Mar 9, 2009

Home » , » PPSMI Isu Perkauman & Keagamaan????

PPSMI Isu Perkauman & Keagamaan????

Ini Kata Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi



"Isu ini sudah menjadi isu yang besar dan sensitif sebenarnya, dan pihak kerajaan telah pun mengakui adanya desakan yang kuat daripada rakyat Malaysia khususnya daripada Orang Melayu dan juga sedang memberi perhatian kepada isu ini...yg len x igt tp Pak Lah nak isu PPSMI diselesaikan segera."

Ini pula Kata Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein



"Biarlah orang ramai berhenti seketika melihat keadaan sebenar yang berlaku di negara kita dan tanya siapa sebenarnya yang menimbulkan isu-isu ini, apa muslihat dan matlamat mereka? kerana kita sebenarnya mahu lihat ke hadapan, kita mahu rakyat bersatu, kita mahu berhadapan dengan ekonomi yang mencabar pada hari ini tapi kalau setiap isu dibangkitkan dan dikaitkan dengan perkauman dan juga isu keagamaan, akhirnya kita tidak akan ada masa untuk melihat kepada perkara-perkara yang lebih penting yang akan menentukan masa depan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbagai kaum dan agama ini."

Sekarang cuba kita bandingkan kata2 daripada dua orang wakil Kerajaan...sokong Pak Lah sebab dia sedar akan betapa sensitifnya isu PPSMI nie dan dia nak isu ini diselesaikan dengan segera atau dengan kata lain..Mansuhkan saja PPSMI itu..tak perlu nak bersidang, tak perlu lagi kepada mesyuarat & tak perlu lagi kepada perkara2 yang tidak penting..Rakyat telah bersuara..Kerajaan sepatutnya tidak mengabaikan suara rakyat..Dato' Hishamuddin nak jaga kesejahteraan rakyat, jadi rakyat kata mansuhkan PPSMI..juz mansuhkan saje laa..biar tahun ini tahun terakhir penggunaan PPSMI & pastikan dasar ini tidak lagi digunakan untuk pelajar2 tahun yang akan datang..


Bagi pendapat aku, kata-kata Dato' Hishamuddin tue ibarat satu omongan kosong yang sikit pun tak menjawab soalan..apa kaitan PPSMI dengan perkauman & isu keagamaan???..ada sape2 boleh tolong jawabkan tak..kenapa mesti dilihat pada agenda politik..Pakatan Rakyat bersatu dengan GAPENA & GMP untuk memansuhkan PPSMI..itu bererti Pakatan Rakyat mendengar suara rakyat dan faham apa kemahuan rakyat..Namun apakan daya, Pakatan Rakyat tidak ada kuasa memerintah kerana Kerajaan Pusat dipegang Barisan Nasional..kata Dato' Hishamuddin nak berdepan dengan cabaran ekonomi..itu isu besar baginya tapi isu memartabatkan bahasa Melayu dianggap kecil sedangkan isu ini begitu sensitif..kalau perkara yang baginya 'kecil' itu tak mampu diselesaikan, kenapa nak terhegeh-hegeh selesaikan isu yang besar..ibaratnya seperti orang yang nak bagi ceramah pasal hukum-hakam tapi perkara asas Islam pun fail..

Tak Tahulah apa yang dianggap DH sebagai dikaitkan dengan isu agama tapi yang jelas bagi aku PPSMI wajar dimansuhkan berdasarkan apa yang terjadi dalam Perhimpunan Mansuhkan PPSMI..rakyat telah bersuara..yang hadir tu da cukup ramai..belum kira yang tak hadir..aku sendiri pun tak hadir..mungkin bagi aku belajar dalam bahasa Inggeris itu tak menjejaskan aku pun tapi aku tak nak bersikap 'pentingkan diri sendiri'. Mungkin aku boleh tapi ramai lagi pelajar yang tak boleh malah ada guru-guru yang juga membantah PPSMI nih..bila guru-guru bantah pun tak diendahkan..rasanya memang hancurlah sektor akademik negara..guru-guru itu lebih tahu apa yang terbaik bagi pelajar-pelajar mereka..Dato' Hishamuddin tau ke..kalau dia pernah hidup dengan orang2 Pedalaman, menjadi guru di sana, belajar di sana mungkin dia tahu & tak mungkin dia akan melaksanakan dasar PPSMI nih..

Jadi aku bukan menulis post nie untuk kutuk sape2 tapi sekadar satu pengajaran bahawa kita nie dalam nak buat sesuatu perkara tue..jangan pikir diri kita je..pikir orang laen sama..pikir perasaan orang, pikir kemampuan orang, pikir sume 2..manusia nie Allah ciptakan pelbagai dan semuanya berbeza hatta kembar sekalipun berbeza cap jari mereka..nak laksanakan sesuatu dasar tu pun kaji dulu, mintak pendapat orang dlu..mintak orang2 yang ahli dalam perkara itu untuk membuat kajian dan memberi pendapat mereka..andai semua bersetuju barulah dilaksanakan..

