Showing posts with label Blogaholic. Show all posts
Showing posts with label Blogaholic. Show all posts

Jan 13, 2011

Kesibukan Bermula Hari Ini || Isu Blogger Plagiat

Seperti yang dijangka, hari ni dah start aktiviti untuk event dan ada juga beberapa meeting yang perlu dihadiri. Tadi ada meeting kejap, mujur habis awal jadi singgah bilik kejap on laptop dan blogwalking kejap. Seperti biasa isu yang hot semalam isu plagiat ataupun spesies blogger copy paste yang gilakan traffic berganda sampai buat tutorial nak dapatkan traffic adalah dengan copy paste entry dari blog lain. Memang bagus betul blogger macam tue.

Actually ana tak kisah pun kalau ada orang nak share entry yang dibuat or nak copy tapi make sure back link or claim original author for the entry itself. Kita ada hak cipta juga. Masalah plagiat nie memang susah nak selesai selagi kita semua tak sedar diri. Bukanlah nak suruh formal sangat sampai kena buat APA Format or apa-apa format yang sewaktu dengannya pun kan. So pandai-pandailah kalau nak copy entry orang tu. Appreciate laa usaha dia nak memikir entry yang nak dibuat, type lagi, perkemaskan lagi apa semua kita senang-senang copy paste je. Memang sakit hati dibuatnya kalau macam tue.

Ana sendiri di awal-awal ana blogging tahun 2007 dulu ana copy paste jugak tapi sebab tak rasa feeling sebagai blogger bila buat macam tue jadi ana cuba create entry sendiri so lepas tue baru minat blogging nie muncul dan rasa seronok blogging nie. Macam mengarang buku laa jugak kan. So kalau dah rasa nak traffic sangat usaha laa sendiri. Baru berkat keuntungan yang dapat tue kalau tak faham-faham laa. Kita mengambil kesempatan atas usaha orang lain sama la seperti kita mencuri hak orang tersebut. Barang curi nie haram hukumnya. Tapi ana tak tahulah hukum apa bagi orang yang macam nie.

So sama-sama kita kurangkan kontroversi & tingkatkan prestasi kita.


Peace

Nak pergi lunch pulak

Nie yang best kalau ada event...makan free ^-^

wonder jugak picture2 yang kita amik dari google image then save dalam pc pastu masuk dalam blog nie kira plagiarise jugak ke?

Jan 8, 2011

Blog Berubah Wajah

Proses selama dua hari membuahkan hasil untuk membuat template baru untuk blog Berjalan Menuju Kebenaran. Kredit kepada owner blog Saya Anonymus kerana membekalkan contoh basic template untuk diubahsuai, owner blog Mari Bina Blog untuk tutorial yang berguna pasal blog, owner blog Ezhan Artwork untuk tutorial gold text effect & web Photoshopstar untuk web object tutorial. Akhirnya siap juga template baru nih.

Tahun baru perlukan sesuatu yang baru juga pada blog. Alhamdulillah, lepas update blog nie ilmu pasal blog makin bertambah. Insya-Allah akan dimanfaatkan untuk kebaikan. Jadi untuk post kali nie ana akan flashback balik apa yang telah dilalui sepanjang 2010. Kebanyakannya adalah berbentuk program-program yang disertai sepanjang 2010.

Januari
  • Persediaan Heart 4 Islam 2010 (Unit Sponsor)
  • Final Exam (Foundation Trimester 2nd Semester)
Februari
  • Persediaan Heart 4 Islam 2010 (Unit Sponsor)
  • Kem Penghayatan Islam Semester Januari 2010 (Unit Modul)
  • Minggu Mesra Kampus Semester Januari 2010 (Supervisor yang tak buat keja..hehe)
Mac
  • Kursus Pengurusan Organisasi Semester Januari 2010 (Unit Modul Gantian)
  • Heart 4 Islam 2010 (Sepanjang Mac)
April
  • Fardil Muslim Camp (Peserta)
  • Foundation Graduation (Unit Promotion & Publication)
  • Kem Motivasi Insan SMKA Sultan Azlan Shah (Pengarah)
Mei
  • Final Examination (Foundation Trimester 3rd Semester)
  • Cuti Semester (2 bulan setengah)
Ogos
  • Minggu Cakna Akademik (Peserta)
  • Kem Penghayatan Islam Semester Julai 2010 (Pengarah)
  • Kursus Pengutusan Organisasi Semester Julai 2010 (Pengarah)
September
  • Ziarah Kelantan (Wakil Unit Khas Perhubungan dan Penerangan Awam RM)
  • RM Hari Raya Fiesta (Datang Makan Saja)
Oktober
  • Interfaith Understanding Dialogue (Unit Sponsor)
  • Fardil Muslim Camp (Pemantau)
November
  • Final Examination (1st Year 1st Semester)
Disember
  • Khemah Ibadah Cuti Sekolah (Unit Modul, Aktiviti & Disiplin)

