Jan 23, 2010

Home » , , » Pendapat mana nak ambik???

Pendapat mana nak ambik???

Tadi tengok tv1. Time tengah berita tue dia ulas tentang YB Khalid Samad pasal isu yang tengah hot skang nih. Semuanya sebab pandangan YB yang contradict dengan pandangan orang lain. Tambah lagi beliau dikecam dengan dikatakan beliau mengingkari titah Sultan. Baiklah aku faham dengan apa yang diulas itu. Tapi bila aku tengok tv3 semalam pun ada ulas isu yang sama dan ada disebut YB menerima naihat dari Sultan. Tapi perbezaan laporan adalah tv3 mengulas laporannya dengan menunjukkan bahawa YB sendiri yang mengaturkan pertemuan dengan baginda Sultan Selangor berkenaan hal ehwal pengurusan di Parlimen Shah Alam dan YB sendiri mengakui ada nasihat keagamaan yang diberi kepada beliau oleh baginda Sultan. Tv1 plak trus kata Sultan titahkan YB mengadap dan telah diberi nasihat oleh baginda Sultan. Soalnya, mana satu yang betul. Ok, tue benda kecik.



Tapi, bila aku dengar analisis dari tv1 tadi, muncul dalam pale otak aku satu benda yang sangat kacau. Sebabnya orang yang mengulas tue kononnya nak menampakkan keilmiahan apa yang dikatakan. Tapi isu yang dibawa mengatakan YB mengingkari titah Sultan dan itu dinampakkan seolah-olah YB itu penderhaka. Dicanang di situ dan dipersoalkan mengapa YB mesti mengingkari titah Sultan sebagai ketua negeri dan ketua agama. Jadi kepala otak aku pusing fikir kita nie kena follow sape sebenarnya? Bukan bermaksud aku totally menolak titah Sultan tapi pendapat YB bagi aku hanyalah satu khilaf yang mana pendirian beliau berbeza dengan pendirian orang lain. Tak perlu di'goreng' seolah-olah beliau penderhaka.

Bukan nak membela mana-mana pihak tapi bagi aku, pendapat yang perlu kita pegang adalah pendapat Ulama' Mujtahid. Kita sebagai muqallid perlu berpegang kepada kalam ahli Ijtihad bukan berpegang kepada titah Sultan. Lain ceritanya andai kata Sultan itu ahli ijtihad. Makna kata di sini kemungkinan besar YB berpegang pada kalam ahli ijtihad yang diyakininya betul. Jadi mengapa mesti dilaga-lagakan lagi orang lain. Cuba kalau kata-kata dan pendapat YB itu tak disiarkan media, adakah penduduk satu Malaysia akan memberi respond macam nih? Kalau nak diikutkan ada ramai juga orang lain yang sependapat dengan YB.



Tapi aku tetap nak tegaskan, aku berada di pihak tengah. Makna kata aku akan terima andai kata penggunaan kalimah Allah itu atas tujuan yang baik dan Allah itu dimaknakan sebagai Allah tanpa makna yang lain. Andai sebaliknya aku akan menolak penggunaan tersebut. Dan aku mengambil pendapat Tuan Guru Presiden PAS serta pendapat Dr. Haron Din dalam isu ini. Aku bersetuju dengan menggunakan kaedah Saddu Az-Zari'ah iaitu menghalang mudarat yang kecil untuk mengelakkan mudarat yang besar.

Tue berkaitan dengan pendapat yang mana sepatutya kita ambil. Satu lagi yang buat aku rasa tak senang adalah pengulas tue menggunakan perlembagaan sebagai rujukan dia. Mungkin pada zahirnya diterima akal sebab kat Malaysia perlembagaanla yang paling tinggi sekali kedudukannya. Jadi tue yang aku rasa tak best. Kenapa tak diguna pakai ayat Allah? Kenapa lebih diutamakan apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan? Aku rasa tak suka dengan cara macam tue. Jadi ini sekadar pendapat aku sebagai orang kecil dalam negara. Bukan maksud aku tolak abis-abis tv1 atas sebab dia stesen televisyen kerajaan. Tapi sampai bila kita nak amalkan politik tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah, tuding-menuding dan lain-lain? Tak jemu ke buat macam tue. Desperate sangat ke nak pertahankan kedudukan?


Apa-apa hal pun, aku akan ikut perkembangan. Aku suka dengan perkembangan yang ada bila IKIM buat muzakarah pasal isu nih dan panggil figure2 yang dikenali dalam bidang agama dan membincangkan isu ini. Banyak program-program yang membahaskan perkara ini secara ilmiah. Ingat, kita berjuang bukan nak perjuangkan Melayu. Tapi nak perjuangkan agama kita, aqidah kita. Jadi perkembangan ilmiah ini yang dapat memberi kefahaman jelas kepada masyarakat adalah satu perkembangan positif sebagai satu dakwah kepada umat Islam. Mungkin ada hikmah di sebalik isu ini bila mana timbul je isu nih tiba-tiba rancak pulak program-program ilmiah macam nie sampai ada Inter-faith discussion. Ini satu perkembangan positif kepada dakwah Islam di Malaysia.


So conclusionnya, dalam apa yang kita buat tue biar niat ikhlas kerana Allah bukan niat kerana manusia or kepentingan diri sendiri semata-mata.



2 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

salam..

biasalah, memang ada perselisihan informasi bila apa yang dicanangkan adalah penambahan kepada cerita yang sebenar.. kalau apa yang berlaku adalah apa yang benar2 berlaku, takkan pulak ada bermacam2 versi berita, kan?

apa pun, dalam memahami sesuatu perkara, kita mestilah ikuti perkembangan dan bukan setakat mengulas sesuatu yang diambil dari pertengahan jalan.. dan dalam isu ni, orang yang mengulas kebanyakannya bukan orang yang berpengetahuan mendalam tentang agama Islam.. tapi pendapat orang yang berpengetahuan pula dicantas dan ditolak..

sebab itulah berlaku salah faham dan ditambah pula dengan pengomen2 yang hanya mengomen sebab rasa nak mengomen..

wallahua'lam..

Firas said... [Reply to comment]

sumtimes, bile ak nmpak org kristian, rse cam nk ajak borak.. but xbrani. nape ek? sumtimes kte hebat brcerita tntg islam, bt ak ssah nk brsuara bile brdpan dgn non muslim. brdiskusi tntg isu ni dlm klgn umat muhammad, agak mudah brbnding dgn non muslim. bt paderi2 dyorg hebat mengkufurkan org islam, rmai lak tuh.. how bout u? wuts ur opinion?