Pertamanya, keadaan di Mesir sekarang masih lagi tidak stabil walaupun dikhabarkan masih tenang. Alhamdulillah, pelajar Malaysia pun ramai yang dah balik dan khabarnya by 7 Februari or mungkin esok proses evakuasi pelajar dari Mesir akan selesai. Cuma ada jugak laa terbaca beberapa berita tentang ada yang namanya tak berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi, pelik. Mungkin terlepas pandang, apa-apa pun ada atau tak nama tue, kalau dah pegang MyKad & warganegara Malaysia tue, kita bawak balik saja ke Malaysia. Keselamatan itu lebih penting. Apa-apa masalah macam, tak ada nama ke apa ke, kita selesaikan lepas balik Malaysia. Mungkin ada masalah dalam proses dokumentasi. Sebabnya macam pelik kalau ada student yang ke Mesir tanpa melalui Kementerian.
Habis cerita Mesir. Setakat itu saja.
Berbalik kepada topik asal, ana tak mahu hilang fokus. Fokus Apa?
Fokus terhadap semester kali ni.
Tahun nie, UTP dah apply sistem baru iaitu sistem Trimester yang secara jujurnya ana pening kepala juga dengan sistem nie walaupun dah faham macam mana perjalanan sistem nie. Tapi kami yang berada dalam zone Unstable Period tetap kena habiskan pengajian untuk UTP kembali kepada stable period. Ada juga tanya pada lecturer, katanya nie requirement MQA (Lembaga Akreditasi Malaysia kalau tak silap dalam BM). So nak tak nak kena apply jugak laa. Padanlaa banyak subjek yang redundant dan berulang masa kami naik Undergraduate nie. Sebabnya masa foundation dulu ana dah belajar subjek C++, alih-alih masa 1st Year 1st Semester dulu kena ambil jugak. Katanya MQA tak ambil kira foundation. Masuk undergraduate kira start from zero again. Macam tue rupanya. Tak apalah, ilmu kalau berulang jadi lagi pandai.
Untuk semester dua nie, ana ambil 6 subjek dengan 18 credit hour (3 credit hour each). Database System, Object Oriented Programming, Algorithm and Data Structures, Operating System, Islamic Studies dengan Professional Communication Skills. Daripada 6 subjek, 5 ada final exam. So agak not bad jugak laa kan. Compare to last semester, ana ambil 6 subjek jugak tapi 17 credit hour sebab Co-q cuma 2 credit hour kalau tak silap. Sama juga ada 5 paper untuk final exam.
Cuma untuk semester kali ini, workload juga makin bertambah. Bukan dekat part akademik je, sebab tue tak mahu hilang fokus. Masa kena diatur dengan baik. Time study kita study, time kerja persatuan buat kerja persatuan, time solat pergi solat, time main pergi main, time meeting pun pergi meeting. Kena pulak sekarang ana ditaklifkan sebagai Head PR untuk Rakan Masjid, memang agak hectic jugak laa perjalanan hidup kali nie. Tapi ana rasa, kalau kita manage untuk jaga masa dan balance dengan study kita, insya-Allah boleh. Cuak juga tengok result semester lepas bila ada kawan-kawan yang kena repeat subjek laa ada yang kena academic probation pun ada. So kalau boleh ana tak mahu berada dalam tempat-tempat tersebut laa.
Jadi, keep focus!!
P/S :- Tahun nie Valentine's Day bertembung dengan Maulidur Rasul. Harapnya, tak ramai buat perangai pergi buat maksiat sana-sini. Sedih betul dunia zaman sekarang bila jadi macam nie.
0 comments:
Post a Comment