Apr 29, 2010

Home » , » Coretan Aku...

Coretan Aku...

Coretan aku kali nie masih lagi berkisar dengan apa yang berlaku dalam hidup aku. Tak ada apa yang best pun tapi dalam banyak-banyak aktiviti aku nie laa aku rasa best cuma effect kepenatan itu...hehe..faham-faham aje laa. Memang letih sangat tapi kalau terus stop dalam perjuangan nanti lagi berat jadinya. Takut buat benda yang tak patut dibuat lak. Lagi masalah nanti.

Jadi aku dah selesai semua event aku yang berakhir dengan program aku di SMKASAS. Alhamdulillah ada pengalaman baru. Macam mana kita nak handle pelajar sekolah menengah. Rupanya budak tingkatan 4 nie masih lagi kebudak-budakan pemikirannya. Masih belum jelas dengan tujuan kehidupan diorang. Aku tak kata aku sendiri pun dah jelas dengan tujuan kehidupan aku. Tapi sekurang-kurangnya nampak dengan tanggungjawab diri sendiri yang perlu dilaksanakan. Memang laa budak-budak nih tengah honeymoon..huhu. Maka kami datang dengan memberi pendedahan kat diorang tentang tanggungjawab sebenar diorang. Slot muhasabah yang Ustaz Sidek sendiri ada tengok perlaksanaannya aku rasa sangat bagus sebab nampak jugak laa ada sedikit kesedaran yang timbul dalam diri masing-masing. Diorang masih ada banyak masa lagi. Masih ada peluang menggegar dunia.

Yang menarik masa nak buat muhasabah tue ada sorang ajk BADRI nih dengan semangatnya bawak bala tentera tambahan untuk membantu. Semangat sungguh diorang nih...huhu. Siap bagi cadangan nak wat sergah2 macam main burung hantu lak. Maka kami pun kata tak perlu sebab kami nak bawa mood untuk timbulkan kesedaran bukan nak timbulkan ketakutan. Dah habis sesi muhasabah, ajk tue merangkap junior aku laa walaupun aku tak pernah jumpa dia. Dia cakap kat aku yang tue first time muhasabah yang style macam tue. Then aku tanya, sebelum nie macam mana? Dia kata sebelum nie bese je, juz wat lakonan sakaratul maut dll. Oh, dia memang buat aku teringat kat nostalgia lama di sekolah tue. Rupa-rupanya masih lagi tak berubah sistem yang diamalkan BADRI nih.

So keesokannya, aku cakap laa benda nie kat Ustazah Marsirah memandangkan Ustaz Sidek tak ada pergi jaga MUET. Aku cakap laa yang apa yang dibuat BADRI nie banyaknya terlampau ikut2 apa yang dibuat oleh senior-senior sebelum nie yang aku rasa lebih baik kita beralih pada cara baru. Jangan pakai dah cara lama tue. Memang tak ada masalah kalau dikekalkan tapi pendekatan lama nie kalau masih relevan takpe laa jugak. Maka aku cadangkan kat Ustazah supaya diperbaharui laa sistem BADRI nih. Mungkin perlu juga dibuat Simposium Kepimpinan BADAR SBP SMKA yang mana benda nie pernah di'plan' Abang Azrul, Presiden BADAR KISAS 2007 sebelum nie. Kalau sebelum nie aku pernah nukilkan pasal pemerkasaan Badar di sekolah maka kali nie aku nampak masih ada lagi Badan Dakwah di sekolah nie yang tak menyerlah dalam kalangan pelajar & kurang dominan & pengaruh mereka di sekolah. Maka benda nie perlu diubah. Perlu dikuatkan Badan Dakwah nie untuk terus memastikan adanya penerus mata rantai perjuangan Rasululah saw. Kalau kita tak latih adik-adik dari Sekolah Agama nie dari sekarang, nie laa yang nanti pergi Kampus jadi makhluk paling jahat.

Jadi memang banyak pengalaman & pengajaran yang aku dapat sepanjang berprogram di sana. Insya-Allah aku nampak apa yang perlu ditambah dan apa yang perlu dihazafkan di sana. Pembaharuan itu perlu tapi hendaklah berperingkat-peringkat agar mampu istiqamah dengan perubahan itu. Terima kasih juga atas cenderahati yang mahal (Buku Indahnya Hidup Bersyariat).

Ok tutup cite kat sekolah, pada tarikh yang sama jugak lepas program tue, malam tue aku pergi ke Kembara Sufi pulak. Yang nie satu lagi pengalaman hebat yang aku rasa. Nie first time rasanya aku pergi Konsert....huhu. Ada 3 artis Azhan Atan, Rabbani & Shoutul Harokah. Azhan Atan memang sangat-sangat best dengan gaya yang selamba. Perwatakan dia je dah buat dia nie nampak bersahaja & tak menunjuk sangat yang dia kena jaga profile dia sebagai artis. Rabbani pun sama dengan pandai buat lawaknya. Memang tak boleh blah laa..hehe. Shoutul Harokah pun tak kurang hebatnya dengan lagu-lagu yang memang kami selalu nyanyi kat UTP nie dibawa. Memang rancak. Cuma diorang memang nampak agak letih masa tue.

