Mar 5, 2010

Home » , , » Halaalan Tayyiba

Halaalan Tayyiba

Firman Allah s.w.t.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِى ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ 

Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(2:168)

Itu antara ayat yang terkandung di dalamnya Perintah dan Larangan Allah. Di mana perintah dan di mana pula larangan?

كُلُواْ مِمَّا فِى ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا
Perkataan كُلُواْ merupakan fi'il amar (kata perintah) yang mana kalau berdasarkan ayat itu Allah wajibkan manusia untuk makan dari makanan yang halal lagi baik. Bukan sekadar halal tapi tak baik.
وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ
Perkataan pula merupakan fi'il Mudhari' dengan Lam Nahiyyah yakni suatu ayat berbentuk larangan menunjukkan perintah larangan manusia mengikuti jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.
Kalau nak complete detail macam mana dari sudut penerangan hukum boleh rujuk kepada orang yang lebih faqih laa ek. Aku juz tunjuk di mana terdapat perintah dan larangan base on pengetahuan bahasa arab aku je. Credit to my junior Mohd Asyraf Ibrahim sbb tolong sket tadi..huhu..

Jadi pada tanggal 4/3/2010 bersamaan dengan 18 Rabiulawal 1431H telah diadakan Kuliah Maghrib bertajuk Halaalan Tayyiban kat Masjid An-Nur, UTP. Penceramah jemputan ialah Ustaz Ahmad Tajuddin Arshad, pengasas IMP (Islamic Manufacturing Practice).

Pengisian yang sangat menarik tentang makanan2 yang ada di sekeliling kita. Respect dengan ustaz yang mana menekankan nilai2 akhlak Islamiah dalam perusahaan beliau. Dia ada tinggalkan nasihat, kalau nak pilih pemimpin pilih yang tak tinggal solat tahajjud. Itu syarat2 dia. Standard pemimpin hebat Islam semua tak tinggal solat tahajjud, solat dhuha, puasa sunat, menjaga wudhu' dll amalan sunat. Jadi itu standard figure2 hebat Islam. So kalau kita nak jadi seperti mereka kena laa berperlakuan seperti mereka. Macam mana cintanya mereka kepada Allah dan Rasul juga perlu diikuti.

Ustaz ada juga sentuh kenapa orang Yahudi nie hebat. Satunya diorang kalau makan daging, diorang tak makan bahagian organ dalaman. Tapi kita orang Melayu abes kita belasah je semua. Padahal Nabi da sebut organ dalaman nie tak elok. Lepas tue kita nie kalau makan lembu tue semua kita nak dengan tulang pun kita nak. Kalau kat negara Arab, tulang nie dibuang je.

Dari sudut perbezaan kita lagi dengan beberapa negara luar. Kalau kat New Zealand, nak sembelih kambing biri-biri tue diorg mandikan dulu semua kambing & then baru diorg sembelih tue pn lepas diorg cek adakah masih wujud kotoran pada kambing tue. Kalau ada, kena reject. Tapi kat Malaysia lembu tue entah bape banyak tempat dy landing, bape banyak lalat da hinggap, kita men sembelih je. Makna kata, kebersihan kurang terjaga. Wlupn mgkn dr sudut logiknya, kta bkn amik kulit lembu. Yg kotor itu kulit, isi nnt kta cuci. Tapi klu nk bg markah dr sudut kebersihan kn ke lg bagus kta bersihkan dulu lembu tue..:))

Lepas tue antara isi-isi kuliah macam biasa lah apa kesan dari pengambilan makanan haram. Terhalang dari berbuat kebaikan, hati tertutup daripada menerima kebenaran & macam-macam lagi laa. Orang kafir kata kalau orang Islam makan or beli makanan halal, diorang leh gigit jari. Tapi kalau tengok kat Malaysia, 80% produk dikilangkan oleh non-muslim, sekarang sape yang gigit jari.

Banyak laa produk-produk yang tak halal tapi dikatakan halal yang ada kat pasaran sekarang. Kita bukan tau sangat, ilmu pun kurang. So kena laa wat kajian nak tau apa yang boleh & apa yang tak boleh. Jangan maen beli je.

Perlu diingati juga, perkara macam nie bukan secara tak sengaja terjadi tapi inilah strategi yang digunakan musuh Islam untuk melemahkan orang Islam. Bila kita consume benda2 yang tak halal nih hasilnya kita akan bertambah keras ati & macam mana nak hadirkan keikhlasan dalam perjuangan & ibadah kita. Licik sungguh perancangan diorang nih dalam nak menjatuhkan umat Islam. Tapi kita pun 'cerdik' gak pi ikut telunjuk musuh2 Islam.

Ustaz ada cite gak ada sorang Mat Saleh datang Malaysia terkejut tengok KFC byk gile2 kat Malaysia. Sebabnya kat negara dia KFC tue macam kedai utk lower class je. Cam warung tepi jalan....huhu..tp kat sini KFC laa yang paling naik. Termasuk juga laa franchise len cam McD, Pizza, Domino, dll.

So nie antara yang sempat aku catatkan dalam note ak smalam. Ustaz agak ekspress & mengejar masa nak menerangkan semua sekali yang dikongsikan dalam kuliah tue. Insya-Allah esok ada seminar makanan halal kat UTP. Boleh laa dapat input lagi...huhu

Yang Halal itu Jelas
Yang Haram itu Jelas
Di antara keduanya itu Syubhah
Perkara yang meragukan
Tapi manusia tak perasan perkara tersebut
Jadi buat laa pilihan sekarang
Nak yang Halal atau yang Haram

0 comments: