lain sumber. Namun apa respond kita sebagai umat Islam tentang tindakat tersebut?

Kebiasaannya, kita akan melatah tak tentu pasal bila perkara begini berlaku. Secara jujurnya, ana sendiri rasa marah kalau ana baca. Cumanya, di mana kita mengarahkan rasa marah itu. Saidina Ali sendiri kerana marah tidak jadi membunuh musuh di medan perang kerana bimbangkan dia membunuh bukan kerana nak menegakkan kalimah Lailaahaillallah tapi kerana dia rasa marah.

Ana petik sedikit daripada artikel sahabat ana

Petikan kata-kata :

Islam diakui melalui kajian sebagai agama yang paling cepat berkembang di dunia. Situasi ini menjadikan agama Islam wujud di mana-mana negara di dalam dunia, tidak kira samada negara itu majoriti penduduknya beragama Islam atau sebaliknya. Semua ini adalah kurniaan Allah ke atas usaha yang dijalankan oleh pendakwah Islam di seluruh dunia. Semoga Allah merahmati kita semua.

Dengan perkembangan terkini ini, pihak yang iri hati dan terancam dengan kemajuan yang dicapai oleh agama Islam menjadi hilang punca dan blur dalam mencari jalan untuk menyaingi agama Islam. Setelah hampir semua jalan 'profesional' yang mereka cuba, Islam tetap berkembang seolah-olah tiada kesan akan semua tindakan mereka.

Maka, kita tidak perlu hairan dengan tindakan golongan terdesak ini yang menggunakan cara kebudak-budakkan dalam menyaingi Islam. Ibarat budak-budak yang bermain bola, apabila team yang kuat menang dengan gol yang banyak, maka team yang lemah ini merasa malu dan terdesak, lalu bermulalah acara ejek mengejek. Ini bertujuan untuk membakar kemarahan team yang menang tadi dan mengheret mereka ke kancah perkelahian. Situasi ini selalunya diakhiri dengan pergaduhan ala budak-budak...biasalah tu, budak-budak.....
Golongan-golongan seperti inilah yang benci melihat cahaya Allah itu meluas tersebar ke seluruh dunia. Mereka akan guna apa cara sekalipun asalkan mereka menang. Namun Allah tetap juga akan melengkapkan cahaya-Nya walaupun perkara itu dibenci golongan tersebut.

Firman Allah dalam surah As-Saff ayat 8

يُرِيدُونَ لِيُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

Maksudnya: "Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)."

Disebabkan rasa tidak suka itulah bermacam-macam cara digunakan untuk menjatuhkan moral umat Islam. Tindakan kita respond kepada posting mereka juga tidak begitu bijak kerana dengan itu mereka akan terus juga menyebarkan fitnah-fitnah terhadap Islam. Kononnya kita nak sampaikan kebenaran, tapi kita tersilap langkah kerana terburu-buru mengambil tindakan. Samalah juga bila dilayan budak-budak, even orang dewasa pun sama juga rasanya. Benda yang dilarang itulah juga yang nak dibuat. Kita marah-marah tindakan orang menghina Islam itulah juga menjadikan mereka lebih bersemangat menghina Islam kerana mereka nampak apa yang mereka buat tue ada kesan terhadap moral umat Islam. Inilah peperangan psikologi.

Maka tindakan yang patut kita lakukan sebagai orang awam adalah biarkan saja tanpa respond terhadap blog-blog begitu. Tak ada significant pun kalau kita respond. Serahkan kepada pihak berautoriti untuk menyelesaikan perkara ini. Perlu juga disekat, kalau biar dia berjangkit nanti merebak jadi virus pulak. Lagi susah kalau macam tue. Maka mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Fenomena ini juga bagi ana merupakan satu mesej kuat untuk kita persiapkan diri kita bagi menghadapi fitnah yang lebih besar iaitu fitnah Dajjal. Kalau fitnah sedia ada sekarang ini kita mampu elak, dibimbangi kita tak mampu mengelak dari fitnah Dajjal pula nanti. Maka siap siaga dengan segala keperluan untuk mengelak dari fitnah besar itu.

Wallahua'lam

May 4, 2011

Jangan Menilai Buku pada Kulitnya

Don't judge a book by its cover. Simple phrase yang mudah difahami dan mudah ditangkap maksudnya. Tak kira siapa atau tahap mana pemikirannya, mudah untuk memproses dan memahami apa yang dimaksudkan daripada kata-kata tersebut. Kita sentiasa disarankan untuk tidak menilai sesuatu perkara itu daripada sudut pandang luaran namun hakikat sebenarnya itulah yang sering kita lakukan. Boleh buat sendiri reality check betul ataupun tak statement ana nie.
Don't Judge a Book by Its Cover (sumber: SINI)

Nahnu Nahkum bilzawahir

Memang fitrah manusia akan menghukum pada perkara yang zahir. Sebagai contoh rumah yang dari jauh dilihat buruk akan terus dikatakan buruk walaupun interior design di dalamnya mampu menambat hati manusia yang ada di kawasan itu.

Contoh lain yang dapat difikirkan pula kita akan menilai seseorang itu sebagai jahat andai dia sering menunjukkan kejahatannya walaupun sebenarnya dia adalah seorang yang baik. Robin Hood memperjuangkan kebajikan manusia tapi dengan mencuri. Perbuatan mencuri itu sudah sedia maklum menyalahi undang-undang dan tak dibenarkan oleh syara' tapi tetap dibuat juga. Namun, bagi pihak yang menyelia tetap akan melihat Robin Hood sebagai penjenayah kerana mencuri perbendaharaan negara. 

Soalnya, adakah sifat ataupun kaedah menghukum pada perkara yang zahir ini valid kepada setiap masa dan keadaan? Kerana mungkin Robin Hood mencuri disebabkan dia tak tahu mencuri itu menyalahi undang-undang dan berdosa. Perkara itu boleh jadi berlaku dan tidak mustahil sebenarnya.

Kenalpasti Usulnya bukan berlegar di bahagian Cabang
Mungkin kita mempunyai persepsi yang kurang baik apabila melihat perbuatan tersebut namun jika kita mengenalpasti akar masalah barulah kita dapat melihat punca sebenar masalah. Sesuatu masalah itu sukar diselesaikan sekiranya kita tidak mengenalpasti apakah akar masalah tersebut kerana akar itulah yang akan menambahkan batang dan cabang masalah itu.

Seringkali kita tersilap langkah apabila kita terus menilai sesuatu perkara itu tanpa mengenalpasti punca sebenar perkara tersebut Dalam konteks ini apabila kita mengambil keterangan, adalah sangat tidak beretika apabila kita mengambil keterangan daripada satu pihak dan terus membuat andaian serta spekulasi. Keadaan tersebut akan menyebabkan kita menilai secara berat sebelah. Keterangan dari pihak yang lain juga perlu untuk kita menilai di mana masalah yang sebenarnya. Namun, begitu jugalah permainan dunia sekarang.

Kita melihat betapa dunia Islam ditindas dengan berbagai propaganda jahat tanpa diberi sedikitpun ruang untuk kita menerangkan hal yang sebenar. Kita ada kemampuan untuk mengubah persepsi itu namun tetap wujud juga Islamofobia itu sehinggakan melarat pada umat Islam sendiri yang menjadi inferior dengan Islam.

Apakah maksud gambar ini?
Jawapannya :

Domino (Dom in O)

Mudahkan, jangan disulitkan

Islam itu agama yang mudah, namun adakalanya kita menjadikan ia sangat susah kerana tidak memenuhi kepentingan peribadi kita. Setiap perkara/masalah itu ada penyelesaiannya dan adakalanya penyelesaian itu sudah ada di depan mata, menunggu untuk dilihat dan digenggam saja. Dalam beberapa hal, boleh saja kita berlapang dada dan bersangka baik daripada kita membuat tindakan terburu-buru. Takut-takut dengan tindakan itu kesannya akan terkena semula pada diri kita.

Wallahua'lam

Sumber : http://www.almuntalaq.com/2011/02/04/isi-einstein-betul-tapi-einstein-tidak-betul/


P/S: Ada satu website yang agak best untuk menguji ketajaman IQ kita dengan meneka gambar, boleh menguji bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu dan apa pula pandangan sebenarnya. Boleh lihat di http://floorsix.blogspot.com/

Apr 28, 2011

Jiwa Kosong

Dah agak lama tak update blog. Sedikit hilang fokus dengan blog sekarang. Nak kata sibuk, sebenarnya tak adalah sibuk mana. Buat-buat sibuk saja kot. Mungkin kerana dosa yang berulang-kali dibuat, sedikit sebanyak  menjadi asbab untuk ana hilang fokus dalam hampir semua perkara. Hasilnya, lebih banyak tidur dari bekerja, rasa malas meningkat 1000 kali ganda daripada biasa, hidup tidak teratur, terasa banyak masalah tapi tak nampak sebarang penyelesaian, depressed, stress, cepat bengang, selalu termenung as if memikirkan sesuatu, etc. Paling teruk, ibadah pun terjejas. Posting nie pun bukanlah menandakan sudah recover sepenuhnya, masih lagi cuba untuk mujahadah melawan nafsu diri sendiri yang sedikit rebel sekarang nie. Senang kata jiwa kosong sekarang. Ada benda nak disampaikan tapi tak ada kekuatan nak menaip dan sebagainya.

Anyway, sekarang menaip pun tak ada idea sangat sebenarnya. Mungkin dah makin kurang membaca menyebabkan kurang bercambah idea yang nak diketengahkan. Yes, adalah lebih hati ke hati kalau kita ceritakan apa yang berlaku pada diri kita dan kita ambil ibrah serta relate dengan Islam. Namun, kalau kurang pembacaan dan ilmu tak mampu juga nak menggoreng sampai ke situ. Takut terlebih berani menggoreng jadinya ajaran sesat pula yang dibuat. Naudzubillahiminzaalik.

Minggu depan dah start exam. First paper hari Jumaat 6 Mei, paper Islamic Studies. Surprisingly, due to some irrelevant reason, next week ada test Object Oriented Programming (OOP) yang patutnya test tue Selasa baru-baru nie. Sebabnya, ada orang e-mel pada lecturer persoalkan kenapa nak buat test 2 sedangkan syllabus tak habis belajar lagi. E-mel tue diambil dan diconsider oleh lecturer dan keputusannya test postpone ke minggu depan. Sedangkan, si penghantar e-mel tak consult pun dengan orang lain yang mana  1st paper hari Jumaat dalam minggu yang sama. Soal syllabus tak habis tak sepatutnya wujud sebab syllabus sepatutnya habis sebelum final exam. So kalau test 2 tak cover semua topik tak patutnya menjadi isu. Tapi kerana tak consideratenya si penghantar e-mel buatkan test terpaksa postpone minggu depan sedangkan minggu depan dah study week.

Jujurnya, ana agak bengang dengan situasi tersebut tapi apakan daya. Ana pun tak pergi ke kelas dan tak dapat nak luahkan pendapat sendiri. Redha sajalah jawabnya untuk ambil test 2 minggu depan walaupun sepatutnya itulah masa yang berharga untuk study before final exam. Tak apalah, benda nak jadi. Just keep moving forward then.

Satu lagi cerita yang mungkin susah nak lupa dan perlu dijadikan pengajaran adalah bila ana terlepas test baru-baru nie. Terlepas ke? Tak sangat kot sebab dapat buat jugak test tue. Nasib tak jadi masa exam, kalau tak memanglah sangat-sangat merugikan diri sendiri dan menggelapkan masa depan. Kisahnya begini, ana tido lewat sebelum hari test tue sebab nak cover balik banyak benda yang tak berapa nak catch-up lagi. So dengan lewatnya tido lepas solat Subuh terus tido balik padahal test pukul 8.30. Bangun-bangun dah pukul 8.35 pagi. Apalagi, kelam-kabut bersiap & terus pecut ke Blok 1. Sekali sampai je tak tahu kat mana test. Melilau cari kat area blok 1 & blok 2 tak jumpa classmate yang tengah sit for the test. Ada hantar SMS tapi obviously tak ada orang balas. Contact number lecturer pula tak ada. Test akan habis kul 10 pagi. So sebab dah cari tak jumpa-jumpa & sedikit give up hope, ana just tunggu lecturer di office.

Alhamdulillah, mujur sempat jumpa dengan lecturer. Terus bagi sebab then dia bagi buat test on the spot. Mujur dapat juga ambil test & mujur juga lecturer boleh berbudi bicara sampai begitu lagi. Kalaulah lecturernya strict, rasanya dah tak ada harapan kot. Jadi ana buatlah test tue dan jawab dengan sesungguh-sungguhnya setakat yang ana dapat catch-up. Wallahua'lam macam mana keputusannya ana pun tak tahu. Yang penting, ana dah bagi all i can do dalam test tue walaupun buat seorang diri di office. Buat cepat-cepat jugak sebab lepas tue nak present OOP punya project depan tutor. Alhamdulillah, lepas siap test pergi ke lab then tunggu giliran present dan Alhamdulillah presentation went well & tutor pun puas hati dengan hasil kerja. Tak macam certain group yang kena soal bertubi-tubi.

Jadi pengajarannya, jangan tidur lepas Subuh secara khususnya dan lebih khusus lagi kalau ada test. Keduanya, study awal & jangan last minute. Kalau tak, jadi macam apa yang berlaku pada ana. Yang ketiga, be aware of what is gonna happen, don't be such an ignorance. Kalau kat sekolah, kita ada cikgu yang ingatkan, kat kampus nie kalau tak concern memang padan muka pada diri sendiri laa jawabnya. Hope that benda nie tak berulang masa final exam nanti.



