Sep 20, 2010

Home » » Enta nak jadi Pemimpin, Enta kena banyak baca Syeikh!!!!

Enta nak jadi Pemimpin, Enta kena banyak baca Syeikh!!!!

Hampir sebulan blog ini tak disentuh oleh tuan punya badan. Post terakhir adalah pada 28 Ogos 2010. Itupun post yang ringkas berkenaan saudara-mara kita di Pakistan. Jadi suasana post kali ini mungkinlah rasanya dalam suasana masih lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Huh, ngantuk sungguh hari nie. Tak larat pulak nak menaip. Tapi tak apalah, ana nak juga kongsi beberapa perkara yang ana nak kongsikan di sini.

Alhamdulillah hari raya ana pada tahun ini bukan sekadar hari raya biasa-biasa yang ana lalui setiap tahun. Kalau setiap tahun ana ziarah sanak saudara di kampung mengeratkan dan bertemu saudara-saudara jauh yang ana sendiri tak kenal, tahun ini hari raya ana banyak diserikan dengan kenduri saudara-mara dan juga kenduri senior ana yang mana bila ana tengok pasangan-pasangan nie nampak cahaya kebahagiaan di wajah mereka untuk melayari bahtera baitul muslim itu. Moga perkahwinan itu tidak menjadi batu penghalang untuk terus berjuang dan berdakwah ke jalan Allah.

Hari raya ana tahun ini juga diserikan dengan siri pertemuan dengan murabbi-murabbi hebat untuk ana refresh semula semangat perjuangan yang mungkin sudah berkarat atau tumpul akibat tak diasah. Kata seorang murabbi pada sahabat ana melalui panggilan telefon kalau nak jadi pemimpin yang hebat kena banyak membaca. Aduh!!! terkena sebijik. Ana nie tak layak lagi jadi pemimpin. Membaca pun malas. Tapi insya-Allah ana akan cuba untuk banyakkan bacaan ana untuk menambah ilmu yang ada. Orang tengok kita gayanya dah banyak ilmu tapi ilmu yang ada nie sekerat je, tak banyak pun. Ustaz pun banyak kali quote hadis Nabi "Hendaklah kamu sampaikan daripada ajaranku walaupun satu ayat".

Selepas itu kami berkunjung ke rumah seorang tokoh ulama' yang berjiwa besar membuka asrama untuk anak-anak yatim untuk diasuh menjadi orang yang mampu berjuang dan meneruskan risalah dakwah di Malaysia. Berbagai soalan yang ditanya dan ustaz juga menyebut tentang bacaan. Ustaz galakkan kami mengikut cara ulama'-ulama' terdahulu dan masa kini yang mana ada kata seorang ulama' menggalakkan kita membaca bahan bacaan yang terbaik dan tulis apa yang dipelajari daripada bacaan dan pembelajaran. Ustaz menyebut bagaimana Syed Qutb mencatit semula segala apa yang dibaca dan catatan-catatan itulah yang akhirnya dicompilekan menjadi kitab yang kita rujuk kini. Kalau tak kita akan membuang masa untuk merujuk semula apa yang kita baca. Satu lagi tips berguna untuk menggalakkan diri rajin membaca. Terima kasih banyak-banyak ustaz atas nasihat yang diberikan.

Daripada dua figure hebat yang telah ana temui ini. Kedua-duanya tampak hebat, bersahaja, cool dengan gaya-gaya tersendiri tapi penuh dengan pengalaman hebat dalam diri mereka. Terasa zouq dan semangat baru untuk terus istiqamah dalam perjuangan. Insya-Allah ana akan ingat pesanan-pesanan ustaz untuk tidak meninggalkan atau menyepikan diri daripada jemaah. Segala nasihat akan dijadikan pedoman kerana sesungguhnya Nabi pernah bersabda kepada Saidina Ali "Wahai Ali! Agama itu adalah nasihat-menasihati kerana Allah dan RasulNya dan bagi orang-orang mukmin".

2 comments:

i1 said... [Reply to comment]

haha...

macam best jer kene marah...

Anonymous said... [Reply to comment]

bukti illuminati sedang mempersiap perang mesej buat para pejuang

http://drnoproblem.blogspot.com/2010/09/bukti-illuminati-mempersiap-perang_22.html#comments