Showing posts with label Politikus. Show all posts
Showing posts with label Politikus. Show all posts

May 2, 2011

Mayat Osama Palsu

Cuba anda lihat gambar ini

gambar diambil dari http://idhamlim.blogspot.com/2011/05/betulkah-ini-mayat-osama-laden.html




Adakah ini Osama bin Laden. Banyak yang melaporkan bahawa gambar ini palsu sebenarnya. Daripada sumber lain mengatakan mayat Osama telah dibuang ke laut. Sumber tersebut adalah daripada US sendiri dan perkara ini menimbulkan kekeliruan apabila Presiden Obama mengatakan mayat Osama ada pada Amerika dan akan diuruskan mengikut kaedah Islam. Jadi kenyataan manakah yang benar sebenarnya ataupun kedua-duanya sekali adalah dusta semata-mata.

Obama kata lain, orang lain kata lain. Bila wujud keraguan maka sudah semestinya ada sesuatu yang pelik. Setakat ini, gambar ini yang boleh dikatakan sebagai bukti Osama sudah mati namun adakah benar ini gambar mayat Osama? Ataupun mungkin sekadar pelanduk dua serupa. Benarkah Osama sudah mati dalam serangan di Pakistan? Banyak persoalan yang sudah mula timbul di sebalik apa yang berlaku. Adakah ini juga sebahagian daripada konspirasi Amerika? Amerika memang dah tak asing dengan penipuannya serta konspirasi besar mereka. Kena pula bila ada orang kata gambar tersebut adalah hasil Photoshop.

gambar diambil dari http://www.admiralhafiz.com/2011/05/gambar-mayat-osama-bin-laden-mati.html
Namun setakat ini al-Jazeera juga mengesahkan kematian Osama. Namun ada juga yang mengatakan bahawa Osama sudah lama mati. Tak tahulah watak Osama nie realiti atau sekadar rekaan semata-mata. Namun wujudnya watak Osama ini sedikit sebanyak mengubah juga corak politik dunia. Amerika terus menggunakan modal ini untuk menekan warga Arab. Terakhir sekali sekarang nie dengan campurtangan mereka di Libya pada tahun nie.

Namun ana tertarik dengan quotation dari Penganalisis Ketenteraan US merangkan Brigad Tentera Amerika iaitu Mark Kimmit dengan kenyataannya yang berbunyi begini :-

"This is not the end of the movement, this is not the end of the terrorism but this is the end of the chapter

Capturing or killing bin Laden has more iconic value.

It will have symbolic value, because it has been a number of years since bin Laden has exercised day to day control over operations. We still have an al-Qaeda threat out there and that will be there for a number of years.

This organisation (al-Qaeda) is more than bin Laden, it may be symbolised by bin Laden, but it definitely is more than him."

Apa-apa sekalipun moga kita terus mengumpul kekuatan kita untuk kembali bangkit menentang kezaliman manusia di muka bumi ini. Islam pasti akan bangkit jua akhirnya. Itu janji Allah.

p/s: Post ini dah mencecah 301 bermaksud ana dah pun mencapai 300 post daripada blog ini.

Jan 31, 2011

Krisis Mesir : Husni Mubarak Enggan Turun Takhta

Krisis di Mesir yang dah berlarutan selama lebih dari seminggu sudah sampai tahap yang membimbangkan bila Husni Mubarak mengumumkan darurat kepada seluruh Mesir baru-baru ini. Satu perkara yang menampakkan Husni Mubarak enggan beralah dan tak mahu turun daripada jawatan Perdana Menteri Mesir adalah dia telah memecat ahli kabinet yang ada tapi dia masih tak turun-turun. Pemerintahan kuku besi selama 30 tahun ini telah menyusahkan rakyat Mesir. Ana ada bersembang-sembang dengan seorang sahabat dari Mesir baru-baru ini. Katanya, dapat scholarship Petronas adalah satu perkara yang cukup berharga. Sebabnya, siapa yang mampu bekerja dengan Petronas di Mesir selepas graduasi sangat beruntung. Petronas memberi gaji yang boleh dianggap tinggi di Mesir. 


Kalau pekerjaan lain gajinya tak cukup pun untuk menyara satu keluarga. Bayangkanlah macam mana nak hidup kalau gaji sebulan kurang daripada RM50. Ini apa yang dinyatakan sahabat dari Mesir itu sendiri. Tapi bila ditanya pendapat mengenai Husni Mubarak, dia kata dia tak benci dan dia tak suka dengan Husni Mubarak. Mungkin dia agak neutral dalam bab tersebut dan katanya dia lebih suka bekerja di luar negara dan tak mahu balik ke Mesir.

Setakat update terbaru dari Mesir, pergolakan makin berleluasa. Israel juga bimbang dengan berlakunya perkara ini membuka peluang bagi Ikhwanul Muslimin untuk mengambil alih pemerintahan di Mesir. Sekiranya perkara tersebut berlaku, ana isytiharkan itu adalah satu kemenangan besar buat Islam sebenarnya di sebalik rusuhan yang berlaku. Tapi andaian lain ada mengatakan tentang keterlibatan Mohamed El-Baradei dalam protes ini yang menampakkan kredibiliti beliau untuk menggantikan pemerintahan Husni Mubarak. Setakat ini dari apa yang ana dengar daripada Astro Awani, mereka mendesak untuk dilaksanakan kerajaan campuran. Katanya, Mohamed El-Baradei juga ada mendapat sokongan dari luar yang meningkatkan lagi kredibilitinya untuk menggantikan pimpinan sedia ada. Ini apa yang telah dibaca daripada Harakahdaily.

Kenapa ramai orang begitu hebat bertanya tentang Mesir lebih daripada apa yang berlaku di Tunisia? Secara mudahnya, ramai pelajar Malaysia berada di Mesir. Jadi memang normal kalau ada pelbagai concern. Yang pasti ibu bapa di Malaysia mesti sangat-sangat risaukan anak-anak mereka di sana. Negara-negara lain juga telah bertindak membawa balik pelajar-pelajar mereka yang berada di Mesir untuk dibawa pulang ke negara masing-masing. Pelancong asing juga beransur pulang tapi di Malaysia kalau pelajar nak balik boleh tapi atas pembiayaan sendiri. Ana pelik juga kenapa begitu. Di sana sekarang ini sedang serba kekurangan. Protes yang berlaku telah menjejaskan keselamatan dengan sangat teruk. Betul, kita masih ada kedutaan dan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan pelajar di sana. Tapi bagaimana dengan kerisauan ibu bapa? Mungkin Tan Sri Muhyiddin boleh review semula kenyataan tersebut.


Kalau peristiwa bencana alam di Indonesia pun kita dah bawak balik pelajar kita, ana rasa insiden kucar-kacir di sana juga perlu kita lakukan tindakan yang sama. Sebabnya, kalau kita terus biarkan pelajar-pelajar di sana, mereka terdedah kepada bahaya golongan-golongan yang mengambil kesempatan di sebalik krisis yang berlaku. Apa yang pasti, kadar jenayah pasti akan meningkat berlipat kali ganda kerana sistem keselamatan sudah tak terurus. Jadi ana sarankan kita bawak balik pelajar Malaysia yang berada di Mesir sekarang ini. Jangan dikira soal kos, nie soal keselamatan dan kebajikan manusia, itu yang lebih penting rasanya. Jadi timbang-tara mana yang lebih baik itu terserahlah pada pihak berwajib untuk memikirkannya.

Krisis yang berlaku di Tunisia dan merebak sampai ke Mesir ini juga satu petanda bahawa rakyat tidak suka akan pemimpin kerajaan yang zalim dan menzalimi rakyat serta sistem yang ada. Memang ada hadis yang mengatakan walau macam mana sekalipun pemimpin kamu, kena taat dan jangan mengata mereka. Yes, memang ada hadis tersebut tapi ada pendapat dari beberapa ulama' mengatakan hadis tersebut merujuk kepada pemimpin yang menzalimi dirinya sahaja tanpa menzalimi sistem sedia ada. Seandainya, sistem Islam itu sendiri telah dizalimi dan ditukar dengan sistem lain, tak wajib kita mentaati perintah pemimpin tersebut sebab dah jelas bercanggah dengan Islam. Jadi apa yang berlaku sekarang adalah rakyat menolak pemerintahan yang zalim dan bersifat kuku besi seperti di Mesir.

Moga apa yang berlaku sekarang ini dapat diselesaikan segera dan mengembalikan keamanan. Moga apa yang berlaku juga dapat menyatukan masyarakat Arab Khususnya dan Umat Islam umumnya untuk mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu.

Jan 10, 2011

Harga Naik

Beberapa isu telahpun mewarnai tahun 2011 yang baru membuka tirainya. Dari persediaan pilihanraya kecil DUN Tenang, harga RON97 naik, bawang naik harga dua kali ganda & isu minyak masak tak cukup. Yang nak diemphasizekan pada harga naik tue. Yang naik harga minyak petrol & diesel. Kesannya kena kat barang runcit. Bila harga barang runcit naik, harga makanan di kedai makan juga naik. Bila harga makanan di kedai naik, rakyat jelata terutamanya yang berpendapatan rendah, mahasiswa, pelajar miskin tak cukup duit nak makan.


Akibatnya, taraf sosial masyarakat tidaklah meningkat tapi menurun. Kata PM Kita, nak menjadikan Malaysia sebagai negara dengan high standard of living. Tapi yang berlaku sekarang rasanya sebaliknya. Mungkin dalam sektor kewangan secara umumnya ada mencatatkan peningkatan, tapi kenaikan harga barang yang terlalu drastik amat membebankan rakyat. Bayangkan seseorang itu berpendapatan RM500 sebulan & dia merupakan seorang mahasiswa di sebuah universiti. Secara umumnya, dia akan makan di kafe-kafe di sekitar kampus. Andai kata di kampus juga terkesan dengan kenaikan harga. Dulunya harga Nasi Goreng Biasa adalah RM3.50 naik kepada RM4.00. Dia makan 2 kali sehari. Kita assume dia makan Nasi Goreng Biasa sahaja setiap hari. Maka sehari makan sudah mencecah RM8 campur air Teh O Ais RM1 jadi RM9. Maka dalam sebulan saja anggarannya perbelanjaan adalah sebanyak RM270 makan sahaja.

Hidup di kampus perbelanjaan bukan sekadar pada makanan sahaja. Kalau belanja makan sahaja dah lebih dari separuh elaun yang diberikan, macam mana pula dengan perbelanjaan untuk perkara lain seperti duit minyak motor atau kereta. Kalau berterusan harga naik, rasanya duit kita akan jadi macam duit Indonesia. Duit Indonesia Rs2890.86 baru bersamaan dengan RM1. Takut nanti kita jadi macam mereka pula RM1 dah tak ada nilai. Mana taknya, harga akan terus meningkat sebab resources makin kurang. Alternative resources ada jumpa tapi kos penyelenggaraan pun mahal kena ambil kira juga. Dengan sistem kapitalis yang digunapakai, nampak gayanya orang susah akan makin susah laa kat Malaysia nih. Macam mana nak capai sifar kemiskinan kalau setiap hari bertambah bilangan yang termasuk golongan miskin?


Kesan lain pula pada pelajar yang nak melanjutkan pelajaran ke luar negara. Peluang menyambung pelajaran ke luar negara makin tipis bila yang memberi biasiswa dan pinjaman boleh ubah juga bermasalah kewangan mereka disebabkan kenaikan harga barang. Malah ada orang cerita pada ana, ada pelajar yang sepatutnya 'fly' tahun nie tersangkut sebab yang memberi biasiswa tak cukup duit. Kesian diorang. Lainlah ana yang langsung tak dipanggil interview, tak adalah terasa sangat. Dah setahun or dua tahun buat persediaan, last-last sambung dalam negara saja. Bukan nak merendah-rendahkan IPT dalam negara tapi mereka dijanjikan ke luar negara, maka ke luar negaralah mereka patut pergi. Bila peluang ke luar negara makin tipis, IPT dalam negara pun tak cukup tempat juga. Jadilah isu pelajar tak dapat tempat di IPT. Kronologi-kronologi seterusnya boleh fikir sendiri. Nanti panjang pulak post nie.

Maka kesan kenaikan harga barang tue sangat banyak & nyata sekali kesan tak baik tue banyak. Tue pun boleh lagi ada laporan Isteri Menteri ke luar negara. Kalau pakai duit sendiri tak apa, nie pakai duit rakyat. Tolonglah jangan bazirkan lagi duit rakyat yang ada. Orang yang ada pada golongan kelas pertama (golongan kaya) mungkin tak terasa benda nie, kalau rasa pun mungkin tak terlalu terjejas kehidupan. Tapi golongan berpendapatan sederhana & golongan miskin sangat-sangat terbeban dengan apa yang berlaku. Kalau dulu kerajaan banyak keluarkan subsidi tapi akhirnya subsidi pun terpaksa tarik balik sebab kerajaan sendiri ada banyak hutang yang perlu ditanggung & tak cukup duit.

Kesimpulannya, untuk masa yang ada sekarang kenalah kita lebih berjimat. Mungkin lepas nie pergi ke kafe order nasi putih + air kosong. Tak perlu bawa kenderaan, kita jalan kaki atau naik basikal. Assignment pun print satu paper 4 pages (depan belakang) untuk jimat kertas & ink printer. Laptop tak apa kot nak on 24 jam...hehe.

Masih berangan-angan kalau dilaksanakan dinar emas di Malaysia adakah landskap ekonomi Malaysia akan berubah?

May 12, 2010

Bila pemimpin kita tak paham agama

Mungkin apa yang aku nak post nih dah agak lapuk sebab isu nie dah muncul lebih dari tiga hari dah aku rasa. Mungkin seminggu. Tapi tetap aku rasa kena ulas jugak. Aku bukanlah nak memolitikkan perkara nie tapi bagi aku nie dah bukan isu politik lagi dah. Tapi isu halal haram. Ntah macam mana laa pemikiran singkat nie boleh pulak diusulkan dengan alasan yang tak kukuh langsung and sangat-sangat sukar diterima dek akal yang katanya seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani & intelek.

nie petikan kenyataan dari berita harian yang aku dapat melalui emel.

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.


Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaantimbangberilesenpertaruhanPialaDunia/Article/index_html

- Bernama

Aku tak nampak rasionality nak buat semua nie. Sepatutnya kerajaan banteras kegiatan nie. Bukan benarkan dengan kawalan. Tindakan macam tue seolah-olah tiket untuk diorang lebih aktif bergerak. Kalau hari nie kita benarkan dengan kawalan lama-lama peraturan makin longgar lama-lama lagi setiap masa ada pertaruhan macam nie. Tapi masa tue dah tak nama pertaruhan haram dah, dah jadi pertaruhan halal pulak.

Kalau dalam post aku yang sebelum nie pasal hina ulama'. Ada orang kata ulama' yang masuk politik nie bukan ulama' tapi ahli politik sama jugak macam ahli-ahli politik yang lain. Aku tak peduli pun pasal pandangan macam tue tapi bagi aku memang patutlah ulama' masuk politik kalau pemimpin sedia ada pun berfikiran macam nie. Nie dah sah-sah tak ikut al-Quran or sunnah. Confirm dah pakai kepala otak yang ntah apa laa yang difikirkan tue kan. Nie pemikiran jahil namanya. Sesat lagi menyesatkan orang lain.

