Jan 10, 2011

Home » » Bahaya Korek Telinga

Bahaya Korek Telinga

Cuba teliti gambar bawah nie,


ada nampak apa-apa tak?

Kalau perasan gambarajah tue tunjuk apa berlaku kalau kita korek telinga terlalu dalam sampai masuk ke kawasan telinga tengah dan menyebabkan pendarahan. Ok jom kita tengok struktur telinga kita dengan lebih detail.


Kalau ikut pada gambarajah nie pulak, tempat yang tertembus tadi tue adalah gegendang telinga. Ngeri tak kalau jadi benda macam tue kat kita? Mesti sakit kan. Tapi ada dalam kalangan kita tetap juga suka korek telinga sebab rasa ada benda dalam telinga kita yang kita panggil taik telinga. Betul tak?

Allah cipta sesuatu tue memang flawless, kita je yang tak yakin dengan diri sendiri. Allah dah ciptakan telinga itu sekali dengan mekanisme membuang kotoran yang ada pada telinga. Sama juga macam bulu mata yang melindungi mata serta bulu hidung yang melindungi hidung daripada habuk. Telinga juga ada mekanismenya sendiri. Benda yang kita panggil taik telinga itulah yang sebenarnya menjadi agen pembersih telinga daripada kotoran. 

Maka tak perlu susah-susah nak bersihkan, kotoran itu akan keluar sendiri. Taik Telinga nie cair dan dia akan sentiasa reproduce, jadi kalau nak dibersihkan sekadar bersihkan bahagian luar telinga saja tak perlu korek dalam-dalam. Maka tak perlu buang taik telinga kecuali dia tergumpal sampai tersumbat & halang gelombang masuk dalam telinga dalam. Tapi kes macam nie pun jarang-jarang berlaku.

Kesan bila kita korek telinga dalam-dalam ialah taik telinga akan masuk lebih dalam kedalam telinga kita ke kawasan yang bukan kawasannya dan kalau dia terus reproduce maka tersumbatlah telinga nanti. Telinga kita bentuknya bersudut. Kalau kita suka korek dalam-dalam, dia boleh wat telinga tue melecet dan kesannya akan jadi bengkak-bengkak dan berdarah. Teruk lagi telinga akan jadi bernanah. Paling hebat, dia boleh menyebabkan trauma kalau dikorek terlalu keras & dalam sebab dinding telinga mudah berdarah.

Setakat tue saja kot yang nak bagitahu. Sebenarnya ada banyak lagi kesan-kesan lain daripada perbuatan korek telinga nie. Sebab apa ana susah-susah nak bagitahu benda nie? Mesti laa ada sebab. Sebab seminggu nie ana dah terkena salah satu infection akibat korek telinga nie iaitu telinga ana bengkak-bengkak & bernanah. Actually, nie dah kali ke-3 dan nie yang paling teruk sekali sebab dua-dua telinga jadi. Sepatutnya ana dah balik ke kampus sekarang tapi terpaksa balik lewat sikit sebab benda nie.

Kesimpulannya, jagalah telinga elok-elok. Jangan dizalimi telinga kita. Gunakan nikmat yang Allah dah bagi kat kita nie sebaiknya. Insya-Allah ada berkat di situ.

4 comments:

Muhamad Akram said... [Reply to comment]

nice one, baru ku tahu. Allah jadikan sesuatu mesti ada hikmah dy, syukur kepada Allah yg tlh jdikan kita sbaik2 kjadian, tringat kata2 ustz Hamid, kalau dinilai kita ni dr segi tahap kesyukuran kita pon ckup utk bwk kita ke neraka, sbb apa? sdkit sngt thp kesyukuran kita ni. Andai kita ditaqdirkan masuk syurga oleh Allah bukan sbb ibadat kita, tp sbb rahmatNya, semoga cpt smbuh ye arif,sahabatku dunia akhirat :)

al-bagani said... [Reply to comment]

@Muhamad Akram

haha...betul2
tepat skali akram...
muhasabah balik laa gini.. T.T

Visit My Blog
Berjalan Menuju Kebenaran

armouris said... [Reply to comment]

lagi info tentang korek telinga di SIHAT SELALU - Bahaya Korek Telinga

al-bagani said... [Reply to comment]

terima kasih atas perkongsian :D



Latest Update in Berjalan Menuju Kebenaran : Islam 4 Peace Kembali Beroperasi : Pakat-pakat Jenguklah Ye