May 1, 2010

Home » , , , » Ziarah Sahabat

Ziarah Sahabat

Hari nie hari yang macam-macam dengan kete Sham tayar pecahnye & macam-macam lagi laa. Tapi tue tetap tak menghalang niat kami nak ziarah kawan lama atas jemputan dia kat kami ajak pergi kenduri kat rumah dia di Batu Gajah. Kawan tue Rafiuddin atau kami panggil dia Ropek. Disebabkan kereta Sham kena tahan kat kedai sebab rim tayar da bengkok, maka tadi kami pergi naik Bumblebee Razlan (Perodua Kancil kaler kuning). Asalnya kata nak pergi kul 12 tapi jadi pergi kul 1 lak.

Aku dah lama kenal Ropek, dari tingkatan 1 lagi dah sebab aku sekolah sama dengan dia. Hari nie nampak dia aku perasan dia dah makin tembam. Tapi tetap aku menang lagi laa..hehe. Nie kenduri kawin abang dia & kakak dia. Makna kata 2 pasangan. Nie baru anak sulung & anak ke-3 kawin. Dia ada 12 beradik. Makna kata ada baki lagi 10 kenduri kena buat lepas nih...huhu. Best betul big family nih. Meriah.

Nanti semua dah kawin siap ada anak, mau cucu ada lebih 100. Tambah zuriat banyak-banyak lepas tue mana tau daripada zuriat-zuriat yang lahir tue bakal terlahirnya seorang ulama'. Fuhh, memang ada keberkatanlah kalau macam tue. Macam nie laa yang kita nak, tak perlu buat anak sebelum kawin yang akan merosakkan keturunan kita. Pelihara keturunan kita untuk kemudahan kita juga. 

Nie laa apa yang disebutkan oleh Fathi Yakan dalam kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam dalam bahagian pertama tajuk pertama berkenaan Saya Mestilah Muslim dari Sudut Akidah dalam part ke-2 yang mana beliau menyatakan bahawa Allah tak menciptakan ciptaan-Nya itu main-main. Dalam erti kata lain setiap ciptaan itu ada significant & hikmahnya tersendiri. Macam laa kita punya appendiks, orang kata appendiks nie tak ada function dalam badan kita. Nie dah menyalahi apa yang disebut tadi. Tapi kajian terbaru mendapati appendiks itu ada fungsinya dalam badan kita. Aku tak ingat dah apa dia.

Ok, aku dah mula lari daripada tajuk. Jadi 'ala kulli hal, syabas dan tahniah kepada Abang & Kakak Ropek sebab dah melangsungkan perkahwinan. Moga bahtera perkahwinan ini dapat dihias dengan hiasan-hiasan indah akidah & akhlak berlandaskan al-Quran & Sunnah. Selamat membina Baitul Muslim.

Sekian...

 Haa..rasyid usya ape tue??

 kan aku da kata aku menang ngn ropek

 sian sham, nak jugak ad gambar




1 comments:

Frodo Baggins said... [Reply to comment]

hahahhahha
jom banyakkan zuriat!
keh3x ...

bgumbira ngan member mmg best!


>>___<<