Apa yang merunsingkan, dah laa nak benarkan dengan kawalan. Lepas tue hasil keuntungan nak disalurkan pula dalam industri sukan. Alahai, dah susah sangat ke nak cari duit? Or dah banyak sangat belanja kat APCO saja? Sepatutnya nak generate ekonomi Industri Sukan, pihak kementerian belia dan sukan perlu juga cari sumber sendiri. Aku rasa benda nie dah terlaksana dah pun, bukan apa, kalau dah jadi menteri, eksekutif sana sini dalam kerajaan tapi kalau tak business-minded & tak professional tue aku agak pelik laa. Sedangkan aku dalam rakan masjid sendiri pun, penasihat rakan masjid merangkap eksekutif kanan unit pentadbiran masjid UTP sendiri pun galakkan agar kami lebih banyak terapkan unsur-unsur business-minded dalam gerak kerja event dan bukan sekadar mintak sponsor saja.

Pertaruhan tue dah memang sebahagian judi. Judi tue haram. Jadi yang haram tetap haram, kenapa mesti nak dilaksanakan jugak? Kalau takat nak bagi alasan judi nie banyak non-muslim yang main aku boleh jamin akan ada je orang Islam yang main. Kalau takat kedai Sport Toto, 4D, Magnum dll tue pun ada orang Melayu Islam masuk, apa stand kita nak kata kalau kita benarkan pertaruhan nie orang Islam tak join sekali? Kecualilah orang-orang Islam kat Malaysia nie semuanya dah paham Islam and tak perlu ditegur-tegur dah, kalau macam tue aku pun yakin orang Islam tak akan main judi. Tapi kalau macam tue, kerajaan pun tak akan pertimbangkan judi. Betul tak? Aku bukan nak kata nie aku amik dari sebelah pihak atau apa-apa. Tapi dah keluar dekat Berita Harian & benda nie mestilah betul dari kerajaan, so aku fikir benda nie tak patut. Tak patut buat pun.

Sanggup ke atlet-atlet Malaysia nie terima sumber haram untuk kukuhkan industri sukan yang diorang cuba nak naikkan tue? Ingat, makanan dari sumber yang haram tue masuk jadi darah daging kita. Benda nie boleh effect sampai kat hati kita. Takut jadi gelap hati, Islam pun terus hilang sebagai pedoman kita. Macam mana kerajaan boleh kata nak bawak agama Islam & nak tunjukkan keindahan Islam kalau benarkan perjudian. Islam tak pernah halalkan perjudian & nie bukan cara Islam pun? Adakah hanya indah khabar dari rupa?

Jadi, pada yang di atas tue, fikir-fikirkanlah, aku nie orang kecik je kat bawah nie walaupun fizikal aku besar. Nie satu lagi suara-suara yang tak bersetuju. Kalau betul kerajaan perihatin, dia akan consider suara-suara kecik nie. Nie kehendak rakyat. Walaupun aku rasa ada je yang setuju, pada yang setuju tue adakah korang setuju atas sebab korang boleh dapat benefit atas benda nie or sebab korang memang fanatik kerajaan? Kalau korang boleh fikir secara rasional yang benda nie bertentangan dengan agama Islam, korang lawanlah usul nie. Jangan hanya tau hina ulama' yang bersama PAS saja tapi korang agama pun tak reti.

Sekian...

Jan 23, 2010

Pendapat mana nak ambik???

Tadi tengok tv1. Time tengah berita tue dia ulas tentang YB Khalid Samad pasal isu yang tengah hot skang nih. Semuanya sebab pandangan YB yang contradict dengan pandangan orang lain. Tambah lagi beliau dikecam dengan dikatakan beliau mengingkari titah Sultan. Baiklah aku faham dengan apa yang diulas itu. Tapi bila aku tengok tv3 semalam pun ada ulas isu yang sama dan ada disebut YB menerima naihat dari Sultan. Tapi perbezaan laporan adalah tv3 mengulas laporannya dengan menunjukkan bahawa YB sendiri yang mengaturkan pertemuan dengan baginda Sultan Selangor berkenaan hal ehwal pengurusan di Parlimen Shah Alam dan YB sendiri mengakui ada nasihat keagamaan yang diberi kepada beliau oleh baginda Sultan. Tv1 plak trus kata Sultan titahkan YB mengadap dan telah diberi nasihat oleh baginda Sultan. Soalnya, mana satu yang betul. Ok, tue benda kecik.



Tapi, bila aku dengar analisis dari tv1 tadi, muncul dalam pale otak aku satu benda yang sangat kacau. Sebabnya orang yang mengulas tue kononnya nak menampakkan keilmiahan apa yang dikatakan. Tapi isu yang dibawa mengatakan YB mengingkari titah Sultan dan itu dinampakkan seolah-olah YB itu penderhaka. Dicanang di situ dan dipersoalkan mengapa YB mesti mengingkari titah Sultan sebagai ketua negeri dan ketua agama. Jadi kepala otak aku pusing fikir kita nie kena follow sape sebenarnya? Bukan bermaksud aku totally menolak titah Sultan tapi pendapat YB bagi aku hanyalah satu khilaf yang mana pendirian beliau berbeza dengan pendirian orang lain. Tak perlu di'goreng' seolah-olah beliau penderhaka.

Bukan nak membela mana-mana pihak tapi bagi aku, pendapat yang perlu kita pegang adalah pendapat Ulama' Mujtahid. Kita sebagai muqallid perlu berpegang kepada kalam ahli Ijtihad bukan berpegang kepada titah Sultan. Lain ceritanya andai kata Sultan itu ahli ijtihad. Makna kata di sini kemungkinan besar YB berpegang pada kalam ahli ijtihad yang diyakininya betul. Jadi mengapa mesti dilaga-lagakan lagi orang lain. Cuba kalau kata-kata dan pendapat YB itu tak disiarkan media, adakah penduduk satu Malaysia akan memberi respond macam nih? Kalau nak diikutkan ada ramai juga orang lain yang sependapat dengan YB.



Tapi aku tetap nak tegaskan, aku berada di pihak tengah. Makna kata aku akan terima andai kata penggunaan kalimah Allah itu atas tujuan yang baik dan Allah itu dimaknakan sebagai Allah tanpa makna yang lain. Andai sebaliknya aku akan menolak penggunaan tersebut. Dan aku mengambil pendapat Tuan Guru Presiden PAS serta pendapat Dr. Haron Din dalam isu ini. Aku bersetuju dengan menggunakan kaedah Saddu Az-Zari'ah iaitu menghalang mudarat yang kecil untuk mengelakkan mudarat yang besar.

Tue berkaitan dengan pendapat yang mana sepatutya kita ambil. Satu lagi yang buat aku rasa tak senang adalah pengulas tue menggunakan perlembagaan sebagai rujukan dia. Mungkin pada zahirnya diterima akal sebab kat Malaysia perlembagaanla yang paling tinggi sekali kedudukannya. Jadi tue yang aku rasa tak best. Kenapa tak diguna pakai ayat Allah? Kenapa lebih diutamakan apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan? Aku rasa tak suka dengan cara macam tue. Jadi ini sekadar pendapat aku sebagai orang kecil dalam negara. Bukan maksud aku tolak abis-abis tv1 atas sebab dia stesen televisyen kerajaan. Tapi sampai bila kita nak amalkan politik tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah, tuding-menuding dan lain-lain? Tak jemu ke buat macam tue. Desperate sangat ke nak pertahankan kedudukan?


Apa-apa hal pun, aku akan ikut perkembangan. Aku suka dengan perkembangan yang ada bila IKIM buat muzakarah pasal isu nih dan panggil figure2 yang dikenali dalam bidang agama dan membincangkan isu ini. Banyak program-program yang membahaskan perkara ini secara ilmiah. Ingat, kita berjuang bukan nak perjuangkan Melayu. Tapi nak perjuangkan agama kita, aqidah kita. Jadi perkembangan ilmiah ini yang dapat memberi kefahaman jelas kepada masyarakat adalah satu perkembangan positif sebagai satu dakwah kepada umat Islam. Mungkin ada hikmah di sebalik isu ini bila mana timbul je isu nih tiba-tiba rancak pulak program-program ilmiah macam nie sampai ada Inter-faith discussion. Ini satu perkembangan positif kepada dakwah Islam di Malaysia.


