Mar 2, 2010

Home » , , , » Lagi Teruk dari Binatang!!!

Lagi Teruk dari Binatang!!!

Sumber Al-Ahkam
Sumber KLPos
Sumber Harakah


Al-Fatihah untuk adik Syafia Humairah. Mungkin aku agak lewat post benda nih tapi tak apa lah. Isu masih segar. Cumanya aku tak boleh tahan marah & sedih bila tengok berita macam nie. Kalau sebelum nie kita dikejutkan dengan kes adik Nurin Jazlin Jazimin yang dibunuh kejam dan kes adik Sharlinie yang tak selesai2. Sekarang kita dikejutkan pula dengan kes yang aku kira paling & sangat2 kejam laa rasanya. Bunuh budak 3 tahun & si pembunuh pula ada hubungan dengan ibu budak tersebut. Si Ibu pun tak perasan selama nie anak dia kena dera. Layak ke jadi mak kalau macam nie? Kerana cinta abes sume dianggap baik je kat teman lelaki tue padahal dengan suami sebenar tak cerai pun lagi. Islam ajar kita buat macam nie ke?

Benda nie binatang pun tak sanggup buat rasa aku. Mak kucing sanggup gadaikan nyawa nak pertahankan anak2 dia. Tapi kita manusia nie yang Allah bagi akal nak bezakan antara baik & buruk boleh pulak bunuh budak. Mana pertimbangan kita sebagai manusia? Dah hilang akal ke?

dalam surah al-A'raaf ayat 179 Allah berfirman

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌ۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ

"dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai."

Nie laa jadinya bila Islam diketepikan dari aturan kehidupan. Sistem sosial yang korup hasil bawaan barat nie dah menghancurkan kita umat Islam & dah hancurkan umat manusia kat muka bumi nih.

Kepada pihak2 berwajib.
Masih yakinkah anda dengan sistem sedia ada?
Sudahkah anda bersedia tukarkan semua sistem ini kepada sistem Islam?
Adakah anda masih yakin undang2 dan perlembagaan sedia ada masih mampu mengawal kegilaan manusia di Malaysia sekarang nie?

1 comments:

Hamba Allah said... [Reply to comment]

Salam ya sahabat..

mudah2an ibu Safiya bertaubat ats segala kesalahnnya.. untuk arwah adik Safiya.. moga berbahagia di syurga kelak..
menyesal dahulu pndapatan, mnyesal kmudian tiada gunanya.. inilah padah sekiranya undang2 Allah tdak ditegakkan di bumi Malaysia ini.. Jgn hairan jika kelak bnyak lg kes2 spt ini berlaku d negara kita..