Jul 15, 2010

Home » , , » Kalau Tak Tahu Malu, Buatlah Apa Yang Kamu Mahu

Kalau Tak Tahu Malu, Buatlah Apa Yang Kamu Mahu

Sedikit respond kepada entry menarik saudara iqbalsyarie di blog beliau Pondok Cinta dalam entry Malulah sikit!!! yang membicarakan tentang betapa tak tahu malunya manusia zaman sekarang dengan dibawa sedikit berkenaan isu Ariel Peterpan dalam video Peterpornnya bersama Luna Maya & Cut Tari beserta sedikit tentang filem Anu dalam Botol.

Isu Peterporn nie mungkin kita boleh samakan dengan isu yang terjadi suatu ketika dahulu dengan tersebarnya video lucah Kisah seorang Pramugara Terlampau dan beberapa video lain yang melibatkan artis Malaysia. Semua ini hasil penyalahgunaan teknologi yang pesat membangun. Bila teknologi digunakan untuk perkara maksiat, maka hilanglah segala malu manusia. Kalau isu filem Anu dalam Botol nie pulak berkisar tentang kisah gay tapi bukan itu yang nak difokuskan cumanya terbaca dalam akhbar berkenaa isu salah seorang aktor dalam filem tersebut melakonkan babak yang mana dia berbogel dan perkara tersebut diakui krew produksi malah oleh aktor itu sendiri.

Walaupun sudah dijelaskan bahawa bahagian dalam filem tersebut sudah dibuang dan tak mungkin tersebar walaupun ada berita mengatakan sudah tersebar, lihat sajalah pada pengakuannya. Aksi bogel itu telah dilakonkan dan dirakam tanpa sedikit pun rasa malu oleh aktor itu sendiri malah tak ada tentangan daripada krew produksi & pengarah sendiri pun tak kata apa-apa. Kononnya nak cuba benda baru laa tue. Memang filem Raja Azmi tak lekang daripada kontroversi. Tapi apa sebenarnya yang mencetuskan kontroversi. Melakukan sesuatu yang bertentangan dengan norma kehidupan. Nak jadi pelakon kena buang rasa malu. Padanlah filem Malaysia sekarang sudah pandai melakonkan aksi di atas katil.

Malu itu adalah kurniaan Allah yang sangat berharga kepada manusia. Tanpa rasa malu ini, samalah kita dengan binatang. Binatang mengawan dimana-mana saja yang mereka selesa. Manusia yang tak tahu malu macam nie jugak laa. Ada yang berzina di lubuk tupah, ada yang berzina di lorong-lorong gelap, rumah terbiar dan ada juga yang berzina di rumah bila mak & ayah tak ada di rumah. Tapi dengan adanya malu ini orang yang berzina pun malu nak mengaku dia ada anak luar nikah. Tue yang jadi kes buang bayi. Sebab malu. Tapi bila malu nak simpan bayi hasil penzinaan tue, dia buat dosa pulak bunuh bayi tue (anak sendiri). 

Ini yang berlaku seperti mana dalam satu kisah seorang 'abid yang cukup kuat beribadah tetapi dengan sedikit gangguan syaitan yang menjelma rupa manusia datang ke rumahnya dan menunjukkan bahawa ibadahnya lebih hebat dari si 'abid tersebut. Si 'abid pun tanya macam mana ibadahnya begitu hebat sekali kepada syaitan yang menjelma manusia itu. Lalu dengan mudah si syaitan menjawab dia pernah melakukan dosa. Lalu diceritakan apa yang telah dilakukannya pada si 'abid itu dan si syaitan terus dengan jarumnya dengan berkata kalau kau buat dosa lalu bertaubat maka ibadah kau akan jadi lebih hebat. 

Terpengaruh dengan kata-kata syaitan, si 'abid itu mula dengan minum arak, selepas minum arak dia berzina, lepas berzina kerana terlalu takut terdedah yang dia telah berzina lalu dia bunuh wanita yang dizinai itu. Malang tak berbau, si 'abid itu tertangkap dan hendak dihukum bunuh. Ketika hendak dihukum, syaitan datang lagi kepadanya memberitahu dia boleh selamatkan si 'abid itu dengan syarat dia meminta tolong pada syaitan tersebut. Kerana hendak hidup, si 'abid pun meminta tolong pada syaitan itu dengan gaya mensyirikkan Allah lalu si syaitan pun lari daripadanya dengan berkata aku berkecuali daripadamu kerana aku takutkan Allah. Lalu, matilah si 'abid itu dalam keadaan kufur.

Pointnya di sini adalah bila hilangnya rasa malu untuk buat satu kesalahan, maka secara beransur-ansur hilangnya rasa malu untuk buat kesalahan yang lebih besar. Situasi zaman sekarang, bila hilangnya rasa malu nak ringan-ringan kat khalayak ramai, maka makin lama hilanglah rasa malu untuk berzina. Maka malu itu merupakan satu anugerah dan nikmat yang cukup hebat yang Allah kurniakan kepada manusia untuk mengangkat darjat manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah. 

Mana yang lebih baik??
ini??
 atau ini??

Malu juga secara definisi istilahnya adalah meninggalkan larangan Allah dan tak berani melaksanakan segala yang dimurkai Allah. Definisi ini boleh dipadankan dengan definisi Taqwa yang mana taqwa ini secara istilahnya adalah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Maka orang yang memelihara kemaluannya ini adalah orang yang hebat imannya serta ketaqwaannya kepada Allah swt. Dengan rasa malu kepada Allah kita akan rasa malu untuk berbuat dosa dan bila kita malu berbuat dosa kita akan meningkatkan amalan kita kerana rasa malu dan hinanya diri kita di hadapan Allah.

Sabda Nabi Muhammad saw:
Iman itu memiliki tujuh puluh cabang lebih, yang paling utama adalah ucapan laa ilaaha illallah (tiada illah yang berhak diibadahi dengan benar selain Allah), dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Dan rasa malu termasuk salah satu cabang iman.
HR Bukhari (Fathul Baari  I/51), HR Muslim (Syahr An-Nawawi I/6), lafadz di atas milik Muslim dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu.

Sabda lain baginda:
Dari Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhu, bahwasannya Rasulullah saw melewati seorang laki-laki dari sahabat Ansar sedang menasihati temannya tentang rasa malu. Lalu Rasulullah saw bersabda, “Biarkan ia, sesungguhnya malu merupakan sebahagian daripada iman"
HR. Bukhari (Fathul Baari X/521), Muslim Syahr an-Nawawi II/6-7)

Bila tak tahu malulah perbualan seharian juga terkandung kata-kata kasar, kata-kata lucah, berbicara tentang cerita-cerita lucah dan sebagainya yang menjadi topik perbincangan seharian tanpa rasa malu. Malah dalam kalangan wanita sendiri pun ada yang sudah hilang rasa malu untuk berbicara tentang perkara-perkara seperti ini. 

Sabda Rasulullah saw:
Malu itu bagian dari iman. Dan iman tempatnya di surga, sedangkan ucapan keji termasuk bagian dari tabiat kasar, tabiat kasar itu tempatnya di neraka.
Hadits Shahih riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban 1929, al-Hakim I/52, Ahmad II/501 dari banyak jalan.

Secara mudahnya untuk disimpulkan, rasa malu inilah yang mampu membina akhlak manusia dan membina tamadun yang hebat. Runtuhnya akhlak, runtuhnya sebuah tamadun adalah apabila hilangnya rasa malu dalam diri manusia.


0 comments: