Oct 5, 2011

Home » , , » Bila Artis jadi Rujukan Agama

Bila Artis jadi Rujukan Agama

Terkejut dengan paparan gambar di Facebook yang diambil dari sebuah akhbar tempatan hari ni. Jelas menunjukkan betapa manusia kini semakin jauh dengan Allah, semakin jauh dari merujuk ulama' yang sebenar-benarnya patut diikut. 

Dalam kes nie melibatkan hukum hudud yang ana kira menjadi topik hangat juga sekarang. Nak laksanakan hukum hudud di Malaysia ana rasa tue bergantung pada kerajaan sekarang. Kalau mereka nak buat, mereka buat. Kalau tak nak buat maka tak buatlah. Cuma ana kata yang paling elok kita buat. Tapi ada kebodohan pula daripada media untuk membesar-besarkan isu seperti ini dengan cara yang begitu bodoh dan tak kena langsung pada tempat dan masanya.

Wajarkah mengambil pendapat berkenaan hudud daripada artis?

Ana tak tahulah pula kalau artis yang dirujuk tue ada kelulusan pengajian syariah di UM, UIA, Al-Azhar atau institusi lain. Dari gaya penampilan dah jelas nampak rasanya tak ada kelulusan tue. Bila pula mereka ada kelulusan mengeluarkan fatwa. Pening sungguh media sekarang. Kalau ye pun nak menggunakan media arus perdana untuk mempengaruhi orang supaya menolak hukum, tak perlu dengan kerja bodoh seperti itu. Anda sedang menyesatkan manusia.

Nabi pernah bersabda:-
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan.
(Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Kepada editor akhbar yang menulis artikel berkenaan, artis-artis yang mengeluarkan pendapat tersebut. Ana harap mereka dapat memohon maaf dan bertaubat kepada Allah. Kena faham kalau kita tak laksanakan apa yang diperintah Allah, kita jadi fasiq. Tapi kalau kita menolak apa yang Allah suruh buat boleh membatalkan syahadah yang kita sebut selama ini. Harapnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat. Ini bukan soal politik tapi soal aqidah umat yang makin parah sekarang.

5 comments:

Amoychanteks said... [Reply to comment]

artis tak sesuai lgsung nak ditanyakan bnde2 mcm nie =.= of coz laa diorg bantah kan...

Firdaus Azhari said... [Reply to comment]

saya rasa..wartawan sengaja mncari satu benda yang menarik untuk melariskan majalah mereka sedangkan mereka sudah sedia maklum mereka tiada authoriti untuk brcakap pasal hukum agama..artis pun bersalah,kalau masalah gosip,boleh cakap "no comment"..knapa isu hudud ni xcakap "no comment " je..saya berpendapat tajuknye bukanlah "artis menjadi rujukan agama" tetapi wartawan hanya ingin tahu "sejauh mana artis faham tentang hudud"..wallahualam.

Hatiku Bermunajat said... [Reply to comment]

Based on the comment dalam gambar tu, artis-artis ni seakan-akan positive menerima hudud..ana kira, artis pun make their own homework n study pasal hukum2 islam. Technology makin canggih. No reasons untuk mereka tak tahu.

Komen ayu raudah tu "kalau dah hudud dilaksanakan, macam mane pun kita tak boleh tentang"

so, sapa kate rakyat akan menentang jika hudud dilaksanankan..

al-bagani said... [Reply to comment]

@amoychanteks
yes, fas'alu ahlal zikri in kuntum la ta'lamun, tanya pada orang yang ahli tentang perkara yang kita tak tahu...

@firdaus mazani
akhbar cari publisiti satu hal, menggunakan artis satu hal lain plak

@Hatiku Bermunajat
indeed, some artis buat homework and research pasal hal nie..tapi still tindakan nie tak kena pada gayanya, bagi artis yang faham alhamdulillah..yang tak faham dan keluarkan kenyataan menolak, moga diberi hidayah kepada mereka..

^fatimah^ said... [Reply to comment]

bacaan tambahan mungkin .

http://cerahjeff.blogspot.com/2011/10/aqhudud-dan-munafiq.html

http://thechukaiinsider.blogspot.com/2011/10/hudud-is-matter-of-choice-for-muslims.html