Jul 17, 2011

Home » , » MPP vs Student's Club

MPP vs Student's Club

Semalam ana ke program UTP Students Leader Workshop and Appreciation Night di Clearwater Sanctuary Golf Resort menggantikan saudara Presiden RM yang ada urusan lain. Ada dua sesi iaitu sesi bengkel pada sebelah siangnya dan appreciation dinner pada sebelah malam. Ana hanya hadir pada sebelah siang dan malamnya telah dihadiri Presiden RM sendiri. Ikutkan nak juga makan dinner tapi ada hal lain.

Program nie dilaksanakan di bawah anjuran atas inisiatif MPP ana rasa di bawah Exco Research Club and Development. Sesi bengkel dan perbincangan ini dibuat dua sesi yang mana sesi pertama ialah MPP vs Students Club. Dalam sesi ini, kita mendengar sedikit penjelasan saudara Presiden MPP tentang beberapa perkara dan kami yang mewakili Kelab dan Persatuan Pelajar masing-masing meluahkan beberapa komen dan pendapat yang rata-ratanya berkait rapat dengan isu kebajikan pelajar.


Seterusnya, ada sedikit modul ringkas yang ana kira menarik. Modulnya ialah modul kita menyalahkan diri kita sendiri dan menunjukkan yang orang lain tidak bersalah melainkan kita yang bersalah. Biasanya kalau kita berdebat, kita nak kata kita betul. Tapi nie kita nak kata kita salah. Blur laa juga sebab ego manusia sentiasa nak menang. Secara overall, modulnya agak menarik walaupun topik yang diberi agak terlalu general bagi ana.

Sesi kedua pula bermula selepas makan dan solat. Sesi kedua, kami dibahagikan mengikut jenis kelab yang telah dibahagikan dalam Majlis Persidangan Presiden-Presiden Kelab (MPPK) UTP. Rakan Masjid diletakkan di bawah division Social Responsibilities. Kumpulan ana terdiri daripada Rakan Masjid, HELWI UTP, Rotaract Club, MAKNA UTP, MPP dan Peer Helper. Rata-ratanya ana kenal mereka melalui program UTP Leadership Program yang pernah ana hadiri sebelum nie. Jadi kumpulan kami telah berbincang beberapa masalah yang telah dihadapi daripada kelab masing-masing dan kami telah mencari beberapa penyelesaian dan cadangan untuk dibentangkan dihadapan Senior Manager Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar (JPSP), En. Talhah Hassan.

Apa pun, ana tertarik dengan kata-kata En. Talhah yang menganggap kami sebagai 'partner' dan bukan melihat sebagai sekadar mahasiswa. Sedikit sebanyak, ana melihat ada keterbukaan daripada management untuk menerima pendapat daripada pihak mahasiswa. Mungkin program nie boleh menjadi batu asas integrasi antara kelab-kelab UTP untuk bekerja bersama dalam melaksanakan sesuatu program. UTP nie dah terlalu banyak program yang dilakukan hinggakan terpacul juga dalam perbincangan kami market di UTP nie sudah tepu. Sebab itu banyak kelab dan persatuan mula bergerak dengan fokus diluar UTP.

Namun apa pun, harapannya adalah apa yang kami harapkan di peringkat mahasiswa UTP sentiasa didengari dan diambil perhatian oleh pihak pengurusan.

Selesai program, ana pun balik semula ke kampus.

Wallahua'lam

2 comments:

zai said... [Reply to comment]

Rasa berminat dengan modul yang menyalahkan diri sendiri tu. Mungkin boleh share secara detail?

al-bagani said... [Reply to comment]

detail lengkap mungkin saya tak ada sebab bukan saya yang run modul. tapi mungkin boleh bagi cara perlaksanaan.

kalau nak boleh bagi email nanti saya share.