Sepanjang semester Julai 2010, ana agak serabut sebab event-event yang ana sertai walaupun event kecil-kecilan jarak masanya agak dekat. Maka semester itu menjadi semester diri ana yang paling tak terurus setakat ana berada di UTP.
Satu lagi, bila buat muhasabah tulis atas kertas tue, ana selalu dapat ayat muka garang. Sebenarnya ana lagi serabut bila baca komen muka garang. Mana taknya, memang muka ana macam nie ana sendiri pun tak boleh buat apa-apa. Ana cuba senyum pun muka tak nampak cukup ceria lagi ana tak tau laa nak kata macam mana. Mungkin diorang tengok satu bahagian daripada sifat ana & tak memahami sifat sebenar ana. Ana tak kisah pun macam tue. Normal laa tue. Kalau semua terlalu mengenali ana pun macam susah je nanti.
Semester kali ini juga menampilkan diri ana berambut panjang sampai paras bahu. Mak ana pun complaint rambut tue tak padan dengan ana. Bukan tak nak potong, tapi kat UTP malas nak keluar cari kedai gunting rambut. Yang paling dekat pun kedai gunting rambut India. Ana lebih prefer pergi kedai Melayu. Sebab ana dah biasakan diri macam tue sejak form 5. Jadi, rambut nie terbiar panjang sepanjang semester sampai laa masa cuti.
Hari nie ana pergi gunting rambut. Potong pendek macam biasa balik. Lepas tue balik rumah macam biasa. Balik je parent ana dari hantar adik ana mendaftar di SMKA Kerian, Mak ana pun kata macam nie baru padan dengan muka ana. Then, ada statement dari mak ana yang buat ana kata misteri Muka Garang nie Terungkai....hehe
Mak ana cakap kalau rambut ana panjang muka ana nampak garang sangat & nampak lagi tua dari umur ana. Tapi bila ana potong pendek nie nampak lagi ok & nampak muda sikit. Ana pun tak taulah macam mana. Tapi ana thiqah je laa dengan mak ana. Mak ana dah jaga ana dari kecik sampai besar nie. Mak ana kenal ana lebih daripada orang lain kenal ana. Jadi betul laa tue apa mak ana cakap.
ana pakai serban tutup abis telinga
sebab tak nak bagi rambut keluar.
nampak tak kemas..^-^
0 comments:
Post a Comment