Setakat tue je program yang disertai sepanjang 2010. Tahun 2011 moga diberi kemudahan dalam segala urusan oleh Allah swt. Sama-sama kita terus berusaha menegakkan Islam selagi hayat kita dikandung badan. Insya-Allah, kemenangan Islam itu PASTI!!!. Perjuangan kita belum selesai lagi.

Wassalam.


Oct 21, 2009

Analisis dan Statistik...hehe

Hari nie terdetik nak check refferer blog nih. Terkejut gak bla tgk refferer2 tue sume. Nak kata gile2 byk spam kat internet skang nih. Kat e-refferer (kalo dalam blog ak nih widget belah kanan skali & bawah skali) da macam2 link ad even link yg plik2 pn ad gak. Mana datang ntah aku pun tatau.

Tapi setakat aku check laa kan setakat 21/10/2009
tatau laa btol ke x statistik nih..haha

sejak pkl 12.00am - 5 hits
20/9/2009 - 11 hits
19/9/2009 - 43 hits
14/9 - 20/9/2009 - 981 hits
Oktober 2009 - 12,531 hits
Year 2009 - 24,407 hits

Total Refferers - 217
Total Hit Count - 9054


Top 8 Readers


Amirudin Zaki 149 hits
Siti Hawa 146 hits
Azim Amin 123 hits
Ahmad Saifullah 118 hits
Baihaqi - 97 hits
Nazierah - 89 hits
Che Farhan - 64 hits
Zulazam - 61 hits

huhu...tq sudi jenguk blog buruk nih...hehehe

Aku actually x bajet yearly hit counters cecah puluh ribu sebab aku rase aku da start slow dalam blogging nih. Dah x aktif cam dulu2 (time belum masuk U). Tapi bulan Oktober je da belas2 ribu kire leh tahan gak laa. So ape yg perlu aku buat adalah kekalkan momentum aku dalam blogging nih. Hahaha...cam dalam blog Iejan laa kot cite pasal momentum...huhu. Da nyaris2 lupe da ape mende momentum tue. Almaklumlaa kan da dekat staon tinggal fizik, makin ilang ilmu fizik tue dalam pale otak.

Tapi pape pun ak kena betulkan blk laa niat aku nak blogging nih. Dah nama blog pun Berjalan Menuju Kebenaran. So aku kna laa post benda2 yg membantu orang len ke arah kebenaran. Takut gak aku nih nnt menyesatkan orang laen. Kena niat balik ak hantar post bukan mengharapkan komen tp harap ilmu yg nk dikongsi tue walaupun x seberapa sampai kat orang laen dan berharap orang laen tue pun smpikan pd org2 yg laen. Walaupun kekadang aku sendiri pun blurr pe aku nak post, tp suasana kat sekeliling aku wat aku senang dapat ilham apa aku nk post kat blog nih. Setakat sekarang rasanya aku banyak letak post yg actually ad kaitan ngan apa yg berlaku kat diri aku & suasana kat kampus. So tue laa keje aku time lapang...blogging. Walaupn ak tgk skang orang ramai bukak facebook tp ak rse blogging nih still best ag..huhu.

p/s : ak da reset counter refferer aku sbb ad byk benda merapu da termasuk skali dalam refferer tue..so nk elakkan fitnah ak reset semula...

Wassalam....

May 27, 2009

Perancangan....

Blog nie da masuk taon ke-3 da kalo diikutkan...huhu. Bergerak dengan nama yang sama sejak 30 Julai 2007 (Berjalan Menuju Kebenaran) sampai tarikh hari nie 27 Mei 2009 masih dengan nama yang sama. Maybe nama nie akan dikekalkan kot. Huhu..sekadar merancang.

Aku still dalam proses mencari dan mengumpul sumber kewangan. Insya Allah da cukup nanti aku akan beli domain sendiri untuk blog nih. Insya Allah lepas nie xde .blogspot.com da kot kat blog nih..huhu (xtau laa bila..tp suatu hari nanti laa). Sekadar merancang jugak.

Target aku jugak kot. Alang2 belajar ICT mst rr kna praktikkan. So x salah klu test kat blog nie sebab nie hak aku laa kan...hehe. Kalo boleh aku nk cuba create template sendiri untuk blog nie. Kalo boleh 100% design blog buatan sendiri laa..hehe. Takat yang ad sekarang nie pn kalo ak modified balik, modification sekadar 20% je kot. So design dy bkn completely dr aku laa..huhu. Sekadar merancang laa jugak.

Tapi segala perancangan itu akhirnya ditentukan Allah juga kerana Allah itu sebaik-baik perancang.

ومكروا ومكرالله والله خير الماكرين

Rasanya banyak da jasa blog nie kot kat aku..huhu

Start dengan copy paste artikel dari blog orang laen...lama2 aku mula menulis artikel sendiri walaupn bahasa rojak..hehe. Then aku terus plak kepada tulis pasal hidup aku dan pendapat aku terhadap sst isu. Semakin lama blog nie jd cam agak fleksibel untuk semua perkara dari penulisan hal2 peribadi aku smpi laa pd membincangkan sst isu. Pengalaman menjadi blogger..hehe. Insya Allah perkembangan dan revolusi ini akan terus berlaku kerana arus perubahan yang berlaku terhadap blog nie, dunia, diri aku serta pemikiran aku sekali.

Harap aku dapat terus ber'blogging' supaya aku dapat terus

BERJALAN MENUJU KEBENARAN


Revolusi Header Blog Berjalan Menuju Kebenaran


Header pertama
(nie lepas edit..nama asal Berjalan Menuju Kebenaran
..tp header 2 ak cari da hilang dah..lost dari PC ak)



Header ke-2


Header ke-3


Header ke-4


Header ke-5


Header ke-6

Apr 28, 2009

Top 5 Visitor In My Blog

Setelah dikaji dan dikira (ntah laa tepat ke tak kiraan nie kan)
aku pun dapat laa link2 yang paling kerap masuk blog nie kan..huhu

  1. http://amirmujahid91.blogspot.com/[blog Amir] - 82 times
  2. http://www.our-plans.blogspot.com/[blog Epul] - 72 times
  3. http://www.evaintyn.blogspot.com/[blog Hawa] - 60 times
  4. http://sototallyenzyme.blogspot.com/[blog Azim] - 59 times
  5. http://inspirasihati91.blogspot.com/[blog Iejan] - 48 times
Jadi nie laa top 5 visitors kat blog Berjalan Menuju Kebenaran nih..
Thanks laa sebab sudi gak baca blog aku yang ntah pape nie..haha

utk menghargai korang
aku bagi Award nie kat korang
juz copy je code pic nie ek..huhu

Image hosted by servimg.com



Skali lagi
Thanks bebanyak ek..haha

Apr 18, 2009

Akhirnya Berjaya

Hahaha...da ltk template baru nih rase nak modified la plak kan.....so aku pun bereksperimen laa dengan template 2 sebab nak buat topsidebar cam dalam template lame sebelum nie...Ade gak dalam sejam aku wat last2 jadi gak...Fuhhh...puas ati tul bla cubaan menjadi..hahaha..
nie rr coding yg ak da tambah dalam template aku untuk wat topsidebar 2..huhu

nie coding CSS yang aku tambah

#topsidebar {
float: right;
width: 350px;
font-size: 9pt;
}


.topsidebar h2{
color: #8f8049;
font-size: 11pt;
background:url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjz-56jUB3S3NZiH2TtN8L0QAJS1NzEx2l7qAC7cBRz24WzGrYV1FEWV-4zmqbfrR_wR4nFrKw-CfwPq9JBN-Y-uxsENKTia-lQswaobw2SSv9WoiGRrYuCRwToIaw7gw5cAyjPrMNU-cs/s1600/sidebarornament-1.png) no-repeat right top;
padding: 5px 0 5px 0px ;
}

.topsidebar ul{
list-style-type: none;
margin: 0;
padding: 0;
font-size: 9pt;
}

.topsidebar ul li{
list-style-type: none;
margin: 0 0 5px;
padding-left:0px;
font-size: 9pt;
border-bottom:1px dotted #9e9e9e;
}

nie lak code HTML yg ditambah



Hasilnya jadi cam nie laa...
huhuhu


New Templates

Hahaha...da lame x tukar template..
Kali nie aku da tukar da template baru...
yg nie nampak cerah sket laa berbanding yang sebelum nie...
pastu ala2 hijau sket...huhuhu.....Kalo dr segi smart x smart 2
ak rse cam bese je template nih...juz nmpk cam lbey elegan je
2 je pun rsenye...hahaha



nie thumbnail blog ak...hahahaha..