So conclusionnya, dalam apa yang kita buat tue biar niat ikhlas kerana Allah bukan niat kerana manusia or kepentingan diri sendiri semata-mata.



Jan 9, 2010

Islam Tak Ajar Kita Bakar Gereja!!!!!

Walaupun final exam tinggal dua hari lagi tapi hati nie terpanggil nak bagi juga pendapat pasal isu hangat kat Malaysia sekarang nih. Mula-mula dengar pasal keputusan Mahkamah benarkan penggunaan nama Allah dalam Majalah Mingguan Herald. Masa dengar berita tue terkelu sekejap. Tak terkata apa-apa tapi dalam hati rasa tak sedap juga. Tapi tak berani nak keluarkan statement sendiri sebab takut statement itu disaluti perasaan emosi dan bukan atas dasar ilmu. Jadi saya ambil keputusan menunggu ulasan dan pandangan dari golongan 'alim yang menghujahkan isu ini dengan ilmu dan bukan dengan memprovokasi dan mengkondem mana-mana pihak.

Tertarik dengan persoalan yang diutarakan oleh Dato' Dr Haron Din yang mana persoalan yang sama bermain dalam kepala saya. Isu penggunaan kalimah Allah nie sepatutnya dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah kerana ini melibatkan nama Allah s.w.t. dan ini adalah isu umat Islam. Tapi kenapa isu ini dibawa ke Mahkamah Sivil dan mengapa pula hakim yang mengadili kes ini adalah dari kalangan bukan Islam? Masih tertanya-tanya sudah tidak adakah Hakim lain dari kalangan Muslim untuk mengadili kes ini?

Jadi sudah banyak statement dari berbagai sumber dibaca. Banyak melihat orang tidak senang dengan isu ini. Dalam erti kata lain telah menyentuh sensitiviti umat Islam. Pun begitu, teknik memprovokasi dengan membakar gereja bukanlah teknik yang dianjurkan oleh Islam. Islam tak ajar umatnya memusnahkan rumah ibadat agama lain. Jadi perbuatan ini dikira bertentangan dengan ajaran Islam. Ini menyalahi adab sebagai Muslim (andai yang melakukannya itu Muslim..saya tak menyangkal sekiranya ada pendapat mengatakan gereja diserang oleh orang bukan Islam).



Perbuatan ini kononnya nak mempertahankan hak Islam dan kalimah Allah akhirnya akan kembali menjadi fitnah kepada umat Islam. Sebab itu adanya jalan penyelesaian melalui cara ilmiah. Setakat melatah dengan berdemonstrasi dan berarak sana sini tak selesai masalah nie. Ini isu aqidah bukan isu politik. Tapi kenapa isu ini dipolitikkan dan dijadikan modal perkauman untuk membakar gereja?

Sirah Nabawiyyah adalah mutiara perjalanan mukmin. Ketika Rasulullah menghantar bala Tenteranya 3,000 orang menuju Mu'tah untuk menghadapi Tentera Rom yang menganut Kristian seramai 200,000, baginda memberi beberapa pesanan. Antaranya :
  1. Jangan membunuh wanita, orang tua dan kanak-kanak.
  2. Jangan tebang pokok dan merobohkan bangunan.
  3. Jangan menganggu paderi-paderi di Gereja mereka.
Itulah pesanan Rasulullah di saat menuju medan perang.


Saya bukan orang hebat dalam negara ini. Tapi sebagai suara-suara kecil di Malaysia ini saya mengutuk tindakan membakar gereja kerana ia jelas tidak mematuhi adab sebagai seorang Islam untuk menghormati agama lain. Inilah yang membantutkan perjalanan dakwah Islamiah di Malaysia. Saya tak menolak andai ada unsur-unsur politik di sebalik kejadian ini kerana tiada yang mustahil. Siasatan mendalam perlu diambil berkatian isu ini. Kepada pimpinan negara, ingatlah ini bukan sekadar isu parti, isu rakyat, isu kaum..tapi nie da ambil kira isu keamanan Malaysia, isu agama dan lain-lain. Anda perlu bijak menanganinya supaya api dendam, api kemarahan tak meluap-luap antara kedua-dua agama. Bukan anda yang menjadi agen pembakar semangat provokasi ini.


Nov 17, 2009

Illuminati : Perlukah kita Berdiam diri???

Huh.. lps cite 2012 kuar je kt wayang, aku asik pk psl Illuminati jek..haih. Malam start tayang tue lak aku tak sempat tengok, pastu pun tak sempat jugak. Kire status aku sekarang aku memang tak tengok lagi laa. Tapi alhamdulillah sebab ada jugak kawan2 aku yang nampak nie satu lagi agenda Illuminati dalam membentuk satu bentuk fear atau ketakutan baru untuk mengalihkan masyarakat dunia daripada memikirkan tentang agenda2 laen yang akan mereka lakukan. Kiranya dua tiga hari nie aku selalu bukak video kat u-tube tgk video2 pasal Illuminati nih. Kadang-kadang bila tengok tue siyes cakap timbul rasa gerun dengan cara diorang.



Tengok laa macam mana diorang nie menguasai sektor perfileman, muzik dll sektor yang ada kat dunia nih. Kalau kat KISAS dulu aku slalu tak galakkan dengar lagu lagho (walaupun ak pn dgr gk lagu2 cmnie) sebab dy leh pengaruh hati kita. Tapi bila tengok kat video pasal Illuminati nie terkejut gak aku bila ada sesetengah lagu nih bila di'reverse'kn ada unsur2 taghut or Satanic lyric dalam lagu tue...so benda nie memang sangat2 laa ditakuti sebab kita tak sedar dalam lagu tue sebenarnya ada pemujaan syaitan. Tapi kita duk nyanyi jugak. Tak perlu umat Islam kaji orang kafir pun da kaji da. Kredit untuk diorang, tapi tetap aku kecewa jugak sebabnya mana pergi sikap umat Islam yang cintakan ilmu suatu ketika dahulu. Seolah-olah kita terlampau banyak berbahas, berbalah, berdebat tentang benda2 yang kita tak pasti, benda2 yang kecil, perkara2 cabang sedangkan kita tak jaga yang usul (aqidah) tue. Lirik yang memuja syaitan tue mampu menjejaskan aqidah kita. Mujur ada orang yang buat kajian, kalau takde sampai bila2 pun kita takkan tau dek ketidakproaktifan kita dan ketiadaan sensitiviti sebagai seorang Islam.

Dalam industri perfileman plak da banyak ditonjolkan simbol2 Illuminati tapi kita tak pernah sedar pun sebab kita tak tahu atau kita tak ambil tahu atau kita nak tengok movie sekadar nak seronok2 aje. Kita tak pernah sedar pun selama nie hidup kita seolah-olah di'control'. Seolah-olah kita berada terperangkap dalam kegelapan yang nyata, seperti burung tak boleh dikeluarkan..hanya duduk dalam sangkar saja. Hidup kita sedang dimanipulasikan oleh organisasi rahsia yang kononnya nak mewujudkan "New Worlds Order". Terlampau banyak konspirasi yang berlaku di dunia nie dikaitkan dengan Illuminati..peristiwa pembunuhan John F. Kennedy, kematian 2Pac, kematian Puteri Diana, kematian Michael Jackson, & macam2 isu lagi. Nie laa antara isu2 yang seolah-olah tak selesai2 & mungkin takkan pernah selesai kot.