Jan 31, 2011

Krisis Mesir : Husni Mubarak Enggan Turun Takhta

Krisis di Mesir yang dah berlarutan selama lebih dari seminggu sudah sampai tahap yang membimbangkan bila Husni Mubarak mengumumkan darurat kepada seluruh Mesir baru-baru ini. Satu perkara yang menampakkan Husni Mubarak enggan beralah dan tak mahu turun daripada jawatan Perdana Menteri Mesir adalah dia telah memecat ahli kabinet yang ada tapi dia masih tak turun-turun. Pemerintahan kuku besi selama 30 tahun ini telah menyusahkan rakyat Mesir. Ana ada bersembang-sembang dengan seorang sahabat dari Mesir baru-baru ini. Katanya, dapat scholarship Petronas adalah satu perkara yang cukup berharga. Sebabnya, siapa yang mampu bekerja dengan Petronas di Mesir selepas graduasi sangat beruntung. Petronas memberi gaji yang boleh dianggap tinggi di Mesir. 


Kalau pekerjaan lain gajinya tak cukup pun untuk menyara satu keluarga. Bayangkanlah macam mana nak hidup kalau gaji sebulan kurang daripada RM50. Ini apa yang dinyatakan sahabat dari Mesir itu sendiri. Tapi bila ditanya pendapat mengenai Husni Mubarak, dia kata dia tak benci dan dia tak suka dengan Husni Mubarak. Mungkin dia agak neutral dalam bab tersebut dan katanya dia lebih suka bekerja di luar negara dan tak mahu balik ke Mesir.

Setakat update terbaru dari Mesir, pergolakan makin berleluasa. Israel juga bimbang dengan berlakunya perkara ini membuka peluang bagi Ikhwanul Muslimin untuk mengambil alih pemerintahan di Mesir. Sekiranya perkara tersebut berlaku, ana isytiharkan itu adalah satu kemenangan besar buat Islam sebenarnya di sebalik rusuhan yang berlaku. Tapi andaian lain ada mengatakan tentang keterlibatan Mohamed El-Baradei dalam protes ini yang menampakkan kredibiliti beliau untuk menggantikan pemerintahan Husni Mubarak. Setakat ini dari apa yang ana dengar daripada Astro Awani, mereka mendesak untuk dilaksanakan kerajaan campuran. Katanya, Mohamed El-Baradei juga ada mendapat sokongan dari luar yang meningkatkan lagi kredibilitinya untuk menggantikan pimpinan sedia ada. Ini apa yang telah dibaca daripada Harakahdaily.

Kenapa ramai orang begitu hebat bertanya tentang Mesir lebih daripada apa yang berlaku di Tunisia? Secara mudahnya, ramai pelajar Malaysia berada di Mesir. Jadi memang normal kalau ada pelbagai concern. Yang pasti ibu bapa di Malaysia mesti sangat-sangat risaukan anak-anak mereka di sana. Negara-negara lain juga telah bertindak membawa balik pelajar-pelajar mereka yang berada di Mesir untuk dibawa pulang ke negara masing-masing. Pelancong asing juga beransur pulang tapi di Malaysia kalau pelajar nak balik boleh tapi atas pembiayaan sendiri. Ana pelik juga kenapa begitu. Di sana sekarang ini sedang serba kekurangan. Protes yang berlaku telah menjejaskan keselamatan dengan sangat teruk. Betul, kita masih ada kedutaan dan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan pelajar di sana. Tapi bagaimana dengan kerisauan ibu bapa? Mungkin Tan Sri Muhyiddin boleh review semula kenyataan tersebut.


Kalau peristiwa bencana alam di Indonesia pun kita dah bawak balik pelajar kita, ana rasa insiden kucar-kacir di sana juga perlu kita lakukan tindakan yang sama. Sebabnya, kalau kita terus biarkan pelajar-pelajar di sana, mereka terdedah kepada bahaya golongan-golongan yang mengambil kesempatan di sebalik krisis yang berlaku. Apa yang pasti, kadar jenayah pasti akan meningkat berlipat kali ganda kerana sistem keselamatan sudah tak terurus. Jadi ana sarankan kita bawak balik pelajar Malaysia yang berada di Mesir sekarang ini. Jangan dikira soal kos, nie soal keselamatan dan kebajikan manusia, itu yang lebih penting rasanya. Jadi timbang-tara mana yang lebih baik itu terserahlah pada pihak berwajib untuk memikirkannya.

Krisis yang berlaku di Tunisia dan merebak sampai ke Mesir ini juga satu petanda bahawa rakyat tidak suka akan pemimpin kerajaan yang zalim dan menzalimi rakyat serta sistem yang ada. Memang ada hadis yang mengatakan walau macam mana sekalipun pemimpin kamu, kena taat dan jangan mengata mereka. Yes, memang ada hadis tersebut tapi ada pendapat dari beberapa ulama' mengatakan hadis tersebut merujuk kepada pemimpin yang menzalimi dirinya sahaja tanpa menzalimi sistem sedia ada. Seandainya, sistem Islam itu sendiri telah dizalimi dan ditukar dengan sistem lain, tak wajib kita mentaati perintah pemimpin tersebut sebab dah jelas bercanggah dengan Islam. Jadi apa yang berlaku sekarang adalah rakyat menolak pemerintahan yang zalim dan bersifat kuku besi seperti di Mesir.

Moga apa yang berlaku sekarang ini dapat diselesaikan segera dan mengembalikan keamanan. Moga apa yang berlaku juga dapat menyatukan masyarakat Arab Khususnya dan Umat Islam umumnya untuk mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu.

Jan 12, 2011

Cerita Balik Kampus

Hari ni ana balik ke kampus. Sekarang  nie kira dah ada di kampus laa kan. Sepanjang perjalanan pulang ana katakan menarik perhatian ana daripada ana mula tunggu bas di Bagan Serai sampailah masa ana naik Bas Ekspress ke Ipoh dari Medan Kamunting Raya kemudian ana singgah makan di medan selera Medan Kidd dan solat di sana dan last sekali ana tumpang teksi balik ke kampus UTP. Segala-galanya menarik perhatian dan memberi banyak pengajaran kepada ana sebagai orang yang melalui keadaan tersebut.

Ana sebenarnya dah lama tak ambil bas balik ke kampus. Selalunya ayah ana hantar sebab nak hantar sekali adik ana balik ke sekolah. Tapi tahun nie dia dah cuti (baru habis SPM), jadi ana kena balik sendiri pula laa tahun ni. Dah macam tu, hari ni ana balik laa dengan angkut tiga beg. Satu beg galas, satu beg roda, satu lagi beg baju yang biasa tu. Beg galas ada laptop, beg roda ada baju, beg baju biasa ada segala mak nenek punya barang termasuk buku-buku bacaan dengan segala macam aksesori laptop, aksesori diri dan macam-macam lagi.

Keluar rumah dah panas. Maklumlah dah pukul 11pagi. Jalan tak jauh pun sampai bus stop dah berpeluh gila-gila. Tak apa, tunggu punya tunggu bas datang pukul 12 lebih. Lama jugak laa tunggu. Frust pun ada, tapi biasalah kalau tunggu bas lama-lama ni. Ada satu family ni naik bas sama dengan ana dari Bagan Serai sampai ke Ipoh. Jarang kot jadi macam ni. Kebetulan naik bas yang sama. Tapi tak berpeluang nak berbicara dengan diorang laa. Tak apa, cuma tengok dari gayanya nampak laa hebat seorang mak yang juga seorang anak kepada emaknya bertiga-tiga mengembara ke Ipoh. Kembara tiga generasi nenek, emak, anak. Tiga-tiganya perempuan.

