Satu perkara yang menjadi normality sesetengah pelajar (mungkin kerana ana tidak mewakili semua orang) ialah apabila kita ditaklifkan sebagai seorang pemimpin, kita akan berhadapan dengan satu ujian getir iaitu menghadapi satu masalah yang dipanggil masalah akademik. Seringkali timbul fitnah seorang pemimpin yang memimpin dengan baik tapi gagal akademiknya. Namun soalnya, adakah benar taklifan itu sebenarnya punca kegagalan akademik ataupun datangnya dari masalah dalaman diri kita sendiri?
Yang itu, masing-masing kena tanya diri sendiri.
pemimpin itu seseorang yang perlu diikuti dan diteladani, maka tunjukkanlah teladan yang baik kepada mad'u sumber gambar dari http://goresanpm.blogspot.com/2010/07/karakteristik-pemimpin.html |
"Kegagalan akademik merupakan kemalangan kebodohan bagi yang bergelar abnaaul harakah"
Itu kata-kata daripada seorang ustaz kepada ana dan sahabat-sahabat pada suatu ketika dahulu. Tapi kenapa pula kemalangan kebodohan? Jawapan mudahnya adalah budaya seorang pemimpin adakalanya terlampau menumpukan tentang apa yang dipimpin sehingga mengabaikan perkara yang lebih penting untuk dirinya iaitu akademik. Ana tak kata menumpukan tentang perkara yang kita pimpin itu salah, dah memang itu amanah dan tanggungjawab kita untuk kita laksanakan.
Tapi kita perlu ingat, akademik juga merupakan amanah paling besar kita yang diberi oleh ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Kena pula kita berada di medan akademik maka jihad kita yang paling utama itulah pada medan akademik kita. Satu jenaka bodoh kalau kita perform dalam kepimpinan tapi gagal dalam lapangan akademik sedangkan itu jihad kita yang utama. Seolah-olahnya dalam satu peperangan, kita begitu hebat dalam peperangan yang kecil tapi menjadi begitu lembik dalam peperangan yang lebih besar.
Selain itu, elemen pengukuhan dan penyucian diri yang kurang juga menjadi satu faktor penting bagi seorang pemimpin dalam mengimbangi urusan dunianya, urusan kepimpinannya, urusan akademiknya dan urusan beliau dengan Allah swt. Bila terlampau asyik menguruskan hal-hal kepimpinan, kebergantungan kepada Allah juga perlu tinggi. Insya-Allah ada bantuan Allah di sana. Tak mustahil juga bantuan itu datang daripada mudahnya kita menerima apa yang kita pelajari dan menjadikan tidak bermasalah kita menumpukan perhatian pada kepimpinan dan masih lagi hebat di medan akademik.
Kita perlu sedar, Allah jugalah yang memberikan kejayaan itu. Namun janganlah kejayaan itu sekadar kejayaan daripada pemurah-Nya Allah pada semua manusia di muka bumi ini. Biarlah kejayaan itu datang daripada kasih-Nya Allah kepada kita kerana kita bukan sekadar berjuang di medan akademik, bahkan kita berjuang di medan dakwah dan tinggi pula kebergantungan kita kepada Allah. Bukan senang nak dapat macam tue. Moga Allah permudahkan jalan kita menuntut ilmu dan pada masa yang sama menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah ini.
Ingatlah, apa-apa yang kita buat dan perlakukan di muka bumi ini, akhirnya kepada Allah jua kita akan kembali. Inilah ingatan yang ana berikan kepada pembaca dan diri ana sendiri sebagai nasihat untuk menyucikan diri yang kotor ini.
dalam kepimpinan, mujahadah perlu tinggi, kesabaran perlu dilipatgandakan. |
0 comments:
Post a Comment