Jul 14, 2010

Home » , , , » Belajar Agama tapi Couple

Belajar Agama tapi Couple

Couple nie isu basi yang tak habis-habis dari dulu sampai sekarang. Terlalu banyak pandangan yang telah diutarakan pada isu couple nie. Gejala yang menjadi salah satu punca utama lambakan kes seks bebas dan masalah-masalah sosial dalam kalangan remaja yang juga turut menjadi salah satu penyumbang utama meningkatnya kes buang bayi sehingga tertubuhnya satu pusat untuk menerima bayi yang tak dikehendaki nie dah terlalu lama menular sehingga makin menjadi-jadi simptomnya. 


Kalau zaman dulu orang berzina je dah kena pandang hina. Sekarang seolah-olah benda biasa. Kalau dulu kes buang bayi nie jarang-jarang dengar, sekarang nie orang balik dari belajar kat negara seberang balik Malaysia pun boleh 'culture shock' dengan fenomena kes buang bayi kat Malaysia. Kita bicara tentang soal pencegahan, maknanya golongan-golongan yang mengambil bidang pendidikan Islam, Syariah, Usuluddin serta lain-lain yang merujuk kepada agama pendidikan Islam sudah tentu lebih memahami betapa couple ini tidak memberi sebarang manfaat kepada kita. Persoalannya, bagaimana kalau orang yang belajar agama sendiri yang bercouple?

Mungkin kita boleh lihat di facebook atau mungkin ini berlaku pada sahabat-sahabat kita sendiri. Seorang mahasiswa atau mahasiswi yang belajar di sebuah universiti dengan mengambil jurusan pendidikan Islam sebagai contoh tapi pada statusnya di facebook dinyatakan In a Relationship with (nama couple). Secara biasanya kita akan anggap ini perkara normal tapi tak ada yang normal kalau orang yang pengkhususannya adalah bidang agama Islam melaksanakan sesuatu yang sudah kita tahu membawa kepada jalan yang tidak elok. Kalau yang sudah berkahwin tue lain ceritanya, itu sudah halal bagi mereka. Tapi yang berstatuskan In a Relationship with (nama couple) nie memberikan satu impression yang orang biasanya akan kata kalau dia belajar agama pun couple, takkan aku tak boleh couple?

Tak dinafikan rasa cinta itu fitrah, kita tak mampu halang perasaan yang datang. Nie alasan yang sering digunapakai golongan-golongan yang couple nie. Ada juga yang bagi pendapat bahawa sahabatnya bercouple dan berlaku perubahan kepadanya daripada jahat menjadi lebih baik daripada biasa. Maksudnya sahabat nie berubah selepas bercouple. Memang tak mustahil jadi perubahan macam nie. Tapi masih lagi perubahan itu seolah-olah tidak kekal. Cara nak pastikannya adalah apabila mereka berpisah orang yang berubah tue kembali kepada perangai asal. Ini yang kacau. Berubah bukan kerana Allah tapi kerana wanita. Ada pula yang couple berubah perangai daripada baik kepada yang sebaliknya. Banyak kes macam nie yang dah berlaku dan ramai orang yang dah futur kerana couple.

Ada seorang sahabat ana hantar SMS suatu ketika dahulu yang bunyinya begini:

Ingatlah wahai mata rantai perjuangan Islam! Apabila dirimu telah disenaraikan dalam saf perjuangan, maka tabiat generasi ini mesti berbeza dari tabiat generasi umum. Sahsiah mesti ditingkatkan, akhlak mesti berbeza, fikrah mesti semakin jelas, daya fikir mesti semakin matang, nilai ucapan dan kata-kata biarlah berharga, pandangan mestilah bernas, kesungguhan bekerja dan merancang mestilah semakin tinggi, tabiat buruk mestilah dibuang jauh-jauh, sumbangan mestilah bertambah dan muhasabah diri janganlah dialpakan.

Inilah butir-butir peringatan berharga daripada sahabat ana yang dihantar kepada sahabat-sahabat lain yang juga dalam medan perjuangan. Tapi bagi sahabat-sahabat yang pengkhususannya adalah bidang agama, maka secara total cara hidupnya berbeza daripada orang lain atau dengan kata-kata mudahnya kalau orang lain boleh couple, golongan dalam bidang agama nie tak boleh atas sebab mereka nie akan diangkat menjadi seperti model dan ikutan yang mana perilaku kita diperhatikan oleh umum. Kalau kita buat sesuatu yang tidak baik nama Islam atau istilah-istilah yang dapat dikaitkan dengan Islam itu akan di'highlight'kan. Bila tak dapat kawal diri, itulah yang jadi punca keluar berita di akhbar dengan tajuknya "Ustazah dicekup berkhalwat". Sedangkan ramai lagi yang berkhalwat tapi untuk menyedapkan lagi tajuk berita kerana kebetulan ustazah dicekup juga, di'highlight'kanlah istilah ustazah tue. Sebab itu perilaku perlu dijaga.

Golongan-golongan ini yang mengambil bidang pengajian Islam inilah yang bakal bergelar ustaz, ustazah, pensyarah bidang agama, pendakwah bebas dan lain-lain kerjaya tetapi mereka akan menjadi rujukan kerana kelulusan yang ada. Jadi kalau sekarang dah tunjuk contoh yang tak baik, macam mana nak jadi contoh yang baik nanti?

Mungkin penulisan ini seolah-olah lebih menyasarkan golongan yang mengambil pengajian Islam, tapi bagi golongan-golongan yang terlibat dalam dakwah Islam juga perlu berwaspada dengan setiap gerak-geri dan tindakan mereka. Maksudnya, segala yang telah ditaip ini walaupun secara khususnya ditujukan kepada golongan-golongan yang dinyatakan, ahli-ahli gerakan Islam juga perlu mengambil perhatian khusus berkenaan permasalahan ini.