Bila pikir blk aku nmpk mesej nie dalam cite Detective Conan..Shinichi Kudo jadi kecik disebabkn oleh satu organisasi penjenayah yang tak diketahui & diorang nie sgt2 licik sampai Conan pun takleh bongkar rahsia diorang. Selalu aku tengok anime dy bila part jumpe ngan geng2 nie, kes dikira selesai tapi sebenarnya tak selesai..maknanya seolah-olah takde penyelesaian laa. Dalam cite Naruto lak aku nampak melalui kumpulan Akatsuki yang seolah-olahnya nak mewujudkan "New World Order" yang mana dy nak buat Moon Eye Project yang leh control semua manusia. Jadi takkan ada lagi peperangan yang berlaku. Tapi hakikatnya seolah-olah Akatsuki nie nak jadikan diri mereka Tuhan. Aku ada tengok movie Watchmen yang kononnya nak satukan Amerika & Soviet, jadi macam2 perkara, siasatan dijalankan, banyak nyawa terkorban, macam2 konflik timbul, tapi last2 yang jadi punca adalah orang dalam jugak...tapi dy da mengatur segala-galanya dengan baik sampai orang hanya dapat tau pada saat-saat akhir..tue pn x semua tau..kononnya nak wujudkan keamanan dunia ataupun "New World Order". Dalam filem tue nampak jelas orang2 yang terlibat dengan pembunuhan tue ada pakai sesuatu yang berlambang Piramid.








Jadi sedar tak kita selama nie dari apa yang kita tonton dan kita dengar setiap hari. Kalau kita kaji setiap patah perkataan daripada sso tue kita boleh mentafsirkan sejuta makna yang terselindung dari kata-kata tersebut. Jadi adakah kita nak biarkan saja diri kita terus dimanipulasi oleh sang Illuminati nie. Takkan kita masih nak berseronok-seronok dengan keseronokan di dunia nie sampai kita lupakan Akhirat yang kekal abadi. Sampai kita lupa yang Allah nie jadikan kita bukan untuk kita main2 camnie. Tapi ada tugas kita untuk memakmurkan bumi Allah nie. Golongan musuh2 Islam da lama buat persiapan nak berperang, tapi kita masih tak sedar2 diri lagi. Sampai bila nak terlena, sampai bila nak terleka, sampai bila???




Wallahua'lam...

Nie ada video yang ley korang tengok..maaf sebab letak link sebab video tue xde function untuk ltk kt web len..
http://www.youtube.com/watch?v=k1DA-uMxzwc



Oct 27, 2009

200th Post - Kenapa Mesti Berpecah


Alhamdulillah akhirnya bilangan posting aku dah mencecah 200 posts...selamat membaca :)


Aku tengok laa kan. Kat Malaysia nih banyak Islamic Body even Islamic Party pn ad gak. Tapi bukan ak nk sentuh pasal tue. Ak sentuh skop yg kecik sket kot..tentang kenapa kita mesti berta'adud & kenapa semua jamaah2 nie tak dapat bersatu dengan mewujudkan kesatuan pemikiran & kesatuan amal?


Merujuk pada post aku yang da lama tentang Ta'adud dan Jamaah, kalau sebelum nie aku juz berikan secara ringkas apa itu ta'adud dan jenis2 jamaah yang ada kat Malaysia. Tapi dari satu sudut kita boleh nampak ta'adud jamaah nie ad jugak baeknya. Sebab apa, sebab akan ada function untuk setiap jamaah sama ada melaksanakan jihad am atau jihad khas. Jihad am nie lbey kepada melaksanakan program amar makruf nahi mungkar. Sebagai contoh mengadakan Kem Penghayatan Islam, Konsert Amal Islam, Kembara Sufi dsb.. Proses itu kita namakan sebagai jihad am yang umum kepada semua masyarakat. Macam mana plak dengan jihad Khas or jihad khusus. Jihad nie lbey tertumpu kepada Siasah (Politik) atau Qital (Peperangan). Jadi dalam konteks negara kita Malaysia yang berada dalam keadaan aman damai tanpa sebarang pertumpahan darah, waqi' kita lebih menjurus kepada Siasah. Jadi jihad yang angkat2 senjata nie bukan laa tak boleh tapi tak sesuai laa dengan keadaan negara kita.




Jadi persoalan kenapa tak boleh nak bersatu tue bila aku renung balik, setiap jamaah islam ada satu matlamat yang sama iaitu mengembalikan Khilafah. Jadi semua dah ada matlamat yang sama tapi kenapa masih lagi berpecah? Adakah persoalan fikrah yang berlainan patut dikemukakan? Kata2 Al-marhum Fathi Yakan "Bersepakatlah atas perkara yang disepakati dan berlapang dadalah atas perkara yang khilaf". Katanya mengutamakan syura jadi kenapa tak dihimpunkan pimpinan jamaah masing2 dan cuba menjadi titik persamaan dalam perjuangan dan wujudkan syura untuk memantapkan lagi perjuangan menegakkan agama Islam kat Malaysia nih. Sebagai contoh sebuah sekolah agama ada Badan Dakwah dan Rohani. Jadi itu adalah satu organisasi utama ataupun jamaah induk bagi sekolah agama tersebut. Jadi bila datangnya orang dari luar contohnya datang ke sekolah membuat perjumpaan dengan pelajar secara tertutup tanpa diketahui jamaah induk, perkara nie boleh menimbulkan salah faham dan akan berlaku pertelagahan antara jamaah itu sendiri. Jadi kenapa perlu mengambil jalan yang membawa kepada perpecahan sedangkan Umat Islam itu bersaudara?



Kalau dibaca sejarah jamaah2 di Malaysia nih hampir boleh dikatakan wujudnya kerana tak berpuas hati atau tak bersetuju dengan metodologi atau teknik yang dilaksanakan jamaah induk. Inilah yang dikatakan kurang berlapang dada dengan perkara yang khilaf. Kenapa tak bergabung dengan jamaah induk dan menjadi sayap penyokong jamaah tersebut. Analogi yang mudah, kapal terbang tidak mampu terbang dengan stabil tanpa sayapnya. Mana mungkin kapal terbang mampu terbang dengan elok dengan hanya menerbangkan badannya saja. Jadi adalah penting untuk setiap jamaah menyokong antara satu sama lain ataupun menjadi jamaah proksi bagi jamaah induk.


Kalau tak bersatu laa yang boleh menimbulkan fitnah kepada Islam apabila stp jamaah wt kepala sendiri. Masing2 dengan method2 tersendiri, sedangkan kalau kita semua bersatu, kita dapat merencana metodologi yang lebih berkesan dalam melaksanakan dan menyebarkan dakwah islam. Bila masing2 buat kepala sendiri maka perlaksanaan semua dengan cara lain dan ada pulak dengan cara yang sangat kurang berhikmah. Benda nie laa nanti yang akan patah balik menjadi fitnah kepada umat Islam. Benda nie jgk laa yang akan menebalkan lagi Islamophobia bukan sekadar di Malaysia malah di seluruh dunia. Pandangan non-Muslim kepada gerakan2 Islam menjadi serong apabila dikatakan kita ini ekstremis, konservatif, jumud, berpandangan sempit sedangkan Islam tak macam tue sifatnya. Tapi dek kerana pendukung Islam itu sendiri tersalah strategi, maka datanglah fitnah kepada Islam.


Jadi andai kita bersatu, masalah2 nie kita akan dapat atasi sebab masa tue da ad kesatuan pemikiran dan kesatuan amal. Renung balik sejarah macam mana terbentuknya Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah. Terbentuknya kerajaan besar itu hasil gabungan semua kerajaan2 Islam kecil di seluruh dunia. Macam mana Nabi nak memudahkan urusan penyebaran Islam di Madinah, Nabi menyatukan golongan Muhajirin dan Ansar. Mempersaudarakan kedua-dua golongan ini dan akhirnya mereka bersatu di bawah satu kefahaman dan satu amal. Jadi apa alasan kita untuk tidak bersatu kerana berbeza fikrah? Tak sepatutnya dijadikan perkara tue sebagai isu. Jangan kita terlalu nak memperjuangkan jamaah kita sebab yang patut diperjuangkan itu adalah Islam, jadi apa salahnya bersatu? Berlapang dada atas perkara yang khilaf sesama kita, cari titik persamaan dan saling menyokong antara satu sama lain.


