Punya banyak benda dah buat last-last malam tue jadi benda yang memang merosakkan mood aku. Aduss...ujian..ujian...mesti ada dosa & kesilapan yang dibuat sampai jadi macam nie. Cite dia mudah je, aku sangat-sangat lapar malam tadi. Jadi tengah2 online tiba-tiba ternampak status Hanis Roslan Affendi kat facebook kata dia nak pegi Ameeth, aku abaikan dulu. Tiba-tiba Arif Samin, Atif & Syahir singgah kat tingkap bilik aku. Aku pelik, then aku refresh semula lappy aku tengok-tengok ada reply Arif Samin kat status Hanis. So aku pun amik jaket aku then terus keluar pegi kat kete diorang. Sebab aku lapar sangat-sangat. Then kitorang pergi v1 amik Hanis then terus blah gi Ameeth.
Kat Ameeth nie pun ada kisahnya tersendiri tapi tue bukan main story dalam post kali nie. Takat kami gelak-gelak dengan gelagat anjing yang ntah apa laa dia buat merayap sana-sini. Yang pasti memang ramai laa orang dekat Ameeth masa tue especially student UTP. Dipendekkan cerita, dah habis makan, nak balik laa kan. Aku da plan nak pegi Masjid Lama memandangkan Jumaat & ada qiamullail nanti. So disebabkan zouq yang baru dapat masa Usrah LTK tue kena apply laa kan. Tapi tue laa, nak jadi ceritanya masa nak keluar dari simpang kat jalan tue Atif (driver) telah membawa dengan agak laju sedikit dan kereta itu pula dipandu agak ke tepi. Awal-awal dah elok kat tengah. Aku nampak ada lubang besar kat tepi jalan tue. Tiba-tiba kete makin ke tepi then aku pun da tak sempat suh Atif elak maka
Boom!!!
Boom!!!
Adess!!!
Nie yang menjadikan cerita kali nie tak best...=.='
Keluar je kete tengok tayar pecah. Adoi...kalau satu tayar takpe, nie dua-dua tayar belah kiri depan & belakang. Kalau panggil toll truck pun diorang pening nak angkut kereta tue. Sebelum apa-apa kereta itu hak milik Ahmad Hissamuddin. Tayar spare lak ada satu je. Last-last call laa Azim mintak bawak tayar spare kete dy untuk sementara. Bila Azim dah sampai, ingat nak tukar dah tapi tayar lak tak leh bukak kes pemutar skru tue tak sama saiz dengan skru kat rim tayar kete Sham nih. Adoyai...cam mana nak bukak tayar. Last-last pikir nye pikir kami terpaksa wat keputusan tinggalkan dulu kete Sham & balik dulu. Kalau pagi tue nak call mechanic kedai pun tutup.
Balik bilik je tengok-tengok da nak dekat pukul 5 pagi. Niat nak pi Masjid pun cancel laa. Nak qiam tido pun tak lagi. Nak tido risau lak terlepas abes ngan Subuh nanti. Last-last tahan je laa. Mata memang dah ngantuk & letih sangat-sangat dah. Tapi last-last minute terlentok jugak aku. Nasib baik terjaga sebelum habis Subuh. So solat Subuh dulu then aku pun membuta laa lepas tue. Memang sakit kepala. Habis plan aku nak pergi kenduri kat rumah Rafiuddin (Rapek) hari nie. Tapi rasanya still sempat lagi kot. Tayar kete Sham tue tak teruk mana rasanya, just perlu tampal je. So harapan itu masih ada. Cumanya driver malam tue, Atif kat dah serik naik kete Sham. Dua kali dah pengalaman aku ngan kete Sham nie..haha. Tapi takpe, nie laa pengalaman namanya. Tarbiyyah jugak tue, macam mana nak buat kalau kita berhadapan masalah macam nie nanti.
Paling penting, masa nie laa pentingnya kawan. Kalau kita nie lagi banyak musuh dari kawan, rasanya tak ada yang nak tolong kita nanti. Jadi dengan adanya kawan, kalau ada masalah macam mana pun diorang akan turun & tolong. Atas dasar kawan. Takkan kita nak harap kereta-kereta yang lalu-lalang kat jalan nie nak tolong. Boleh je tapi daripada pemerhatian semalam tak de pun yang stop & tawarkan bantuan.
Mangsa Keadaan
Kereta Bantuan
Tayar yang pecah
Hero of the morning
Mangsa tayar pecah...=.='
1 comments:
lah. malam tu kitorang ada nampak korang nya kete tesadai kat tepi jalan! tapi tak sangka la tayar kete pecah! ingatkot nak buat sesi photografi ke. benti cari kedai ke. kalau tak ktorang dah tolong dah. sorryla! korang pon tak tahan ktorang! :D papepon, thank GOD everything is alright! naseb tak tebabas.
Post a Comment