Allah menjanjikan ujian untuk menguji keimanan seseorang sepertimana difirmankan dalam Surah Al-Ankabut ayat yang kedua. Kita memang sentiasa berada dalam ujian Allah tak kira ketika susah ataupun senang. Kesusahan yang kita hadapi itu adalah ujian daripada Allah. Kesenangan dan nikmat itu juga merupakan ujian daripada Allah untuk kita. Secara mudahnya untuk disimpulkan, kita memang sentiasa berada dalam ujian Allah dan tak pernah walaupun sedikit kita mengelak daripada ujian Allah. Andai kita berjaya mengharunginya, Allah akan mengurniakan ganjaran yang baik samada sekelip mata ataupun sebaliknya. Setiap masalah itu ada penyelesaiannya, cuma apa yang kita buat dalam mencari penyelesaian itu sahaja menjadi soalnya.
Semenjak buka semester nie, satu pengajaran dan pembelajaran yang ana terima adalah kita jangan terlalu asyik membincangkan masalah tanpa mencari solusi kepada masalah tersebut. Apa sebenarnya yang kita dapat daripada membincangkan masalah yang bertimbun-timbun tanpa ada penyelesaian. Masalah-masalah itu semuanya tak lain hanya memberikan tekanan pada kita untuk berhadapan dengan satu-satu masalah yang timbul. Nak lari dari masalah pun tetap juga masalah itu menghantui dan terus mengejar kita. Jadi nak atau tidak, masalah itu perlukan penyelesaian. Ana yakin dan pasti setiap orang di dunia ada masalah masing-masing. Tak kiralah masalah kesihatan, masalah emosi, masalah hati, masalah pengurusan masa dan macam-macam masalah lagi.
Jadi dalam skop kita kali ini bukanlah sebenarnya nak mencari dan menyelesaikan masalah, tak akan dibincangkan panjang lebar mengenai masalah. Di atas ini sekadar mukaddimah sahaja. Sebabnya, dalam perjuangan Islam banyak masalah dan kesukaran yang bakal menimpa kita. Itu lumrah, jangan dinafikannya. Jadi perkongsian kali ini mungkin nak mengajak kita untuk menjadi orang yang strategist bukan orang yang pandai cakap saja.
Ana mengambil ibrah dari sirah dan analisis yang mantap oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman dalam buku karangannya Kuasa KePemimpinan Al-Fateh. Klik sini untuk melawat blog beliau. Dalam bab kedua buku tersebut menceritakan tentang kuasa strategi Sultan Muhammad Al-Fateh dalam usaha menguasai Constantine ketika itu. Bagaimana kekuatan strategi peperangan yang dibuat yang mengambil kira segala faktor termasuk faktor sejarah, kebudayaan musuh dan adat mereka, faktor demografi dan geografi serta faktor politik dan bermacam-macam faktor yang telah dikaji dan dicipta satu strategi yang hebat melaluinya. Hukum alam juga dipatuhi dalam usaha ini. Maka tak hairanlah kemenangan berpihak kepada Islam ketika itu dan tak hairan juga Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh mendapat anugerah yang Nabi Muhammad saw sebutkan sebagai sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera. Ini kerana usaha itu memang kita letakkan dalam kategori terbaik.
diambil dari http://azizikhalid.com/post/114197784/happy-istanbul-day |
Ditambah pula dengan tawakkal kepada Allah swt dan mengharapkan bantuan daripadaNya dan mengharapkan Allah akan memberi ilham dan idea kepada mereka menjadi satu lagi kekuatan utama hebatnya Sultan Muhammad Al-Fateh dan bala tenteranya. Inilah yang menjadi tunjang utama kemenangan Islam membuka kota Constantine (kini Istanbul) ketika itu. Inilah sistem dan strategi yang begitu terancang dan berjaya mengalahkan kebatilan yang juga terancang tapi kerana kita berada satu langkah terkehadapan daripada musuh kita berjaya mengambil keseluruhan kelebihan yang ada pada ketika itu.
Dikaitkan dengan situasi zaman kini di negara kita sendiri, situasinya mungkin nampak berbeza dengan zaman Rasulullah dan mungkin juga berbeza daripada zaman dahulu kala. Itu juga perkara biasa kerana dunia sentiasa berubah. Pemikiran manusia juga berubah. Sistem juga berubah. Tapi apa yang penting dasar jangan diubah iaitu pegangan teguh kita terhadap Al-Quran dan Sunnah. Maka dalam zaman ini yang penuh dengan demokrasi, walaupun tak ada peperangan yang terlibat, tetap juga strategi itu penting dalam mendapatkan kemenangan bagi mencapai kuasa pemerintahan untuk membina sebuah negara Islam. Jadi, tak salah kalau kita apply segala strategi yang ada dengan melaksanakan SWOT untuk mencari di mana kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada dalam sesuatu perancangan dan perencanaan.
Maka ketersusunan gerak kerja dan sistem serta perancangan yang rapi dapat membantu kemenangan Islam. Ini jugalah sunnah Rasulullah kerana Rasulullah seorang strategist juga. Tak percaya, cuba renung kembali peristiwa hijrah Rasulullah. Banyak keadaan yang menunjukkan betapa hebat strategi yang dibuat Rasulullah dalam peristiwa hijrah ini sedangkan Rasulullah boleh saja mendapatkan bantuan daripada Allah untuk menjaganya daripada bahaya. Namun, menggunakan kekuatan akal seorang manusia, Rasulullah mencipta satu strategi yang sangat brilliant dan hebat. Ketika itu tak ada teori SWOT, tak ada kaedah Fish Bone, tak ada 6 hat daripada Edward de Bono. Tapi kekuatan akal itu telah digunakan sebaiknya hasil tarbiyah diri Rasulullah sebagai pengembala sejak kecilnya itu.
Maka kesimpulan ringkas yang dapat diletakkan di sini ialah 'Be a Strategist not just an Empty Talker'.
diambil dari http://bottomlineideas.com/strategyandplanning.aspx |
0 comments:
Post a Comment