Sampai dekat Medan Kidd, ana simpan beg dekat tempat simpan beg. Mahal tak mahal satu beg RM2. Ana simpan dua beg jadi RM4. Bayar sajalah, nak usung sana-sini berat sangat pula. Lepas tu ana pergi makan tengah hari. Masa tu dah pukul 2 petang, memang niatnya Jama' Qasar laa di Ipoh ni. Memori lama ana semasa masih menuntut di SMKA Sultan Azlan Shah dulu, kalau ana sampai di Medan Kidd ni ada satu gerai ana selalu pergi sampai Mak Cik gerai tu boleh cam muka ana. Tapi, masa ana pergi tadi gerai tu tak buka. Makanlah dekat gerai sebelahnya. Nasi Goreng Ayam Merah dengan Teh O Ais. Nasi Goreng dekat kertas tu dia tulis RM4.50 air tak ada pula senarai harga. Tapi bila bayar Nasi Goreng RM4.80 & air Teh O Ais RM1. Total RM5.80. Naik harga dah Nasi Goreng ni. Effect harga bawang naik dua kali ganda kot.



Lepas tu ana pergi solat dan kemudian balik ke stesen bas ambil beg terus cari teksi. Tanya dulu berapa tambang balik UTP. Katanya RM50. Tapi dah sampai UTP tambangnya jadi RM52 pulak. Macam-macam kerenah manusia. Tapi masa ada dalam teksi ni laa yang paling enjoy sebab sembang-sembang sikit dengan uncle driver teksi ni. Mula-mula ana tak ada topik nak sembang tapi lepas tu uncle stop dekat Shell nak isi minyak ana tengok minyak yang isi 7.5 liter harga RM15. Harga minyak RON95 RM1.90 seliter. So dah dapat idea nak start sembang. Mula la tanya kat uncle tu mahal kan minyak sekarang. Lepas tu habis kami sembang daripada cerita minyak sampai cerita ekonomi negara, pasal Bank Negara Malaysia, pasal politik sikit, pasal dinar emas, pasal Jepun dengan Cina, pasal produktiviti rakyat Malaysia, pasal Australia dan macam-macam lagi alih-alih dah sampai UTP.

Dah sampai, minta uncle tunggu kejap di USM. Ana pergi Blok O dulu register bilik. Masa nie memang ana bunuh dua burung pakai satu batu (kill two birds with one stone). Sebabnya ana terus register bilik for the whole semester. Lepas ni tak payah fikir banyak-banyak nak duduk bilik mana semester ni. Roomate pun masih orang yang sama. Dia dah balik UTP dah pun. Setel masalah. Lepas tu ana balik ke teksi semula minta uncle hantar sampai dekat hostel. Bayar laa tambang yang dah naik jadi RM52 tadi. Makan duit orang juga uncle ni rupanya. Tak apa laa, tadi sembang pasal duit nak sara hidup kita pun jadi kesian. Bagi sajalah, untuk duit dia nak hidup juga. Erti hidup pada memberi laa kan.

Habis Cerita.

Pointnya di sini adalah hari ni ana dapat beberapa pengetahuan baru tapi ana tak mahu share lagi dekat sini sebab nak pastikan dulu kesahihan fakta yang ada. Sebabnya cerita mulut ni banyak unsur-unsur tokok tambah, mitos dan dongeng. Nie kaedah kajian sejarah tak silap ana. Oklah, setakat ini saja update ana untuk hari ni. Bila dah balik kampus maknanya ana akan busy maka risau juga jadi macam sebelum-sebelum ni jarang update blog sampai bersawang blog ni. Moga ana terus istiqamah menulis blog ni dengan konsisten.

Jan 10, 2011

Harga Naik

Beberapa isu telahpun mewarnai tahun 2011 yang baru membuka tirainya. Dari persediaan pilihanraya kecil DUN Tenang, harga RON97 naik, bawang naik harga dua kali ganda & isu minyak masak tak cukup. Yang nak diemphasizekan pada harga naik tue. Yang naik harga minyak petrol & diesel. Kesannya kena kat barang runcit. Bila harga barang runcit naik, harga makanan di kedai makan juga naik. Bila harga makanan di kedai naik, rakyat jelata terutamanya yang berpendapatan rendah, mahasiswa, pelajar miskin tak cukup duit nak makan.


Akibatnya, taraf sosial masyarakat tidaklah meningkat tapi menurun. Kata PM Kita, nak menjadikan Malaysia sebagai negara dengan high standard of living. Tapi yang berlaku sekarang rasanya sebaliknya. Mungkin dalam sektor kewangan secara umumnya ada mencatatkan peningkatan, tapi kenaikan harga barang yang terlalu drastik amat membebankan rakyat. Bayangkan seseorang itu berpendapatan RM500 sebulan & dia merupakan seorang mahasiswa di sebuah universiti. Secara umumnya, dia akan makan di kafe-kafe di sekitar kampus. Andai kata di kampus juga terkesan dengan kenaikan harga. Dulunya harga Nasi Goreng Biasa adalah RM3.50 naik kepada RM4.00. Dia makan 2 kali sehari. Kita assume dia makan Nasi Goreng Biasa sahaja setiap hari. Maka sehari makan sudah mencecah RM8 campur air Teh O Ais RM1 jadi RM9. Maka dalam sebulan saja anggarannya perbelanjaan adalah sebanyak RM270 makan sahaja.

Hidup di kampus perbelanjaan bukan sekadar pada makanan sahaja. Kalau belanja makan sahaja dah lebih dari separuh elaun yang diberikan, macam mana pula dengan perbelanjaan untuk perkara lain seperti duit minyak motor atau kereta. Kalau berterusan harga naik, rasanya duit kita akan jadi macam duit Indonesia. Duit Indonesia Rs2890.86 baru bersamaan dengan RM1. Takut nanti kita jadi macam mereka pula RM1 dah tak ada nilai. Mana taknya, harga akan terus meningkat sebab resources makin kurang. Alternative resources ada jumpa tapi kos penyelenggaraan pun mahal kena ambil kira juga. Dengan sistem kapitalis yang digunapakai, nampak gayanya orang susah akan makin susah laa kat Malaysia nih. Macam mana nak capai sifar kemiskinan kalau setiap hari bertambah bilangan yang termasuk golongan miskin?


Kesan lain pula pada pelajar yang nak melanjutkan pelajaran ke luar negara. Peluang menyambung pelajaran ke luar negara makin tipis bila yang memberi biasiswa dan pinjaman boleh ubah juga bermasalah kewangan mereka disebabkan kenaikan harga barang. Malah ada orang cerita pada ana, ada pelajar yang sepatutnya 'fly' tahun nie tersangkut sebab yang memberi biasiswa tak cukup duit. Kesian diorang. Lainlah ana yang langsung tak dipanggil interview, tak adalah terasa sangat. Dah setahun or dua tahun buat persediaan, last-last sambung dalam negara saja. Bukan nak merendah-rendahkan IPT dalam negara tapi mereka dijanjikan ke luar negara, maka ke luar negaralah mereka patut pergi. Bila peluang ke luar negara makin tipis, IPT dalam negara pun tak cukup tempat juga. Jadilah isu pelajar tak dapat tempat di IPT. Kronologi-kronologi seterusnya boleh fikir sendiri. Nanti panjang pulak post nie.

Maka kesan kenaikan harga barang tue sangat banyak & nyata sekali kesan tak baik tue banyak. Tue pun boleh lagi ada laporan Isteri Menteri ke luar negara. Kalau pakai duit sendiri tak apa, nie pakai duit rakyat. Tolonglah jangan bazirkan lagi duit rakyat yang ada. Orang yang ada pada golongan kelas pertama (golongan kaya) mungkin tak terasa benda nie, kalau rasa pun mungkin tak terlalu terjejas kehidupan. Tapi golongan berpendapatan sederhana & golongan miskin sangat-sangat terbeban dengan apa yang berlaku. Kalau dulu kerajaan banyak keluarkan subsidi tapi akhirnya subsidi pun terpaksa tarik balik sebab kerajaan sendiri ada banyak hutang yang perlu ditanggung & tak cukup duit.

Kesimpulannya, untuk masa yang ada sekarang kenalah kita lebih berjimat. Mungkin lepas nie pergi ke kafe order nasi putih + air kosong. Tak perlu bawa kenderaan, kita jalan kaki atau naik basikal. Assignment pun print satu paper 4 pages (depan belakang) untuk jimat kertas & ink printer. Laptop tak apa kot nak on 24 jam...hehe.

Masih berangan-angan kalau dilaksanakan dinar emas di Malaysia adakah landskap ekonomi Malaysia akan berubah?

Oct 24, 2010

Etika Pemakaian Menurut Islam dan Soal Wanita perlu Menutup Kaki

Baru-baru nie tercetus satu perkara yang bila dibaca pada namanya menampakkan betapa syumulnya Islam tapi apabila dilihat pada isinya Islam itu hanya pada nama tapi kotor isinya. Islamic Fashion Show yang dah diadakan di KL baru-baru nie mencetus satu bantahan umat Islam dan gesaan memohon maaf dan taubat daripada orang yang membantah terhadap beberapa figure seperti Rosmah Mansur termasuk juga kepada pihak penganjur. 


Namun, isu ini jangan pula dipolitikkan hanya kerana wujudnya ataupun hadirnya isteri kepada Perdana Menteri dalam acara tersebut. Kita perlu melihat pula mengapa perkara macam nie boleh diluluskan dan macam mana perlaksanaan event nie dibuat & siapa yang menjadi badan penasihat untuk menilai dan memantau fesyen-fesyen yang telah direka itu betul-betul menepati apa yang telah digariskan oleh Islam. 


Jadi, ana rasa kalau kita terus-menerus menuding jari tanpa menerangkan cara yang betul samalah ibaratnya orang yang buat kerja separuh jalan. Nahi mungkar dah ada, marah dah ada sebab perkara mungkar yang dibuat. Tapi amar makrufnya hilang pula dan tiada pula diseru ke arah kebaikan sedangkan amar makruf dan nahi mungkar nie dua-dua sekali perlu dilaksanakan berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan diulang sekali lagi dalam ayat 110.



Jadi berbalik pada topik yang nak dibincangkan berkenaan etika pemakaian yang telah digariskan Islam. Lebih molek kalau dirujuk secara terus kepada Ulama' yang lebih mahir dalam bidang ini. Namun ana cuba juga mencari rujukan walaupun melalui Internet dan terjumpa satu artikel yang ditulis oleh Akhi Mohd Airil Shah melalui http://abuislam.multiply.com/journal/item/26. Ana melihat pada rujukan mereka yang ada dinyatakan dalam blog itu iaitu 

Rujukan

Syaikh ibn Utsaimin, Majmu’Darus Fatwa al-Haram al-Maliki.
Syaikh ibnu Utsaimin, Fatwa Mu’ashirah, hal 45.
Syaikh ibn Jibrin, Fatwa li al-Kanz ats-Tsamin, rangkuman Ali Abu Lauz.
Syaikh ibn Jibrin, Fatwa al-Mar’ah, hal 169-170.
Syaikh ibn Jibrin, Al-Lu’lu al-Makin, hal 90.

Jadi daripada rujukan yang telah dinyatakan sukalah ana mengambil sedikit yang telah diletakkan dalam blog tersebut berkenaan garis panduan pemakaian menurut Islam yang mana daripada sumber tersebut dapatlah dirumuskan secara umum beberapa etika dalam berpakaian. Kalau nak dibahaskan, maka terlalu banyaklah syaratnya dan tak habislah perbahasannya. Berikut adalah beberapa etika yang dinyatakan dan perlu diambil perhatian oleh setiap yang bergelar Muslim.

Lelaki
  • Pakaian yang digunakan menutup aurat dari sempadan pusat sehingga lutut.
  • Pakailah pakaian yang terbaik dan indah mata memandang.
  • Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram. Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”
  • Memakai jeans yang ketat adalah makruh bagi lelaki.
  • Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram. Nabi saw bersabda: “Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”

Perempuan
  • Pakaian yang digunakan menutup aurat iaitu menutup seluruh bentuk badan kecuali pergelangan tangan dan muka. (Memakai stoking adalah wajib)
  • Pakailah pakaian yang indah dan tidak mencolok mata.
  • Memakai pakaian yang longgar dan tidak menarik perhatian.
  • Dilarang memakai jeans yang ketat melainkan di hadapan wanita suami sahaja. (Selain itu Hukumnya haram)
  • Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram. Nabi saw bersabda; “Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”
  • Dilarang menyerupai pakaian lelaki. Hukumnya Haram. Nabi saw bersabda; “Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”
  • Dilarang memakai wangian yang menarik perhatian. Nabi saw bersabda; “Wanita yang memakai wangian yang menarik perhatian lelaki di khalayak, maka wanita itu adalah penzina”

Daripada rujukan Fatwa Pemakaian Islam yang dikarang oleh Dato' Said Alwie bin Tahir Al-Hadad dengan dirujuk Mufti Kerajaan Johor melalui laman web rujukan berkenaan sistem pengurusan fatwa di link
http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=2731&Itemid=48 
beberapa dalil yang dapat dijadikan rujukan untuk menguatkan hujah wajib menutup aurat ini ialah daripada:
  • Surah Al-A'raf ayat 26 & 31-32
  • Surah al-Ahzab ayat 59
  • Surah An-Nur ayat 31
  • Surah An-Nur ayat 60

Maka rujuklah dalil-dalil tersebut dan fikirlah kembali samada anda mahu terus mendedahkan aurat ataupun tidak. Menutup aurat itu bukanlah untuk mendiskriminasikan wanita malah inilah yang menunjukkan bahawa Islam sangat-sangat memelihara kehormatan dan martabat wanita itu sendiri.

Berkenaan dengan wanita perlu menutup kakinya pula ana jadikan blog ini sebagai rujukan kerana hujah beliau bukanlah hujah yang kosong tapi bersandarkan dalil dan pendapat ulama'. Boleh dirujuk apa yang ditulis melalui http://keranacinta.wordpress.com/2010/01/20/adakah-kaki-wanita-aurat/. Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan daripada blog tersebut (tolong klik dan baca andai nak fahamkan kenapa perlu tutup kaki) menunjukkan kaki juga perlu ditutup. Sekadar itu yang mampu dikhabarkan andai ada pertanyaan mengapa perlu menutup kaki.

Jadi di sini ana sertakan sekali satu video dari You Tube yang disampaikan Ustaz Azhar Idrus berkenaan menutup kaki.




Secara khulasahnya, apa yang perlu kita fahami adalah bukan soal pemakaian itu yang diketengahkan tapi soal menutup aurat. Pakailah apa sekalipun janji aurat itu ditutup dan dipelihara. Jagalah kehormatan kita sendiri iaitu menjaga aurat kita. Mudah bicara, tutup aurat itu WAJIB.






Oct 15, 2010

Back to Basic

Sebulan lebih blog tidak berusik. Apakan daya, kebuntuan idea dan bahan untuk diketengahkan dalam blog nie. Nie perlunya kepada penambahan bahan bacaan seharian agar diri tak ketandusan idea. Teringat kata-kata seorang naqib yang mengatakan pada masa kurang kesibukan kita nie, kuatkan ibadah kita dan cuba istiqamah serta banyakkan bacaan ilmiah. Sebabnya ketika ini kita sedang berhadapan dengan ujian malas. Tapi apabila tahap meningkat, kita makin sibuk kita akan diuji pula dengan malas dan penat. Andai tak kukuh keimanan kita pada Allah, bimbang juga ibadah kita akan terkongtang-kanting jadinya.

Maka di kesempatan masa yang ada nie ana ingatkan kepada sahabat-sahabat yang bersama-sama dalam perjuangan menegakkan Islam nie untuk kita meningkatkan bacaan kita sekaligus meningkatkan ilmu kita. Jangan memilih-milih ilmu. Islam itu lengkap dalam segenap aspek kehidupan kita. Perjuangan kita bukan sekadar nak lahirkan kader2 yang kuat tarbiahnya sahaja tapi bersungguh kerjanya. Ana malu juga bila meletakkan term bersungguh kerjanya itu kerana ana pun kadang-kadang sambil lewa juga bekerja. Mungkin ana produk tarbiyah yang gagal. Tapi itu tetap bukan alasan untuk tidak memperbaiki diri. Kalau kita sedar ada kelemahan dalam diri, berusahalah untuk diperbaiki.


Suasana di kampus kini makin hangat dengan beberapa isu yang mendatang. Sudah beberapa perkara yang sudah berlalu di kampus seperti NGC, Pilihan Raya Kampus, dan kini sedang berlangsungnya ConvoFair kali ke-10 di kampus UTP. Semalam menghadiri ceramah 2012 yang disampaikan panelis yang hebat iaitu Tuan Khalid Yahya serta Ustaz Syaari Abdul Rahman yang mana dikeluarkan fakta tentang 2012 dan diutarakan sudut pandang Islam berkenaan ramalan kaum Maya di Amerika Utara itu. Tapi nyata topik itu akhirnya memberi petunjuk jelas tentang betapa hampir kedatangan kiamat kepada kita di akhir zaman ini. Isu dan propaganda dimainkan oleh musuh-musuh Islam dengan menggunakan pelbagai methodologi dan kaedah untuk terus menyesatkan umat Islam. Tapi nampaknya tak semua pelajar UTP datang mendengar ceramah yang sangat bermanfaat ini. Mereka lebih suka menzalimi kereta mereka. Sepatutnya kita masuk dalam kereta kalau nak naik kereta tapi bukan duduk di atas kereta. Itulah yang ana nampak berlaku semalam di kampus. Tak terkata apa-apa, cuma mampu menggeleng kepala.


Landskap politik negara juga telah dicorakkan dengan bakal berlakunya Pilihan Raya Kecil DUN Galas tak lama lagi. Bajet 2011 juga akan dibentangkan oleh PM kita Dato' Najib. GST juga telah ditangguhkan. Banyak isu yang telah berlaku di negara kita. Hari ini juga seperti yang dikhabarkan melalui Astro Awani pagi tadi 6 orang maut dalam satu kemalangan yang ngeri yang mana kereta melanggar dua pokok dan terbakar. Landskap politik dunia tak kurang hebatnya bila Ahmadinejad berikrar membantu Lebanon yang mana di sana wujudnya Hizbullah. Amerika yang merupakan pengganas terbesar dunia menyifatkan tindakan Iran itu telah menjadikan Iran sebagai Hab Pengganas Serantau.

Banyak lagi isu yang dimainkan dalam keadaan isu-isu lama masih lagi belum selesai. Seolah-olah tidak ada noktah bagi segala permasalahan. Bukanlah kerana tidak wujud penyelesaian, tapi penyelesaian yang sebenar-benar penyelesaian tak dirujuk. Yang diguna untuk menyelesaikan masalah ialah kepala otak yang kononnya geliga dan mampu menyelesaikan segala-galanya. Campak habis al-Quran dan Sunnah ke tepi. Hujah akal itu lagi kuat untuk kepentingan diri. Tapi akhirnya terbukti hujah akal itu semuanya dangkal. Tak boleh pakai.

Sudah sampai begini tahap kezaliman manusia terhadap bumi Allah. Zalimi diri sendiri, pemimpin menzalimi masyarakat, menzalimi alam sekitar, segala-galanya sudah dizalimi. Pemimpin sekarang bukan sekadar zalim pada diri sendiri tapi sudah zalim pada masyarakat yang dipimpin. Wajib terhadap kita untuk taat kepada pemimpin yang mengucapkan 2 kalimah syahadah walaupun dia zalim tapi andai kata dia menzalimi rakyat dan mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan syara' ya'ni maksiat kepada Allah maka tidak perlu ditaati pemimpin seumpama ini.

Puas sudah menggoreng, mari kita kembali semula kepada dasarnya iaitu back to al-Quran dan Sunnah. Segala masalah ada penyelesaiannya yang telah tersurat dalam kedua-dua sumber ini. Hanya perlu dibaca, ditadabbur, dihayati, difahami dan yang paling penting sekali diamalkan. Moga bermanfaat untuk semua yang mencari redha Ilahi.


Jul 15, 2010

Kalau Tak Tahu Malu, Buatlah Apa Yang Kamu Mahu

Sedikit respond kepada entry menarik saudara iqbalsyarie di blog beliau Pondok Cinta dalam entry Malulah sikit!!! yang membicarakan tentang betapa tak tahu malunya manusia zaman sekarang dengan dibawa sedikit berkenaan isu Ariel Peterpan dalam video Peterpornnya bersama Luna Maya & Cut Tari beserta sedikit tentang filem Anu dalam Botol.

