Oct 27, 2009

Home » , , , » 200th Post - Kenapa Mesti Berpecah

200th Post - Kenapa Mesti Berpecah


Alhamdulillah akhirnya bilangan posting aku dah mencecah 200 posts...selamat membaca :)


Aku tengok laa kan. Kat Malaysia nih banyak Islamic Body even Islamic Party pn ad gak. Tapi bukan ak nk sentuh pasal tue. Ak sentuh skop yg kecik sket kot..tentang kenapa kita mesti berta'adud & kenapa semua jamaah2 nie tak dapat bersatu dengan mewujudkan kesatuan pemikiran & kesatuan amal?


Merujuk pada post aku yang da lama tentang Ta'adud dan Jamaah, kalau sebelum nie aku juz berikan secara ringkas apa itu ta'adud dan jenis2 jamaah yang ada kat Malaysia. Tapi dari satu sudut kita boleh nampak ta'adud jamaah nie ad jugak baeknya. Sebab apa, sebab akan ada function untuk setiap jamaah sama ada melaksanakan jihad am atau jihad khas. Jihad am nie lbey kepada melaksanakan program amar makruf nahi mungkar. Sebagai contoh mengadakan Kem Penghayatan Islam, Konsert Amal Islam, Kembara Sufi dsb.. Proses itu kita namakan sebagai jihad am yang umum kepada semua masyarakat. Macam mana plak dengan jihad Khas or jihad khusus. Jihad nie lbey tertumpu kepada Siasah (Politik) atau Qital (Peperangan). Jadi dalam konteks negara kita Malaysia yang berada dalam keadaan aman damai tanpa sebarang pertumpahan darah, waqi' kita lebih menjurus kepada Siasah. Jadi jihad yang angkat2 senjata nie bukan laa tak boleh tapi tak sesuai laa dengan keadaan negara kita.




Jadi persoalan kenapa tak boleh nak bersatu tue bila aku renung balik, setiap jamaah islam ada satu matlamat yang sama iaitu mengembalikan Khilafah. Jadi semua dah ada matlamat yang sama tapi kenapa masih lagi berpecah? Adakah persoalan fikrah yang berlainan patut dikemukakan? Kata2 Al-marhum Fathi Yakan "Bersepakatlah atas perkara yang disepakati dan berlapang dadalah atas perkara yang khilaf". Katanya mengutamakan syura jadi kenapa tak dihimpunkan pimpinan jamaah masing2 dan cuba menjadi titik persamaan dalam perjuangan dan wujudkan syura untuk memantapkan lagi perjuangan menegakkan agama Islam kat Malaysia nih. Sebagai contoh sebuah sekolah agama ada Badan Dakwah dan Rohani. Jadi itu adalah satu organisasi utama ataupun jamaah induk bagi sekolah agama tersebut. Jadi bila datangnya orang dari luar contohnya datang ke sekolah membuat perjumpaan dengan pelajar secara tertutup tanpa diketahui jamaah induk, perkara nie boleh menimbulkan salah faham dan akan berlaku pertelagahan antara jamaah itu sendiri. Jadi kenapa perlu mengambil jalan yang membawa kepada perpecahan sedangkan Umat Islam itu bersaudara?



Kalau dibaca sejarah jamaah2 di Malaysia nih hampir boleh dikatakan wujudnya kerana tak berpuas hati atau tak bersetuju dengan metodologi atau teknik yang dilaksanakan jamaah induk. Inilah yang dikatakan kurang berlapang dada dengan perkara yang khilaf. Kenapa tak bergabung dengan jamaah induk dan menjadi sayap penyokong jamaah tersebut. Analogi yang mudah, kapal terbang tidak mampu terbang dengan stabil tanpa sayapnya. Mana mungkin kapal terbang mampu terbang dengan elok dengan hanya menerbangkan badannya saja. Jadi adalah penting untuk setiap jamaah menyokong antara satu sama lain ataupun menjadi jamaah proksi bagi jamaah induk.


Kalau tak bersatu laa yang boleh menimbulkan fitnah kepada Islam apabila stp jamaah wt kepala sendiri. Masing2 dengan method2 tersendiri, sedangkan kalau kita semua bersatu, kita dapat merencana metodologi yang lebih berkesan dalam melaksanakan dan menyebarkan dakwah islam. Bila masing2 buat kepala sendiri maka perlaksanaan semua dengan cara lain dan ada pulak dengan cara yang sangat kurang berhikmah. Benda nie laa nanti yang akan patah balik menjadi fitnah kepada umat Islam. Benda nie jgk laa yang akan menebalkan lagi Islamophobia bukan sekadar di Malaysia malah di seluruh dunia. Pandangan non-Muslim kepada gerakan2 Islam menjadi serong apabila dikatakan kita ini ekstremis, konservatif, jumud, berpandangan sempit sedangkan Islam tak macam tue sifatnya. Tapi dek kerana pendukung Islam itu sendiri tersalah strategi, maka datanglah fitnah kepada Islam.


