Jan 9, 2010

Home » , » Islam Tak Ajar Kita Bakar Gereja!!!!!

Islam Tak Ajar Kita Bakar Gereja!!!!!

Walaupun final exam tinggal dua hari lagi tapi hati nie terpanggil nak bagi juga pendapat pasal isu hangat kat Malaysia sekarang nih. Mula-mula dengar pasal keputusan Mahkamah benarkan penggunaan nama Allah dalam Majalah Mingguan Herald. Masa dengar berita tue terkelu sekejap. Tak terkata apa-apa tapi dalam hati rasa tak sedap juga. Tapi tak berani nak keluarkan statement sendiri sebab takut statement itu disaluti perasaan emosi dan bukan atas dasar ilmu. Jadi saya ambil keputusan menunggu ulasan dan pandangan dari golongan 'alim yang menghujahkan isu ini dengan ilmu dan bukan dengan memprovokasi dan mengkondem mana-mana pihak.

Tertarik dengan persoalan yang diutarakan oleh Dato' Dr Haron Din yang mana persoalan yang sama bermain dalam kepala saya. Isu penggunaan kalimah Allah nie sepatutnya dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah kerana ini melibatkan nama Allah s.w.t. dan ini adalah isu umat Islam. Tapi kenapa isu ini dibawa ke Mahkamah Sivil dan mengapa pula hakim yang mengadili kes ini adalah dari kalangan bukan Islam? Masih tertanya-tanya sudah tidak adakah Hakim lain dari kalangan Muslim untuk mengadili kes ini?

Jadi sudah banyak statement dari berbagai sumber dibaca. Banyak melihat orang tidak senang dengan isu ini. Dalam erti kata lain telah menyentuh sensitiviti umat Islam. Pun begitu, teknik memprovokasi dengan membakar gereja bukanlah teknik yang dianjurkan oleh Islam. Islam tak ajar umatnya memusnahkan rumah ibadat agama lain. Jadi perbuatan ini dikira bertentangan dengan ajaran Islam. Ini menyalahi adab sebagai Muslim (andai yang melakukannya itu Muslim..saya tak menyangkal sekiranya ada pendapat mengatakan gereja diserang oleh orang bukan Islam).



Perbuatan ini kononnya nak mempertahankan hak Islam dan kalimah Allah akhirnya akan kembali menjadi fitnah kepada umat Islam. Sebab itu adanya jalan penyelesaian melalui cara ilmiah. Setakat melatah dengan berdemonstrasi dan berarak sana sini tak selesai masalah nie. Ini isu aqidah bukan isu politik. Tapi kenapa isu ini dipolitikkan dan dijadikan modal perkauman untuk membakar gereja?

Sirah Nabawiyyah adalah mutiara perjalanan mukmin. Ketika Rasulullah menghantar bala Tenteranya 3,000 orang menuju Mu'tah untuk menghadapi Tentera Rom yang menganut Kristian seramai 200,000, baginda memberi beberapa pesanan. Antaranya :
  1. Jangan membunuh wanita, orang tua dan kanak-kanak.
  2. Jangan tebang pokok dan merobohkan bangunan.
  3. Jangan menganggu paderi-paderi di Gereja mereka.
Itulah pesanan Rasulullah di saat menuju medan perang.


Saya bukan orang hebat dalam negara ini. Tapi sebagai suara-suara kecil di Malaysia ini saya mengutuk tindakan membakar gereja kerana ia jelas tidak mematuhi adab sebagai seorang Islam untuk menghormati agama lain. Inilah yang membantutkan perjalanan dakwah Islamiah di Malaysia. Saya tak menolak andai ada unsur-unsur politik di sebalik kejadian ini kerana tiada yang mustahil. Siasatan mendalam perlu diambil berkatian isu ini. Kepada pimpinan negara, ingatlah ini bukan sekadar isu parti, isu rakyat, isu kaum..tapi nie da ambil kira isu keamanan Malaysia, isu agama dan lain-lain. Anda perlu bijak menanganinya supaya api dendam, api kemarahan tak meluap-luap antara kedua-dua agama. Bukan anda yang menjadi agen pembakar semangat provokasi ini.


9 comments:

kiraryuk said... [Reply to comment]

Betul2..
Malu raseny kalu yg buat itu adlh saudara kte sndiri..
Walaupun non-muslim agak melampau dlm perbuatan mereka x semstiny kte ptut balas ngn rse marah..

teringat kisah seorg khalifah..di medan perang..pd saat si kafir meludah ke atas ny..khalifah 2 x jd nk penggal kepala si kafir 2..atas alasan "aku takut ak memenggal kpala kamu kerana rasa marah ku bukan kerana Tuhanku"

ikut kte Mr. Ong..papepun red hat 2 last skali..jgn cmpur adukkn emosi ngn tindakan kte..yeah~

Asy_raAf said... [Reply to comment]

trigat kisah Al-fateh ketika constinopel jatuh ke tgn Islam~~

Nur Areefah said... [Reply to comment]

emosi tanpa pk panjang =.=

Anonymous said... [Reply to comment]

terkadang mungkin juga ada yang sengaja memalit lumpur pada Islam tapi bukan ahlinya yang lakukan..

Ruhul Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

ann~~
yep2 btul2...

acap~~
nape ngn kisah tue...terang sket..

efa~~
cm tue laa kirenye...

anonymous~~
mungkin juga...semua tue x mustahil..kta still xtau keja sape nih...

Asy_raAf said... [Reply to comment]

al-fateh cita dia pasai seorang pemimpin Islam yg berjaya menawan constinopel~~
slps raja constinopel dan pembesar yg angkuh tuh jatuh,
al-fateh tlh tiru stlye Nabi~~
paderi gereja (masjid biru) bg kunci kat alfateh dgn rela hati dgn tidak menumpah darah~~
try ar youtube pasai sultan muhamad alfateh~~ mmg best selain sallehuddin ayubi

~nazierah~ said... [Reply to comment]

weh..weh..asal aku xtbace sal ni??
alamak..tu la lme xbkak paper..intnet pn asyik dok wat research utk presentation =(
pape pn, thanx! tpi mmg xb'moral la..mkin mnjtuhkan mruah agama la ble wat cmni. ptutny ambil pngjaran dri sjrah silam..klau dlm pperangan pn, mne dbenarkan utk musnahkn rmh ibadat dyorg..apekah dgn bakar tu mksudny mreka btul2 sygkan islam?syg Allah?syg ajaran Islam? atau skdar nk tnjukkan kmarahan..?

-rasionalizekanlah minda anda-

lavender13 said... [Reply to comment]

psl pnggunaan prkataan Allah tu..
pd pndpt ana, x salah musyrikin or sesape pown nk gne pktaan Allah ni, sme gk kalo kte (muslim) nk gne prktaan yahweh @ jesus or wt so ever lah, nape nk kecoh2, bnde ni pn bkn prkr bru pown, nape skrg bru nk sebok kecoh2.
Apa y x bleh senya kalo prktaan Allah dguna pki pd tmpt yg slh, yg xbtul, dgnekn utk mburuk2kn islam, tu y x bleh. kalo stkt nk gne bleh jer kot..

Ruhul Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

sbb tue ulama' kt Malaysia guna pakai kaedah sadduz zari'ah (sadduz zarai') dalam hal nie...untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar daripada berlaku..waqi' kita tak sama dengan waqi' di negara arab yang laen yang mana perkembangan Islam kat sana cukup hebat..kt sana pn kalau kes Murtad nih amat jarang2 didengar..tp kt Malaysia nih da x asing da kes murtad kt Malaysia..makanya ditakuti perkara ini menjejaskan aqidah umat Islam kat Malaysia..maka penggunaan kalimah Allah itu ditolak sama sekali..c(: