Jan 12, 2011

Home » , , » Tolong Menolong Amalan Mulia

Tolong Menolong Amalan Mulia

Islam menganjurkan kita untuk tolong-menolong, bantu-membantu sesama kita. Daripada perbuatan menolong orang ini pun kita akan beroleh banyak manfaat darinya. 

Allah berfirman dalam Surah Al-Isra' ayat 7

إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡ‌ۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَا‌ۚ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ ٱلۡأَخِرَةِ لِيَسُـۥۤـُٔواْ وُجُوهَڪُمۡ وَلِيَدۡخُلُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ ڪَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوۡاْ تَتۡبِيرًا

Maksudnya: "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya."

Jadi apa saja yang kita buat sebenarnya sahamnya adalah pada kita. Kalau kita beramal dengan amalan kebaikan, maka kita akan beroleh manfaat darinya. Andai kita melakukan perkara yang mungkar dan jahat, saham kejahatan kita juga akan bertambah secara tak langsung. Jadi baik kita melabur dengan saham kebaikan yang boleh menjanjikan ganjaran syurga kepada kita daripada melabur di saham kejahatan yang menjanjikan azab neraka.

Allah juga menyuruh kita berlumba-lumba berbuat amal kebaikan sepertimana dalam firman-Nya dalam Surah Al-Baqarah ayat 148

وَلِكُلٍّ۬ وِجۡهَةٌ هُوَ مُوَلِّيہَا‌ۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٲتِ‌ۚ أَيۡنَ مَا تَكُونُواْ يَأۡتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬

Maksudnya: "Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Tolong-menolong itu merupakan satu sifat mahmudah. Allah memerintahkan kita berlumba-lumba mengerjakan kebaikan dan tolong-menolong adalah subset kepada amal kebaikan. Jadi perbanyakkanlah menolong orang-orang yang memerlukan. Jangan zalimi mereka & jangan biar mereka dizalimi. 


Islam muncul suatu ketika dahulu telah menyelamatkan rakyat-rakyat Mekah yang hidup mereka dizalimi dan didiskriminasi. Malah, Nabi juga suka menolong orang lain termasuk menolong orang bukan Islam sepertimana baginda tolong memberi makan & menyuapkan makanan tersebut kepada seorang wanita Yahudi buta yang selalu menghina baginda. Apabila Baginda wafat, Saidina Abu Bakar pergi memberi makan kepada wanita itu sebagai hasrat melaksanakan segala yang telah Nabi laksanakan namun dapat dikesan wanita buta itu. Apabila dia mendapat tahu selama ini yang memberi makan kepadanya adalah Rasulullah, pintu hidayahnya dibuka Allah dan dia memeluk Islam. Ya, hidayah itu milik Allah tapi kita juga tak akan menyangka tangan kita yang membantu menjadi sebab hidayah turun kepada seseorang. Besar pahalanya tue.

Pun begitu, jangan pula kita menolong ke arah kemungkaran dan kemaksiatan. Allah berfirman

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ

Maksudnya: "dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan"

Jelas dari ayat yang diambil daripada Surah Al-Maidah ayat 2 itu menunjukkan Allah menyuruh kita untuk menolong perkara-perkara yang berunsur kebaikan dan larangan Allah kepada kita daripada terlibat dengan menolong perkara-perkara maksiat. Maka wajib bagi kita untuk menghindari perkara yang mendatangkan kemungkaran Allah.

Kesimpulannya sama-samalah kita tolong-menolong antara satu sama lain ye.

Post ini ditujukan khas kepada Admiral Hafiz (Owner blog Admiral'z Legacy) sebab hari nie dia banyak membantu ana & ana banyak meminta bantuan pada dia. Maaf ganggu malam-malam buta ye..haha.

Jom tolong-menolong. Tolong menolong amalan Mulia.

2 comments:

Admiral Hafiz said... [Reply to comment]

adehhhh!
segan je...

aku ikhlas je tolong ko
ala, watpe nk kedekut2 ilmu kan?
apa yg aku taw, aku kongsi je
xkisah pn

haha
nway thanks wei


Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

al-bagani said... [Reply to comment]

@Admiral Hafiz

haha...nie kira penghargaan utk ko jgk..:)