Oct 24, 2010

Home » , , » Etika Pemakaian Menurut Islam dan Soal Wanita perlu Menutup Kaki

Etika Pemakaian Menurut Islam dan Soal Wanita perlu Menutup Kaki

Baru-baru nie tercetus satu perkara yang bila dibaca pada namanya menampakkan betapa syumulnya Islam tapi apabila dilihat pada isinya Islam itu hanya pada nama tapi kotor isinya. Islamic Fashion Show yang dah diadakan di KL baru-baru nie mencetus satu bantahan umat Islam dan gesaan memohon maaf dan taubat daripada orang yang membantah terhadap beberapa figure seperti Rosmah Mansur termasuk juga kepada pihak penganjur. 


Namun, isu ini jangan pula dipolitikkan hanya kerana wujudnya ataupun hadirnya isteri kepada Perdana Menteri dalam acara tersebut. Kita perlu melihat pula mengapa perkara macam nie boleh diluluskan dan macam mana perlaksanaan event nie dibuat & siapa yang menjadi badan penasihat untuk menilai dan memantau fesyen-fesyen yang telah direka itu betul-betul menepati apa yang telah digariskan oleh Islam. 


Jadi, ana rasa kalau kita terus-menerus menuding jari tanpa menerangkan cara yang betul samalah ibaratnya orang yang buat kerja separuh jalan. Nahi mungkar dah ada, marah dah ada sebab perkara mungkar yang dibuat. Tapi amar makrufnya hilang pula dan tiada pula diseru ke arah kebaikan sedangkan amar makruf dan nahi mungkar nie dua-dua sekali perlu dilaksanakan berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan diulang sekali lagi dalam ayat 110.



Jadi berbalik pada topik yang nak dibincangkan berkenaan etika pemakaian yang telah digariskan Islam. Lebih molek kalau dirujuk secara terus kepada Ulama' yang lebih mahir dalam bidang ini. Namun ana cuba juga mencari rujukan walaupun melalui Internet dan terjumpa satu artikel yang ditulis oleh Akhi Mohd Airil Shah melalui http://abuislam.multiply.com/journal/item/26. Ana melihat pada rujukan mereka yang ada dinyatakan dalam blog itu iaitu 

Rujukan

Syaikh ibn Utsaimin, Majmu’Darus Fatwa al-Haram al-Maliki.
Syaikh ibnu Utsaimin, Fatwa Mu’ashirah, hal 45.
Syaikh ibn Jibrin, Fatwa li al-Kanz ats-Tsamin, rangkuman Ali Abu Lauz.
Syaikh ibn Jibrin, Fatwa al-Mar’ah, hal 169-170.
Syaikh ibn Jibrin, Al-Lu’lu al-Makin, hal 90.

Jadi daripada rujukan yang telah dinyatakan sukalah ana mengambil sedikit yang telah diletakkan dalam blog tersebut berkenaan garis panduan pemakaian menurut Islam yang mana daripada sumber tersebut dapatlah dirumuskan secara umum beberapa etika dalam berpakaian. Kalau nak dibahaskan, maka terlalu banyaklah syaratnya dan tak habislah perbahasannya. Berikut adalah beberapa etika yang dinyatakan dan perlu diambil perhatian oleh setiap yang bergelar Muslim.

Lelaki
  • Pakaian yang digunakan menutup aurat dari sempadan pusat sehingga lutut.
  • Pakailah pakaian yang terbaik dan indah mata memandang.
  • Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram. Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”
  • Memakai jeans yang ketat adalah makruh bagi lelaki.
  • Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram. Nabi saw bersabda: “Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”

Perempuan
  • Pakaian yang digunakan menutup aurat iaitu menutup seluruh bentuk badan kecuali pergelangan tangan dan muka. (Memakai stoking adalah wajib)
  • Pakailah pakaian yang indah dan tidak mencolok mata.
  • Memakai pakaian yang longgar dan tidak menarik perhatian.
  • Dilarang memakai jeans yang ketat melainkan di hadapan wanita suami sahaja. (Selain itu Hukumnya haram)
  • Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram. Nabi saw bersabda; “Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”
  • Dilarang menyerupai pakaian lelaki. Hukumnya Haram. Nabi saw bersabda; “Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”
  • Dilarang memakai wangian yang menarik perhatian. Nabi saw bersabda; “Wanita yang memakai wangian yang menarik perhatian lelaki di khalayak, maka wanita itu adalah penzina”

Daripada rujukan Fatwa Pemakaian Islam yang dikarang oleh Dato' Said Alwie bin Tahir Al-Hadad dengan dirujuk Mufti Kerajaan Johor melalui laman web rujukan berkenaan sistem pengurusan fatwa di link
http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=2731&Itemid=48 
beberapa dalil yang dapat dijadikan rujukan untuk menguatkan hujah wajib menutup aurat ini ialah daripada:
  • Surah Al-A'raf ayat 26 & 31-32
  • Surah al-Ahzab ayat 59
  • Surah An-Nur ayat 31
  • Surah An-Nur ayat 60

Maka rujuklah dalil-dalil tersebut dan fikirlah kembali samada anda mahu terus mendedahkan aurat ataupun tidak. Menutup aurat itu bukanlah untuk mendiskriminasikan wanita malah inilah yang menunjukkan bahawa Islam sangat-sangat memelihara kehormatan dan martabat wanita itu sendiri.

Berkenaan dengan wanita perlu menutup kakinya pula ana jadikan blog ini sebagai rujukan kerana hujah beliau bukanlah hujah yang kosong tapi bersandarkan dalil dan pendapat ulama'. Boleh dirujuk apa yang ditulis melalui http://keranacinta.wordpress.com/2010/01/20/adakah-kaki-wanita-aurat/. Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan daripada blog tersebut (tolong klik dan baca andai nak fahamkan kenapa perlu tutup kaki) menunjukkan kaki juga perlu ditutup. Sekadar itu yang mampu dikhabarkan andai ada pertanyaan mengapa perlu menutup kaki.

Jadi di sini ana sertakan sekali satu video dari You Tube yang disampaikan Ustaz Azhar Idrus berkenaan menutup kaki.




Secara khulasahnya, apa yang perlu kita fahami adalah bukan soal pemakaian itu yang diketengahkan tapi soal menutup aurat. Pakailah apa sekalipun janji aurat itu ditutup dan dipelihara. Jagalah kehormatan kita sendiri iaitu menjaga aurat kita. Mudah bicara, tutup aurat itu WAJIB.






2 comments:

ashdastyler said... [Reply to comment]

Salam dan trimakaseh sbb post pasal isu ni dan yg lebih penting info2 disini lebih menekankan tntg cara penyelesaiannya...alhamdulillah

Nur Areefah said... [Reply to comment]

semua benda nak kaitan dengan politik.zzz
btw, stoking kurang fofular sebab tak banyak stoking yang berjenama kot..
=.=