Jadi inilah sesuatu yang sangat menarik dalam Lanskap politik Malaysia..macam2 ada...

-TAMAT-







sumber gambar : harakahdaily.net

12 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

x suke lansung cite politik kat malaysia nie..asyik gaduh je..pastu x fikirkan rakyat malaysia yg lain..buat rusuhan pon gune bdk2...

serunaiklang_91 said... [Reply to comment]

PPSMI ni patotnyer dimansuhkan...pasal masa pegi kem ari tu...fasinyer cikgu2...ada cikgu tu ngajar kat skolah kampong..dia citer ada dak skolah dia tak puas ati ngan result UPSR....dia tak puas ati pasal sains nyer dapat A..dia cakap kat cikgu tu byk yg dia tak jawab n kalo dia jawab pn dia tau salah..pasal tu dia trkejot dapat A...n ini menujukkan betapa rendahnyer kualiti pljrn kat Malaysia ni..PPSMI ni kalo ditroskan..ibaratnyer cam nak meng'JAHANAM'kan masa depan anak2 skrg terutamanyer anak2 desa...wallahua'lam....sekadar perkongsian masa pergi kem latihan aktivis kebangsaan anjuran TERAS ari tu,,,

Ruh Al-Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

stuju ngan serunaiklang

to anonymous

klu da bwk budak pn kene sembur pe cte lak kan..
pmbtln sket..2 prhmpnn bkn rusuhan..
rusuhan 2 cam jd kt Perak 2..2 ye rusuhan..

mynmeisazm :) said... [Reply to comment]

mansuhkan je la.
org dh x suke tuh yg gatal nak pegi laksanakan lg watper?

Emberpen said... [Reply to comment]

Salamalaik.
This is interesting. Malaysians in most schools wanted their children to pursue their studies overseas, and now they're denying PPSMI as a medium to aid that dream of theirs. I think its not the PPSMI as a problem, its the way it is implemented is the problem. That is why mostly students in villages are the unfortunates. Anyway, let us see whether there's a change in the quality of Science and Maths subjects here after it has been translated back into Malay.
Support the Public! It's a Democratic country, isn't it? Democratic means the people rule the government, right?

~nazierah~ said... [Reply to comment]

eh.. i thought dah komen..awat xkua??

~nazierah~ said... [Reply to comment]

owh..not yet rpeny..about ppsmi,i agree la..not suppose to exist from the beginning..

people r not the same..the thing is that,right now,there's discrepancy between some of the student's perceived state and the desire stated..as so,some of them r unbearable to the situation and could'nt carry on eith the ppsmi..

like serunaiklang_91 said,the quality of malaysia's education is getting low...yup2..i agree..that kid didn't answer the whole part for the last page,but still got A??weird laa...

my mother used to teach students from village..the first thing they do as they got their exam paper is sleep;just bcause they can't answer in english...that goes until times up..sadis kn...

najib ke,hishamudin ke,or whoever la..they have no right to dispute about how people should accept the ppsmi...most of the ministers got their early education by studying abroad....no wonder la they're quite good in english...huh...

huhu..too long la plak..ok..that's all la my opinion...sorry banyak error...mncuba2

Ruh Al-Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

hehe...
terima kasih kerana berkongsi pendapat masing-masing (guna bahasa skema..huhuhu)

hanya.aku said... [Reply to comment]

masalah.
tengok budak2 bando boleh la cite.
tuh pon.
bukan nye sume bijaks.
ta phm lah 'mereke'2 tuh.

husna said... [Reply to comment]

pasal isu perkauman tuh..
kmbl la pada sirah nabi muhammad s.a.w..
da terbukti sume kaum+kabilah hidop aman harmoni tanpa gado2 tyme tu..
da ad sirah tinggal ikot jekk..

psal ppsmi tuh plak..
kte nk jd cam org filipina ke??
ad yg smpi tataw bhs ibonda sendri..
ckp pon xreti..
mmg kesan ny x nmpk skunk,,
tp kesan jangka pnjg tuh yg haros dpkkn..
humm..
skunk tggu la kptsnny..
wassalam,

Ruh Al-Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

huhu...tq 2 sajeedah & husna 4 da comment (BI laa plak)..

Teruskan berjuang dan berjalan menuju kebenaran

awe said... [Reply to comment]

as 4 me...
i wud like to say i luv to learn in english..
tp papepon kne consider org laen jgak lah
kdg2 ms jwb bio...xpaham sih...
tensen...

sian gak kt bdak2 desa

ape2 pon...
kerajaan dah byk habiskan duwt utk ppsmi ni
kursus cikgu2 la...
buku teks la..
modul2 la...
it wut be a large waste
kalo tiba2 nk tukar sistem

skrg pon ekonomi gawat..
so...harap kerajaan dpt berbincg dgn lebih teliti dgn org2 DBP dan org2 kuat yg mnntg ppsmi utk dpt kata putus yg terbaek demi masa depan negara dan anak2 malaysia

wallahua'lam