Feb 17, 2009

Home » » Andai Aku Mampu Merencana Strategi Sebijak Zhu-Ge Yang

Andai Aku Mampu Merencana Strategi Sebijak Zhu-Ge Yang


~Red Cliff~

Pagi tadi betul-betul lepas solat Subuh...aku masuk je dalam bilik terus tengok pada PC...Da abis download ke Cerita Red Cliff nih?? Bila tengok rupa-rupanya PC da kene tutup..laa mesti tak abis download lagi..so aku pun buka PC balik & sambung download cerita tu...Menggunakan Bitcomet Modded 0.66 utk mendownloadkan cerita tu dari format torrent ke format AVI...aku berjaya menikmati speed download yang hebat hingga menjangkaui 170Kbps++....agak laju laa walaupun file yang aku download tue saiznya hampir 1.36Gb...besar tue..

Abis Download je aku terus tengok cite Red Cliff...tak sabar nak tengok apa yang dikatakan agak menarik dalam cite nie...Aku download yang Red Cliff Part 1(2008)...sebab x tengok lagi..tapi aku ada download gak Red Cliff Part 2 (2009)...sambungan kepada cerita tue...


~Sun Quan~

Kembali kepada Maudu' ak..ak bukan nak bagi sinopsis cerita Red Cliff nih...kalau nak tau mcm mana cite tue...Better tengok sendiri...Lepas tengok cite tue...aku sebenarnya tertarik dengan watak yang menjadi War Strategist yang bernama Zhuge Liang (lakonan Takeshi Kaneshiro) yang berpihak kepada tentera Liu Bei & ada seorang lagi dari pihak Sekutu Liu Bei dari Selatan iaitu Zhou Yu (lakonan Tony Leung) yang hebat dalam bab serangan laut...kedua-dua figure nih mencerminkan kehandalan mereka dalam merencana strategi peperangan dalam menjatuhkan pihak musuh (Cao Cao) yang mempunyai bala tentera sebesar 800 ribu orang...memang ramai...berbanding gabungan tentera Liu Bei & Sun Quan yang cuma ada 130 ribu orang sahaja...suatu perbezaan yang amat besar andai ingin dibilang menggunakan kalkulator....800 ribu-130 ribu=670 ribu...tentera Cao Cao mempunyai 'advantage' yang sangat besar dalam peperangan Tebing Merah (Red Cliff) ini...


~Zhuge Liang & Zhou Yu~


~Liu Bei~

Apa yang buat aku teruja adalah strategi peperangan yang begitu bijak sehingga betul2 dapat mengelirukan musuh...strategi Yin Yang yang dibentuk selepas melihat kura-kura darat itu begitu hebat sehingga mampu menewaskan hampir semua tentera yang menyerang mereka...personaliti Zhuge Liang begitu tenang dan seolah-olah dia tak pernah berhenti dari merencana strategi peperangan terbaik bagi mengalahkan Cao Cao...Strategi yang dapat mengepung tentera musuh dalam satu bulatan yang sangat besar itu sangat berkesan.

Memang betul apa yang dikata oleh Kak Nurul dalam postnya yang bertajuk Red Cliff : Menyingkap Karakter Kepimpinan...Hampir kesemua watak Protagonis dalam cerita ini mempunyai kemahiran, kehebatan & ketokohan masing-masing yang mengangkat mereka menjadi Pahlawan yang sangat hebat yang tak pernah mengenal erti menyerah kalah atau futur dalam perjuangan mereka...tak salah lagi filem ini mampu memberikan satu impak positif bagi siapa yang menghayati jalan ceritanya...sangat hebat.

Alangkah baiknya kalau Kader2 dakwah Islamia sekarang mempunyai Karakter Kepimpinan seperti mereka itu...Mungkin Islam akan naik ke kemuncaknya semula andai Umat Islam mempunyai sifat Kepimpinan tersebut.

Bloeh tengok video nih...nie part dalam cite Red Cliff masa diorang buat Yin Yang formation dalam peperangan....memang smart...leh tgk cam mana kehebatan Pahlawan2 Liu Bei & Sun Quan






4 comments:

Aku_diriku said... [Reply to comment]

pergh cm best la citer ni..
ak hrapak bleh tgk gak nnt..

Ruh Al-Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

ak sarankan tgk laa
best cter nih....

Zil-el-Saif said... [Reply to comment]

sy belum tengok lagi cerita ni
tp sy mmg peminat setia
kisah-kisah tiga negara ni
(san gou yan ying)
mmg dari dulu lg sy ikut cerita dia
tak kira dlm bentuk game, novel atau komik

yg paling sy suka dlm tiga negara ni
ialah zhao yun, komander termuda antara 'lima harimau'
dalam pasukan Liu Bei
juga saya suka watak Xiahou Dun
orang kuat Cao Cao
tak pasti la dlm filem ni dia masuk ke tak watak Xiahou Dun
sy suka keberanian dia

begitu juga Zhuge Liang @ kong Ming
watak lagenda yang setaraf dengan strategis terkemuka, Sun Tzu

Banyak yang kita boleh pelajari kat sini
di samping kaji strategis Islam
seperti Tariq bin ziad dan Salman al-Farisi

Ruh Al-Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

Dalam Red Cliff Part 1 banyak memaparkan perang di daratan...kebanyakan pahlawan yang dipaparkan kehebatan mereka adalah dalam pasukan Liu Bei...

Tak sangka Cao Cao ingin menakluk Selatan kerana seorang wanita...

Watak Zhou Yu dipaparkan sebagai seorang yang berfikir jauh kehadapan dengan merancang sesuatu yang akan memberikan kesan terbaik di masa hadapan. Zhou Yu juga seorang pakar taktikal dalam bidang peperangan laut.