Jadi andai kita bersatu, masalah2 nie kita akan dapat atasi sebab masa tue da ad kesatuan pemikiran dan kesatuan amal. Renung balik sejarah macam mana terbentuknya Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah. Terbentuknya kerajaan besar itu hasil gabungan semua kerajaan2 Islam kecil di seluruh dunia. Macam mana Nabi nak memudahkan urusan penyebaran Islam di Madinah, Nabi menyatukan golongan Muhajirin dan Ansar. Mempersaudarakan kedua-dua golongan ini dan akhirnya mereka bersatu di bawah satu kefahaman dan satu amal. Jadi apa alasan kita untuk tidak bersatu kerana berbeza fikrah? Tak sepatutnya dijadikan perkara tue sebagai isu. Jangan kita terlalu nak memperjuangkan jamaah kita sebab yang patut diperjuangkan itu adalah Islam, jadi apa salahnya bersatu? Berlapang dada atas perkara yang khilaf sesama kita, cari titik persamaan dan saling menyokong antara satu sama lain.


Jadi konklusinya di sini, kalau kita nak tegakkan Islam & nak tegakkan semula Khilafah Islamiah, kita semua kena bersatu di bawah satu pemikiran yang sama dan jangan berpecah. Tue saja kot untuk posting ke-200 nie. Aku sangat2 mengharapkan respond dari pembaca supaya aku mampu meluaskan & menambahkan pengetahuan. Insya Allah sebarang kritikan sanggup diterima. Sharing is caring kan..huhu.






Harap dapat bagi komen laa ek...=)


6 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

salam.Brilliant!
saya setuju dgn pendangan kamu.
umat islam kat Malaysia ni terlalu beremosi dlm hal yg bukan-bukan.Mereka tidak dpt menerima perkara-perkara khilaf dgn berlapang dada.Kerana perkara-perkara inilah,mudah sekali mereka bermasam muka,berpaling dada.Padahal setiap kita ni bersaudara...

sebenarnya,ilmu di dada kita sendiri masih terlalu cetek.Itulah sebab mengapa kita sukar menerima pandangan org lain.Bagi saya,saya lebih suka utk besederhana dan melakukan sesuatu yg ada sandarannya sebagaimana perintah Allah dlm surah israk ayat 36.

Kesimpulannya,tiada kejayaan dalam perpecahan dan tiada kedamain dlm permusuhan.kita adalah satu! SATU UMMAH...!

Anem Arnamee said... [Reply to comment]

Salam.

setuju! Kadangkala umat islam di Malaysia terlalu memikirkan hal remeh temeh sehingga mengabaikan hal yang lebih besar , yang wajar ditekan untuk kemakmuran agama untuk dinilai di alam sana.

p/s:masih mencari Salahuddin Ayubi di negara kita:)

BangBangBoom said... [Reply to comment]

Hmm...
sy pun selalu membaca berkenaan taadud jemaah dll...

silap terbesar dalam menerangkan taadud jemaah ialah menyamakan pertelingkahan ahli yg jahil fikrah dan adab dlm berjemaah mewakili jemaah secara keseluruhan. sebenarnya, pimpinan jemaah dah pun bersetuju dengan fungsi masing-masing.

cuma, ahli yg jahil tak memahami maqasid penubuhan jemaah dan proxy je yg melebih-lebih. berjihad tak seberapa, bercakar je lebih.

salam kritik dan kritis.

al-bagani said... [Reply to comment]

tq kepada yang telah respond kepada post nih...

to akh iqbalsyarie

mmg x dinafikn org Islam kt m'sia nih ske bertelagah bnde yg x patut jd isu prtelagahan..dek disebabkan kurangnya sikap berlapang dada dalam diri masing2..jd kita lah yg patut mengubahnya..salah satu cara nya dgn dakwah bil hal yakni dgn perbuatan kita..tnjkkn hikmah dalam berdakwah utk mmberi kefahaman..

to ukht arnamee

yep...mmg pun mcm 2..tp jgn laa plak smpi mengabaikan yg kecil2 tue sbb sst yg kecil 2 lama2 akn jd besar jga nnt..huhu

to BangBangBoom

ana kurang jelas dengan ap yg diterangkn tp ana nmpk ap yg nta nk jelaskan..yep ana setuju dgn nta..sbbnye di pihak pimpinan da ad prtemuan dn kata sepakat masing2 tp dek kerana ad mslah yg berlaku di pihak ahli akan memberikan salah faham dalam jamaah secara keseluruhan..tidak cukup sekadar kesepakatan pimpinan, kesepakatan ahli jga prlu dicapai..klu da brgelar ahli tue sume brfikrah cmanya perlu disatukan fikrah trsebut spy mncapai wehdatul fikr dan wehdatul amal..

Annas Alias said... [Reply to comment]

hehe, mcm tdesak je nk suh komen, aku pun komen gak r sket.

aku pun terfikir gak knape adenye wujudnye byk2 jemaah kat malaysia nih. mende ni sampai slalu sgt org tanye jemaah mana yg betul.

dan aku sgt sokong kata2 al-marhum fathi yakan tu... tulah ape yg patut kita buat

al-bagani said... [Reply to comment]

bkn terdesak..tp berharap..
sbb sket nye ilmu ak berkenaan ta'adud jamaah nie..& betapa ceteknya pemikiran aku..sbb 2 ak rasa patut ak dengar pendapat orang laen..x ska rasa dri aku saja yang betul..ak brsedia mnerima teguran kalau ada yang trsilap..