Isu Peterporn nie mungkin kita boleh samakan dengan isu yang terjadi suatu ketika dahulu dengan tersebarnya video lucah Kisah seorang Pramugara Terlampau dan beberapa video lain yang melibatkan artis Malaysia. Semua ini hasil penyalahgunaan teknologi yang pesat membangun. Bila teknologi digunakan untuk perkara maksiat, maka hilanglah segala malu manusia. Kalau isu filem Anu dalam Botol nie pulak berkisar tentang kisah gay tapi bukan itu yang nak difokuskan cumanya terbaca dalam akhbar berkenaa isu salah seorang aktor dalam filem tersebut melakonkan babak yang mana dia berbogel dan perkara tersebut diakui krew produksi malah oleh aktor itu sendiri.

Walaupun sudah dijelaskan bahawa bahagian dalam filem tersebut sudah dibuang dan tak mungkin tersebar walaupun ada berita mengatakan sudah tersebar, lihat sajalah pada pengakuannya. Aksi bogel itu telah dilakonkan dan dirakam tanpa sedikit pun rasa malu oleh aktor itu sendiri malah tak ada tentangan daripada krew produksi & pengarah sendiri pun tak kata apa-apa. Kononnya nak cuba benda baru laa tue. Memang filem Raja Azmi tak lekang daripada kontroversi. Tapi apa sebenarnya yang mencetuskan kontroversi. Melakukan sesuatu yang bertentangan dengan norma kehidupan. Nak jadi pelakon kena buang rasa malu. Padanlah filem Malaysia sekarang sudah pandai melakonkan aksi di atas katil.

Malu itu adalah kurniaan Allah yang sangat berharga kepada manusia. Tanpa rasa malu ini, samalah kita dengan binatang. Binatang mengawan dimana-mana saja yang mereka selesa. Manusia yang tak tahu malu macam nie jugak laa. Ada yang berzina di lubuk tupah, ada yang berzina di lorong-lorong gelap, rumah terbiar dan ada juga yang berzina di rumah bila mak & ayah tak ada di rumah. Tapi dengan adanya malu ini orang yang berzina pun malu nak mengaku dia ada anak luar nikah. Tue yang jadi kes buang bayi. Sebab malu. Tapi bila malu nak simpan bayi hasil penzinaan tue, dia buat dosa pulak bunuh bayi tue (anak sendiri). 

Ini yang berlaku seperti mana dalam satu kisah seorang 'abid yang cukup kuat beribadah tetapi dengan sedikit gangguan syaitan yang menjelma rupa manusia datang ke rumahnya dan menunjukkan bahawa ibadahnya lebih hebat dari si 'abid tersebut. Si 'abid pun tanya macam mana ibadahnya begitu hebat sekali kepada syaitan yang menjelma manusia itu. Lalu dengan mudah si syaitan menjawab dia pernah melakukan dosa. Lalu diceritakan apa yang telah dilakukannya pada si 'abid itu dan si syaitan terus dengan jarumnya dengan berkata kalau kau buat dosa lalu bertaubat maka ibadah kau akan jadi lebih hebat. 

Terpengaruh dengan kata-kata syaitan, si 'abid itu mula dengan minum arak, selepas minum arak dia berzina, lepas berzina kerana terlalu takut terdedah yang dia telah berzina lalu dia bunuh wanita yang dizinai itu. Malang tak berbau, si 'abid itu tertangkap dan hendak dihukum bunuh. Ketika hendak dihukum, syaitan datang lagi kepadanya memberitahu dia boleh selamatkan si 'abid itu dengan syarat dia meminta tolong pada syaitan tersebut. Kerana hendak hidup, si 'abid pun meminta tolong pada syaitan itu dengan gaya mensyirikkan Allah lalu si syaitan pun lari daripadanya dengan berkata aku berkecuali daripadamu kerana aku takutkan Allah. Lalu, matilah si 'abid itu dalam keadaan kufur.

Pointnya di sini adalah bila hilangnya rasa malu untuk buat satu kesalahan, maka secara beransur-ansur hilangnya rasa malu untuk buat kesalahan yang lebih besar. Situasi zaman sekarang, bila hilangnya rasa malu nak ringan-ringan kat khalayak ramai, maka makin lama hilanglah rasa malu untuk berzina. Maka malu itu merupakan satu anugerah dan nikmat yang cukup hebat yang Allah kurniakan kepada manusia untuk mengangkat darjat manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah. 

Mana yang lebih baik??
ini??
 atau ini??

Malu juga secara definisi istilahnya adalah meninggalkan larangan Allah dan tak berani melaksanakan segala yang dimurkai Allah. Definisi ini boleh dipadankan dengan definisi Taqwa yang mana taqwa ini secara istilahnya adalah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Maka orang yang memelihara kemaluannya ini adalah orang yang hebat imannya serta ketaqwaannya kepada Allah swt. Dengan rasa malu kepada Allah kita akan rasa malu untuk berbuat dosa dan bila kita malu berbuat dosa kita akan meningkatkan amalan kita kerana rasa malu dan hinanya diri kita di hadapan Allah.

Sabda Nabi Muhammad saw:
Iman itu memiliki tujuh puluh cabang lebih, yang paling utama adalah ucapan laa ilaaha illallah (tiada illah yang berhak diibadahi dengan benar selain Allah), dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Dan rasa malu termasuk salah satu cabang iman.
HR Bukhari (Fathul Baari  I/51), HR Muslim (Syahr An-Nawawi I/6), lafadz di atas milik Muslim dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu.

Sabda lain baginda:
Dari Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhu, bahwasannya Rasulullah saw melewati seorang laki-laki dari sahabat Ansar sedang menasihati temannya tentang rasa malu. Lalu Rasulullah saw bersabda, “Biarkan ia, sesungguhnya malu merupakan sebahagian daripada iman"
HR. Bukhari (Fathul Baari X/521), Muslim Syahr an-Nawawi II/6-7)

Bila tak tahu malulah perbualan seharian juga terkandung kata-kata kasar, kata-kata lucah, berbicara tentang cerita-cerita lucah dan sebagainya yang menjadi topik perbincangan seharian tanpa rasa malu. Malah dalam kalangan wanita sendiri pun ada yang sudah hilang rasa malu untuk berbicara tentang perkara-perkara seperti ini. 

Sabda Rasulullah saw:
Malu itu bagian dari iman. Dan iman tempatnya di surga, sedangkan ucapan keji termasuk bagian dari tabiat kasar, tabiat kasar itu tempatnya di neraka.
Hadits Shahih riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban 1929, al-Hakim I/52, Ahmad II/501 dari banyak jalan.

Secara mudahnya untuk disimpulkan, rasa malu inilah yang mampu membina akhlak manusia dan membina tamadun yang hebat. Runtuhnya akhlak, runtuhnya sebuah tamadun adalah apabila hilangnya rasa malu dalam diri manusia.


