Jan 31, 2011

Home » , , , » Krisis Mesir : Husni Mubarak Enggan Turun Takhta

Krisis Mesir : Husni Mubarak Enggan Turun Takhta

Krisis di Mesir yang dah berlarutan selama lebih dari seminggu sudah sampai tahap yang membimbangkan bila Husni Mubarak mengumumkan darurat kepada seluruh Mesir baru-baru ini. Satu perkara yang menampakkan Husni Mubarak enggan beralah dan tak mahu turun daripada jawatan Perdana Menteri Mesir adalah dia telah memecat ahli kabinet yang ada tapi dia masih tak turun-turun. Pemerintahan kuku besi selama 30 tahun ini telah menyusahkan rakyat Mesir. Ana ada bersembang-sembang dengan seorang sahabat dari Mesir baru-baru ini. Katanya, dapat scholarship Petronas adalah satu perkara yang cukup berharga. Sebabnya, siapa yang mampu bekerja dengan Petronas di Mesir selepas graduasi sangat beruntung. Petronas memberi gaji yang boleh dianggap tinggi di Mesir. 


Kalau pekerjaan lain gajinya tak cukup pun untuk menyara satu keluarga. Bayangkanlah macam mana nak hidup kalau gaji sebulan kurang daripada RM50. Ini apa yang dinyatakan sahabat dari Mesir itu sendiri. Tapi bila ditanya pendapat mengenai Husni Mubarak, dia kata dia tak benci dan dia tak suka dengan Husni Mubarak. Mungkin dia agak neutral dalam bab tersebut dan katanya dia lebih suka bekerja di luar negara dan tak mahu balik ke Mesir.

Setakat update terbaru dari Mesir, pergolakan makin berleluasa. Israel juga bimbang dengan berlakunya perkara ini membuka peluang bagi Ikhwanul Muslimin untuk mengambil alih pemerintahan di Mesir. Sekiranya perkara tersebut berlaku, ana isytiharkan itu adalah satu kemenangan besar buat Islam sebenarnya di sebalik rusuhan yang berlaku. Tapi andaian lain ada mengatakan tentang keterlibatan Mohamed El-Baradei dalam protes ini yang menampakkan kredibiliti beliau untuk menggantikan pemerintahan Husni Mubarak. Setakat ini dari apa yang ana dengar daripada Astro Awani, mereka mendesak untuk dilaksanakan kerajaan campuran. Katanya, Mohamed El-Baradei juga ada mendapat sokongan dari luar yang meningkatkan lagi kredibilitinya untuk menggantikan pimpinan sedia ada. Ini apa yang telah dibaca daripada Harakahdaily.

Kenapa ramai orang begitu hebat bertanya tentang Mesir lebih daripada apa yang berlaku di Tunisia? Secara mudahnya, ramai pelajar Malaysia berada di Mesir. Jadi memang normal kalau ada pelbagai concern. Yang pasti ibu bapa di Malaysia mesti sangat-sangat risaukan anak-anak mereka di sana. Negara-negara lain juga telah bertindak membawa balik pelajar-pelajar mereka yang berada di Mesir untuk dibawa pulang ke negara masing-masing. Pelancong asing juga beransur pulang tapi di Malaysia kalau pelajar nak balik boleh tapi atas pembiayaan sendiri. Ana pelik juga kenapa begitu. Di sana sekarang ini sedang serba kekurangan. Protes yang berlaku telah menjejaskan keselamatan dengan sangat teruk. Betul, kita masih ada kedutaan dan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan pelajar di sana. Tapi bagaimana dengan kerisauan ibu bapa? Mungkin Tan Sri Muhyiddin boleh review semula kenyataan tersebut.


Kalau peristiwa bencana alam di Indonesia pun kita dah bawak balik pelajar kita, ana rasa insiden kucar-kacir di sana juga perlu kita lakukan tindakan yang sama. Sebabnya, kalau kita terus biarkan pelajar-pelajar di sana, mereka terdedah kepada bahaya golongan-golongan yang mengambil kesempatan di sebalik krisis yang berlaku. Apa yang pasti, kadar jenayah pasti akan meningkat berlipat kali ganda kerana sistem keselamatan sudah tak terurus. Jadi ana sarankan kita bawak balik pelajar Malaysia yang berada di Mesir sekarang ini. Jangan dikira soal kos, nie soal keselamatan dan kebajikan manusia, itu yang lebih penting rasanya. Jadi timbang-tara mana yang lebih baik itu terserahlah pada pihak berwajib untuk memikirkannya.

Krisis yang berlaku di Tunisia dan merebak sampai ke Mesir ini juga satu petanda bahawa rakyat tidak suka akan pemimpin kerajaan yang zalim dan menzalimi rakyat serta sistem yang ada. Memang ada hadis yang mengatakan walau macam mana sekalipun pemimpin kamu, kena taat dan jangan mengata mereka. Yes, memang ada hadis tersebut tapi ada pendapat dari beberapa ulama' mengatakan hadis tersebut merujuk kepada pemimpin yang menzalimi dirinya sahaja tanpa menzalimi sistem sedia ada. Seandainya, sistem Islam itu sendiri telah dizalimi dan ditukar dengan sistem lain, tak wajib kita mentaati perintah pemimpin tersebut sebab dah jelas bercanggah dengan Islam. Jadi apa yang berlaku sekarang adalah rakyat menolak pemerintahan yang zalim dan bersifat kuku besi seperti di Mesir.

Moga apa yang berlaku sekarang ini dapat diselesaikan segera dan mengembalikan keamanan. Moga apa yang berlaku juga dapat menyatukan masyarakat Arab Khususnya dan Umat Islam umumnya untuk mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu.

2 comments:

ieraros said... [Reply to comment]

semoga sahabat2 smua selamat..aaamiin

al-bagani said... [Reply to comment]

alhamdulillah...

mungkin ad blog yg dibaca pihak kerajaan...akhirnya evacuation dibuat walaupun ke negara jiran tapi ini satu langkah yang patut utk menjamin keselamatan pelajar...

namun inilah ana rasa satu memori yang mereka perlu ingat sampai bila-bila...andai ada jiwa seorang pejuang dalam diri, insya-Allah inilah jalan yg kita lalui...penuh kesusahan dan kepayahan utk mendapatkan satu kemanisan iaitu kemanisan iman...