May 12, 2010

Home » , , » Bila pemimpin kita tak paham agama

Bila pemimpin kita tak paham agama

Mungkin apa yang aku nak post nih dah agak lapuk sebab isu nie dah muncul lebih dari tiga hari dah aku rasa. Mungkin seminggu. Tapi tetap aku rasa kena ulas jugak. Aku bukanlah nak memolitikkan perkara nie tapi bagi aku nie dah bukan isu politik lagi dah. Tapi isu halal haram. Ntah macam mana laa pemikiran singkat nie boleh pulak diusulkan dengan alasan yang tak kukuh langsung and sangat-sangat sukar diterima dek akal yang katanya seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani & intelek.

nie petikan kenyataan dari berita harian yang aku dapat melalui emel.

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.


Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaantimbangberilesenpertaruhanPialaDunia/Article/index_html

- Bernama

Aku tak nampak rasionality nak buat semua nie. Sepatutnya kerajaan banteras kegiatan nie. Bukan benarkan dengan kawalan. Tindakan macam tue seolah-olah tiket untuk diorang lebih aktif bergerak. Kalau hari nie kita benarkan dengan kawalan lama-lama peraturan makin longgar lama-lama lagi setiap masa ada pertaruhan macam nie. Tapi masa tue dah tak nama pertaruhan haram dah, dah jadi pertaruhan halal pulak.

Kalau dalam post aku yang sebelum nie pasal hina ulama'. Ada orang kata ulama' yang masuk politik nie bukan ulama' tapi ahli politik sama jugak macam ahli-ahli politik yang lain. Aku tak peduli pun pasal pandangan macam tue tapi bagi aku memang patutlah ulama' masuk politik kalau pemimpin sedia ada pun berfikiran macam nie. Nie dah sah-sah tak ikut al-Quran or sunnah. Confirm dah pakai kepala otak yang ntah apa laa yang difikirkan tue kan. Nie pemikiran jahil namanya. Sesat lagi menyesatkan orang lain.

Apa yang merunsingkan, dah laa nak benarkan dengan kawalan. Lepas tue hasil keuntungan nak disalurkan pula dalam industri sukan. Alahai, dah susah sangat ke nak cari duit? Or dah banyak sangat belanja kat APCO saja? Sepatutnya nak generate ekonomi Industri Sukan, pihak kementerian belia dan sukan perlu juga cari sumber sendiri. Aku rasa benda nie dah terlaksana dah pun, bukan apa, kalau dah jadi menteri, eksekutif sana sini dalam kerajaan tapi kalau tak business-minded & tak professional tue aku agak pelik laa. Sedangkan aku dalam rakan masjid sendiri pun, penasihat rakan masjid merangkap eksekutif kanan unit pentadbiran masjid UTP sendiri pun galakkan agar kami lebih banyak terapkan unsur-unsur business-minded dalam gerak kerja event dan bukan sekadar mintak sponsor saja.

Pertaruhan tue dah memang sebahagian judi. Judi tue haram. Jadi yang haram tetap haram, kenapa mesti nak dilaksanakan jugak? Kalau takat nak bagi alasan judi nie banyak non-muslim yang main aku boleh jamin akan ada je orang Islam yang main. Kalau takat kedai Sport Toto, 4D, Magnum dll tue pun ada orang Melayu Islam masuk, apa stand kita nak kata kalau kita benarkan pertaruhan nie orang Islam tak join sekali? Kecualilah orang-orang Islam kat Malaysia nie semuanya dah paham Islam and tak perlu ditegur-tegur dah, kalau macam tue aku pun yakin orang Islam tak akan main judi. Tapi kalau macam tue, kerajaan pun tak akan pertimbangkan judi. Betul tak? Aku bukan nak kata nie aku amik dari sebelah pihak atau apa-apa. Tapi dah keluar dekat Berita Harian & benda nie mestilah betul dari kerajaan, so aku fikir benda nie tak patut. Tak patut buat pun.

Sanggup ke atlet-atlet Malaysia nie terima sumber haram untuk kukuhkan industri sukan yang diorang cuba nak naikkan tue? Ingat, makanan dari sumber yang haram tue masuk jadi darah daging kita. Benda nie boleh effect sampai kat hati kita. Takut jadi gelap hati, Islam pun terus hilang sebagai pedoman kita. Macam mana kerajaan boleh kata nak bawak agama Islam & nak tunjukkan keindahan Islam kalau benarkan perjudian. Islam tak pernah halalkan perjudian & nie bukan cara Islam pun? Adakah hanya indah khabar dari rupa?