Memang best tapi tetap juga ada unsur-unsur memberi ingatan daripada artis-artis nie sepanjang konsert berlangsung. Nie laa yang menjadi pembeza antara konsert Islamik dengan konsert biasa rasanya. Ntah laa. Aku tertarik dengan sedutan video Kembara Sufi. Memang sangat gempak & sangat best. Memang buat aku nak belajar dalam lagi dengan Adobe After Effect..huhu..tapi overall Konsert nie memang best sangat laa.

Dah habis Konsert, aku pergi pulak jalan-jalan kat gerai yang ada. Tertarik dengan gerai yang ada jual kitab2 yang sangat tebal. Memang aku nak beli sebab dia bagi harga promosi daripada rm150 jadi rm89. Lepas tue abang tue lak cakap leh pakai kad bank. Aku pun beli laa tapi tak lepas jugak. Dah bape kali check last2 teringat masa tue dah pukul 12 tengah malam. CIMBClicks tengah Maintenance...adoi. Takpe2 last2 aku amik no akaun diorang & transfer duit kat diorang sebagai bayaran. Dah setel. Aku pun dah dapatkan Kitab Asbab Nuzul dari juzuk 1-30 yang disusun Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz.

Habis Kembara Sufi lak esok tue aku ada program lagi daripada pukul 2-10. Program nie pun lagi best sebab ada banyak pengisian & banyak memahamkan lagi aku tentang perjuangan yang aku nak lalui lepas nie. Ada jugak laa sedikit montage yang aku buat untuk program tue. Cumanya aku agak blur sebab memang dah letih sangat-sangat masa tue. Tapi bila aku tengok abang2 & kawan2 lain pun letih gak. Jadi aku taknak laa pentingkan diri sendiri. Orang lain pun letih jugak. Jadi aku kena bersemangat jugak sebab aku fikir kalau sekarang aku dah rsa letih macam mana pulak dakwah Nabi? Lagi kuat cabarannya, Nabi tak merungut pun.

Habis program tue esoknya hari Isnin pulak aku ada test Calculus, Selasa pulak aku ada quiz Programming then Rabu aku ada test Programming. Memang terbaik laa kan..huhu. Aku tak sempat study banyak mana, juz revise yang mana yang patut. Calculus lak memang aku tak study langsung. Tapi alhamdulillah markah yang aku dapat tue walaupun agak rendah tapi ok laa untuk orang yang tak study. Tak laa rendah mana tapi lebih daripada 50% laa markah tue. Agak lega, masih mampu maintain coursework. Untuk Programming, juz berserah je laa. Aku pun tak study banyak sangat tapi lega soalan dia tak laa gila macam masa test 1 sebelum nie..huhu. Minggu depan ada test IBIS lak. Sekarang nie ada last assignment kena buat report 30 pages & present the report Jumaat minggu depan. Adoi..kenapa laa tak dibuat sebelum nie je...macam lambat sangat rasanya buat benda nie. Exam pun dah dekat sangat-sangat dah...hmmm..

Ok laa hari minggu nih aku nak pegi Family Day Rakan Masjid pulak..huhu. Then revision for exam. After exam ada Soaring The Eagle (STE) sampai 22/5 then balik rumah, cuti sem sampai bulan 7. Finally, finish the foundation year. Bakal bergelar pelajar tahun pertama pula nanti...huhu. More adventures to be explore after this.

Tak larat letak gambar...hehe..biar je laa kosong...

Sekian...

3 comments:

ieraros said... [Reply to comment]

salam

aduyaii..pas satu, satu..huhu
aktif btol ek..
pape pn, moge usaha diberkati Allah

btw, for me personally, rse2nya mmg dh kurg ssuai la gune cra lakonan tu..and also klau cra yg tbe2 je nk mrah2, sergah2..usually org akn nangis (muslimat la slaluny) time tu je..or mlm tu je..lpas2 tu..?xb'kesan sgt..
btul ni..rmai gak yg komen..huhu
sme2 la fkirkan cra yg pling baik & boleh bgi kesan yg mndalam utk kemaslahatan b'sama :)

i1 said... [Reply to comment]

hoh...

nt kurus la sahabat ana ni sorang... bz sana sini...

al-bagani said... [Reply to comment]

iejan..

gitu laa nmpk gayanya.....^-^
rasanya dari awal sem sampai da nak abes sem nih non-stop event...
igtkn da abes da..
tba2 td dpt keje baru lak...
tp ntahla cmne sbb msa tue ad bnd len..hmm..

yg pasal muhasabah tue mmg rmi yg pki kaedah cmtue..leh je klu nk guna tp ad limit2 trtentu..marah leh bg diorg nie kuarkn ap yg salah..then kta jatuhkn sket supaya ego jd rendah tp last2 kna naikkan semangat balik dgn bg taujihat..supaya diorg x terus lemah semgt..klu sblm nie org keje nk marah je..pastu abes cmtue je..mmg x jd pape..

azwan...

hehe..nta tgk rr progress ana nnt..kekeke