Oct 15, 2010

Home » , , » Back to Basic

Back to Basic

Sebulan lebih blog tidak berusik. Apakan daya, kebuntuan idea dan bahan untuk diketengahkan dalam blog nie. Nie perlunya kepada penambahan bahan bacaan seharian agar diri tak ketandusan idea. Teringat kata-kata seorang naqib yang mengatakan pada masa kurang kesibukan kita nie, kuatkan ibadah kita dan cuba istiqamah serta banyakkan bacaan ilmiah. Sebabnya ketika ini kita sedang berhadapan dengan ujian malas. Tapi apabila tahap meningkat, kita makin sibuk kita akan diuji pula dengan malas dan penat. Andai tak kukuh keimanan kita pada Allah, bimbang juga ibadah kita akan terkongtang-kanting jadinya.

Maka di kesempatan masa yang ada nie ana ingatkan kepada sahabat-sahabat yang bersama-sama dalam perjuangan menegakkan Islam nie untuk kita meningkatkan bacaan kita sekaligus meningkatkan ilmu kita. Jangan memilih-milih ilmu. Islam itu lengkap dalam segenap aspek kehidupan kita. Perjuangan kita bukan sekadar nak lahirkan kader2 yang kuat tarbiahnya sahaja tapi bersungguh kerjanya. Ana malu juga bila meletakkan term bersungguh kerjanya itu kerana ana pun kadang-kadang sambil lewa juga bekerja. Mungkin ana produk tarbiyah yang gagal. Tapi itu tetap bukan alasan untuk tidak memperbaiki diri. Kalau kita sedar ada kelemahan dalam diri, berusahalah untuk diperbaiki.


Suasana di kampus kini makin hangat dengan beberapa isu yang mendatang. Sudah beberapa perkara yang sudah berlalu di kampus seperti NGC, Pilihan Raya Kampus, dan kini sedang berlangsungnya ConvoFair kali ke-10 di kampus UTP. Semalam menghadiri ceramah 2012 yang disampaikan panelis yang hebat iaitu Tuan Khalid Yahya serta Ustaz Syaari Abdul Rahman yang mana dikeluarkan fakta tentang 2012 dan diutarakan sudut pandang Islam berkenaan ramalan kaum Maya di Amerika Utara itu. Tapi nyata topik itu akhirnya memberi petunjuk jelas tentang betapa hampir kedatangan kiamat kepada kita di akhir zaman ini. Isu dan propaganda dimainkan oleh musuh-musuh Islam dengan menggunakan pelbagai methodologi dan kaedah untuk terus menyesatkan umat Islam. Tapi nampaknya tak semua pelajar UTP datang mendengar ceramah yang sangat bermanfaat ini. Mereka lebih suka menzalimi kereta mereka. Sepatutnya kita masuk dalam kereta kalau nak naik kereta tapi bukan duduk di atas kereta. Itulah yang ana nampak berlaku semalam di kampus. Tak terkata apa-apa, cuma mampu menggeleng kepala.


Landskap politik negara juga telah dicorakkan dengan bakal berlakunya Pilihan Raya Kecil DUN Galas tak lama lagi. Bajet 2011 juga akan dibentangkan oleh PM kita Dato' Najib. GST juga telah ditangguhkan. Banyak isu yang telah berlaku di negara kita. Hari ini juga seperti yang dikhabarkan melalui Astro Awani pagi tadi 6 orang maut dalam satu kemalangan yang ngeri yang mana kereta melanggar dua pokok dan terbakar. Landskap politik dunia tak kurang hebatnya bila Ahmadinejad berikrar membantu Lebanon yang mana di sana wujudnya Hizbullah. Amerika yang merupakan pengganas terbesar dunia menyifatkan tindakan Iran itu telah menjadikan Iran sebagai Hab Pengganas Serantau.

Banyak lagi isu yang dimainkan dalam keadaan isu-isu lama masih lagi belum selesai. Seolah-olah tidak ada noktah bagi segala permasalahan. Bukanlah kerana tidak wujud penyelesaian, tapi penyelesaian yang sebenar-benar penyelesaian tak dirujuk. Yang diguna untuk menyelesaikan masalah ialah kepala otak yang kononnya geliga dan mampu menyelesaikan segala-galanya. Campak habis al-Quran dan Sunnah ke tepi. Hujah akal itu lagi kuat untuk kepentingan diri. Tapi akhirnya terbukti hujah akal itu semuanya dangkal. Tak boleh pakai.

Sudah sampai begini tahap kezaliman manusia terhadap bumi Allah. Zalimi diri sendiri, pemimpin menzalimi masyarakat, menzalimi alam sekitar, segala-galanya sudah dizalimi. Pemimpin sekarang bukan sekadar zalim pada diri sendiri tapi sudah zalim pada masyarakat yang dipimpin. Wajib terhadap kita untuk taat kepada pemimpin yang mengucapkan 2 kalimah syahadah walaupun dia zalim tapi andai kata dia menzalimi rakyat dan mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan syara' ya'ni maksiat kepada Allah maka tidak perlu ditaati pemimpin seumpama ini.

Puas sudah menggoreng, mari kita kembali semula kepada dasarnya iaitu back to al-Quran dan Sunnah. Segala masalah ada penyelesaiannya yang telah tersurat dalam kedua-dua sumber ini. Hanya perlu dibaca, ditadabbur, dihayati, difahami dan yang paling penting sekali diamalkan. Moga bermanfaat untuk semua yang mencari redha Ilahi.


0 comments: