Jan 14, 2011

Home » , » Islam 4 Peace Kembali Beroperasi : Pakat-pakat Jenguklah Ye

Islam 4 Peace Kembali Beroperasi : Pakat-pakat Jenguklah Ye

Setelah 10 bulan (hampir setahun) dibekukan operasinya, Islam 4 Peace kini kembali beroperasi semula untuk terus memberi manfaat kepada umat Islam. Sebelum ni, ana sering dapat emel melalui admin@i4p.net bertanyakan bila akan disambung pengajian kitab Syamaail Muhammadiah dan Syarah Waraqat? Insya-Allah sekarang kami telah beroperasi semula dan pengajian akan disambung semula dengan pengajian Syamaail Muhammadiah yang telah terhenti pada episod 20 akan terus disambung

Namun begitu, usaha menaiktaraf web tersebut kepada web tv terpaksa ditunda atas kekangan kos. Jadi andai sahabat-sahabat berminat untuk menyumbang silalah menyumbang ye. Insya-Allah ada saham di akhirat kelak. Teruskan menyumbang kerja-kerja Islam supaya kita mampu bangkit menentang kezaliman manusia yang menzalimi manusia yang lain dan kita tegakkan dengan keadilan Islam yang tinggi dan tiada lain yang lebih tinggi darinya. Insya-Allah.

Latest update insya-Allah akan ada penambahan rancangan. Jadi sekiranya ada request untuk membuka kuliah daripada mana-mana kitab yang ingin difahami boleh terus berhubung dengan admin Islam 4 Peace.

Wassalam

Ustaz Nazrul Nasir antara tenaga pengajar Bingkisan Taman Syurga

Ustaz Hairul - Pengajar kitab Syarah Waraqat
Logo Islam 4 Peace (I4P)

0 comments: