Dah 2 minggu bermula semester baru di kampus UTP. Sekarang sudah bergelar pelajar 'Undergraduate' dalam bidang ICT Tahun Pertama Semester Pertama. Agak lain suasananya berbanding ketika di foundation dulu. Namun, makin meningkat usia, tanggungjawab juga makin bertambah. Kalau dulu, ana sebagai orang yang menerima input daripada abang-abang dan kakak-kakak daripada Rakan Masjid. Kini, masanya untuk giliran ana pula membantu sahabat-sahabat foundation untuk meneruskan kesinambungan rantai perjuangan dakwah Islamiah ini.
Pada asalnya, bercadang tak mahu terlalu aktif semester ini dan nak tumpukan pada akademik dan gerak kerja Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan RM. Tapi nampak gayanya baru campur kesibukan akademik dan gerak kerja LTK dah cukup rasa letih. Dalam dua minggu sejak buka semester ini dah banyak event yang dihadiri dicampur pula dengan jadual akademik yang tak menentu dengan tukar lecturernya, jadual clash dan lain-lain. Mungkin untuk permulaan ini agak kurang stabil kehidupan. Harapnya, akan dapat mula menyesuaikan diri semula dengan kesibukan kerja setelah lama diulit keselesaan tidak ada kerja ketika cuti.
Ya. Sesungguhnya tanggungjawab yang ada itu lebih daripada masa yang ada pada kita. Maka uruskanlah masa itu sebaiknya dan tunaikanlah segala amanah yang diberi sebaiknya. Sesungguhnya ini juga merupakan satu medan tarbiyah bagi ana dalam mengatur dan mengurus masa secara sistematik agar kehidupan dapat disusun atur dengan lebih baik.
Sekadar ini update ringkas dari ana. Mungkin sudah agak kurang update blog. Tapi insya-Allah ana akan cuba sedaya-upaya untuk aktifkan semula blog ini dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat. Moga blog yang kerdil ini mampu memberi manfaat kepada orang lain. Letih-letih juga tapi kerja tetap kena jalan. Letih sekarang, enjoy kemudian. Insya-Allah ada ganjarannya di akhirat kelak kalau kita bersabar dengan keletihan bekerja dan berjuang di dunia ini.
Moga bermanfaat.
2 comments:
memahami...
hidup berjuang, takkan sunyi dr keletihan...imam muda terungfgul, ust mustafa masyur bgtau, al wajibat kasirun min al-awqat...
*cmne promosi iftar?
Post a Comment