Apr 30, 2010

Home » , , » Usrah yang Mentarbiyyah jasad, akal, ilmu, kreativiti & Muhasabah

Usrah yang Mentarbiyyah jasad, akal, ilmu, kreativiti & Muhasabah

Nampak gayanya usrah yang berturut da jadi satu trend dalam hidup aku sekarang nih. Baru semalam aku ada usrah dengan Abang Asyran & Abang Din Segamat. Dalam sms yang diberikan dah ada tulis kena bawak kain pelekat. At first aku juz jangkakan kain pelekat tue saja-saja nak dibawak rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Tapi memang firasat aku masa tue rasa macam akan kena sesuatu je hari nie. Maka dengan bersemangatnya aku pun bawa diri pergi Usrah. Rasanya minggu lepas tak ada usrah kalau tak silap aku. So bila ada usrah nie rasa syok sebab dah lama tak pergi usrah. So dah sampai usrah dapat laa pengisian daripada abang Asyran sebelum abg Din ambik alih & start aktiviti untuk malam tue. Aktiviti yang sangat menarik yang mana nikmat penglihatan ditarik sementara waktu untuk merenung bagaimana rasanya kalau kita nie buta. Masa nie laa kita akan bermuhasabah diri kita & mensyukuri nikmat Allah yang memberi kita nikmat penglihatan.

Bukan takat tue je aktiviti dia. Bila dah nama bermuhasabah nie ada laa lagi perkara lain yang perlu dimuhasabahkan, tapi rasanya yang tue tak perlu laa aku explain satu-satu apa isi muhasabah tue...hehe. Tapi muhasabah kali nie memang sangat-sangat menarik sebab ada naik kereta..huhu. Ntah mana-mana laa kami dibawa lepas tue bermuhasabah kejap kat situ. Lepas tue diberi peluang tengok kat mana kami ada rupa-rupanya kat Main Hall je. Padahal rasa macam jauh je bergerak. Then patah balik pergi Masjid Lama diteruskan lagi muhasabah tue. Macam-macam laa ada, tapi lepas tue Insya-Allah semangat tue dipurify balik setelah lama digunakan. Dia macam bateri jugak laa semangat nie. Kena recharge kalau tak semangat tue hilang ntah ke mana pun tak tau...huhu. Then sudah tentulah tidur kat Masjid Lama tue & rutin biasa yang perlu dilakukan pun dilakukan termasuk laa Solat Subuh pagi tue kan. Then dengar Kuliah Subuh yang disampaikan Ustaz Rahmat pagi tadi. Ingat nak dengar semua tapi awal-awal da terlentok. Nak kata tidur tak puas rasa macam lama je tidur. Tapi ntah laa..rasa nak tidur lagi.

Pagi tue lak hujan. Kalau ikutkan kul 7.15 pagi ada Usrah gabungan LTK (Lajnah Tarbiyyah & Kepimpinan) yang akan di'handle' Abang Mu'min. Tapi disebabkan hujan ditunda sekejap sampai 7.45 pagi. Maka kami pun masuk masjid balik baca Ma'thurat dulu then dah habis kami tak nak balik bilik...hehe. Alasannya mudah. Kalau balik bilik nanti nampak katil. Bila nampak katil ada suatu tarikan daripada katil yang menyebabkan ada suatu perasaan datang. Then kita pun rebahkan diri kat katil maka terlentoklah kita. Aku nih jenis yang kalau dah terlentok tue memang susah dah nak bangun..hehe. Maka kami baring-baring kat Masjid An-Nur sambil sembang-sembang. Tapi last tue aku rasa ngantuk & hampir terlentok...hehe...masalah2.

Elok pukul 7.45 pagi kami terus pergi kat padang dekat V6. Abang Mu'min dah tunggu kat situ dah..hehe. Nie laa namanya 7.45 jam Islam. So terus laa pergi sana. Sementara nak tunggu yang lain-lain sampai, kami baca Ma'thurat sekali lagi. Lepas tue bermulalah aktiviti kami. Ada 7 orang semuanya termasuk Abang Mu'min yang akan lead aktiviti untuk Usrah pagi tue. Kami dipecahkan kepada dua group. Group aku ada Izat Imadi & Hambali. Lagi satu group ada Azwan (xhensemtpmacho), Adlan & Asyraf. Aktiviti dia jogging tapi ada banyak checkpoint laa..hehe. Nie yang best nie.

masa nie baca ma'thurat

tak habis baca lagi

Maka bermulalah aktiviti jogging kami walaupun secara jujurnya aku dah lama gila tak jogging & aku memang lemah kalau diajak jogging sebab lack of stamina...hehe. Kalau ajak main badminton aku on laa..keke. Tapi tak apa laa, bila lagi nak tarbiyyah jasad aku nih. Asek bagi makan je kan. So start laa jogging sampai kat satu checkpoint kami stop & group Azwan kena soal dulu. Soalannya berkaitan dengan tarbiyyah. Makna kata setiap checkpoint memang kena soal bab tarbiyyah laa senang cite. Soalan 1st yang group Azwan kena berkenaan dengan dalil-dalil tarbiyyah. Diorang tak dapat jawab & group aku kena setkan denda. Maka kami bagi denda lompat kerusi batu ulang alik 10 round. Then turn group aku lak kena soal. Abang Mu'min dah masuk dalam tasik, maka ada antara kami yang jadi peserta FMC terimbau memori lama. Tapi kena masuk gak..huhu. Group aku kena soal tentang elemen tarbiyyah, kantoi gak tak dapat jawab. Then kami lak kena denda. Denda dia ambil wudhu' dengan air tasik.
Lepas tue sambung jogging ke checkpoint ke-2 dekat jambatan yang dekat ngan stor kayak. Macam biasa group Azwan kena soal dulu & soalannya berkenaan dengan rukun Tarbiyyah. Hint dia sangat mudah, Abang Mu'min pernah cakap pasal benda tue....=.='. Maka diorang tak dapat jawab tapi malangnya group aku nye denda sume kena reject ngan Abang Mu'min maka kami kena denda balik. Denda dia jalan itik rentas air kat bawah jambatan. Nasib baik cetek...hehe. Izat yang begitu teguh merentas tasik tak hiraukan handphonde dalam poket maka basahlaa handsetnya & tak menyala. Seb baik elok balik lepas dikeringkan. Then soalan untuk group aku pulak jenis-jenis tarbiyyah. Pun tak boleh jawab gak tapi alhamdulillah denda group Azwan pun kena reject & denda diorang ialah berguling atas rumput lima kali..keke.

dah sedia direndam????

Ok, lepas tue abang Mu'min bagi arahan pergi kat pondok yang aku kira jauh gak laa dalam masa 30 saat. Erkk...maka aku pun sprint laa sehabis baik tapi aku lupa nak tanggalkan selipar maka aku banyak buang tenaga aku kat situ. Tapi dah sampai tue aku dah gila-gila dah pening, tak tahan punya pasal aku baring kat atas kerusi...hehe..samseng gila aku. Then abang Mu'min pun bagi laa conclusion kepada semua yang disoal & aktiviti yang dilaksanakan. Maka kami dapat laa ibrah daripada apa yang dilakukan. So jangan kata aku tidur ek, aku amik point apa yang abang Mu'min cakap tapi sebab angin dalam badan maka kepala aku jadi pusing jap. Hilang fokus..hehe.

Untuk soalan pertama bab dalil Tarbiyyah abang Mu'min sebut pasal dua dalil iaitu 
1. surah al-Jumaah ayat 2
2. surah Al-Baqarah ayat 151.

Soalan kedua pasal elemen tarbiyyah ada 3 perkara
1. Ta'lim
2. Ta'dib
3. Tazkiah

Soalan ketiga berkenaan rukun Tarbiyyah
1. Murabbi
2. Mutarabbi
3. Manhaj
4. Biah

Untuk soalan terakhir berkenaan jenis Tarbiyyah
1. Tarbiyyah Jasadiah (Jasmani)
2. Tarbiyyah Ruhiyyah (Rohani)
3. Tarbiyyah 'Aqliyyah (Akal)
4. Tarbiyyah Khalqiyyah (Akhlak)
5. Tarbiyyah Menentang Syaitan

Maka selesailah bab nak memahami tarbiyyah untuk sesi usrah gabungan kali nie. Abang Mu'min ada cakap jugak kita nie kalau dah nama ajk Lajnah Tarbiyyah tapi kalau tak memahami apa itu tarbiyyah macam mana nak jawab kalau kena soal nanti. Maka aktiviti tue dah conclude semua sekali yang ada sebab dalam jogging tue kami kena zikir. Maka secara mudahnya tarbiyyah itu perlu kita rasai sendiri & nak mengatasi kelemahan itu perlukan mujahadah yang tinggi. Then habis laa aktiviti untuk pagi tue. Tapi sebelum tue abang Mu'min soal kami semua sorang-sorang berkenaan isu semasa. Lepas tue jalan balik kat tempat kami start lari tadi & kebetulan kasut Adlan rosak. Maka Azwan, aku & Izat pun mengaplikasikan peringkat Ukhuwwah yang ke-2 iaitu sama-rata. Aku, Izat & Azwan pun bukak selipar masing-masing & jalan kaki ayam masa tue. Then kami cakap kat abang Mu'min & dia pun tanggal selipar gak sekali dengan Hambali & Asyraf...hehe.

Aktiviti lepas tue adalah Breakfast!!!

Dalam breakfast pun masih lagi ada unsur-unsur diskusi ilmiah yang banyak bagi manfaat kat kami..huhu. Maka selesailah aktiviti pagi kami dengan penuh manfaat & tak laa membuta je dalam bilik..huhu...itulah sekadar untuk coretan kali nie.

Sekian...

p/s : nie nak promote sket atas permintaan...hehe..jenguk2lah blog sempoi nie..nama blog dia x hensem tp macho hasil nukilan Azwan Rasyid, rakan selajnah aku dalam LTK.

5 comments:

i1 said... [Reply to comment]

haha... atas permintaan...
trima kasih...

kantoi xdpt jwb soalan abg Mukmin...
hmpir2 nk ter"GORENG" 10 muwasafat tarbiyah td... haha...

al-bagani said... [Reply to comment]

rasanya sume 4 soalan abg mu'min ty td sume kta x leh jwb...hehe..

Meknas said... [Reply to comment]

bestnye~klu tnye ana, ana pun xtau nk jawab pe

Unknown said... [Reply to comment]

bestnyer usrah LTK..
majulah LTK utk negara!

al-bagani said... [Reply to comment]

usrah memang akan jadi best kalau dua2 pihak sma ad naqib & anak usrah commit dalam nak mem'best'kan usrah tue..jd pntgnya ukhuwah dalam berusrah itu utk jdkn suasana dua hala itu lebih rancak dgn prtanyaan & pendapat..