Jan 11, 2011

Home » , » Boleh ke Ada kat 2 Tempat Dalam Satu Masa

Boleh ke Ada kat 2 Tempat Dalam Satu Masa

Post ini ditujukan kepada orang-orang yang busy-busy belaka dengan urusan melambak-lambak di sana sini. Selalu berlaku clash antara dua event yang kita terlibat. Ana sendiri pernah menghadapi situasi macam nie. Even orang yang tak busy pun boleh berhadapan dengan isu macam nie. Dan selalunya penyelesaiannya adalah pilih satu dan tinggalkan satu. Dua-dua ada kesannya yang tersendiri tapi apa kita boleh buat kan. Persoalannya, boleh ke kita ada kat dua tempat dalam satu masa?

Kalau tanya kat ana, memang ana kata tak boleh laa. Kita bukan Wali nak buat macam tue. Memang ada kisah para wali yang berlaku satu ketika dulu ada seorang wali yang dikatakan bersolat di Mekah tapi dia masih berada di rumah. Bayangkanlah, jarak Malaysia dengan Mekah berapa jauh. Ini yang dipanggil karamah. Ada orang panggil nie ilmu Lipat Bumi. Wallahua'lam, banyak istilah yang dipakai tapi kelebihan yang macam nie tak semua orang dapat. Orang-orang yang selalu mendekatkan diri dengan Allah je yang dapat. Ada juga kisah lain yang unik & kalau bagi pendapat kita macam impossible tapi pernah berlaku.


Jadi secara mudahnya menjawab persoalan tajuk entri kali nie, memang perkara mustahil laa kan berada di dua tempat pada satu masa kecualilah kita ada dalam TV & Tayangan tue dibroadcast di seluruh Malaysia or seluruh dunia. Kalau macam tue memang tak impossible laa berada di banyak tempat dalam satu masa. Betul tak?

Selalunya berlaku clash & kita serba salah nak buat pilihan adalah disebabkan kedua-duanya bagi kita adalah penting. Kalau kita mendalami ilmu Fiqh Keutamaan, mungkin ia dapat membantu mempermudahkan kita buat pilihan Insya-Allah, tapi selalunya kita memang akan ada dalam dilema jugak laa bila jadi macam nie. 


Jadi merancang perjalanan hidup kita adalah satu perkara yang baik yang perlu kita praktikkan. Nie boleh jadi salah satu bantuan untuk kita nak menguruskan sesuatu perkara. Andai yang bertembung tue perkara yang dah lama kita rancang & perkara yang datang secara ad-hoc tapi sangat-sangat penting mungkin kita dapat bezakan mana satu yang perlu kita pilih. Mungkin ada cara untuk kita adjust supaya dua-dua boleh jalan dan kita ada pada kedua-dua perkara. Boleh saja kalau kita boleh mengatur dengan baik.

Ana sebenarnya kagum dengan seorang ustaz dan juga merupakan senior ana di sekolah dulu. Dia nie hebat orangnya. Kerja hebat dah tapi kalau ada jemputan kemana-mana dia susah nak miss. Satu lagi, dia sangat menjaga masanya & dengan sifat dia yang macam tue dia mampu nak berada di banyak-banyak tempat dalam sehari untuk memenuhi permintaan mereka. Kalau dia ada perkara yang penting, dia boleh tolak awal-awal sebab dia dah ada schedule dia sendiri. Jadi jarang berlaku dilema nak pilih yang mana satu.

So rancanglah hidup kita baik-baik. Kalau nak letak calendar kat desktop komputer pun tak ada masalah. Muhasabah juga untuk diri ana. Kadang-kadang tak tepat masa juga pergi mana-mana especially pergi kelas...hehe


3 comments:

::Madu Lebah:: said... [Reply to comment]

mcm dlm SOLUSI 27 je..

arif al-bagani said... [Reply to comment]

@::Madu Lebah::

oh...sebijik ke?
mungkin yang dalam SOLUSI lebih detail..boleh sja refer yang itu..


Visit My Blog Berjalan Menuju Kebenaran

hollowgram said... [Reply to comment]

memang susah nak wat keputusan klau jadual dh bertindih..apa-apaun pilih yg lebih penting dan susun mengikut keutamaan.