Jul 14, 2010

Belajar Agama tapi Couple

Couple nie isu basi yang tak habis-habis dari dulu sampai sekarang. Terlalu banyak pandangan yang telah diutarakan pada isu couple nie. Gejala yang menjadi salah satu punca utama lambakan kes seks bebas dan masalah-masalah sosial dalam kalangan remaja yang juga turut menjadi salah satu penyumbang utama meningkatnya kes buang bayi sehingga tertubuhnya satu pusat untuk menerima bayi yang tak dikehendaki nie dah terlalu lama menular sehingga makin menjadi-jadi simptomnya. 


Kalau zaman dulu orang berzina je dah kena pandang hina. Sekarang seolah-olah benda biasa. Kalau dulu kes buang bayi nie jarang-jarang dengar, sekarang nie orang balik dari belajar kat negara seberang balik Malaysia pun boleh 'culture shock' dengan fenomena kes buang bayi kat Malaysia. Kita bicara tentang soal pencegahan, maknanya golongan-golongan yang mengambil bidang pendidikan Islam, Syariah, Usuluddin serta lain-lain yang merujuk kepada agama pendidikan Islam sudah tentu lebih memahami betapa couple ini tidak memberi sebarang manfaat kepada kita. Persoalannya, bagaimana kalau orang yang belajar agama sendiri yang bercouple?

Mungkin kita boleh lihat di facebook atau mungkin ini berlaku pada sahabat-sahabat kita sendiri. Seorang mahasiswa atau mahasiswi yang belajar di sebuah universiti dengan mengambil jurusan pendidikan Islam sebagai contoh tapi pada statusnya di facebook dinyatakan In a Relationship with (nama couple). Secara biasanya kita akan anggap ini perkara normal tapi tak ada yang normal kalau orang yang pengkhususannya adalah bidang agama Islam melaksanakan sesuatu yang sudah kita tahu membawa kepada jalan yang tidak elok. Kalau yang sudah berkahwin tue lain ceritanya, itu sudah halal bagi mereka. Tapi yang berstatuskan In a Relationship with (nama couple) nie memberikan satu impression yang orang biasanya akan kata kalau dia belajar agama pun couple, takkan aku tak boleh couple?

Tak dinafikan rasa cinta itu fitrah, kita tak mampu halang perasaan yang datang. Nie alasan yang sering digunapakai golongan-golongan yang couple nie. Ada juga yang bagi pendapat bahawa sahabatnya bercouple dan berlaku perubahan kepadanya daripada jahat menjadi lebih baik daripada biasa. Maksudnya sahabat nie berubah selepas bercouple. Memang tak mustahil jadi perubahan macam nie. Tapi masih lagi perubahan itu seolah-olah tidak kekal. Cara nak pastikannya adalah apabila mereka berpisah orang yang berubah tue kembali kepada perangai asal. Ini yang kacau. Berubah bukan kerana Allah tapi kerana wanita. Ada pula yang couple berubah perangai daripada baik kepada yang sebaliknya. Banyak kes macam nie yang dah berlaku dan ramai orang yang dah futur kerana couple.

Ada seorang sahabat ana hantar SMS suatu ketika dahulu yang bunyinya begini:

Ingatlah wahai mata rantai perjuangan Islam! Apabila dirimu telah disenaraikan dalam saf perjuangan, maka tabiat generasi ini mesti berbeza dari tabiat generasi umum. Sahsiah mesti ditingkatkan, akhlak mesti berbeza, fikrah mesti semakin jelas, daya fikir mesti semakin matang, nilai ucapan dan kata-kata biarlah berharga, pandangan mestilah bernas, kesungguhan bekerja dan merancang mestilah semakin tinggi, tabiat buruk mestilah dibuang jauh-jauh, sumbangan mestilah bertambah dan muhasabah diri janganlah dialpakan.

Inilah butir-butir peringatan berharga daripada sahabat ana yang dihantar kepada sahabat-sahabat lain yang juga dalam medan perjuangan. Tapi bagi sahabat-sahabat yang pengkhususannya adalah bidang agama, maka secara total cara hidupnya berbeza daripada orang lain atau dengan kata-kata mudahnya kalau orang lain boleh couple, golongan dalam bidang agama nie tak boleh atas sebab mereka nie akan diangkat menjadi seperti model dan ikutan yang mana perilaku kita diperhatikan oleh umum. Kalau kita buat sesuatu yang tidak baik nama Islam atau istilah-istilah yang dapat dikaitkan dengan Islam itu akan di'highlight'kan. Bila tak dapat kawal diri, itulah yang jadi punca keluar berita di akhbar dengan tajuknya "Ustazah dicekup berkhalwat". Sedangkan ramai lagi yang berkhalwat tapi untuk menyedapkan lagi tajuk berita kerana kebetulan ustazah dicekup juga, di'highlight'kanlah istilah ustazah tue. Sebab itu perilaku perlu dijaga.

Golongan-golongan ini yang mengambil bidang pengajian Islam inilah yang bakal bergelar ustaz, ustazah, pensyarah bidang agama, pendakwah bebas dan lain-lain kerjaya tetapi mereka akan menjadi rujukan kerana kelulusan yang ada. Jadi kalau sekarang dah tunjuk contoh yang tak baik, macam mana nak jadi contoh yang baik nanti?

Mungkin penulisan ini seolah-olah lebih menyasarkan golongan yang mengambil pengajian Islam, tapi bagi golongan-golongan yang terlibat dalam dakwah Islam juga perlu berwaspada dengan setiap gerak-geri dan tindakan mereka. Maksudnya, segala yang telah ditaip ini walaupun secara khususnya ditujukan kepada golongan-golongan yang dinyatakan, ahli-ahli gerakan Islam juga perlu mengambil perhatian khusus berkenaan permasalahan ini.


Ada yang membincangkan tentang tindakan mengelakkan perkara seperti ini berlaku kerana salah satu punca berlakunya permasalahan couple dalam kalangan ahli jemaah dan pelajar pengajian Islam ini adalah pergaulan yang agak bebas di alam maya. Mungkin kita nampak perilakunya baik dan menjaga adab pada luarannya tapi di alam maya cukup aktif dengan dunia percintaan. Kita tak tahu apa yang dilakukan oleh mereka. Jadi ada yang memberi satu cara dengan meletakkan satu cara tertentu pergaulan antara muslimin dan muslimat di alam maya. Seolah-olahnya garis panduan ini sama seperti bagaimana kita bergaul di luar. Ada tatacara tertentu yang perlu diikut dan jangan melampaui batas syariat.

Hadis Rasulullah saw ada menceritakan tentang setiap daripada kita ini adalah pemimpin dan setiap daripada kita dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita pimpin. Maka di sini, sebagai ahli jemaah ataupun pelajar pengajian Islam, kita adalah pemimpin kepada masyarakat sekeliling kita kerana kita memenuhi apa yang terkandung dalam surah Ali-Imran Ayat 104:

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Oleh itu, sebagai golongan contoh kepada masyarakat, qudwah perlu dijaga kerana qudwah hasanah juga adalah sebahagian daripada dakwah kepada mad'u kita. Maka berjaga-jagalah juga dalam pergaulan kita seharian tak kira di luar atau di alam maya.

Firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 30

قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.