Nov 4, 2010

Home » , , » Balik pada Perjuangan Islam

Balik pada Perjuangan Islam

"Tiga perkara dalam perjuangan Islam memang dah berlaku kepada Rasulullah iaitu apabila kamu jadi pejuang, akan berlaku tiga perkara pada kamu iaitu kamu dipulau, dibuang negeri atau diancam bunuh."


Begitulah sifir yang diberikan oleh seorang senior dalam satu sesi tazkirah sebagai satu makanan rohani dan memberi kesedaran pada jiwa-jiwa yang masih selesa bahawa perjuangan ini bukanlah perkara yang perlu dipandang enteng. Mengambil ibrah sirah Rasulullah s.a.w. dalam siri perjuangan baginda apabila baginda bersama umat Islam dipulaukan, dibuang negeri malah Rasulullah telah diancam bunuh walaupun pada asalnya baginda sangat disanjungi dan digelar Al-Amin oleh penduduk Mekah. Kerana apa berlakunya begitu? Mudah saja, kerana sang penguasa bimbang pada kedudukannya dan kepentingan dirinya sendiri. Ini yang berlaku apabila kita menjadi hamba kepada dunia.


Cakap itu mudah, perlaksanaan bagaimana pula? Itu yang perlu dinilai dalam setiap diri yang bergelar mahupun menggelarkan diri sebagai da'ie. Banyak tanggungjawab berat yang menanti di hadapan walaupun sebenarnya kita sendiri tak sanggup menggalas cabaran itu. Tapi, inilah perjuangan kita. Jangan terleka dengan 'comfort zone' yang kita ada sekarang. Berada dalam sebuah negara yang tak ada peperangan seperti di Palestin bukanlah menjadi suatu kebanggaan. Kita ada peperangan lain walaupun suasana kita tidaklah seperti yang dihadapi saudara kita di sana. Peperangan apa? peperangan menentang kezaliman manusia dan kita sendiri berperang melawan nafsu kita. 'Comfort Zone' tue Allah boleh tarik bila-bila saja. Jadi, persiapan diri tue perlu ada.

Tiap-tiap masa akan ada sebahagian manusia yang terkeluar dari jalan perjuangan tapi Allah tak sia-siakannya begitu saja. Allah akan gantikan dengan golongan lain sepertimana Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 54.


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِى ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ يُحِبُّہُمۡ وَيُحِبُّونَهُ ۥۤ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ يُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآٮِٕمٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya."


Ingat! Islam tak perlukan kita, kita perlukan Islam. Kalau kita tak bantu agama Allah, Allah tak rugi, Diri kita yang rugi. Kesimpulannya jom bantu agama Allah.


Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."


2 comments:

ADILAH BINTI KAMAL AZIZI said... [Reply to comment]

salam..
pengisian yang ringkas tapi sarat dengan messages penting tuk golongan yang menggelar dirinya daie..mohon share.

Daie-In-Action said... [Reply to comment]

salam,
hakikatnya, kita yang berada di malaysia ni lebih harus berwaspada...
di palestin, mereka diserang secara fizikal, dan serangan itu menambahkan keyakinan mereka pada kekuasaan Allah.
tetapi, di Malaysia.. kita diserang dalam bentuk pemikiran, rohaniah.. bentuk serangan yang sungguh halus.. hingga mejadikan sebahagian dari kita lalai dan leka. jauh dari Allah..
na'udzhubillah~
moga Allah bantu kita dalam melawan agenda musuh yang ingin memerangi pemikiran kita..dan memberi kekuatan kepada saudara seislam di Palestin juga..

terima kasih untuk perkongsian ni..