Feb 18, 2009

Home » , , , » Salah Siapa?????

Salah Siapa?????

Saja-saja melawat blog orang laen td...seronok tengok variety topic yang diutarakan bloggers Malaysia nih..& secara tiba2 aku agak tertarik dengan post nih yang cukup menarik perhatian aku tentang betapa parahnya krisis gejala sosial dalam kalangan remaja Malaysia khususnya yang beragama Islam laa (memang yang nie laa majoriti)

Try laa bca post dlm pic nih....klu rabun mntk org bacakan...sori laa nie pic copy paste je..so x clear sangat pic nih...nak gmbrkn masalah kegawatan akhlak dalam kalangan remaja Islam...kalo nak nampak clear sket bukak nih Perangai Chatterz



Sekarang...bicara tentang sex da semakin terbuka....bukan takat sembang sex...tapi cite pengalaman sex2 pn da jadi satu kebanggaan buat remaja sekarang...kalau dalam pic 2 siap ajak sembang sex & ajak buat sex lagi...mana letak harga diri dyorang...mna budaya Melayu yang dibangga & diangkat-angkat oleh kita...melihat pada situasi itu satu persoalan timbul di benak pemikiran....

SALAH SIAPA??????


adakah nak salahkan remaja2 yang dah rosak nie??...andai mereka diasuh dengan baik adakah akan jadi begini?? Nak salahkan ibu bapa ke?? salah Kerajaan k?? atau salah kita semua??

Mungkin ini kesan bila Islam itu tak diaplikasikan sepenuhnya dalam kehidupan...Patutkah Malaysia digelar negara Islam dengan krisis keruntuhan Akhlak yang cukup meruncing nih...Mana pergi wibawa pihak kerajaan kononnya nak melaksanakan Islam Hadhari...makin Hadhari masalah gejala sosial makin menjadi...Inilah perkara yang pasti...Islam Hadhari sekadar mainan politik bagi meraka...Hukum Hudud pon dipolitikkan sedangkan Hudud itu hukum Allah yang wajib dilaksanakan...tapi mengapa ditolak???bila keluar satu hujah yang memberi manfaat diangkat hujah & dalil itu..tapi bila bertentangan dengan dasar dan kehendak mereka...senang-senang sahaja ditolak...Jadi dimana peranan Pemerintah kita yang sepatutnya sebagai pemerintahlah perlu menegakkan & menerapkan Nilai Kesempurnaan Islam dalam diri rakyat & masyarakat tak kira Muslim atau Non-Muslim...Tapi hari ini kita ada mufti yang kerjanya mengeluarkan fatwa secara suka-suka kerana tak ada siapa pun nak ikut fatwa yang dikeluarkan....konsert yang bercampur laki perempuan itu ada unsur maksiat ditambah dengan penyanyi yang berpakaian cukup mengghairahkan...bila dikeluarkan fatwa adakah dihiraukan????

Inilah hakikat betapa korupsinya keadaan masyarakat kita sekarang tanpa bimbingan agama yang teguh....bagi mereka Islam itu hanya di masjid dan surau2 saja...Bagi mereka solat 5 waktu yang belum tentu khusyu' & lengkap 5 waktu dilaksanakan sudah boleh masuk syurga...

Jadi persoalan yang masih tak dapat jawapannya

SALAH SIAPA?????



Berdakwah bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan... kembara insan mencari Tuhan

- ABU SAIF-

4 comments:

mhmdzlzm said... [Reply to comment]

kalo hudud ni dlaksanakan..
insya Allah sex bebas dibanteras 150% dalam klgn umat Islam!

al-bagani said... [Reply to comment]

Insya Allah...
harap2 dilaksanakanla..

serunaiklang_91 said... [Reply to comment]

wa...lawa blog ni...jeles aku...hehe
bermanfaat plak tu...tahniah kpd tuan punya blog...

al-bagani said... [Reply to comment]

thanks...
jgn puji byk sgt
bahaya....