Dipetik dari Cina Islam :-
5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -KUALA LUMPUR, 2 Nov — Dewan Pemuda PAS mahu penganjur dan penyokong program Seksualiti Merdeka 2011 — acara tahunan diadakan sejak 2008 — agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen mereka ke arah menuntut kebebasan gaya dan cara hidup barat yang salah dengan norma, tatasusila, budaya dan agama.
Justeru Ketuanya Nasrudin Hassan (gambar) berkata, sayap parti Islam itu juga sedia berdialog ke arah itu bagi menangani perkara ini yang menjadi polemik sekarang.
“Usah lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masalah,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar pertubuhan bukan kerajaan, artis, aktivis dan individu sejak 2008.
Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan berlangsung mulai semalam hingga 13 November di The Annexe Gallery di sini. Ia dijadualkan akan dirasmikan oleh bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan pada 9 November.
malaysian insider/-
Seksualiti Merdeka nie dah lama wujud. Tapi sekarang mereka dah mula agresif nak memperjuangkan perkara yang kononnya menjadi hak mereka untuk mempunyai orientasi seks yang lain selain dari lelaki dan perempuan. Mereka menuntut supaya dibenarkan orientasi gay, lesbian, transseksual dsb di Malaysia.
Benda nie jelas bertentangan dengan syarak yang tak membenarkan hubungan sejenis dan jelas haram perbuatan menukar jantina. Kita telah dijadikan Allah sebagai lelaki dan perempuan, mengapa mesti diubah kejadian tersebut? Allah juga telah menjadikan satu fitrah lelaki pasangannya adalah wanita dan wania pula pasangannya adalah lelaki. Maka mengapa perlu dipesongkan fahaman tersebut?
Firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 119
وَلَأُضِلَّنَّهُمۡ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمۡ وَلَأَمُرَنَّهُمۡ فَلَيُبَتِّڪُنَّ ءَاذَانَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَلَأَمُرَنَّہُمۡ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلۡقَ ٱللَّهِۚ وَمَن يَتَّخِذِ ٱلشَّيۡطَـٰنَ وَلِيًّ۬ا مِّن دُونِ ٱللَّهِ فَقَدۡ خَسِرَ خُسۡرَانً۬ا مُّبِينً۬ا
Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata."
Apa yang menjadi punca wujud golongan-golongan nie? Mungkinkah dari sudut pemakanannya ataupun suasana kehidupan mereka? Nampak gaya ini lebih kepada masalah kecelaruan identiti. Kasihan pada mereka yang diuji sedemikian rupa. Namun dengan iman dan taqwa perkara seperti ini boleh dielakkan. Keadaan dunia sekarang yang mana ada negara yang membenarkan kebebasan orientasi seks telah menyebabkan bahangnya sampai ke Malaysia juga. Tak kira apa berlaku, ana antara orang yang menolak keras perlaksanaan program ini. Jangan sampai Allah murka dengan sikap kita menyebabkan Allah turunkan balaNya kepada kita.
Ambil iktibar kaum Nabi Luth yang juga melakukan onar yang sama dan dibinasakan kaum tersebut oleh Allah s.w.t. akibat keengganan mereka menurut fitrah Islam yang sebenar. Maka ana boleh katakan disini mereka yang memperjuangkan kebebasan orientasi seks ini hanyalah orang yang buta sejarah dan mencari kemurkaan Allah di sisi mereka. Mungkin suara kecil ana nie tak didengari kerajaan namun tindakan wajib diambil oleh kerajaan untuk membatalkan program seumpama ini dan menghalang datangnya ikon gay dari Barat, Elton John ke Malaysia untuk konsert sekiranya kerajaan betul-betul ingin memelihara kesucian agama Islam di Malaysia.
Firman Allah dalam surah Al-A'raaf ayat 80-81 yang bermaksud:-
"Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? (80) Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. (81)"
Tidak rela diri ini melihat sebuah negara Islam yang ada kebebasan orientasi seks. Jangan seru murka Allah pada kita!!
0 comments:
Post a Comment