Ini merupakan nasihat daripada ana untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat lain. Kita sebagai dai'e (orang yang menyeru) nak berdakwah kepada mad'u (orang yang diseru) kita ke arah kebaikan. Tapi seringkali juga sang dai'e ini memilih-milih mad'unya. Tidak salah memilih dalam mencari pengganti dan pelapis. Tapi bukanlah maksudnya bila dah ditarik pengganti dan pelapis itu baki yang ada itu ditinggalkan terus. Inilah perbuatan habis madu sepah dibuang kalau tidak silap pemahaman ana terhadap maksud peribahasa ini.
Dalam usaha dakwah kita wujudnya dakwah fardhiah atau dengan kata lain kita sendiri berdakwah pada orang lain. Dakwah tak semestinya bagi ceramah dan kuliah di masjid atau surau. Cukup dengan kita mengambil berat kebajikan orang di sekeliling kita dan mengajak dia melaksanakan kebaikan, itupun sudah dikira dakwah. Tapi masalahnya ada juga yang menolak dakwah kita. Maka di sini ingin ana persoalkan adakah kita perlu meninggalkan terus orang yang menolak dakwah kita? Sama-sama fikirkan.
Dalam usaha Nabi Muhammad dulu nak tegakkan Islam, banyak mehnah yang ditempuhi oleh Nabi. Tak ada yang mudah dalam perjuangan. Nabi juga berhijrah dari Mekah ke Madinah dalam usaha dakwah Nabi. Adakah di sini menunjukkan Nabi meninggalkan mad'unya? Tidak juga kerana selepas itu berlakunya peristiwa Fathu Mekah yang mana Mekah telah dibebaskan daripada sebarang amalan jahiliah dan ditegakkan Islam di atas runtuhan jahiliah itu (menepati ciri-ciri Islam iaitu Inqilabiyyah).
Dalam kita nak menegakkan dakwah kita ini kuasa juga merupakan sesuatu yang penting. Oleh sebab itu kita mengambil pengajaran daripada sirah Rasulullah yang mana Rasulullah sendiri pergi ke Madinah dan mendapat kuasa pemerintahan. Wujudnya kuasa, maka Nabi boleh menguatkan pengaruh Islam dan melebarkan jaringan dakwah. Inilah perancangan sistematik Nabi dibantu dengan wahyu dan petunjuk daripada Allah swt. Maka dengan penuh usaha keras Nabi dan para sahabat, Islam telah menang di tanah Arab.
Contoh lain Rasulullah tidak pernah memilih dalam berdakwah ialah Rasulullah sendiri berdakwah kepada orang Yahudi yang mana kita tahu orang Yahudi nie sangat memusuhi Rasulullah dan Islam. Tapi dengan kehebatan Rasulullah, orang Yahudi sendiri pun tertarik dengan Islam. Dakwah Nabi itu tidak terhad pada orang-orang tertentu yang betul-betul hendakkan Islam. Kalaulah pendekatan dakwah Nabi begitu, rasanya susah untuk bertambah bilangan orang Islam kerana bukan semua yang inginkan Islam pada ketika itu. Sebab itu ada hikmahnya di sebalik setiap cara dan pendekatan.
Maka, elakkanlah sikap memilih mad'u dalam usaha dakwah kita kerana kita tak pernah tahu hati budi seseorang. Boleh jadi seseorang itu boleh menjadi aset besar usaha dakwah tapi kita tinggalkan mereka kerana mereka sedikit sukar didekati dan sikapnya juga kita tak gemar. Boleh jadi juga orang yang kita mudah dekati ini kualiti kerjanya tidaklah sebagus mana. Jadi gunakanlah seluruh keupayaan yang ada untuk berdakwah. Rasa sukar untuk tarik seseorang itulah menunjukkan kita sedang diuji Allah dan insya-Allah dengan ujian yang diterima itu mungkin Allah akan balas dengan ganjaran yang besar.
0 comments:
Post a Comment