Apr 9, 2009

Home » , , , » Bila Non-Muslim petik Ayat Al-Quran dalam ucapannya

Bila Non-Muslim petik Ayat Al-Quran dalam ucapannya


YB Nga Kor Ming

Dalam kehangatan Pilihan Raya Kecil 3 Kawasan, tiba2 tercetus satu isu yang sangat laa bagus untuk non-muslim yang nak mengenal Islam tapi isu ini jadi kontroversi besar pula. Penguat kontroversi ini pula adalah bila Mufti Perak mengeluarkan pendapatnya tentang isu tersebut. Bukan nak tolak apa mufti cakap. Mufti tue ulama' aku nih makhluk picisan aje, ilmu tak banyak mane pun. Tapi benda cam nie memang selalunya ada perbezaan pendapat. Jadi biar laa Ulama' yang menentukan benda tue.

Cumanya aku melihat dari satu sudut pandangan yang lebih positif dalam isu nih. Sebabnya YB Nga Kor Ming hanya keluarkan ayat dan terjemahan tapi bukan tafsiran. Dia cuma silap sebut ayat tue dari surah ape. Itu normal laa bagi orang non-muslim yang cuba2 nak mengenal Islam.

Dekat situ aku nampak satu perkembangan baik drpada masyarakat Tionghua nak mengenal Islam dengan lebih kuat lagi. Jadi bag
i aku tak salah benda tue. Macam mana orang bukan Islam boleh nak bagi ayat al-quran kalau dia tak rasakan al-quran tue benar. Kalau nak dibandingkan lebih bagus dia daripada orang yang kuat bercakap kat atas tue tapi satu ayat Quran pun tak keluar.

Kita kecam non-Muslim nak baca Quran tapi kita sendiri pun tak baca Quran. Kita cakap non-Muslim tue baca tak ikut tajwid laa, salah lahjah laa. Kita baca Quran yakin ke tajwid kita tepat. Cuba fikir balik yang tue.


Dato' Zahid Hamidi ulas dalam media, dia kecam ulama' PAS yang tak ambik tindakan apa2 dengan mengatakan ulama' PAS tak peka dan lain-lain. Lepas tue dia pi cakap kenapa gunakan agama untuk kepentingan politik. Memang tersentak aku dengar a
yat dia tue. Awat Islam tok bagi politik ke. Ke dia nak asingkan Politik ngan Islam, mana boleh cam 2. Itu Sekular namanya, yang tak boleh tue bila menjual ayat Al-Quran untuk tujuan peribadi bukan menggunakan Quran untuk politik. Jangan laa ditolak al-Quran tue yang sepatutnya jadi sumber perundangan pertama kita.

Tapi memang sejak dua menjak nih sume benda nak dipolitikkan. Agama, Bahasa, Pendidikan dan lain2. Sebenarnya isu tue tak sensitif mane pun tapi sengaja disensitifkan maka sensitiflaa isu tue. Saje nak dibesarkan benda yang kecik. Tue laa perangai budak2. Budak2 mana layak masuk politik sebab tak matang lagi.




Aku setuju dengan pandangan Tok Guru Nik Aziz dalam blognya :

Sebagai penjelasan lanjut, izinkan saya berkata begini.Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa.Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan. Jika dalam zaman awal Islampun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ?

Isu ini bermula sebaik saja pemimpin Umno mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan populariti dan simpati ke atas partinya yang semakin dibenci orang. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.
Bacaannya masih OK; cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, taklah pula bacaannya itu sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun; masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjangpendeknya.

Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.

Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut “ Li iilaafi-quraisy “ seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai “menjinak atau menjinakkan.” Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam? Disini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah(katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tak berbangkit sama sekali soal keperluan lapuran Polis oleh sesiapa. Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam didalam masjid.

Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah ? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa. Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab.Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca?Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran. Ini permulaan.Kita kena faham. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.

Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. Ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin Umno akibat dari “dasar anti- jawi” mereka yang amat dungu? Pemimpin Umno yang sebelum inilah? Dalam keadaan pemimpin Umno yang meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran dalam pelat yang dipandang salah, pemimpin Umno sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka. Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca al-Quran? Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat buktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?



Hidup Tok Guru!!!!