Apr 11, 2009

Post Akhir di Islam Namamu Teratas

Atas faktor-faktor tertentu, aku buat keputusan untuk delete blog
Islam Namamu Teratas nih.
Bukan nak delete sebab apa. Tapi aku jarang sangat2 update blog nih & aku banyak post kat blog aku yang lagi satu2 je. So seolah-olah blog nie da diabaikan laa..

Da lama pk so aku pun decide nak delete je blog nih. Tapi jangan risau laa..aku tak delete post2 ak..Ak da import sume posting aku dalam blog Berjalan Menuju Kebenaran. So kalo nak refer kat post2 dalam blog nih leh refer kat blog lagi satu 2..rasa cam tak mampu nak uruskan banyak2 blog nih..huhu..so lps nih aku gabungkan laa dua2 blog nih..

Maybe ak akan update blog ak dengan nafas baru kot..huhu...sbb dua2 blog nih da digabungkan maybe gak ak akan tukar nama blog nih..huhu..tp ak x tau lak nak letak nama ape..tak kesah laa nama apa pun..kalo nak pakai Berjalan Menuju Kebenaran lagi pun no problem gak..


Jadi nie laa keputusannya
Blog Islam Namamu Teratas akan didelete.
so pada sume follower Islam Namamu Teratas
harap maklum..huhu..leh je kalo nak tukar
follow kat blog Berjalan Menuju Kebenaran 2..
sbb aku da import sume post2 dalam blog tue...

Islam Namamu Teratas

Apr 3, 2009

Islam 4 Peace

Islam makin berkembang tiap2 hari. Walau ditindas agama ini masih lagi mengekalkan reputasinya sebagai World Fastest Spreading Religion. Memenuhi impian dan cita-cita menjadi seorang teknodaie di masa hadapan. Aku memulakan langkah pertama bersama rakan-rakan yang diterajui seorang senior membangunkan satu web komuniti bertemakan keamanan iaitu Islam 4 Peace.

Web nie masih lagi dalam pembangunan tapi sudah boleh digunakan sepenuhnya. Jadi sebarang komen & feedback boleh laa kalo nak bagitau admin2 web 2 or ltk je dalam thread feedback di forum Islam4Peace.net

Berbekalkan motto Islam Is All About Peace. Harapan agar mampu mengumpulkan semua kepakaran melalui web ini dan membina satu rangkaian Jamaah Online untuk membangkitkan semula syiar Islam dan bersatu atas asas kefahaman hanya kerana Allah s.w.t.

Jadi Pakat Mai Daftar ramai2x....ajak kawan2 laen same ek..
mendaftar di www.islam4peace.net






Mar 17, 2009

Insya Allah Boleh + Cara Nak Dengar Kisas53rd.fm

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Gayanya cam nak bagi ceramah. Tapi dalam dunia blog nih. Artikel ade laa kan. Takpe, maybe boleh tulis teks ceramah ke, khutbah ke etc..Insya Allah boleh kan..huhuhu

Asyik ulang alik je dari semalam ngan hari nie. Semalam trpaksa drive jaoh sket gi Parit Buntar nak bank-in RM20 for Petronas Scholarship. Nak daftar pun kena bayar ke. huhuhu. Takpe rr, janji leh dapat scholarship. Insya Allah Boleh. Ingatkan hari nie da tutup tawaran. Da laa payah gile nak masuk diorang punye website. Asyik tak masuk je. Alih2 tengok ari nie dia tunda sampai esok sampai kul 5 petang. Ada dalam sehari lagi. Insya Allah Boleh.

Hari nie lak pegi Masjid Tinggi bayor duit 4 driving class 10 jam. Pastu pegi lak Pekan Bagan Serai @ Pusat Bandar (ak panggil bagan je). Pegi Bank Simpanan Nasional, beli no pin 4 PISMP @ Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (betul kot nih). Aku amik course Math ngan Course Fizik. 2 Course nie juz utk nak ngajo skola menengah. Ade gak Pendidikan Khas cam ade sorang senior amik, Kak Alia Ismail batch 52 Kisas. Kalo prog Fizik ngan Math nih ade rr dalam 6 tahun setengah. mane tak nye, 1 or 2 Sem kt local IPTA or College, 6 or 7 sem Oversea (myb UK, AUS or NZ), pastu 2 sem KPLI kt Institut Perguruan..after that terus posting jadi cikgu. So sape yang berminat leh gi jenguk2 dulu kat laman web KPM. Insya Allah Boleh.

