Ahlan Ya Ramadhan!!!
Itulah yang terdetik dalam hati sejurus masuk waktu Maghrib semalam. Dilaungkan azan Maghrib sebagai tanda rasminya kehadiran Ramadhan ke rumah kita sebagai tetamu istimewa dalam kehidupan kita. Malangnya pada malam pertama Ramadhan, ana tak sempat melaksanakan solat tarawih bersama-sama sahabat yang lain di Masjid An-Nur. Memang rasa tak seronok sebab tak dapat bersama-sama meraikan keseronokan Ramadhan di masjid. Tapi apakan daya, ana masih perlu tunaikan tanggungjawab sebagai mahasiswa dan pergi ke kelas Academic Writing.
Jadi setelah selesai kelas, ana pergi ke village 5 bersama kawan ana untuk dinner dan ana bergegas pula ke bangunan lama Masjid An-Nur kerana ada sedikit mesyuarat. Balik saja ke bilik sudah jam 12 tengah malam. Belum solat Isya' pun lagi. Pergi pula ke laptop meneliti emel-emel yang diterima dan reply mana-mana emel yang perlu. Selepas itu ada beberapa orang mula Private Message ana melalui YM dan GTalk. Ada urusan lain lagi yang perlu ana uruskan rupanya. Banyak sungguh urusan dunia ana nie. Bila nak teruskan dengan ibadah ana kalau macam nie? Sungguh tak proper sambutan ana terhadap Ramadhan kali ini.
Selepas melayan beberapa mesej dalam YM dan GTalk ana bergegas ke bilik air mengambil wudhu' dan menunaikan solat Isya'. Mata sudah mula berat, tapi solat tarawih nie time Ramadhan je kita boleh buat. Kalau tak buat sekarang, nak tunggu setahun lagi baru dapat jumpa balik dengan Ramadhan. Itu pun kalau dipanjangkan umur. Siapa tahu perancangan Allah. Entah-entah esok atau lusa ajal bakal menjemput kita pula. Lalu ditunaikan juga solat tarawih walaupun agak letih dan mengantuk ditambah pula dengan keadaan ana yang tak berapa sihat.
Selesai tarawih, ana kembali mengadap laptop untuk selesaikan beberapa lagi urusan yang ada dan beransur untuk tidur. Ana tidur jam 2 pagi malam itu. Biasanya kalau ana tidur lewat nie bangun lewat juga. Jadi untuk elakkan terlajak tidur, ana PM sahabat ana, Akram yang masih online lagi Gtalknya dan minta dia kejut ana untuk sahur lalu ana pun merebahkan diri atas tilam dan terlena. Alarm pada handphone dan laptop diaktifkan sebagai penggera untuk ana bangun.
Nyenyak tidur sampai tak perasan alarm. Mujur roomate ana, Rasyid terjaga dan dia kejut ana jam 5 pagi. Ingat nak ke kafe dan sahur. Rupanya kafe tak buka pagi nie. Jadi pagi nie, sahurlah ana dengan air dan roti. Mujur juga beli roti dan jem di Kopetro semalam. Kalau tak, berlapar jugalah ana pagi nie. Makan dan makan then ana pergi ke vending machine dan beli air sejuk. Selepas menjamah selera dengan roti dan Jem berserta air sejuk, masa untuk mengambil ubat. Maka ditelanlah ubat selesema dan ubat demam. Lalu tak sampai beberapa minit lepas tue, azan Subuh pula dilaungkan.
Ana bergegas mandi dan pergi pula ke Masjid untuk sama-sama menunaikan solat Subuh. Dalam perjalanan ke Masjid sudah mula rasa pening-pening. Mungkin side effect pada ubat rasanya. Tiba-tiba ada orang follow ana dari belakang, laju sangat dia jalan. Tapi ana tak hiraukan. Lama-lama makin dekat ana pandang belakang. Fuh, sahabat ana rupanya. Adlan datang sapa ana dan kami sama-sama jalan ke Masjid selepas itu dan sama-sama berjemaah menunaikan solat Subuh. Ramai yang datang ke Masjid pagi nie. Ada juga dalam 5-6 saf.
Selesai solat ada kuliah Riyadus Solihin oleh Ustaz Dawi. Maaf tak dapat nak cerita apa yang disampaikan ustaz sebab ana tertidur sepanjang kuliah. Habis kuliah, diteruskan dengan bacaan ma'thurat bersama rakan-rakan seperjuangan. Pun ana tak dapat fokus sepenuhnya dengan bacaan sebab mengantuk sangat. Selesai ma'thurat ana baring seminit dua di dalam masjid sebentar. Kelihatan sahabat-sahabat dan beberapa senior lain membuat halaqah dan bertadarus al-quran bersama-sama pagi itu. Ana masih lagi bersedih sebab kehilangan al-Quran ana lepas tertinggal di Lecture Room 1 masa penutup Kem Penghayatan Islam yang lepas. Sape-sape yang jumpa pulangkan balik ye. Ada nama ana dalam tue.
Ana mula berjalan balik ke bilik ana pagi itu. Masih lagi pening-pening kepala. Sampai ke bilik ana terus rebahkan diri ke tilam dan SMS kawan sekelas ana untuk kejutkan ana jam 9.30 pagi sebab ana ada kelas Business Statistic jam 10 pagi nanti. Lalu ana pun tidur dengan nyenyaknya pada pagi itu.
Orang kata bulan Ramadhan ini bulan yang mulia. Bukan orang saja kata. Allah juga sudah firmankan kelebihan Ramadhan ini dalam kalam-Nya. Rasulullah saw juga sudah mensabdakan hadis tentang kelebihan Ramadhan ini dalam hadis-hadisnya. Ulama' juga sudah membincangkan tentang kelebihan bulan yang mulia ini. Bulan yang dianggap sebagai bulan tarbiah, bulan yang penuh keberkatan, bulan yang diturunkan al-quran, bulan yang wujudnya malam al-qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. Tapi ana pada separuh hari pertama Ramadhan ini, ana hanya habiskan dengan urusan dunia dan bukan meningkatkan ibadah ana kepada Allah. Terasa satu kerugian pula pada hari ini.
Apa-apa pun, moga baki masa lain yang ada dalam bulan Ramadhan ini ana dapat manfaatkan sepenuhnya untuk tarbiah diri ini agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jadi sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah swt. Marilah kita sama-sama menghayati keindahan dan keizzahan Ramadhan dan ambillah manfaat penuh daripada Tarbiah Ramadhan ini. Ramadhan merupakan tetamu istimewa kita yang berkunjung hanya sebulan dalam setahun. Jom manfaatkan segala kelebihan yang ada dalam Ramadhan.
Ahlan Ya Ramadhan!!!
1 comments:
salam ramadan :)
Post a Comment