Jadi bagi aku nie adalah satu kesan jangka panjang hasil Dakwah Islam pada orang non-Muslim. Tak ke itu satu perkembangan yang bagus.
Fikir2kanlaa...


Sape Tak Setuju or ada pendapat & kritikan nak bagi...
Aku alu2kan.....jom kongsi pendapat sbg percambahan Ilmu...

7 comments:

awe said... [Reply to comment]

tahniah utk post nih arip
thnx sbb bkak mnda aku
(tp aku xpikir ape2 pon tntg isu ni)
tp betullah...
ini adalah permulaan mereka nk knal Islam..

SYAMIL said... [Reply to comment]

saya agak bersetuju dengan apa yang diutarakan.namun saya berasa pelik dan kecewa apabila orang2 islam khususnye pemimpin2 pas yang tidak menegur kesalahan tersebut pada waktu itu juga.yang keduanye siapa yang mulakan dulu . siapa yang cuba mempolitikkan ayatalquran tersebut. YG NGAR KOR MING YANG CUBA MEMPOLITIKKAN ISU INI.PAS MUNGKIN SUDAH TERSASAR DARI PERJUANGANNYE.

Anonymous said... [Reply to comment]

salam wat pemilik blog serta sahabat lain
sy teramat2 menyokong apa yg dikatakn oleh Tok Guru
[meskipon saya bukanlah pengikut setia politik]
tetapi berkaitan dgn isu ini, sy amat setuju dgn hujah beliau.
jika bukan kita umat islam yg membantu dan membawa non-muslim ke jln kebenaran....
siapa kah gerangan nya...

al-bagani said... [Reply to comment]

To Syamil

Jgn sesuke ati menghukum suatu parti tue terkeluar dr jalan perjuangan.. pasal tegur tue. andai nta ad kt situ masa itu. ad x dijangkakn YB Nga Kor Ming akn kuarkn ayat quran. lps 2 ayat quran yg dikuarkn bukan atas tujuan provokasi atau ape2 tp nk menyatakn bhawa Allah suh kita berbuat baik dan Ihsan. yang salah 2 konfem k orang tak tegur. Mana kita tau PAS tak tegur. Takkan nak tegur pakai media gak kot. Isu 2 x spttnya diperbesarkan cam 2. Mesti ad yg tgr lps dy bg ucapan 2. or ad pengerusi majlis betulkan kesalahan tue. Jadi kita yg x ad ketika tue takkan hanya nak bersandarkan rakaman tv3 yang x sampai 5 minit tue??

cik sabon said... [Reply to comment]

hurm..
bagus arif.
aku mule2 cam nak salahkan YB Nga Kor Ming ni..tapi bile ko wat post sal ni baru aku sedar.
nila 1st step mereka nak kenal islam.

hurm..pemimpin umno mempolitikkan bahasa,agama,pnddkan?dan menghapuskan tulisan jawi?kesian kpd generasi skrg ni & akan dtg apa jadik ngn dyorg..

haish.bilela nak tgk malaysia ni mengamalkan kpmpinan secara islam yg halus murni lg berseri.
xdela dengar sal rasuah.

apa2pon,bagus2.teruskan tulis sal isu2 ni.nanti masa senggang ak bace.

ieraros said... [Reply to comment]

ak xpasan lak post nih..
tpi ak sgt stuju..
pd ak ap yg yb tuh wat xslah,
n xhina islam pn,
myb itu 1 penghinaan utk org islam yg xm'amalkan islam..
knp org bukn islam bc ayt2 dri al-quran?
sbb org islam sndri ade yg xnk bc..
so,dyorg pn bce la..
n pliz la pd mreka2 yg xleh nk trime ap yg yb tuh buat,
bygkan,
klau la quran tu utk org2 islam shj,
mcm mne islam nk dsbarkan pd non-muslim,
klau msjid tuh utk org islam shj,
mcm mne leh blaku kes org badwi buang air dlm msjid ms zmn nbi dlu&akhirny msuk islam?
btul x..
mka kte shrusny mmndang pbuatan yb tu
dr sdut yg positif,
iaitu 1 pkmbangan bru
apbila non-muslim pn b'usaha utk
mmhmi ayt al-quran..

wallahua'lam..correct me if i'm wrong..

Anonymous said... [Reply to comment]

no komen