Final Exam pun dah habis. Kehidupan sebagai student foundation pun berakhir. Lepas cuti nie akan disambung dengan pengajian Bachelor (Hons.) of Information & Communication Technology. Ada lagi 3 setengah tahun untuk belajar di UTP. Tapi masih ada di UTP. Esok akan bergerak ke Port Dickson untuk program biasiswa Petronas, Soaring The Eagle bermula 16/5 - 22/5. Mungkin aku akan balik ke rumah 23/5 nanti.
Hari nie mata aku asyik berair je, sedih sungguh laa kot. Memang nasib sungguh laa, time macam nie laa aku kena selesema pulak kan. Tapi tetap berair laa mata aku. Tapi ada sebab lain juga untuk kita menitiskan air mata hari nie. Hari nie 15 Mei, kalau kita tengok kalendar perjuangan Islam, hari inilah wujudnya negara haram Israel. Hari inilah yang digelar dengan hari Nakba (Hari Kecelakaan). Saudara seislam kita diusir dari bumi Palestin dan hari ini dah 61 Tahun berlalu sejak hari kecelakaan tersebut. Tapi saudara-mara kita di Palestin masih lagi menderita, masih lagi sengsara, masih lagi memendam rasa. Israel laknatullah telah menumpahkan darah di bumi Palestin dengan mengorbankan jutaan nyawa yang tidak berdosa.
Kita hari ini kat Malaysia masih lagi seronok surf Internet, blogging, main Facebook, layan awek, pegi concert, tengok bola, main game & macam-macam lagi aktiviti yang kita buat tapi pernah tak dalam sehari kita fikirkan & muhasabah diri kita dengan mengingati penderitaan umat Islam di Palestin. Sampai bila kita nak biarkan diri kita dalam 'Comfort Zone'? Sedarlah wahai umat akhir zaman, perjuangan kita masih belum selesai.
p/s : Post ini sudah terlambat hampir sejam kerana baru teringat nak update blog...time post nie dibuat dah pun 16/5.
satu lagi memandangkan sekarang dah 16/5 maka aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik di Malaysia. Moga segala ilmu yang dicurahkan itu menjadi amal jariah yang berterusan pahalanya sehinggalah ketika mati.
0 comments:
Post a Comment