Ada yang membincangkan tentang tindakan mengelakkan perkara seperti ini berlaku kerana salah satu punca berlakunya permasalahan couple dalam kalangan ahli jemaah dan pelajar pengajian Islam ini adalah pergaulan yang agak bebas di alam maya. Mungkin kita nampak perilakunya baik dan menjaga adab pada luarannya tapi di alam maya cukup aktif dengan dunia percintaan. Kita tak tahu apa yang dilakukan oleh mereka. Jadi ada yang memberi satu cara dengan meletakkan satu cara tertentu pergaulan antara muslimin dan muslimat di alam maya. Seolah-olahnya garis panduan ini sama seperti bagaimana kita bergaul di luar. Ada tatacara tertentu yang perlu diikut dan jangan melampaui batas syariat.

Hadis Rasulullah saw ada menceritakan tentang setiap daripada kita ini adalah pemimpin dan setiap daripada kita dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita pimpin. Maka di sini, sebagai ahli jemaah ataupun pelajar pengajian Islam, kita adalah pemimpin kepada masyarakat sekeliling kita kerana kita memenuhi apa yang terkandung dalam surah Ali-Imran Ayat 104:

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Oleh itu, sebagai golongan contoh kepada masyarakat, qudwah perlu dijaga kerana qudwah hasanah juga adalah sebahagian daripada dakwah kepada mad'u kita. Maka berjaga-jagalah juga dalam pergaulan kita seharian tak kira di luar atau di alam maya.

Firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 30

قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

13 comments:

Nur Areefah said... [Reply to comment]

belajar tapi kurang aplikasi..
benda yang elok tu la slalunya nak mendapatkan tentangan..

sekarang ni bukan orang2 yang berilmu(alim) yang diangkat menjadi model, tapi orang2 yang fofular tu lebih dipandang pandangan kita..

al-bagani said... [Reply to comment]

org pandang gak...
pandang nak cari kesalahan org2 yg nk bawak agama...

Anonymous said... [Reply to comment]

benda baik dapat tentangan itu sudah menjadi sangat normal sekarang.

Nabi sendiri kata,

Islam itu datang dengan keadaan yang sangat asing, dan ia akan menjadi asing kembali.


dan sekarang sudah terbukti.
pada kita sendiri ingin meletakkan islam itu dimana.

couple bukan budaya sahabat rasullullah baik laki maupun perempuan.

kalau tak paham apa budaya sahabat rasullullah. tak tau nak kata pa.
dan pasal student berlatar belakangkan sekolah agama,

satu main poin disini,
Hidayah milik Allah.
bukan asbab latar belakang itu menjadi prinsip diri mendatang.

nice entry thou,.

^^

al-bagani said... [Reply to comment]

ttg pelajar berlatar belakangkan sekolah agama tue agknya no komen sebab bukan semua pelajar sekolah agama betul2 nk masuk sekolah agama..kena pulak sistem m'sia yg exam oriented..belajar 11 tahun pn mcm x belajar apa2..

point yg baik tentang hidayah milik Allah..tak dinafikan langsung

tp bagi golongan yg meneruskan pengajian di maktab, universiti, kolej dan lain2 malah ada yg ke darul quran atau mgkn juga nilam puri..golongan2 ini mgkn Allah bg hidayah utk mlnjtkn pljrn ke bidang agama tp apa yg terjadi adalah wlupn mereka telah buat plhn utk mnjd org yg 'alim ilmu agama, masih lagi berlaku couple..ini seolah-olah tewas dengan kekangan nafsu sendiri..bila disoal keluar alasan couple islamik wlupn x pernah wujud istilah tue sbnrnya..

Nur Areefah said... [Reply to comment]

nilam puri apa?

al-bagani said... [Reply to comment]

Nilam Puri tue Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri dekat Kelantan..

Aisyah Shams said... [Reply to comment]

nice one.. kdg2 dilema juga kalau org2 yg dekat dgn kita (even dr segi fikrah pun) terjebak dlm masalah ni
semoga mereka2 ini diterangi jalan dan dicelikkan mata

al-bagani said... [Reply to comment]

bukan kadang2 dilema...
memang dilema pun...huhu

Unknown said... [Reply to comment]

Mantap!!!artikel yg sgt-sgt baik~!

al-bagani said... [Reply to comment]

syukran ziarah blog kerdil nie..:)

Lily said... [Reply to comment]

nice post..
masalah yang tak dapat dibendung sekarang..
walaupun aku bukan budak sekolah agama, tapi aku kesian bila tengok ada diantara kawan kita yang sekolah aliran agama tapi tak aplikasi..
masalah yg ketara sekali adalah ikhtilat antara lelaki dan perempuan..bila tak jaga pandangan,lelaki dengan perempuan dah memang tak jaga batasan,tu lah yang akan terdorong kepada mendekati zina..

Meow Ahmad Daizuki said... [Reply to comment]

nak komen gak....camne ek...org blaja agame tp bercople nie mmg len mcm dari segi logik akal n mata kasar.....tapi memang ramai pon...ako dok universiti islam...ramai je couple walaupun stadi hadis quran, tp dr segi pengamaln diorg dlm bab ibadah nie bule thn bagus gak r... nak kate salah tak bule gak secare total....sbb rasenye tu bergantung kt individu asalkn tau limit masing2...tp bile kite tgk memg rase nak maki....jd rasenye enthla betul@ tidak tu kite tak tau tp baik kite pilih yg selamat...huhuu...****enth ade kaitan ke tidak ngn post nie****huhuhu best post....

Si Peminjam Hati said... [Reply to comment]

subhanallah~~ moga saja Allah menjaga hati kita~~