Jadi konklusinya di sini, kalau kita nak tegakkan Islam & nak tegakkan semula Khilafah Islamiah, kita semua kena bersatu di bawah satu pemikiran yang sama dan jangan berpecah. Tue saja kot untuk posting ke-200 nie. Aku sangat2 mengharapkan respond dari pembaca supaya aku mampu meluaskan & menambahkan pengetahuan. Insya Allah sebarang kritikan sanggup diterima. Sharing is caring kan..huhu.






Harap dapat bagi komen laa ek...=)


May 22, 2009

Ni Ke Satu Malaysia???



Cube korg tengok video nih...rasenye da selalu tengok kot..ad je kat tv..hehe. Aku suke lagu nih..lagu nie best. Tapi aku x gemar ngan video clip nie. Niat da baik da tapi perlaksanaan tak kena gaya. Buat video klip cam 2 dengan pegang2 tangan, terlompat sana terlompat sini (nie ayah aku komplen & ak 100% setuju). Tak nampak langsung budaya orang Malaysia. Nampak da lebih ke arah kebaratan je.


Aku tau laa nie sebenarnya kempen untuk belia. Kempen Satu Suara. Tak kesah laa nak wt kempen ape sekalipun tapi kekalkan laa budaya dan batasan agama. Kenapa kita mesti nak cedok budaya barat. Seolah-olahnya kita nak membuang identiti & budaya Malaysia dari golongan remaja. Gayanya nie laa jugak salah satu yang dikatakan Satu Malaysia oleh PM Kita. Camnie ke yang kita nak. Cuba tayangkan video nie kat para ulama'. Aku yakin seyakin-yakinnya para Ulama' pn geleng kepala. Dah laa tak nampak langsung budaya Malaysia, dah 2 batasan Agama pn x ikut.

Apa kata Mak & Ayah aku masa tengok video nih:

"Nie cam kempen merosak remaja je"

"Camnie laa nnt bentuk remaja x progresif, keje nk berhibur trlompat sana lompat sini pastu xde laa nak kritik kerajaan sebab leka ngan hiburan"

"Hmm...cam nie laa kot 1 Malaysia tu..."

Banyak lagi laa keluhan yang keluar. Sebab bagi mak & ayah aku, nak didik remaja start dengan didikan agama. Didik akhlak diorg...tengok laa gejala sekarang. Dengan Mat Rempit, Minah Rempit, seks bebas, buang anak, kantoi khalwat, tangkap basah, GRO, bohsia, punk, skinhead, dll. Sume tue baik ke utk remaja. So kalau tak baik kenapa mesti disimpan benda2 tak elok tue. Wt pembersihan laa. Buang semua yang tak baik. Memang cakap senang nak buat susah. Tapi nie keje sape kalau bukan kerajaan, ibu bapa, guru2, rakan2 dll..

Bukan mak ngan ayah aku je akan pk gitu, rsenye org len yang paham Islam pn akan kata gitu gak. Leh kata nie laa agenda musuh Islam untuk menguasai Islam. Pemikiran kita dikuasai dengan macam2 benda. Segala macam yang tak elok datang. Rasanya kita da mula ikut Yahudi & Nasrani nie sampai ke lubang cacing diorg da.

Aku tau akan ad yg baca nih nnt kata ak nie pemikiran kolot laa mende2 laa....x kesah laa nak kata pe kan. Memang orang yang nak bawak Islam nie akan dipandang pelik. Akan nampak cam orang asing. Sebijik cam apa yang Khalid Yaasin cakap laa..



Kalo korang tak setuju pe aku cakap ske ati korang laa...leh bg komen je.
aku cakap sekali lagi...ak suke lagu dy tp x suke video klip dy. Bagi aku.
Matlamat tak menghalalkan cara.
Niat baik perlaksanaan tak kena gaya tetap kira tak bley...

Aku suke tengok video nih..hehe
xde kena mengena ngan tajuk ko



Islam brings peace..
Islam 4 Peace

Apr 9, 2009

Bila Non-Muslim petik Ayat Al-Quran dalam ucapannya


YB Nga Kor Ming

Dalam kehangatan Pilihan Raya Kecil 3 Kawasan, tiba2 tercetus satu isu yang sangat laa bagus untuk non-muslim yang nak mengenal Islam tapi isu ini jadi kontroversi besar pula. Penguat kontroversi ini pula adalah bila Mufti Perak mengeluarkan pendapatnya tentang isu tersebut. Bukan nak tolak apa mufti cakap. Mufti tue ulama' aku nih makhluk picisan aje, ilmu tak banyak mane pun. Tapi benda cam nie memang selalunya ada perbezaan pendapat. Jadi biar laa Ulama' yang menentukan benda tue.

Cumanya aku melihat dari satu sudut pandangan yang lebih positif dalam isu nih. Sebabnya YB Nga Kor Ming hanya keluarkan ayat dan terjemahan tapi bukan tafsiran. Dia cuma silap sebut ayat tue dari surah ape. Itu normal laa bagi orang non-muslim yang cuba2 nak mengenal Islam.

Dekat situ aku nampak satu perkembangan baik drpada masyarakat Tionghua nak mengenal Islam dengan lebih kuat lagi. Jadi bag
i aku tak salah benda tue. Macam mana orang bukan Islam boleh nak bagi ayat al-quran kalau dia tak rasakan al-quran tue benar. Kalau nak dibandingkan lebih bagus dia daripada orang yang kuat bercakap kat atas tue tapi satu ayat Quran pun tak keluar.

Kita kecam non-Muslim nak baca Quran tapi kita sendiri pun tak baca Quran. Kita cakap non-Muslim tue baca tak ikut tajwid laa, salah lahjah laa. Kita baca Quran yakin ke tajwid kita tepat. Cuba fikir balik yang tue.


Dato' Zahid Hamidi ulas dalam media, dia kecam ulama' PAS yang tak ambik tindakan apa2 dengan mengatakan ulama' PAS tak peka dan lain-lain. Lepas tue dia pi cakap kenapa gunakan agama untuk kepentingan politik. Memang tersentak aku dengar a
yat dia tue. Awat Islam tok bagi politik ke. Ke dia nak asingkan Politik ngan Islam, mana boleh cam 2. Itu Sekular namanya, yang tak boleh tue bila menjual ayat Al-Quran untuk tujuan peribadi bukan menggunakan Quran untuk politik. Jangan laa ditolak al-Quran tue yang sepatutnya jadi sumber perundangan pertama kita.

Tapi memang sejak dua menjak nih sume benda nak dipolitikkan. Agama, Bahasa, Pendidikan dan lain2. Sebenarnya isu tue tak sensitif mane pun tapi sengaja disensitifkan maka sensitiflaa isu tue. Saje nak dibesarkan benda yang kecik. Tue laa perangai budak2. Budak2 mana layak masuk politik sebab tak matang lagi.




Aku setuju dengan pandangan Tok Guru Nik Aziz dalam blognya :

Sebagai penjelasan lanjut, izinkan saya berkata begini.Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa.Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan. Jika dalam zaman awal Islampun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ?

Isu ini bermula sebaik saja pemimpin Umno mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan populariti dan simpati ke atas partinya yang semakin dibenci orang. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.
Bacaannya masih OK; cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, taklah pula bacaannya itu sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun; masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjangpendeknya.

Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.

Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut “ Li iilaafi-quraisy “ seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai “menjinak atau menjinakkan.” Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam? Disini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah(katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tak berbangkit sama sekali soal keperluan lapuran Polis oleh sesiapa. Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam didalam masjid.

Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah ? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa. Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab.Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca?Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran. Ini permulaan.Kita kena faham. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.

Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. Ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin Umno akibat dari “dasar anti- jawi” mereka yang amat dungu? Pemimpin Umno yang sebelum inilah? Dalam keadaan pemimpin Umno yang meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran dalam pelat yang dipandang salah, pemimpin Umno sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka. Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca al-Quran? Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat buktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?



Hidup Tok Guru!!!!

