Jun 24, 2010

Home » , » Berhujah biar ada Dalil

Berhujah biar ada Dalil

Kadang-kadang kita orang Islam, even sebagai ahli harakah Islamiah sekalipun, kita banyak mengutamakan logik pemikiran dan meletakkan akal fikiran kita di hadapan mengatasi al-Quran & Sunnah serta rujukan lain bagi umat Islam. Apabila kita memberikan hujah kita, muncul rasa gah dalam hati yang kita nie orang hebat tapi hujah kita masih tak cukup kuat, tidak kukuh andai kita tidak kukuhkannya dengan dalil. Dalil ada dua jenis dalil 'aqli dan dalil 'naqli. Bukanlah bermakna salah menggunakan logik akal dalam membahaskan hujah tapi kita lihat yang mana yang lebih utama. Andai sesuatu hujah dapat dikukuhkan dengan dalil naqli, apa salahnya kita berikan saja dalil naqli sebagai pengukuhan daripada kita menggunakan dalil 'aqli.

Kalau kita nak bagi dalil naqli nie secara tak langsung kita kena menghafal dalil dari al-quran dan sunnah untuk kita sebutkan dalil-dalil nie tanpa perlu merujuk berulang-ulang kali pada kitab. Jadi secara tak langsung kita sedang sikit demi sikit menghafal al-quran. Lama-lama lidah kita juga menjadi lekat dengan al-Quran. Pemikiran kita juga dipengaruhi dengan apa yang telah termaktub dalam al-Quran & hadis. Kitab al-Quran yang ada di rumah itu gunanya untuk dibaca dan ditadabbur, bukan sebagai hiasan mencantikkan hiasan dalaman rumah. Beriman kepada al-Quran itu bukanlah beriman kepada kitabnya tapi kepada isi kalamullah yang terkandung dalam kitab al-Quran itu. Jadi bukanlah tandanya kita beriman dengan al-Quran kalau kita tak hanya meletakkannya di tempat tinggi di rumah tapi dibiarkan berhabuk tak dibaca.


Kelebihan al-Quran ini sangat hebat dan sudah termaktub dalam hadis Rasulullah saw bahawa baginda pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang begini :

Aku tinggalkan kepada kamu dua benda yang kamu selama-lamanya tidak akan sesat andai kamu berpegang teguh dengannya iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah rasul-Nya (Rasulullah saw).

Perlu juga kita fahami kenapa kita perlu memberikan keutamaan kepada al-Quran & Sunnah sebagai pengukuh hujah kita. Tak lain tak bukan kerana al-Quran itu kalam Allah yang Maha Bijaksana. Maka hujah manusia manakah yang setanding kalam Allah? Sudah tentu tak ada sesuatupun yang mampu menandingi Kebijaksanaan dan Ketelitian Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Teliti. Kita sebagai hamba yang dicipta Allah nie perlu mengakui kelemahan dan kehinaan kita ini walau sehebat mana kita sekalipun.

Allah juga mencabar manusia untuk menulis sebaik kalam Allah dengan disediakan seluruh lautan sebagai tinta tapi tetap juga tak ada sesiapapun yang mampu menandingi kehebatan dan ilmu Allah. Maaf tak ingat dalil dalam surah mana tapi memang wujud cabaran Allah ini kepada manusia yang terkandung di dalam al-Quran. Allah juga ada berfirman dalam al-Quran:

Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al Qur an kepada hambanya agar ianya menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.

Hadis juga tak ketinggalan. Ini adalah sabda Rasulullah saw. Firman Allah dalam surah An-Najm ayat 3-4 yang maksudnya:

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berbohong dengan Agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri, Segala yang diperkatakan itu (samada Al-Quran ataupun Hadis ) tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepada-Nya

Rasulullah juga diutuskan sebagai penyempurna akhlak. Rasulullah juga sebagai role-model & panduan dalam kita menjalani kehidupan kita sebagai seorang manusia. Segala sunnah Rasulullah apabila dikaji sangat-sangat bersesuaian tak kira tempat tak kira masa dengan kehidupan manusia. Inilah bukti agama Islam bersifat 'Alamiyyah (Universal). Maka dengan menurut Islam kita sedang mempraktikkan Complete Way of Life.

Dalil 'aqli pula boleh juga digunakan kerana tidaklah Allah kurniakan akal kepada manusia itu untuk main-main melainkan ada kegunaannya yang tersendiri. Maka penggunaan akal itu hendaklah ada adabnya iaitu berlandaskan al-quran dan as-sunnah. Maka atas sebab itulah adanya ijtihad para ulama'. Maka wujudlah ijma', qiyas sebagai dua lagi sumber hukum yang disepakati dan beberapa hukum yang tak disepakati seperti sadduz zarai', istishab, istihsan dan lain-lain.

Oleh itu, kita sebagai seorang yang ingin menunjukkan dan menampilkan ke'izzahan Islam, perlu untuk kita menampilkan ke'izzahan itu dengan memberikan dalil kepada hujah-hujah kita. Kita sebagai duta orang Islam dan kitalah yang perlu menunjukkan kehebatan ayat Allah itu.


Wallahua'lam


0 comments: