Bulan 4 dah nak sampai hujung. Bulan 5 dah nak sampai. Petanda final exam makin dekat. Petanda cuti semester bakal berkunjung tiba. Petanda foundation bakal ditamatkan. Inilah saat yang dinantikan. Setelah beberapa sem hanya ada cuti sem selama seminggu. Kali nie aku dapat juga merasai cuti sem 2 bulan. hehehe...jakun sekejap. Tapi dalam bulan 4 nie saja ada banyak cerita manis, pahit, duka, lara, suka, ria, sengsara, dan sebagainya.
Juz nak cite, hidup kita nie semuanya dalam aturan Allah. Segala sesuatu yang kita lakukan semuanya di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukan. Kadang-kadang kita tak sangka satu keputusan yang kita ambil atau satu tindakan yang kita lakukan akan memberi impak besar dalam hidup kita. Sebab itulah apabila kita bertemu persimpangan jalan kita perlu memilih jalan yang betul. Sebabnya selepas persimpangan itu, jarang sekali kita akan berpatah balik untuk menguji semula persimpangan yang kita lalui itu membawa kita ke mana. Tambahan lagi, lepas kita memilih jalan itu kita akan bertemu pula dengan persimpangan yang lain yang akan menentukan hidup kita juga. Maka pilihan itu adalah untuk kita sama ada hendak memilih jalan yang diredhai Allah ataupun jalan yang dimurkai-Nya.
Baru-baru nie seluruh warga UTP digemparkan dengan peristiwa kemalangan student UTP di Manjung. Seorang daripada yang kemalangan tue dikatakan kritikal & masih koma sampai hari nie. Alhamdulillah baru-baru nie dapat khabar positif tentang keadaan dia. Alhamdulillah. Moga Allah menyembuhkan dia dan memberi dia kekuatan untuk belajar seperti biasa dan merealisasikan cita-cita. Tak mampu bayang andai situasi tue dialami diri sendiri. Keluarga sendiri ditimpa musibah macam nie. Sayu hati baca rintihan dalam blog kakak & adik dia. Even kat UTP nie pun semua mendoakan dia sembuh cepat even tak kenal pun dengan dia. Inilah tautan ukhuwwah yang difirmankan Allah dalam surah al-Hujurat mengatakan setiap Mukmin itu bersaudara. Kerana rasa persaudaraan inilah kita concern dengan saudara seislam wlaupun kita tak pernah bersua muka.
Itu berita duka yang menimpa. Ini berita duka...bukan duka apa..tapi kecewa dengan sikap orang tua yang tak sedar Allah itu pencipta manusia, Al-quran Allah turunkan sebagai manual kepada kita. Hukum hudud Allah jadikan sebagai satu pengajaran bagi orang yang melampaui batasan dalam agama. Tapi sayang seribu kali sayang pemikiran orang yang banyak makan garam itu lebih gila dari orang muda. Ditolaknya hukum hudud kerana baginya tak sesuai di Malaysia & zalim bagi penduduk Malaysia. Hey!!! Siapa kita nak persoal undang-undang sang Pencipta!! Ini semua kerja gila bila sekularisme berleluasa. Islam dibuang dicampak merata. Nie laa berita yang aku dapat dari blog sahabat aku yang mana dia dapat maklumat nie dari kawan dia. Jadi nie lah 'link'nya sila pergi jenguk ke sana.
Dalam bulan nie jugak aku akan handle program di sekolah lama aku SMKA Sultan Azlan Shah. Moga program tue mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt. Dalam melaksanakan sesuatu program, seringkali aku teringat satu konsep yang mana masa tue aku tak ambil benda nie sebagai satu konsep. Cumanya bila terfikir balik aku jadikan satu bentuk konsep yang bagi aku perlu bagi setiap penggerak gerakan Islam. Mungkin konsep nie dah ada & dah lama dipakai. Saja ja aku nak bagi nama. Konsep nie aku namakan Konsep Taubat & Hajat. Dalam nak melaksanakan tanggungjawab sebagai Muslim & Dai'e, kita perlu banyakkan pergantungan kita kepada Allah swt. Kenapa terjadinya masalah dalam program kita? Sebab kurangnya elemen taubat & hajat nie. Kalau dulu masa di KISAS, kami sering diperingatkan supaya tunaikan solat taubat & solat hajat sebelum program. Benda nie lebih ditekankan dalam satu liqa' yang dipanggil liqa' muhasabah yang mana pemilihan orang yang masuk ke tengah itu sangat ketat.
Itu kisah masa di KISAS, baru-baru nie terbaca blog Azwan Rasyid, sahabat dalam Lajnah Tarbiyyah & Kepimpinan Rakan Masjid UTP berkenaan ikhtilat. Dalam post tue ada juga dinyatakan tentang KISAS ini adakalanya terlalu idealistik tentang ikhtilat. Ye, memang kadang-kadang orang nampak benda nie kolot, jumud & sebagainya. Tapi yang nampak kolot & jumud nie laa yang paling bertamadun sebenarnya. Kenapa wujudnya situasi macam tue kat KISAS? Sebab di sana kami diberi kefahaman tentang bagaimana ikhtilat itu yang sebenarnya. Jadi aku tak rasa hairan bila orang dengar KISAS, diorang terbayang cakap balik pintu, jalan tunduk kepala sampai langgar tiang dll. Itu hanya dari sudut pandangan mereka. Hakikatnya tak laa sampai macam tue sekali. Mungkin liqa' albab tue masih wujud tp perlaksanaan itu baik dari sudut menjaga hati dan pandangan kita sesama org yang ajnabi (bukan muhrim).
Selesai cerita tue kita masuk pulak cerita lain. Kadang-kadang pengalaman mengajar kita menjadi manusia yang lebih matang dalam mengharungi kehidupan. Bila kita sibuk, itu tak bermakna kita meletakkan diri kita dalam keadaan stress sepanjang masa. Itu hanya mainan emosi dan perasaan. Apa yang penting itu adalah keikhlasan kita dalam melaksanakan sesuatu perkara. Itu yang mendatangkan rasa seronok dalam bekerja. Apa yang penting adalah kita walk the talk. Jangan cakap lebat tapi kerja tak jalan. Betul tak. Kagum dengan seorang figure yang memang sentiasa sibuk jadualnya tapi kat wajah tak pernah luntur senyumannya tue. Makna kata dia seronok dengan kerja dakwah yang dah dilakukan. Seolah-olah kerja nie dah jadi darah daging dah dalam diri dia.
Jadi tue saja la rasanya apa yang aku nak sampaikan. Banyak yang nak dikongsi tapi nampak gayanya masa tak izinkan, kesibukan mengekang dan macam-macam lagi faktor pengekang. Sekarang dalam kepala nie terfikir satu isu baru yang sangat-sangat buat aku marah dengan seseorang yang dari dulu sampai sekarang kuat mengekang usaha dakwah & pembawaan tarbiyyah nie. Nantikan ulasan aku.. :)
10月ご請求額のお知らせ
1 day ago
1 comments:
salam
Post a Comment