Jadi bagi aku nie adalah satu kesan jangka panjang hasil Dakwah Islam pada orang non-Muslim. Tak ke itu satu perkembangan yang bagus.
Fikir2kanlaa...


Sape Tak Setuju or ada pendapat & kritikan nak bagi...
Aku alu2kan.....jom kongsi pendapat sbg percambahan Ilmu...

Apr 6, 2009

Habis Modal

Hari nih aku xde modal nak cakap ape ntah..nak menaip nie pun kene pikir gak ekk..Rase cam wat karangan BM laa pulak. Tapi tue laa pasal..Aku nak tambah post2 yang ada dalam blog nie sampai banyak so ad idea ke xde aku men letak je laa kot..huhuhu

Maybe xde sumthing yg cukup menarik aku nak cerita memandangkan sekarang nie tak ade event menarik pun yang berlaku dalam hidup aku..nak citer pasal umah lak..x siap lagi..nak cite aktiviti hari minggu cam bese je laa gi Kursus Haji jadi Technician..hmmm..ntah pape laa nak cite.

Hari nie pun xde modal gak nak cite pe..Skali bukak TV1 (TV Kerajaan). Nampak gayanya diorang da abis modal nak membolak-balikkan hati rakyat untuk terus menyokong mereka dan meraih undi. Sebab apa? Sebab diorang sanggup memburukkan DSAI dengan menyatakan DSAI sbg seorang yang suka putar belit. Tak kisah laa apa pun. Aku bkn penyokong fanatik DSAI tapi yang aku rase tak patut kenapa diletakkan video ketika DSAI ada dalam BN???
Tak ke tu Video lapuk??

Memang laa DSAI akan kutuk pihak pembangkang mase tue. Aku pun paham. Tapi Kenapa sekarang dia kutuk BN lak. Jawapan dia senang je, ce flashback balik isu tahun 1998 dulu ketika pergolakan politik yang mana TPM ketika itu dipecat PM ke-4 Malaysia. Jadi tue laa yang menyebabkan DSAI hilang kepercayaan terhadap BN secara total.
Kalau cam 2 kenapa nak dipertikaikan lagi?




*********************************************************

Ok laa..tutup cite pasal 2..skarang aku nak post bende ringkas aje huhuhu...
Kepada Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak
(Perdana Menteri Malaysia ke-6)

Tahniah kerana telah menjadi PM ke-6 Malaysia
saya berharap Dato' Seri akan berkhidmat utk semua rakyat Malaysia
tanpa mengira sebarang jurang perbezaan antara rakyat
tak kira PR k BN k
tak kira miskin atau kaya
tak kira negeri mana sekalipun
Berkhidmatlah untuk mereka
kerana Dato' adalah PM Malaysia

bukan PM BN sahaja..



Kepada Perdana Menteri Malaysia ke-5
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi

Selamat Bersara
Jasamu Dikenang


Mar 31, 2009

Kegentaran BN terhadap Dato' Seri Nizar



Peristiwa yang disifatkan BN sebagai rampas majlis di Masjid dan tuduhan mereka dengan mengatakan Dato' Seri Nizar menggunakan taktik kotor dengan menggunakan masjid sebagai medan politik PAS itu telah menampakkan kegentaran mereka terhadap aura yang muncul pada DSMN sendiri. Apalah sangat sekadar mengimamkan solat Maghrib dan dijemput memberi tazkirah oleh Imam Masjid Simpang. Hanyalah sekadar tazkirah. Itupun sudah disalah anggap orang2 UMNO yang ada dalam masjid itu. Apa keras sangatkah hati tue sampai tak nak dengar tazkirah. Rasanya DSMN sendri pun paham dengan ramainya orang BN dalam masjid tue kalo nak sampaikan ceramah politik itu cari nahas namanya.



Lawak bila membaca blog DSMN apabila beliau disapa Dato' Zambry (MB BN Perak) dengan kemarahan di hati Dato' Zambry dengan mengatakan dia pun boleh keluar ayat al-Quran & dia pun boleh bagi tafsir. Agak lawak bila membayangkan keadaan yang berlaku ketika itu. Andai tak mahu memolitikkan masjid, kenapa pulak majlis bacaan Yaasin dan Solat hajat itu dipanggil Program BN. Kalau marah orang memolitikkan masjid, Program BN buat laa di tempat lain. Sepatutnya dengar aje laa tazkirah itu dengan hati terbuka. Masjid kan sebagai pusat penyebaran ilmu, tempat penyatuan umat Islam. Jadi kenapa nampak seolah-olah BN menunjukkan perpecahan orang Islam dalam Masjid? Sungguh menghairankan.

Mungkin ada aura yang sangat kuat di sekeliling DSMN yang membuatkan orang BN nie begitu gentar padanya. Bukan aku menulis nie dengan mengatakan PAS konfem menang dalam PRK nanti. Dalam politik nih macam2 boleh berlaku. Tapi sifat yang ditunjuk orang UMNO itu sudah menampakkan betapa kalau mereka menang nanti, mungkin penyokong2 Pakatan Rakyat di sana akan dipinggirkan totally sampaikan tak dibenarkan menjadi Imam atau menyampaikan Kuliah Mingguan atau Bulanan di masjid2. Mungkin itu yang bakal berlaku. Ataupun mungkin kerana Visi yang jelas yang ada pada DSMN membuatkan mereka sangat gentar padanya. Tak tahu laa sebab apa. Fikir-fikir laa sendiri kan.

Mungkin ini laa kot yang buat aku dah agak kurang amik port pasal politik nih. Sebab nampak banyak sangat gelagat kelakar seperti kanak-kanak kecil yang telah ditayangkan. Semua tue membuatkan aku naik meluat dengan benda2 nih. Seolah-olah tak ada kematangan dalam diri mereka. BN kata Melayu kena bersatu tapi diorang sendiri pun tak menunjukkan yang diorang nak bersatu. Tuan Guru Haji Hadi dengan cadangan Intelegennya nak membentuk Kerajaan Perpaduan ditolak. DSMN jadi Imam & nak bagi tazkirah di masjid pun da melatah tak tentu pasal. Nampak sangat ketidakmatangan mereka itu. Budak2 pun leh gelak rasanya....huhu

Sekadar Renungan sahaja...maaf kalau menyentuh sensitiviti mana2 pihak..



nie petikan aku petik dari blog Kerabubersuara

1. DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah.
2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid.
3. DS Nizar tiba ketika azan sedang berkumandang.
4. Selesai azan, imam masjid menjemput DS Nizar mengimamkan solat.
5. DS Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada dalam saf pertama.
6. Selepas selesai solat, imam menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah.
7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang DS Nizar.
8. DS Nizar membatalkan tazkirahnya sebelum sempat bermula.
9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan.
10. DS Nizar dan 3 pemimpin UMNO tersebut turut serta.
11. Selepas selesai majlis, DS Nizar bersalam dengan 3 pemimpin UMNO itu.
12. Ketika itu Dr. Zambry Kadir meluahkan rasa marahnya kepada DS Nizar.
13. DS Nizar tidak membalas kemarahan Dr. Zambry.
14. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala.
15. DS Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain.

Mar 18, 2009

Sibuk sangat laa tue..

Huhu...sibuk laa sangat kan...ntah ape ntah tajuk aku bagi nih..ngarut seyh...:tsk:Cumanya sekarang nih aku da mula jarang luangkan masa baca blog aku sendiri inikan pulak nak baca blog orang len..huhu..so pd kawan2 blogger..sori da lame tak jenguk blog korang sume..huhu...ampun..ampun...aku busy sket rr...huhu...busy rr sgt kn...:please:

Actually aku sekarang banyak abiskan masa aku setting radio batch...klu sebelum nih aku guna pelantar winamp sebagai broadcaster aku..sekarang aku guna len lak...ak gna SAM Broadcaster lak...so yg nih agak convenient wlupn cara nk guna 2 agak complex sket laa..tp lg selesa dari aku guna winamp...x bley berat sket...klu x abes hang pc aku nih...RAM 1.5Gb pn leh hang gak pc nih...sengal tul kan...so ak gna SAM Broadcaster nih kurang sket kerenah...sbb software nih mmg direka khas sebagai Broadcaster...huhu...