Jadi, pada yang di atas tue, fikir-fikirkanlah, aku nie orang kecik je kat bawah nie walaupun fizikal aku besar. Nie satu lagi suara-suara yang tak bersetuju. Kalau betul kerajaan perihatin, dia akan consider suara-suara kecik nie. Nie kehendak rakyat. Walaupun aku rasa ada je yang setuju, pada yang setuju tue adakah korang setuju atas sebab korang boleh dapat benefit atas benda nie or sebab korang memang fanatik kerajaan? Kalau korang boleh fikir secara rasional yang benda nie bertentangan dengan agama Islam, korang lawanlah usul nie. Jangan hanya tau hina ulama' yang bersama PAS saja tapi korang agama pun tak reti.

Sekian...

10 comments:

Noratikah Shamsuddin said... [Reply to comment]

salam..post yang up to date jgak sebenarnya..
inilah masalahnya bila mana pemimpin yg xphm agama dilantik sebagai pemimpin (dilantik??? ke main kotor??~~)
Bila lesen judi diluluskan xmustahil suatu hari nnt akan ada pihak yg mnx lesen melacur~ spa tahu kn? kebarangkalian dia sgtlah tinggi..sbb, perkara yg buruk ni..ada je modal dy klu nk ngelat.

dan apa yg merisaukan, sebenarnya benda ni akan effect kt generasi akan datang..(nak ke generasi seterusnya duk dlm biah penghalalan yg haram dan pengharaman yg halal...=_=' ada ke??)
Dengan keadaan sekarang pon, bpa ramai dah yg murtad, bpa ramai sgt yg jemaah kt masjid?? klu benda ni xdihalang, jgn terkejut plak klu ada yg lpas semayang jumaat terus g lepak kt pub ~ g jumpak pelacur.. (klu skank pon dh ada yg balik masjid trus g 4D, magnum..so xmustahil benda cmtu akan berlaku) nauzubillah..
so, kita sebagai org yg faham.. kita tolong gtau kwan2 kita yg still xbpa nmpk betapa teruknya tindakan kerajaan. bkn nk salahkn mereka yg xphm, sbb otak2 rakyat msia ni dah selalu sgt kena tipu bila tgok tv..lg2 tv3..so, xheran la bila ada yg masih sokong tindakan kerajaan ni..
okes..wah..panjang plak..buat mcm blog sendiri plak..
wallahualam~

Nur Areefah said... [Reply to comment]

$_$
demi duit.adoi

Sidratul Muntaha said... [Reply to comment]

Dunia akhir zaman...
Menghalalkan yang haram dah jadi benda biasa~

روح الجديد said... [Reply to comment]

atikah..
huhu..nmpk point dah tue..

efa..
yep2 demi duit...mmg leh jd cmtue..

sidratul muntaha
sebab tue laa sekarang Islam da di luar kebiasaan & jd satu kepelikan plak..

i1 said... [Reply to comment]

slalunya bising isu "bawa politik ke masjid" je... tp ari ni bawa politik ke blog... ahaha

eh... arip... jom kita bet...

kalo kuar lesen, enta byr rm10...
kalo xkuar lesen, ana dpt rm10...

cmne? nk bertaruh?

ainazirah said... [Reply to comment]

ironi dlm kalangan org2 yg komen.. sekian

btw, mmg dh dpt lesen..

روح الجديد said... [Reply to comment]

azwan...
bet tue ape? x paham..huhu..

ecah...
ironi? huhu...lme da x pki istilah nie..oh, da dpt lesen ek..abeh laa kita..

i1 said... [Reply to comment]

brjudilah... rasanya html coment utk blog enta ni ade mslah... sbb die akan bertindang earlier coment...

روح الجديد said... [Reply to comment]

azwan..
ana da btlkn da..
huhu..ana lbey prefer pop-up comment...jarang tgk lak comment tue..huhu..ok2 da elok da..tq inform

MySara said... [Reply to comment]

btol2,,ak stuju ngn ko,,

same la mcm isu kerajaan nk bg jarum kt penagih dadah,,kononnye nk elakkan aids,,

tp da mcm menggalakkan org ambik dadah pulak,,bkn nye nk mencegah,,haru btol,