May 27, 2011

Home » , , , » Jangan dilayan Perangai Budak-Budak

Jangan dilayan Perangai Budak-Budak

Posting ini sebagai respond kepada post yang ana baca di blog senior ana merangkap sahabat seperjuangan ana yang kini menuntut di Mesir, Akh Azrul Azuan. Posting tersebut berkisarkan blog yang hangat dihebahkan baru-baru ini dengan tindakannya menghina Islam. Tak perlu ana nyatakan blog apa, nanti pakat pi klik, naik pulak trafik blog tue.

Sumber blog sahabat ana nie boleh dibaca melalui SINI.

Sebenarnya banyak lagi figure-figure yang kita dapati menghina Islam melalui blog, facebook dan juga twitter serta di lain-lain sumber. Namun apa respond kita sebagai umat Islam tentang tindakat tersebut?

Kebiasaannya, kita akan melatah tak tentu pasal bila perkara begini berlaku. Secara jujurnya, ana sendiri rasa marah kalau ana baca. Cumanya, di mana kita mengarahkan rasa marah itu. Saidina Ali sendiri kerana marah tidak jadi membunuh musuh di medan perang kerana bimbangkan dia membunuh bukan kerana nak menegakkan kalimah Lailaahaillallah tapi kerana dia rasa marah.

Ana petik sedikit daripada artikel sahabat ana

Petikan kata-kata :

Islam diakui melalui kajian sebagai agama yang paling cepat berkembang di dunia. Situasi ini menjadikan agama Islam wujud di mana-mana negara di dalam dunia, tidak kira samada negara itu majoriti penduduknya beragama Islam atau sebaliknya. Semua ini adalah kurniaan Allah ke atas usaha yang dijalankan oleh pendakwah Islam di seluruh dunia. Semoga Allah merahmati kita semua.

Dengan perkembangan terkini ini, pihak yang iri hati dan terancam dengan kemajuan yang dicapai oleh agama Islam menjadi hilang punca dan blur dalam mencari jalan untuk menyaingi agama Islam. Setelah hampir semua jalan 'profesional' yang mereka cuba, Islam tetap berkembang seolah-olah tiada kesan akan semua tindakan mereka.

Maka, kita tidak perlu hairan dengan tindakan golongan terdesak ini yang menggunakan cara kebudak-budakkan dalam menyaingi Islam. Ibarat budak-budak yang bermain bola, apabila team yang kuat menang dengan gol yang banyak, maka team yang lemah ini merasa malu dan terdesak, lalu bermulalah acara ejek mengejek. Ini bertujuan untuk membakar kemarahan team yang menang tadi dan mengheret mereka ke kancah perkelahian. Situasi ini selalunya diakhiri dengan pergaduhan ala budak-budak...biasalah tu, budak-budak.....
Golongan-golongan seperti inilah yang benci melihat cahaya Allah itu meluas tersebar ke seluruh dunia. Mereka akan guna apa cara sekalipun asalkan mereka menang. Namun Allah tetap juga akan melengkapkan cahaya-Nya walaupun perkara itu dibenci golongan tersebut.

Firman Allah dalam surah As-Saff ayat 8

يُرِيدُونَ لِيُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

Maksudnya: "Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)."

Disebabkan rasa tidak suka itulah bermacam-macam cara digunakan untuk menjatuhkan moral umat Islam. Tindakan kita respond kepada posting mereka juga tidak begitu bijak kerana dengan itu mereka akan terus juga menyebarkan fitnah-fitnah terhadap Islam. Kononnya kita nak sampaikan kebenaran, tapi kita tersilap langkah kerana terburu-buru mengambil tindakan. Samalah juga bila dilayan budak-budak, even orang dewasa pun sama juga rasanya. Benda yang dilarang itulah juga yang nak dibuat. Kita marah-marah tindakan orang menghina Islam itulah juga menjadikan mereka lebih bersemangat menghina Islam kerana mereka nampak apa yang mereka buat tue ada kesan terhadap moral umat Islam. Inilah peperangan psikologi.

Maka tindakan yang patut kita lakukan sebagai orang awam adalah biarkan saja tanpa respond terhadap blog-blog begitu. Tak ada significant pun kalau kita respond. Serahkan kepada pihak berautoriti untuk menyelesaikan perkara ini. Perlu juga disekat, kalau biar dia berjangkit nanti merebak jadi virus pulak. Lagi susah kalau macam tue. Maka mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Fenomena ini juga bagi ana merupakan satu mesej kuat untuk kita persiapkan diri kita bagi menghadapi fitnah yang lebih besar iaitu fitnah Dajjal. Kalau fitnah sedia ada sekarang ini kita mampu elak, dibimbangi kita tak mampu mengelak dari fitnah Dajjal pula nanti. Maka siap siaga dengan segala keperluan untuk mengelak dari fitnah besar itu.

Wallahua'lam

1 comments:

Mohd Azrul Azuan said... [Reply to comment]

Salam...

Steady Arep...jangan lari fokus kita kpd mende sampah camtu...fokus kita adalah dakwah, itu kewajipan kita pada ummah =)

Ana balik Msia 10 Ogos ni, klu ada nak minta tolong pape, just call k..