******************************

Pastu aku agak bz nk mencari mane2 Scholarship, programme, IPT, Kolej & asik pk nk tkr je course2 yg ak mskkn dlm UPU 2...huhuhu...so agak bz mengisi borang laa dalam dua tiga ari nih...borang yg nak diisi nie pun banyak laa plak kerenah2 birokrasi diorang..huhu(memandai je tmbh birokrasi). macam2 sgt info yg kena ada...smpikn gaji bersih, gaji pokok sume dy nak...adoyai..pening gle...

pastu aku cam dalam dilema je nak pilih JPA or MARA...huhu...setelah bincang2 ngan parents & ty pendapat kawan2 & senior2...so aku decide pilih MARA laa..Insya Allah kalu ada rezeki dapat laa kot..Doakan aku ekk..huhuhu...

Actually ad lagi borang yang aku tak isi...huhu...nak berlengah-lengah lak kan..huhu...isi je ape yg ada..kalo Allah da tetapkan dapat 2 konfem dapat gak...so aku juz boleh berusaha je laa...lepas nih Allah yang tentukan aku dapat ke tak...so agak busy laa kn..huhu busy rr sangat..

******************************

Huhu...dek kerana agak busy so aku pun da jarang jenguk2 web Harakah, Malaysia Kini, Berita Hairan, Utusan Meloya, dll...(diingatkan tiada kesalahan ejaan ekk..huhu) tp leh laa jugak dalam mengupdate blog aku nie kan...kire ade je rr pape yg menarik aku nk tulis...

Pasal kes Ali Rustam ngan KJ aku malas komen...huhu..spe suh langgar disiplin..so terima laa akibat...cmenye ada dengar org cakap2 laa...nape KJ tak kena hukuman yang sama tapi juz kena amaran keras...so aku no komen sebab aku tak follow isu nih...so kalo aku ulas pun bley jadi xde isi pun yang aku nak ulas nih...

Berkenaan Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang lak...banyak gak rr ura2 yang aku dengar akan jadi calon...huhu...ad dengar Mat Sabu akan jd calon, ade lak kata Ir. Nizar (MB Perak yang sah), ada lak yang kata Ustaz Idris. Yang paling aku terkezut skali bla ada yang cakap Dr. Jamnul Azhar yang jadi calon PAS...huhuu...macam2 yang aku dengar laa...so pape pun sape sebenarnya calon bergantung pada pucuk pimpinan PAS yang menentukan...so aku no komen gak cuma aku akan bagi sokongan kuat laa kpd calon PAS dalam PRK nnt..Insya Allah Islam akan menang di Perak...kalo bley wt plhn raya 1 Perak lagi bagus....aku da bosan dengan keadaan tegang & tak aman nih...

Mar 9, 2009

PPSMI Isu Perkauman & Keagamaan????

Ini Kata Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi



"Isu ini sudah menjadi isu yang besar dan sensitif sebenarnya, dan pihak kerajaan telah pun mengakui adanya desakan yang kuat daripada rakyat Malaysia khususnya daripada Orang Melayu dan juga sedang memberi perhatian kepada isu ini...yg len x igt tp Pak Lah nak isu PPSMI diselesaikan segera."

Ini pula Kata Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein



"Biarlah orang ramai berhenti seketika melihat keadaan sebenar yang berlaku di negara kita dan tanya siapa sebenarnya yang menimbulkan isu-isu ini, apa muslihat dan matlamat mereka? kerana kita sebenarnya mahu lihat ke hadapan, kita mahu rakyat bersatu, kita mahu berhadapan dengan ekonomi yang mencabar pada hari ini tapi kalau setiap isu dibangkitkan dan dikaitkan dengan perkauman dan juga isu keagamaan, akhirnya kita tidak akan ada masa untuk melihat kepada perkara-perkara yang lebih penting yang akan menentukan masa depan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbagai kaum dan agama ini."

Sekarang cuba kita bandingkan kata2 daripada dua orang wakil Kerajaan...sokong Pak Lah sebab dia sedar akan betapa sensitifnya isu PPSMI nie dan dia nak isu ini diselesaikan dengan segera atau dengan kata lain..Mansuhkan saja PPSMI itu..tak perlu nak bersidang, tak perlu lagi kepada mesyuarat & tak perlu lagi kepada perkara2 yang tidak penting..Rakyat telah bersuara..Kerajaan sepatutnya tidak mengabaikan suara rakyat..Dato' Hishamuddin nak jaga kesejahteraan rakyat, jadi rakyat kata mansuhkan PPSMI..juz mansuhkan saje laa..biar tahun ini tahun terakhir penggunaan PPSMI & pastikan dasar ini tidak lagi digunakan untuk pelajar2 tahun yang akan datang..


Bagi pendapat aku, kata-kata Dato' Hishamuddin tue ibarat satu omongan kosong yang sikit pun tak menjawab soalan..apa kaitan PPSMI dengan perkauman & isu keagamaan???..ada sape2 boleh tolong jawabkan tak..kenapa mesti dilihat pada agenda politik..Pakatan Rakyat bersatu dengan GAPENA & GMP untuk memansuhkan PPSMI..itu bererti Pakatan Rakyat mendengar suara rakyat dan faham apa kemahuan rakyat..Namun apakan daya, Pakatan Rakyat tidak ada kuasa memerintah kerana Kerajaan Pusat dipegang Barisan Nasional..kata Dato' Hishamuddin nak berdepan dengan cabaran ekonomi..itu isu besar baginya tapi isu memartabatkan bahasa Melayu dianggap kecil sedangkan isu ini begitu sensitif..kalau perkara yang baginya 'kecil' itu tak mampu diselesaikan, kenapa nak terhegeh-hegeh selesaikan isu yang besar..ibaratnya seperti orang yang nak bagi ceramah pasal hukum-hakam tapi perkara asas Islam pun fail..

Tak Tahulah apa yang dianggap DH sebagai dikaitkan dengan isu agama tapi yang jelas bagi aku PPSMI wajar dimansuhkan berdasarkan apa yang terjadi dalam Perhimpunan Mansuhkan PPSMI..rakyat telah bersuara..yang hadir tu da cukup ramai..belum kira yang tak hadir..aku sendiri pun tak hadir..mungkin bagi aku belajar dalam bahasa Inggeris itu tak menjejaskan aku pun tapi aku tak nak bersikap 'pentingkan diri sendiri'. Mungkin aku boleh tapi ramai lagi pelajar yang tak boleh malah ada guru-guru yang juga membantah PPSMI nih..bila guru-guru bantah pun tak diendahkan..rasanya memang hancurlah sektor akademik negara..guru-guru itu lebih tahu apa yang terbaik bagi pelajar-pelajar mereka..Dato' Hishamuddin tau ke..kalau dia pernah hidup dengan orang2 Pedalaman, menjadi guru di sana, belajar di sana mungkin dia tahu & tak mungkin dia akan melaksanakan dasar PPSMI nih..

Jadi aku bukan menulis post nie untuk kutuk sape2 tapi sekadar satu pengajaran bahawa kita nie dalam nak buat sesuatu perkara tue..jangan pikir diri kita je..pikir orang laen sama..pikir perasaan orang, pikir kemampuan orang, pikir sume 2..manusia nie Allah ciptakan pelbagai dan semuanya berbeza hatta kembar sekalipun berbeza cap jari mereka..nak laksanakan sesuatu dasar tu pun kaji dulu, mintak pendapat orang dlu..mintak orang2 yang ahli dalam perkara itu untuk membuat kajian dan memberi pendapat mereka..andai semua bersetuju barulah dilaksanakan..

Jadi inilah sesuatu yang sangat menarik dalam Lanskap politik Malaysia..macam2 ada...

-TAMAT-







sumber gambar : harakahdaily.net