********************

Ok, Ikut Tajuk kat atas ada cara2 nak dengar Kisas53rd.fm huhu sebelum tue aku nak introduce sket arr radio nih. Idea nak buat radio nih aku dapat dari Laman Komuniti 1991. Masa tue ada kegilaan satu Internet Radio nih yang namanya FungkurFM : Dengarkan sampai Tersungkur. Kira agak phenomena hebat jugak laa radio nih. Lepas tue admin (Skyevo Studio @ afeeq) web 1991 tu pun wt laa radio untuk komuniti diorang sendiri & da ada DJ2 yang bertugas dalam kalangan ahli komuniti sendiri. So aku mintak ilmu sket laa kat Skyevo huhu...Kredit kepada Admin 1991 & pada sume geng2 komuniti 1991 keseluruhannya. Ske ngan tagline diorang Fight To Unite.

Yang ke-2 lak yang membangkitkan lagi hasrat nak buat radio komuniti Batch 53 nih bila aku terbukak radio NasyidFm. Best radio nih bg penggemar nasyid laa. Banyak gak lagu2 yang aku pun tak bese dengar. Mane nak cari ntah. 2 je kot sekitar Sejarah aku buat radio kisas53rdfm nih..huhu..cam ngade2 nak buat je kan...hahaha

Cara nak dengar radio nih ad banyak sebenarnye.
  1. Dengar melalui web Kisas53rd
  2. Dengar melalui Blog aku
  3. Dengar melalui web radio kisas53rd
  4. Dengar melalui Windows Media Player or Media Player Classic, etc.'




ralat : http://ruhhuldaie.blogspot.com

Ok aku akan terangkan cara yang ke-4 nak dengar radio sebab yang len 2 juz bukak & dengar je kan. So kalo nak dengar melalui player cara dy mudah sangat.

Bagi Pengguna Media Player Classic cam nie cara nak dengar







Bagi Pengguna Windows Media Player cam nie cara nak dengar





Mar 3, 2009

Pelik Tapi Benar


Beruang Ungu di Bueno Aires


Rumah UFO???


Kapal Terbang???


Gitar???


Mahalnye Bola Salji


Ape Pendapat Korang....
Betul ke Rekaan semata-mata
Pelik Tapi Benar......=)

Jan 19, 2009

Hmmm.....Internet Problem

X best langsung bila Internet kat umah problem
byk bende x ley wut.....boring seyh....ntah ape laa ak nk wut ek
hmmm....spe yg bce nih...ak post ni mse kat CC...
beza post kt CC ngn kt umh nie x byk sgt tp kt CC nih xde idea nk tulih pe
pastu ak x ske org bce ap yg ak tulih sblm ak postkn ap yg ak da tulih....
so dkt CC nih kurang laa privacy ak....so maleh nk nulih bek ak men game je...
hehehe....men game pn jadi laa ekk...
So maybe nnt ak x akan post anything utk sementara waktu....
sbbnye kene tggu Internet kt umh elok blk...tp konfem tyme 2 ak kt Melaka da
so myb ak akn stop 4 2 weeks kot....huhuhu...

Pape pn....Keep our life in a better way & straight way towards
Allah's blessing....Insya Allah

Jan 14, 2009

Template Baru

Huh....payah gak laa nak edit template baru nih....nasib tyme pasang dy x wt hal..
kalo x...x ke gile ak nak betulkan balik coding dy tuh....maleh laa plak
header 2 lak 3 4 kali kene edit balik bru dpt saiz yg smart....klu x nmpk gmbr blkg...
bg besar sket tbe2 abeh dgn sume link dy ttp....last2 dapat gak (ak men hentam je saiz 2)
yg pic Qunut Nazilah pn nk kene tukar saiz gak....huhuu...alang2 kene tukar bek upgrade sket
dapat laa kc cantekk sket.....ad laa blending dgn pic len...kaler da ubah sket....
memandangkan gmpr 2 makin kecik...so ak trpakse tukar font kt mksd doa 2....
sbb x nmpk...so x ley rr ak trs gne font walt Disney 2....sbbb ble saiz kecik susah bace...
so ade jgk laa perubahan dalam blog ak nih ekk....myb skrg da makin gelap kot...
sblm nih ak gne template yang agk bright laa....tp we need change right....????


nih sdkt thumbnail template baru ak...

huhu....best gak lps sume da siap...ingatkn ari nie x post pape
akhirnya ad laa jugak
nie laa post ak
hahaha.....

Jan 6, 2009

Layout nih

Susah gak ek nk wt blog nih...Nak taip senang je. Tulis ABC pn da kire taip da. Tapi nk bg nmpk smart cam pyh gak laa. Bkn pe sangat, basic HTML ak pun x bape kuat pastu nk main dengan code2 XML lak. Nasib r layout yang ad nih code dia da agak lengkap. So aku modified sket laa. Jadi aku nak kongsi laa sket basic HTML nih. Sebabnye HTML nie kalau iktkn x laa susah sangat. Yang jadi pening sebab kena hafal banyak code. Tpi x tau laa kalau yang lagi advance cam ne. Aku tau basic je. Tak kuat sangat laa. ok nie aku nak share sket psl coding2 nih.

sume coding dalam nih actually x lengkap sbb ak x tutup betul2 code diorang. kalau ak tutup nanti jadi lain lak...

sbnrnya asas plg penting dalam website nih mesti mula kat ats dia

html> (yg nie org pggl opening tag)
& diakhiri dengan
/html> (yang nie lak closing tag)

2 laa basic dia
tpi myb 2 x yh tau kot. Juz kalo korang berminat dengan coding2 nih, gi rr ambik course IT dkt universiti. Jgn risau pasal course yang korang nk ambik sbb nie leh diambil sebagai minor course. Rasenye laa ramai yg cakap cam tu kat aku.

So selalu kalau korang tulis korang nak bagi dy jadi centre, kt kanan or kt kiri. Ada kala korang nak bold kan dia. Kekadang nak Italic pun ad jugak. Ad yang nak link kan ape yang dia nak tulis cam contoh dia tulis sst tpi di link kan ke laman web laen...Tpi sekrg byk web yg dh ad siap dah benda 2 tpi in case tbe2 takde leh gune coding nih.

Jadi asas untuk benda nih sebenarnya mudah je. Korang try laa wat cam nie.

kalau nak alignkn ayat korang k gmbr k video k widget k pape laa

Sesuatu yang menyeronokkan

Sesuatu yang menyeronokkan

Sesuatu yang menyeronokkan


yg nie lak saiz font korg

H1>Sesuatu yang menyeronokkanH2>Sesuatu yang menyeronokkanH3>Sesuatu yang menyeronokkanH4>Sesuatu yang menyeronokkanH5>Sesuatu yang menyeronokkanH6>Sesuatu yang menyeronokkan
kalau nak link kan lak

url>ape web nyex pun
url=web ape nk letak>description
2 je laa leh kongsi....
actually susah kalo ak wt kt blog nih
so kalau korang nk tau lebih lanjut
bukak rr web nih

http://zulkiplyharun.com/html/pel1.html



selamat mencuba

Jul 22, 2008

Evolusi Komputer

EVOLUSI KOMPUTER


Sejarah perkembangan komputer secara elektronik sepenuhnya telah dikatakan bermula selepas tahun 1940 (Shaharuddin Salleh : Pengenalan Kepada Komputer). Ia dapat dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi evolusinya :

GENERASI PERTAMA

Komputer awalan 40-an dikatakan merupakan projek kententeraan Amerika Syarikat. Ianya dikatakan diguna bagi menggantikan alat-alat pengiraan trajektori agar pantas dan tepat yang sebelum ini sering melakukan kesilapan. Saiznya amat besar dan dikelaskan sebagai Kerangka Utama (Mainframe).

Ia menggunakan tiub-tiub vakum bagi tujuan pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol kecil. Ia cepat menjadi panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan agar tidak menjejaskan operasi komputer adalah amat banyak sehingga mencapai ribuan unit. Ia juga memerlukan penggunaan elektrik yang amat banyak sehingga menggangu kelancaran arus elektrik di kawasan sekeliling.

Dalam tahun 1946, komputer elektronik digital yang pertama iaitu ENIAC (Electronic Integrator And Calculator) telah dicipta oleh Dr. John Mauchly dan Presper Eckert. Ia mengambil keluasan sebanyak 140 meter persegi, berat yang mencapai 30 ton, 130 Kilowatt tenaga dan menggunakan 18000 unit tiub vakum. Ia mempunyai keupayaan melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat mengatasi komputer-komputer lain (analog). Ia mempunyai ingatan yang disimpan diluar komputer dengan menggunakan suis dan wayar. ENIAC hanya digunakan oleh ahli sains dan jurutera terlatih sahaja.

Penyimpanan ingatan di dalam komputer atau lebih dikenali sebagai Konsep Aturcara Tersimpan (Stored Program Concept) telah dicadangkan oleh John Von Neumann yang menggunakan nombor binari (0 dan 1) bagi melakukan tugas pemprosesan dan storan.

EDSAC (Electronic Delay Storage Automation Calculator) telah menggunakan raksa yang dimasukkan di dalam tiub bagi menggantikan tiub vakum untuk penyimpanan ingatan. Ia lebih ekonomi namun terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Cambridge University, England. Ia adalah komputer pertama yang menggunakan konsep aturcara tersimpan.

Dr. John Mauchly dan Presper Eckert juga telah membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer). Ia lebih cekap dari ENIAC dan mengurangkan penggunaan tiub vakum. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan. UNIVAC1 (Universal Automatic Calculator) yang juga ciptaan Dr. John Mauchly dan Presper Eckert telah dikeluarkan untuk memproses data perniagaan pada tahun 1951 bagi menggantikan komputer-komputer yang sebelum ini hanya digunakan bagi tujuan pengiraan. Ia menggunakan raksa untuk storan dan digunakan oleh Biro Banci Penduduk, Amerika Syarikat.

GENERASI KEDUA

Dalam generasi ini, komputer mula menggunakan transistor dan diod bagi menggantikan tiub-tiub vakum. Ia telah menjadi lebih kecil dan murah. Transistor tidak mudah terbakar berbanding dengan tiub vakum. Teras magnetik diperkenalkan untuk tujuan menyimpan ingatan. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan serta saiz ingatan utama komputer juga bertambah besar. Ini menjadikan komputer lebih pantas menjalankan arahan.

Bahasa peringkat tinggi iaitu FOTRAN dan COBOL diperkenalkan bagi menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang sukar. Ia menjadikan pengendalian komputer lebih mudah. Permintaan komputer bagi tujuan pemprosesan data dalam bidang perniagaan mula meningkat. Masyarakat mula menerima komputer dan kerjaya dalam bidang komputer mula mendapat tempat. Universiti mula memperkenalkan pengajian sains komputer untuk melatih kakitangan mahir.

Famili kedua terbesar dalam kategori komputer iaitu Minikomputer mula dihasilkan. Harganya lebih murah berbanding dengan kerangka utama (Mainframe). Ia menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam bidang perniagaan. DEC PDP-8 adalah komputer mini yang pertama dihasilkan dalam tahun 1964 yang kemudiannya dituruti oleh IBM (International Business Machine) dengan komputer mini mereka, 7090 dan 7094.

GENERASI KETIGA

IBM memulakan evolusi generasi ini dengan menghasilkan sebuah Kerangka Utama iaitu System/360. Ia mengandungi segala peralatan bagi tujuan pengaturcaraan. Ia dapat diguna dalam pelbagai tujuan samada sains, perniagaan atau lain-lain. IBM mula memonopoli industri pembuatan komputer. IBM System/360 ini memperkenalkan banyak ciri-ciri baru termasuklah penggunaan Sistem Pengoperasian (Operating System). Ia juga mengandungi stesen-stesen secara berasingan dan dikawal oleh sistem induk. Ia juga memperkenalkan Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing). Melalui sistem ini, kesemua stesen-stesen mampu melakukan proses serentak.

Melalui penyelidikan mikroelektronik, transistor telah dapat dikecilkan kepada saiz mikroskopik. Beribu-ribu unit transistor dipadatkan di dalam kepingan silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration atau LSI) untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan cip. Cip mula menggantikan tansistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil telah menjadikannya popular dan ia telah digunakan di dalam kebanyakkan alatan elektronik. Harganya yang murah menyebabkan banyak alatan elektronik jatuh harga dan kemunculan revolusi perindustrian kedua bermula.

Mikrokomputer, jenis terkecil dalam famili komputer mula muncul. Ia cepat popular kerana saiznya yang kecil, harga yang murah dan kebolehannya beroperasi secara sendirian. Ia mampu mengatasi ENIAC di dalam sesuatu tugas. Antara jenama-jenamanya terkenal seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Ia mula digunakan dalam pemprosesan data perniagaan yang kecil. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal, C, Logo dan PL/1.

Mikrokomputer dibekalkan dengan cip ROM (Read Only Memory) secara bina-dalam (Built In) bagi membolehkan bahasa BASIC digunakan. BASIC mula popular sebagai bahasa pengaturcaraan. Perisian-perisian penggunaan bina-siap (ready made) mula digunakan bagi menyelesaikan sesuatu masaalah. Bidang pengaturcaraan mula menjadi antara bidang pekerjaan yang menawarkan gaji yang amat tinggi.

GENERASI KEEMPAT

Kita dikatakan sedang berada di dalam zaman peralihan dari generasi ketiga kepada generasi keempat. Di dalam generasi ini, cip masih lagi digunakan sebagai tempat penyimpanan ingatan. Walaupun begitu, ia telah menjadi lebih maju sehingga beratus ribu transistor telah dimampatkan ke dalamnya. Proses ini dipanggil Pengamiran Skala Amat Besar (Very Large Scale Integration atau VLSI).

Pemprosesan menjadi amat pantas sehingga berjuta bit sesaat. Ia juga telah memunculkan satu lagi kelas komputer yang dipanggil Superkomputer (SuperComputer) seperti Cray 1 yang kemudian dimajukan lagi seperti Cray XMP. Superkomputer menggunakan beberapa pemproses selari (parallel processor) yang berfungsi serentak. Ia banyak digunakan bagi membantu dalam kajian cuaca, senjata peperangan dan sistem kawalan pengkalan data yang amat besar.

Mikrokomputer juga menjadi lebih maju dengan mempunyai keupayaan ingatan sehingga 64 juta bait. Ia juga telah melahirkan beberapa jenis mikrokomputer yang lebih kecil seperti Komputer Buku (Laptop atau Notebook) yang mana saiznya hampir sama dengan sebuah buku rujukan. Mikrokomputer yang lebih kecil dari itu juga telah dilahirkan iaitu Komputer Tangan (Palmtop). Kepantasannya juga telah bertambah dari masa ke semasa.

Mikrokomputer juga telah dilengkapkan dengan peralatan 'multimedia' yang mampu menayangkan filem dan bunyi. Storan sekunder yang mempunyai kapasiti yang lebih besar diperlukan bagi menampung jumlah simpanan data yang makin bertambah. Komputer juga telah menjadi sesuatu yang biasa digunakan di pejabat ataupun dirumah bagi kerja-kerja seharian. Sistem Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network), Sistem Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network) dan Sistem Rangkaian Antarabangsa (International Network) juga telah dihasilkan. Ia telah menjadikan komunikasi dalam komputer lebih canggih di mana kita boleh masuk ke hubungan antarabangsa hanya dari komputer di rumah !.

Perisian-perisian bina-siap (ready made) telah menjadi suatu kemestian. Perisan-perisian bina-ubah (tailor made) juga diperkenalkan bagi membantu menyelesaikan sesuatu masaalah. Komputer menjadi lebih bijak dengan terciptanya perisian-perisian yang mampu membezakan pengguna dengan melihat pada corak dan warna Iris mata.

GENERASI KELIMA

Evolusi generasi kelima masih belum wujud. Ia hanya merupakan suatu impian masa depan. Walaupun begitu, projek-projek perintis untuk jangka panjang telahpun dimulakan seperti projek bandar pintar atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor oleh Malaysia. Komputer dijangkakan lebih kompleks dengan ingatan yang berlipat kali ganda Terabait. Sistem pintar yang dipanggil 'Artificial Intelligence' akan mengambil alih tugas-tugas yang membahayakan atau memerlukan ketepatan yang lebih dari manusia.

Jabatan ketenteraan Amerika Syarikat juga telah mula merancang penggunaan robot di dalam peperangan, projek ini dikenali dengan nama 'Star Wars' ia juga menggunakan sepenuhnya penggunaan satelit. Robot-robot juga dijangka menggantikan manusia dalam kerja-kerja pengilangan seperti industri pembuatan kereta. Kad-kad pintar juga akan menggantikan semua dokumen-dokumen atau akaun bank pengguna. Di dalamnya mengandungi pelbagai informasi tentang pengguna tersebut.

Bahasa pengaturcaraan menjadi amat penting, dengan baris-baris arahan pengaturcaraan Pascal contohnya, kita dapat mengarahkan robot memilih di antara buah limau dengan buah epal menerusi arahan suara yang diberikan kepadanya !. Komputer juga dijangka menjadi suatu bentuk komunikasi yang canggih. Penggunaan 'video conference' dijangka akan digunakan sepenuhnya. Bandaraya pintar juga dijangka akan wujud di segenap negara.

By Nor Arisham Hj Bakar
Published: February 21, 2002