Sebulan sudah blog tidak dikemaskini. Bersawang jadinya, bersepah pun ye jugak. Hari nie laa nak update sket blog yang dah bersawang nie supaya hilang sawang-sawangnya.
Sekarang dah masuk minggu 8 pengajian dalam Semester 2 nie. Tak lama lagi habis laa dan akan bercuti panjang 4 bulan sampai bulan 1 tahun depan. Insya-Allah kalau tak ada aral melintang nak try Industrial Attachment masa cuti nie that is buat praktikal 2 bulan lebih kurang. Cari pengalaman sikit before Industrial Internship tahun depan. Baru laa ada feel masa kerja nanti. Mungkin kot. Tengok senior-senior yang pergi Intern cam letih gila-gila je. Sampai ada yang jadi kurus. hehe.
Pejam celik sekarang dah bulan Syaaban dan bulan depan semua umat Islam dah nak berpuasa dalam bulan Ramadhan. Nampaknya Ramadhan datang lagi pada tahun nie. Alhamdulillah, dapat bertemu lagi dengan Syaaban dan harapnya dapat bertemu dengan Ramadhan kali ini, Insya-Allah. Bulan Ramadhan nie bulan yang terkandung padanya banyak kelebihan, maka tingkatkanlah amal kita untuk bulan Ramadhan nie. Bulan Ramadhan juga merupakan satu bulan yang Allah mudah memakbulkan doa hambaNya, maka perbanyakkanlah doa kita di bulan Ramadhan nie. Dalam keadaan negara kita sekarang, molek kiranya kita mendoakan kesejahteraan dan kukuhnya Islam di negara kita.
Kita dalam hidup nie perlunya kepada orang yang berada di sekeliling kita. Kalau kita jadi orang yang pasif, biasanya kita akan selalu rasa sunyi. Maka fitrah manusia itu memerlukan kepada teman. Teman itu secara umumnya adalah circle of network kita yakni capaian atau kenalan kita. Lebih khusus merujuk kepada sahabat atau kawan kita sendiri. Maka dalam bersahabat pun perlu ada tatacara dan adab-adabnya.
Hadis Rasulullah ada menyebut sekiranya kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima tempias bau minyak wangi tersebut andai tetapi sekiranya kita berkawan dengan tukang besi, tempias bau tukang besi itu juga akan melekat kepada kita.
Pengajaran mudah daripada hadis Rasulullah s.a.w. itu jelas mengkhabarkan kepada kita bahawa kita perlu mencari sahabat yang boleh membawa kita ke arah kebenaran dan kebaikan. Maka Hujjatul Islam Imam al-Ghazali telah menyenaraikan beberapa cara memilih sahabat iaitu
- Memilih orang yang berakal
- Orang yang baik akhlaknya
- Orang yang soleh
- Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia
- Orang yang benar
Setelah berjaya memilih sahabat menurut kriteria-kriteria tersebut maka kita perlu menunaikan hak-hak persahabatan yang mana antaranya ialah dengan mengenali hak persahabatan dan menjaga adab-adab dalam bersahabat. Imam al-Ghazali telah meletakkan sebanyak 23 adab-adab bersahabat yang boleh untuk kita amalkan dan telah dirangkumkan di dalam kitab beliau iaitu Bidayatul Hidayah. Sebab itulah, kawan-kawan mampu reflect semula sikap kita. Maka pilihlah sebaik-baiknya kawan kita. Cuma janganlah terlalu mendiskriminasi sehingga mengkelaskan orang pada kelas-kelas tertentu mengikut sifat mereka. Apa yang penting adalah kita saling membantu dan menampung antara satu sama lain.
Wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment